Wednesday, June 22, 2011

yang jauh nampak,yang dekat samar2 aja

بسم الله الرحمن الرحيم

Buat sekian kalinya, hal yang sama memenuhi ruang. Hal biasa sahaja,tapi luarbiasa disebalik tabirnya.Membuatkan jari jemari ringan dalam pelayaran hujung pena.

“Saya tak boleh jawab la soalan tadi”

“Saya takut la,banyak jawapan salah tadi..down nye! “

Common situasion lepas keluar dewan exam kan?? Sesama sahabat seperjuangan lah penguat buat mereka.Alhamdulillah,kehadiran insan-insan tersayang yang begini membuatkan saya lebih seronok untuk belajar tentang kehidupan.Memang syok!

Yang jauh nampak,yang dekat samar-samar aja.

Takkan terbentuk sesebuah ukiran yang indah tanpa perahan keringat yang tiada nilai harganya. Saya yakin,sahabat-sahabat akan cuba sedaya upaya,sehabis tenaga dalam menelaah pelajaran yang ada. Siang malam bersama nota-nota dan helaian kertas. 24 jam dirasakan tidak mencukupi untuk ‘berkepit’ dengan buku-buku.Good job! Memang Allah suka dengan orang-orang yang rajin menuntut ilmuNya!

Tiba hari yang telah ditetapkan,maka bermulalah ‘peperangan ‘ bersama kertas-kertas yang penuh dengan soalan menguji ilmu di dada. Cuba yang terbaik, curahkan apa yang telah difahami. Serahkan segalanya kepada Allah. Tika ini,hanya ungkapan ‘aku perlu berusaha yang terbaik,natijahnya Allah yang tentukan’ menjadi penguat diri.

Ya.Saya sendiri mahukan yang terbaik dalam setiap gerak kerja. Dalam exam ,lagi lagi lah nak yang terbaik. Ia lah hadiah terbaik buat diri sendiri dan hadiah yang mampu mengukir senyuman di bibir mak dan ayah.Mereka meletakkan harapan yang tinggi pada kita.Anda pun begitu juga kan? Takkan nak biarkan air mata mereka sekali lagi gugur kerna penampilan diri kita yang mengecewakan mereka?

Tanpa kita sedar,kadang kala kita terlalu letakkan apa yang kita mahukan dihadapan. Nak result yang gempak! Perfect ! Sehingga terkabur pandangan kedua-dua mata dari melihat perkara-perkara yang kecil.Nampak benda yang ‘tidak ada’,dan terlepas pandang dengan yang sudah ‘ada’.

Macam mana tu??


“Sabar ya Siti...Insyallah,yang terbaik lah untuk awak.Mm,berapa banyak soalan yang tak boleh jawab tadi?”

“Isk..isk....1 soalan , saya dah study bab tu,tapi tertukar.Saya konfius...careless!! Entah macammana la result saya nanti -_-“ ”

1 soalan yang salah,macam mana dengan yang 39 soalan yang lain? Nombor 1 dilihat lagi besar daripada 39.Wahai diri,wahai sahabat....Allah dah tolong kita untuk menjawab dengan lancar 39 soalan,sedangkan hanya 1 soalan ,mumkin Allah menutup hijab...tapi tak bermakna Allah tak membantu. Nombor 1 mampu melupakan diri dari bersyukur dengan nombor 39...Astaghfirullah!

Bila terlalu melihat pada usaha diri sendiri ,kita terlupa yang natijah sesuatu yang akan datang itu kuasa Pemilik alam.Di mana ‘amali kita pada kalam yang sentiasa meniti di bibir ‘tawakkaltu ‘ala Allah’?..-_-“.

