Kerana tersangat muak ngan study kat universiti, aku ambik keputusan untuk break kejap - study leave. Aku pun x tahu untuk berapa lama.
Pengajian aku masih berbaki setahun. Bukan dah malas belajar. Tapi aku betul-betul nak lari kejap.. Release tension, recharge balik semangat untuk belajar. Result yang semester latest memang teruk tahap gaban, takyah citer ah.. Bila aku bagitau mak aku, dia melenting la ape lagi. Maunye beliau x marah.. Tapi melihatkan aku ni memang dah nekad, mak akhirnya mengalah gak.
Jadi bermula la hidup aku untuk buat sesuatu yang jauh dari study, jauh dari senibina.. Aku balik kampung. Sebenarnya aku nak lalui balik kehidupan masa zaman sekolah dulu.. Tapi ape aku bleh buat??
Mula-mula ingat nak keje kat supermarket, tapi aku ni jenis cepat boring.. Pusing satu supermarket 2 3 kali pun dah rasa boring. Hoho. Nak keje kat pam minyak lak skarang dah tade, sume layan diri. Jadi pelukis jalanan, tak cukup konfiden lagi.. Ishk ishk ishk.
Lepas seminggu blur-blur kat rumah, last-last aku gi mintak keje jadi driver bas SKMK (bas henti-henti). Dulu zaman sekolah, selalu gak la aku balik naik bas.. Aku suka perhatikan pakcik driver, kiranya memang admire la keje driver bas nih. Tengok cam best je. Haha. Tambah-tambah bila tengok orang ucap "tima kasih pakcik.." kat driver tiap kali mereka turun.. Rasanya jadi driver bas ni dihargai gak la.. hehe. Jadi ape salahnya aku try. Hmm..
Tapi susah gak rupanya nak apply. Sebab aku tade pengalaman. Tapi kebetulan syarikat kekurangan driver, diorang kasi gak can aku temuduga. Lepas temuduga, alhamdulillah aku lepas. Pastu aku ambik ujian JPJ, alhamdulillah sekali je terus lepas. Jadik untuk permulaan ni, aku cuma bawak bas yang dah agak lama, dan route yang pendek je, dari Kampung Sabak ke bandar Kota Bharu - bas no. 8. Dalam masa yang sama gak, aku ulangkaji balik buku Matematik Tambahan. Sebab plan nak buat kelas tuisyen persendirian belah malam.. Sekali dua seminggu pun ok gak kalu ade yang berminat. Subjek feveret nih mase sekolah!
Okeh, citer bas balik.. First time bawak bas, mak aih memang jakun & excited sangat! Hahaha. Senyum je manjang.. Hari first la bas aku hilang side mirror, sebab langgar bucu lampu isyarat. Adeh. Penumpang pun agaknye heran tengok aku ni muda-muda dah bawak bas.. Mesti dalam hati diorang cakap, “Siannye budak nih.. mesti ngaji x tinggi, terpakse bawak bas jek.” Ah lantak lah.
Rupanye tak la menyeronokkan sangat bawak bas nih. Kadang-kadang aku terlajak stop skit, pun kene marah ngan penumpang. Kadang-kadang berenti awal sikit pon kene marah.. Biasa golongan makcik-makcik la yang camtu, takleh nak cakap ape la. Nanti dikatakan anak derhaka lak, menjawab orang tua. Hehe. Tadah telinga ajo lah!
Masuk sebulan lebih aku jadik driver, suatu hari tu bas aku rosak. Tiba-tiba mati. Maklum la bas senior.. Penumpang lak penuh! Dah la hujan lebat sangat, Jadi aku tak dapat nak turun tengok enjin kat belakang nu ape yang rosak (macam la reti sangat). Aku just call pejabat je suruh hantar bas ganti.
Dalam bas yang tade aircond tu, lama-kelamaan penumpang mula bising. Merungut-rungut.. Panas la sikit sebab tingkap tutup. Penumpang lak dok borak-borak sesama diorang je.. Kecik ati gak la aku, tade pun orang yang borak ngan aku. Mentang-mentang la driver bas buruk je. Aku pakai pun agak selekeh je.
Takpelah.. Aku pun buat-buat la main henset, tulis mesej, padahal…
Tetiba ade sorang budak pompuan tegur, “dah lame ke bawak bas, bang?”. Tekezut punya pasal, terjatuh henset aku. “Err, baru gak la dik..".
........
Aku pandang kat dia, gaya macam orang dah keje.
“Oo.. Kira memang tak pandai la nak repair sendiri bas ni?”, dia tanya lagi.
