Tuesday, June 14, 2011

menipu...ditipu..penipu...lalu tertipu


kredit to : Medicoservat.blogspot.com...."when Allah is closer than vein"

Hari ini merupakan hari pertama untuk special clinical di chest department, dan masing-masing telah digambarkan dengan lambakan ilmu-ilmu baru yang menanti kami sepanjang sesi pengajian kali ini. Kesemua subjek yang dipelajari pada tahun 1, 2, 3 dan 4 diulang kembali pada tahun ini..andai saja kesemuanya di ingatan..tetapi malangnya saya antara yang mengalami long term memory loss..

Tiba clinical session, seperti biasa doctor akan membantu kami untuk berkomunikasi dengan pesakit. Dan inilah “personal history “ hasil dari penterjemahan yang dibuat melalui perbualan doctor dengan pesakit tersebut:

Male patient, Abdullah (bukan nama sebenar) age 65 years old, work as an officer and live in Ismailiyah, married with 6 offspring and the youngest one is 23 years old, heavy smoker and no other special habit”

Kemudian, doctor menerangkan semula untuk kesekian kalinya item-item yang perlu ada dalam chest sheet..setelah penerangan yang panjang lebar, doctor meminta Liyana untuk mengulangi “personal history taking” daripada pakcik tadi..dengan penuh yakin, Yana menyoal dalam bahasa arab ammiah..

ammu, ismek eh?” .... “Abdullah(bukan nama sebenar)”
ie: “pakcik nama siapa” .... “Abdullah”

“indi kam sanah?” ..... “khomsah wa sittin”
ie: “umur berapa”.... “65 tahun”

“saken feen?” ..... “ismailiyah”
ie: “tinggal dimana?” .... “ismailiyah”

“syaghal eh?” .... “falah”
ie: “pakcik kerja apa?” .... “petani”
Eh..pakcik ni..tadi cakap kat doctor “muazzif” ie: officer

“enta tadkhin?” .... “la ah”
ie: “pakcik merokok??” .... “tak”
Aik?? Tadi pakcik cakap pada doctor dia merokok 40batang sehari..

Saya bermonolog sendiri “uishh..bahaya kalau pakcik ni tipu dari tadi..mesti akan salah diagnose”
Dan kami tahu niat pakcik tadi hanya untuk bergurau dan menghiburkan hati kami
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahaya menipu dalam perubatan

good relation begin with honesty

Jika anda seorang PESAKIT, berkata jujurlah dalam percakapanmu kerana setiap symptoms yang anda berikan kepada doctor memberi impak yang besar dalam rawatannya..

Apatah lagi jika anda seorang DOCTOR, setiap percakapan kita ibarat azimat yang akan dipegang erat oleh pesakit-pesakit, maka kejujuran dalam ucapan anda merupakan penawar pertama buat pesakit..

Hakikatnya, sebagai seorang MUSLIM, sewajibnya kita tahu bahawa menipu merupakan salah satu dosa dan kemaksiatan lidah..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. lalu berdekatan dengan selonggok makanan lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longgokan itu. Tiba-tiba jari baginda terkena sesuatu yang basah. Baginda bertanya: “Apa semuanya ini wahai tuan punya makanan? Orang itu menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya orang ramai dapat melihatnya. Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.(HR Muslim)

Jangan menipu

Jika pada awal sesi pengajian, kempen “jom ke kuliah” atau “sifar ponteng”menjadi salah satu laungan semangat yang ditiupkan ke dalam jiwa-jiwa mahasiswa/wi setelah lama bercuti..

kempen unit akademik PCZ
Apa pun, kempen tersebut punya hadaf dan matlamat sendiri bagi menyedarkan kita betapa pentingkan kehadiran ke kuliah..

Lain pula ceritanya pada akhir sesi pengajian..musim panas bumi mesir dihangatkan lagi dengan fatrah imtihan final bagi pelajar-pelajar tahun 1, 2, dan 3..semestinya tiada kempen “jom masuk exam” atau “jangan ponteng exam”dilaungkan memandangkan kesemuanya seakan tahu tanggungjawab ini..