Kita terlalu ‘mengejar mumtaz’,sesuatu yang jauh,,dan terlepas pandang pada bantuan Allah,sesuatu yang sentiasa ada. Inilah yang saya maksudkan dengan ‘yang jauh,dan yang dekat’. Lupakah kita bahawa tenaga,kesihatan,kekuatan dan segala kemudahan dalam kita berusaha ‘memulun’ semua buku sebelum exam dan memerah otak mengeluarkan idea ketika menjawab exam adalah BANTUAN PERCUMA DARI ALLAH?


Peringatan Awal

Setiap penulisan saya bukanlah sekadar untuk memeriahkan laman sesawang di alam maya ini. Bukanlah sekadar untuk berkongsi tanda sayang. Tapi ia lebih kepada menjadi bahan ‘pengetuk’ buat diri sendiri di kala asyik dengan ‘lamunan’.

Memang benar,setiap kalam itu adalah doa. Kalam itu juga ujian.

Alhamdulillah,saya sendiri juga berpeluang merasai perasaan seperti sahabat lain. Frust tak dapat jawab 1 soalan.Tak sangka theories of hearing masuk dalam written exam of Physiology ! Gulp! Dah la tak minat kalau teori2 ni...

Alhamdulillah,peluang untuk saya berfikir dan mendalami masalah sahabat2 sebelum saya sendiri merasainya menjadikan nasihat terbaik buat diri tika itu.=)..Indahnya susunan Allah !

“Asiah! Stop thinking about the result ! Just do the best and lets the rest to Allah...sekalipun tak makbul doa kau,sebenarnya ada yang lebih baik buat kau!”....kumasih gagah tersenyum bahagia dengan pujukan hati.

Seperkara lagi yang saya dapat hari tu,memang nasib saya dari dulu lagi,bab yang saya tak baca tu lah yang akan masuk dalam exam. Huehue~ Ade penyakit pelik sebenarnya dengan diri ini,kalau tak minat tu,memang susah nak terima tambah2 kalau tak faham ilmu tu..lagi lah susah.

So,take note Asiah!! Tiada pilih kasih dalam melayari ilmu,fahamilah kesemuanya,kerna semuanya free dari Allah!

Kalau nak terus senyum,jangan buat ni

Adat mumkin.Lepas sahaja kertas diserahkan pada examiner,pantas tangan mencapai buku.Menyemak jawapan.Kalah examiners.hihihi. Memang kita nampak jawapan tu dalam buku,tapi mumkin blurr time nak menjawab.

Frankly speaking,saya lebih rela membawa diri keluar dewan daripada join sekaki menyemak jawapan.Kalau salah->saya sedih-> saya down->saya akan lupa untuk ‘berterima kasih-> take time to recover the sadness-> berkuranglah masa dan semangat untuk next paper...

Lebih baik mengelak daripada merasa!

[jangan jemu untuk memberi,kerna tiada satu pun milikmu]


“Ya Allah,izinkanlah untukku meminjam sedikit dari ilmu-ilmuMu,kekalkanlah ilmu-ilmu itu di dadaku dan di hippocampusku selagi aku memerlukanNya...jadikanlah kami orang2 yang bersyukur dan berjaya dunia akhirat...ameen”

******


Notahati : Alhamdulillah....terima kasih sahabat2 kerna bagi kepercayaan dengan diri ini. Teruslah menangis dibahuku..ku tahu,aku ada disisi untukmu kerna aku sahabatmu,luka laramu adalah haru biruku juga.Sama2 kita berkongsi hikmatnya.Menangislah dibahuku setelah kau puas menangis bersama sang Pemberi Nikmat..menangislah kerna kau terpilih untuk diuji,bukan kerna lara kau diuji..sahabat!

2 comments:

  1. :) is hard to do at time like this...
    thanks..

    ReplyDelete
  2. thanx to anonymous for reading n gv da respond

    'hard' doesnt mean can't do anything =)

    blapang dada dengan tiap yg berlaku,,
    lihatlah sesatu itu pada hakikatnya...
    segalanya yang terindah dari Allah..
    pasti bahagia~cuba...cuba...cuba..n terus lah mencuba...

    ReplyDelete