Perghh! Cantik bahasa. Geram je aku dalam hati. “Kan hujan ni dik, cane saya nak turun tengok? Jangan risau, kejap lagi bas ganti sampai okeh..”, aku cuba jawab ngan nada yang cool. Pastu budak tu terus tak layan aku. Waa sadis tol.
Dalam setengah jam, bas ganti sampai gak. Datang sekali ngan pomen. Hujan pun dah tak lebat sangat. Jadi semua penumpang pun keluar la dari bas aku.
Sorang demi sorang.. Tanpa menghiraukan aku. Dalam dok layan feeling, tetiba satu suara sapa aku. “Bang, tima kasih ye..”. Rupanya penumpang yang last. Aku cuma senyum.
Hari-hari yang mendatang, kehidupan aku macam ni la.. Siang bawak bas, malam mengajar tuisyen 2 kali seminggu. Malam selainnya aku ngajar adik-adik mengaji Quran. Alhamdulillah, adik aku sorang ni form 5 dan ade 3 orang kawan dia berminat belajar ngan aku. Sume pompuan, senang sket sebab adik aku pun pompuan. Nasib baik silibus zaman aku ngan skarang tak banyak beza sangat, cuma dalam BI je. Kadang-kadang tu semput gak nak jawab soalan diorang bagi, lupa jalan penyelesaian. Pastu bagi alasan kat diorang, “err.. memandangkan kelas dah nak tamat, kita bincang soalan ni dalam kelas seterusnya okeh?”. Hahaha.. Ishk, kena buat revision lagi la ni.
Jadi 4 orang ni, gilir-gilir buat kat rumah masing-masing. Kali ni wat rumah kawan yang ni, len kali wat kat rumah kawan dia yang lain lak. Fair la kan?
Satu malam tu, kami buat tuisyen kat rumah kawan adik aku yang nama Nisa. Bukanlah kali pertama buat kat situ, tapi malam itu la aku pertama kali terserempah ngan kakak dia. Sebab dia tolong bawak keluar air minuman untuk kitorang. Nama ape ntah.. Pastu dia tegur aku, "abang (dia panggil aku abang lak - sesuke je) ni yang bawak bas tu kan?" Teet! Sah-sah la aku tak penah ingat dia, sebab kan ade berjuta-juta (tipu) penumpang setiap hari.. Mane la aku perasan.
Melihatkan aku membuat muka blur-blur, dia mula kelihatan serba-salah. Takut tersalah orang kot. Mungkin jugak dia rasa malu sebab selamba je tanya aku camtu. Jadi aku cepat-cepat mengiakan.
"Haah, saya la tu, yang bawak bas.. Tapi maaf la saya memang tak perasan cik, ramai penumpang kan..?" Aku ceritakan perkara yang sebetulnya. Dia membalas dengan anggukan, senyum lalu bingkas masuk ke dapur. Agaknye malu lagi la tuu.. Pastu aku sambung mengajar seperti biasa.
On de way balik rumah, aku terus soal siasat adik aku.
"Teh (nama panggilan adik aku) kenal kakak Nisa tu? Tau nama dia tak?".
"Nisa tu kan member kamceng orang, mesti la kenal kakak dia. Nama dia... kak Husna, kot", adik aku citer.
"Ooo member kamceng Teh ke? Abang ingat member kambing.. haha", aku cuba melawak untuk tutup ke-excited-an aku.. Harap-harap adik aku tak perasan. Hahaha.
"Eeee loyar burok la abang ni.. Nape, suka akak Husna ke?", direct je adik aku tanya..
"Ishkk takde la.. Tapi, si Nisa tu tau ke abang ni driver bas? Teh penah citer kat dia pasal abang?"
"Tak penah citer pun, dia pun tade tanya. Cuma orang cakap abang terer Add Maths dulu, tu je."
"Okeh, good3! Teh jangan citer tau pasal abang, pasal pengajian abang, pasal keje driver bas tu sementara je.."
"Huh? Iyo laa.."
Lebih kurang seminggu lepas tu, aku terserempak lagi ngan si Husna tu. Kali ni dalam bas aku. Barulah aku ingat, dia la yang satu-satunya ucap "bang, time kasih ye" ketika bas rosak tempoh hari.. Ooooo! Kami cuma berbalas senyum je la, nak borak kang keadaan tak mengizinkan. Rasa taknak je ambik duit tambang dia, nak belanja. Tapi nanti kalau penumpang lain nampak, kontroversi lak.
.......
Malam tu aku dapat satu panggilan, suara macam pakcik2 je. Ooo, ayah Nisa rupenye. Dia tanya aku boleh mengaji Quran kan? Alamak, tetiba lak pakcik nih.
Laaaaaa...