Namun, mendengarkan permasalahan serius dalam fatrah imtihan ini..saya rasa kita perlu melaungkan kempen “jangan menipu” atau “jangan meniru” atau jika perlu “meniru itu menipu

jgn meniru~


Meniru itu menipu

Budaya ini seakan sudah menjadi barah dalam fatrah imtihan ini.. tidakkah anda sedar perbuatan ini suatu dosa?? Jika dilihat suasana peperiksaan di sini jauh berbeza dengan suasana di Malaysia dari segi ketegasan penjaga peperikasaan, tapi itu bukanlah alasan untuk memberi tiket percuma bagi anda untuk meniru..

bukan anugerah ini yang dipohon..tapi ganjaran dari Allah lebih yg utama
Bermacam aksi yang dapat diperhatikan untuk niat keji tersebut..ada yang meniru bersendirian, berduaan dan berjemaah pun tidak ketinggalan..membawa nota kecil, mendengar rakaman, menjeling jawapan kawan, bertanyakan jawapan kepada rakan sebelah, membuat kod rahsia untuk jawapan sesama sendiri,dan bermacam lagi idea yang digunakan untuk meniru..
jangan tiru aksi ini

Kenapa meniru? Tak ingat jawapan...tak yakin dengan jawapan..tak habis baca buku..confuse dengan soalan..saja nak konfemkan jawapan.. macam-macam alasan

Menipu kerana meniru..si peniru meminta tiru..pemberi tiru juga menipu..yang lain turut tertipu

confirm tak boleh meniru kalau begini

Konsep tawakal

“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan(kebutuhannya)”
Surah Ath-Thalaq: 3

Bagi yang MENIRU..tanyalah imanmu di manakah tahap tawakkal anda pada Allah? Tidakkkah anda yakin akan pertolongan dari Allah?kerana segala apa yang kita usahakan akan dibalas dan diperlihatkan oleh Allah kelak..
Firman Allah yang bermaksud :


“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara)”

Surah An-Najm : 39-42

aku bertawakal padamu Allah setelah berusaha dan berikhtiar

Bagi yang MEMBERI TIRU.. perbuatan itu hanya akan memberi saham kepada anda disebabkan bersama-sama dalam perkara dosa..dan lebih membimbangkan apabila perbuatan memberi tiru ini telah menjadi penyebab hilangnya keberkatan kepada sahabat yang meniru tadi.. bukan sahaja di alam university..malahan kesannya akan berterusan ke alam pekerjaan nanti..

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”
Surah Al- Maidah : 2

Perjalanan masih jauh

Jika budaya ini sudah sebati dengan jiwa kita..bayangkan perjalanan hidup kita yang seterusnya~

Lulus final exam tahun 1 hasil meniru
Lulus final exam tahun 2 hasil meniru
Lulus final exam tahun 3, 4, 5, dan 6 hasil meniru
Graduate MBBCH ??
Housemanship??
Medical Officer??
Specialist??
Pakar Perunding??
Sakaratul maut??
Alam barzakh??
Padang mahsyar??
Timbangan mizan??

Terlalu banyak lagi perkara besar yang bakal kita hadapi di kemudian hari..imtihan final di dunia ini sekelumit cuma..adakah kita akan meniru jawapan sahabat kita ketika Allah menyoal kita di akhirat kelak??dan adakah kita juga akan meniru ketika Allah memaparkan “CCTV” Nya di hadapan kita kelak??

Jadi...jangan mula untuk meniru..genggam kejayaan atas hasil usahamu..carilah keberkatan dalam menuntut ilmu.. kerana kelak kamu akan menjadi individu yang sangat dipercayai setiap kalammu.

Ayuh muhasabah diri sebelum diri kita dihisab.

p/s : sanggupkah jika saudara kita dirawat oleh doktor 'tiruan'?

Source : Medicoservant....terdapat pelbagai cerita dan pengalaman yang menarik yg dikongsikan sepanjang keberadaan di dalam dunia perubatan oleh PERUBATAN cawangan Zagzig...yup! jenguk2...

No comments:

Post a Comment