"Skarang anak-anak pakcik tade kat rumah. Nisa pun ade dalam bilik, jadi biarlah pakcik terus-terang je.. Pakcik ngan makcik senarnya ade 4 orang anak.. Yang bongsu lelaki, dan yang lain sume pompuan dan comel-comel (sempat lagi); Ayatun Nisa', Ayatul Izzah dan yang sulung Ayatul Husna. Izzah dan Husna adalah kembar, seiras!"
"Husna baru je abis buat Degree kat UiTM. Izzah lak ngaji doktor kat Ireland nuu (dangan wajah bangga). Ade lagi setahun stengah nak abis. Yang kau jumpa dalam bas dulu, yang bawak keluar air minuman dulu, itulah si Izzah. Kebetulan dia balik cuti sem masa tu. Dia yang citer kat pakcik. Dan pakcik rasa kau tak penah pun jumpa Husna. Tapi cane ntah nama Husna yang kau sebut.. Kesian Izzah.. Haha. Ni mesti dapat maklumat dari sumber yang meragukan nih. Hohoho.. Husna pun ade slow talk ngan pakcik, makcik.. Dia kata senarnya dia dah ade pilihan sendiri, itu yang dia reject kau dulu."
"So cane, kau nak Izzah ke Husna lagi", pakcik Hashim akhiri ceramah dia ngan pertanyaan yang buat aku rase nak lari balik je. Dah la aku pening lagi ngan penjelasan dia.. Ade kembaq rupenye.
Pakcik Hashim sambung lagi, "Cani la, pakcik kan penah cakap dulu, pakcik memang suke ngan kau ni. Jadi sebelum Izzah nak balik Ireland ni, pakcik ade tanya dia - kalau kami nak jodohkan dia ngan kau, nak ke tak? Tak kisah ke budak selekeh je, driver bas je?, bla bla bla sume pakcik tanya.. Pastu Izzah cuma jawab;
"Kalau abah dan ibu suka, Izzah follow jer. Yang paling penting adalah agama dia.. Kaya dan berpangkat belum tentu hidup bahagia.., kan?"
...........
Owh.. Hatiku kembali berbunge-bunge. Wink2~ Misi tercapai! Dapat doktor gitu..
Dipendekkan citer, kami dan keluarga masing-masing setuju untuk mengikat tali pertunangan awal tahun nanti. Dan kawin insyaAllah lepas dia graduate (dan aku pun graduate skali lah). Haah, aku belum lagi bagitahu family diorang yang aku pun akan sambung pengajian awal tahun depan.. Lek luu~
Baru tunang je pun, nak uji dulu kesetiaan dia. Mane tau tengah-tengah jalan nanti hati dia berubah dan tanak kawin ngan driver bas.. (Hep!! jangan la doakan..) Tapi memang takkan kawin ngan driver bas pun.
3 minggu selepas pertunangan, Izzah kembali ke Ireland. Itu la last kami jumpa. Jumpa je la, berkata-kata sepatah pun tak. Sebab tade keperluan kot. Aku sendiri pun dah sambung pengajian masa tu. Tapi sebelum tu, aku dah citer hal yang sebenarnya kat pakcik Hashim - pasal pengajian aku.
Tanpa berselindung, aku pun citer la kat pakcik Hashim - aku ni student UTM, amik senibina, skarang study leave, ade lagi setahun, ni dah nak sambung balik, bla bla bla.. blur blur blur... Sampai sepatah pun dia tak menyampuk, excited bebenor!
Bila habis aku story, dia tanya nape tak bagitahu Husna masa merisik dulu? Aku pun citer, memang tanak bagitahu pun sebab aku tanak dia pilih aku bersandarkan ape yang belum pasti (Degree), tapi biarlah sebab ape yang aku ade mase tu. Lagi pun teruk sangat ke kerja driver bas? Biarlah tak sebesar gaji engineer ke, cikgu ke, tapi tetap keje dalam aircond! Bas aku dah ade aircond skang.. Haha.
Aku memang nak uji Husna pun. Kalau dia sudi terima aku dalam keadaan aku seorang driver bas, pastu dengan agak selekehnye, maksudnya dia memang ikhlas. Kalau dia terima sebab aku bakal seorang arkitek, tapi ditakdirkan jatuh susah di kemudian hari, adakah dia sanggup bersama aku masa tu?? Ce jawab, ce jawab, ce jawab..
Tapi alhamdulillah Allah berikan pada aku yang lebih baik - Izzah, yang sudi menerima aku seadanya. Cuma aku minta pakcik Hashim jangan bagitahu kat Izzah lagi benda ni. Biar dia ingat aku masih bawak bas.
[janjiNya itu pasti....Percayalah!]
Nak tahu dia tulis ape? Ni aku dedahkan;
Waalaikumussalam w.b.t. untuk salam-salam awak selama ini.
Maafkan saya kerana mendiamkan diri
Menyepi dari membalas surat yang diberi
Bukan kerana ada perasaan benci
Jauh sekali kesal dengan ikatan pertunangan ini
Telah lama saya yakinkan diri
Bahawa awaklah bakal suami
Bukan sebarangan orang tapi hebat sekali
Apatah lagi ibubapa pun telah merestui
Namun sebelum kita punyai ikatan hakiki
Eloklah rasanya kita menjaga diri
Dijauhkan dari berhubung semahu hati
Bimbang kerana syaitan sentiasa menanti-nanti
Menjerat hati kita yang mudah lalai
Membuat kita rasa indah sekali
Bila dapat meluahkan isi hati
Walaupun belum bergelar suami isteri
Tak perlulah bertanya setiap hari
Sihatkah atau tidak saya di sini
Jika tiada keperluan yang penting lagi
Biarlah dulu kita dengan kehidupan sendiri
Wassalamualaikum.
.......
Jenazah Izzah telah selamat dikebumikan di sana, menurut pakcik Hashim. Kebetulan urusan di sana dipermudah kerana Izzah punya banyak kenalan orang tempatan. Lagipun jika dibawa pulang ke Malaysia, akan memakan masa yang agak lama. Sedangkan jenazah sebaiknya dikebumikan secepat mungkin.
Buatmu.. Ayatul Izzah binti Mat Hashim,
Maafkan aku kerana tetap menulis perasaaku
Walaupun dulu kau pernah menegahku
Walaupun ku tahu kau takkan membacanya
Tapi aku sudah buntu mahu meluahkan pada siapa
Maafkan aku tetap memikirkanmu
Walaupun kau telah pergi jauh dariku
Walaupun sudah tiada lagi jodoh kita berdua
Tapi aku sudah buntu untuk melupakanmu
Maafkan aku tetap menyintaimu
Walaupun kita tak pernah bercinta dulu
Walaupun pertemuan kita cuma sekali dua
Tapi aku sudah buntu untuk membuang perasaan itu
Maafkan aku tetap akan menunggumu
Walaupun sampai bila aku tak tahu
Walaupun penantianku mungkin sia-sia
Tapi aku sudah buntu untuk menyintai wanita selainmu..
Salam sayang, dan kita tetapkan bersatu.
Antara yang dia penah tulis, "selalulah berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan dan ditunjukkan hikmah atas apa yang terjadi. Orang yang bersabar pasti akan menerima ganjaran yang setimpal oleh Allah.."
.........bersambung (^^,)v
ah. menyampahhh~
ReplyDeletebersambung lagiiii -.-
nak naik k puncak..kene step by step akak syg !!
ReplyDeletesyukran =)