Rupanya dia nak minta tolong ajarkan anak dia Nisa tu mengaji ngan aku. Sebab biasanya Nisa pun mengaji kat masjid seminggu sekali. Kalau aku dapat ajar, makin selalu la Nisa mengaji nanti, kata ayahnya. Pertanyaan tadi tu gurauan je katanya. Huishh, ni mesti adik aku yang citer kat si budak Nisa tu. Jadi semenjak tu Nisa pun join la ngan adik-adik aku mengaji Quran malam-malam..
Dah hampir setengah tahun aku dok kat kampung ni.. Keje jadi driver bas, mengajar tuisyen, itu ini.. Alhamdulillah duit simpanan pun makin bertambah. Dapat la tolong abah sket beli keperluan rumah, belanja adik-adik..
"Simpan la duit kamu ni elok-elok.. Nanti nak sambung belajar esok-esok, senang sikit", kata mak bila aku nak hulurkan sedikit duit gaji aku. Huhu. Insyaallah aku simpan elok-elok. Walaupun dalam hati nak sangat beli iPad 2! Hahaha. Lek luu..
Tiba lagi giliran buat tuisyen kat rumah Nisa. Dah lama aku tunggu.. Haha. Dan seperti yang aku harapkan, Husna keluar lagi membawakan minuman. Cuma kali ni dia nampak lain sket, senyum pun biasa-biasa je..
Aishh.. Aku ni dah salah niat nih. Datang sini nak mengajar ke nak tengok dia?? Ya Allah luruskanlah niat aku ini.. Amiin.
Ok la aku ngaku la, first time tengok dia aku da mula sangkut a.k.a. minat. Orangnya sedap mata memandang, sopan je. Pakaian pun terjaga, labuh. Dengar citer belajar pun hebat jugak. Family dia pun baik, mudah mesra.. Ape lagi nak? Tapi tak tau la dia sangkut tak kat aku.. Huhu.
Masa pantas berlalu. Dah agak lama aku tak terserempak ngan Husna kat dalam bas. Tapi kat rumah dia ade je. Mungkin tak terkebetulan kot. Aku lak makin lama makin rapat ngan ayah dia. Oh lupe, aku panggil dia pakcik Hashim. Tak tau la, serasi kot. Minat kitorang pun sama, Formula 1 ngan bola sepak. Cuma minat team lain-lain. Haha. Kadang-kadang dia ajak aku keluar tengok bola skali kat kedai makan. Dia kata kat rumah tak best, sebab tade anak lelaki dewasa. Anak bongsu dia je lelaki. Tu pun baru darjah 4.
Pernah gak dia berseloroh ngan aku, "kau ni dah ade perancangan nak kawin ke? Umor makin bertambah. Muka hensem cani, dah ade calon ke?". Belum sempat aku jawab, dia sambung lagi, "kalau takde, anak pakcik pun ramai.. Ngahaha", katanya dengan muka selamba... Perghh! Terus aku tak terjawab. Aku tahu dia gurau-gurau je pun.
Akhirnya setelah masa berlalu, adik aku, Nisa dan kawan-kawan seangkatan diorang pun dah tak lama nak exam SPM.. Lagi seminggu. Masa tu pun dah tade tuisyen, sebab elok diorang praktis sendiri. Itu pun aku cakap banyakkan rehat, tak payah lagi praktis banyak-banyak.
Jadi, tugas aku sebagai cikgu tuisyen pun kira selesai lah. Cuma bawak bas ngan ngajar mengaji Quran je skarang. Aku plan sampai awal tahun depan je, sebab nak sambung balik tahun akhir aku kat UTM. Tapi sebelum tu, ada 2 perkara lagi tak setel....
Satu petang yang dingin beserta angin sepoi-sepoi bahase (ayat novel), aku memberanikan diri mengajak pakcik Hashim keluar lepak-lepak. Dia kata lepak je kat rumah dia, senang.. Tapi aku lak yang segan. So aku ajak jugak dia keluar. Padahal aku nak tanya dia pasal Husna! Ngeh3...
"Hahahaha.. Kau suka kat Husna ke? Pakcik ingat yang sorang lagi..", jawab pakcik Hashim setelah aku berterus-terang.
"Aik, sorang lagi yang mane? Takkan si Nisa kot? Budak lagi tu", bisik hati aku..
"Alhamdulillah, pakcik pun memang berkenan pun ngan kau ni. Cuma iye la, kami ni pihak perempuan, segan nak bertanya dulu. InsyaAllah, nantii pakcik tanyakan pada Husna. Pakcik rasa dia pun takkan menolak..", kata pakcik lagi yang memberikan 1001 harapan pada aku. Kemudian dia citer la serba sikit pasal Husna - kat mana blajar, dan bla bla bla lagi..
Dalam hati takyah citer ar, hepi giler. Rasa nak peluk je pakcik Hashim kuat-kuat! Sempoi la pakcik. Jauh di sudut hati, aku syukur sangat pakcik Hashim sudi terima aku, walaupun sorang driver bas henti-henti je. Skarang tunggu jawapan daripada Husna je!
Aku bagitau, kalau Husna setuju, aku nak minta mak ayah aku datang merisik dan bertunang hujung tahun ni.. 3 hari lepas tu, akhirnya keluar jugak keputusan daripada Husna.
............
Dan jawapannya adalah..
MENOLAK!!Brrr..
Aku masih ingat, tarikh hari tu 11 November.. Suatu tamparan yang sangat hebat pada aku. Tipulah kalau aku kata, dulu aku yakin 100% Husna akan terima aku. Tapi aku sangat-sangat berharap dia akan terima... Arghh!!
Dan yang lebih memeritkan, alasan yang Husna beri adalah - kerana aku cuma driver bas je! Ayah dia pun tak menyangka akan keputusan Husna ngan alasannya itu. Tapi dia tak mahu memaksa. Jadi dengan berat hatinya semua ini disampaikan sendiri oleh pakcik Hashim kepada aku.
"Janganlah kecewa sangat nak, insyaAllah ada yang lebih layak menanti kamu.."
Fuhhh...
2 minggu lepas kejadian tu, pakcik Hashim ajak keluar lepak-lepak kedai makan. Sambil tengok Arsenal lawan ngan Birmingham City. Nasib baik Arsenal menang malam tu, hepi sikit aku rase. Pastu on da way balik, kami borak-borak la. Ni naik kete abah aku, pastu gi ambik pakcik kat rumah dia tadi. Nak kene hantar balik la ni..
"Cane sekarang, sedih lagi ke? frust lagi? Hahaha..", selambe je dia tanya. Pastu gelak-gelak lak. Padahal yang pompuan tu anak dia sendiri, malu la aku. Adeh.
"Ishk pakcik ni, mane x sedih.. Sedih giler, frust sampai dah x lalu makan ni. Tadi pun saye order roti kosong je. Tengok, kan saye dah kurus skarang!". Aku saje je jawab camtu, nak tengok respon dia. Muka nampak terkejut tu. Haha..
"Banyak la kau punya kurus. Memang dah lame kurus pon! Jangan nak salahkan anak aku lak!", dia balas balik. Pastu kitorang gelak besar.. Haha, sempoi la pakcik ni. Kan best kalu dia ada lagi sorang anak pompuan, still bleh jadi papa mertua aku.. bisik aku dalam hati. Hoho.
Dia sambung balik, "Ala, takpe la.. Bukan jodoh korang la tu. Tapi bleh pakcik tanya satu benda?"
"Ape pakcik?"
"Betul ke kau ni nak keje driver bas sampai bila-bila? Aku tengok gaya kau cam orang berpelajaran tinggi. Nampak selekeh sket ni pun sebab tak pandai bergaya je..", sempat lagi perli aku. Tapi pertanyaan pakcik Hashim tu membuatkan aku kaget, terkejut.. Tak sangka dia akan tanya cani.
"Baik kau citer je direct kat pakcik, takyah nak buat muka pelik!", alamak dia tahu taktik aku. Macam bleh baca je aku cam nak mengelak. Hoho. Ye la.. Mata orang tua takleh tipu.
"Hahaha, pakcik ni.. Saya dulu belajar biasa-biasa je. Tapi tanak ar citer, bukan citer menarik pun", aku cuba play safe.. Hoho. Pastu aku buat-buka muka tensen.., terus pakcik Hashim dah tak tanye lagi. (Yes!! taktik menjadi)
"Esok malam datang rumah pakcik okeh, ade hal sket..", tetiba pakcik Hashim pesan sebelum dia turun dari kete. Tak sempat aku tanya dia terus masuk rumah. Psycho tol la pakcik nih. Pasal ape ntah..
.........to be continued~
Assalam... kak nis nk share pos asiah ni kt FB deh.. ^^. bohot2 syukria
ReplyDeletewasalam...sila..sila..akak~
ReplyDeletesharing is caring =)
Husna ado kembar koooooooo? aaaaaaa prabih la crito ni. sekso sero -_-
ReplyDeleteahhhh!!!
ReplyDeletebila nak sambung balik niii??!
terseksa jiwa menanti ;)
sabar...sabar...tgah2 fatrah gni..slow ckit on9..nantikan yer....=)
ReplyDeletealhamdulillah..
thanx 4 reading