Tuesday, June 28, 2011

Aku driver bus je [3]

"Kalau Husna?", pakcik Hashim tanya lagi.

"Hah! Husna? Bukan dia dah ada pilihan dia sendiri ke pakcik?", aku masih terkejut dengan pertanyaan tu.

Sambung pakcik, "Itu dulu.. Tapi dia bagitahu pakcik, dia sayu, kagum melihat kesetiaan kau pada arwah Izzah. Kau tetap macam dulu, seolah-olah kau sedang tunggu dia pulang semula. Tapi itukan tak mungkin berlaku.. Mungkin Husna dan Izzah tu 2 orang yang berbeza. Tapi mereka adik beradik kembar, wajah mereka seiras. Kalau Husna dapat menggantikan tempat Izzah di hati kau, dia sanggup!"

Urgh..

...............

Aku terdiam mendengar kata-kata pakcik Hashim. Tak tahu cane nak terangkan kat dia.. Yup, Izzah dan Husna memang kembar, seiras giler. Aku pun tak tahu kat mana beza diorang. Pakaian pun sama pesen. Mungkin itu la hasil didikan ayah diorang. Yang lain aku tak sure la. Percakapan ke, perangai ke.. Aku tak tahu. Ketika pernah bersemuka ngan kedua-duanya sewaktu hari pertunangan kami lebih 2 tahun lepas pun, memang tade beza. Cuma hari tu Izzah pakai grand sikit sebab dia yang nak tunang mase tu.. Huhu. Kalau family diorang kata yang ni Izzah, yang tu Husna, aku memang terima bulat-bulat je.

Tapi, bukan paras rupa yang menjadi sebab aku sukakan Izzah. Walaupun ade orang lain yang seiras dia, mereka tetap bukan Izzah!

"Pakcik, mereka bukan orang yang sama. Izzah tetap Izzah. Saya sendiri tak tahu cane nak terangkan, nape saya suka dia. Tapi bukan semata-mata kerana rupa dia. Walaupun mungkin dia tak secantik dia dan Husna skarang pun, saya tetap akan cintakan dia..

Saya tak tahu pakcik, tapi saya seperti dapat rasakan yang Izzah masih ada.. Dan saya takkan cari pengganti dia...", ringkas aku terangkan pada pakcik Hashim.

"Hahaha.. Kau cakap macam orang dah tak siuman! Kan dia dah tak ade.. Jangan siksa hidup kau macam ni sekali", kata pakcik Hashim sambil tersenyum kelat, dan raut wajahnya tampak agak kecewa.

Dia sambung lagi, "Tak ape la nak, pakcik tak halang. Bukan hak pakcik pun. Cuma pakcik kesian, Husna pun, tengok kau macam ni.. Menanti bunga yang dah lama mati!".

Rupanya Husna ada disebalik langsir dapur rumah. Aku terpandang dia. Kelihatan matanya kemerahan, namun cepat-cepat dia masuk semula ke dapur. Mungkin dia kecewa mendengar apa yang aku katakan tadi. Maafkan aku Husna.. Aku rasa tak mampu untuk menyintai orang lain, selain adik kau Izzah. Dan aku pun tak mahu kau cintakan aku atas dasar simpati, bukan ikhlas dari hati.

Takdir yang menentukan, pertemuan aku dan kalian berdua. Takdir jua yang menentukan, tiada jodoh aku dan antara kalian. Tapi walau cuma seketika pertemuan aku dengan arwah Izzah, bagiku sungguh bermakna!

Malam-malam aku kat kampung, aku akan online lagi.. Aku pun dah lupa, berapa kali aku pernah hantarkan surat kepada emel arwah Izzah. Tapi selepas tu, aku cuma menulis di facebook saja. Lantak la sape yang nak baca. Aku bukannya letak nama betul pun. Yang penting aku dapat luahkan saja apa yang terbuku dalam hati. Bila ntah nak balik JB smula keje..

Tetiba aku dapat satu mesej - daripada Husna. Dia nak jumpa aku! Uish, tak penah-penah pun sebelum ni. Mungkin dia nak dengar sendiri ape yang aku penah cakapkan tempoh hari, tentang keputusan aku. Boleh je kalau nak jumpa. Aku setuju.. Cuma jauh dalam hati, aku tetap bimbang bila nanti bertentang wajah dengannya. Maklum la, dia tetap seiras arwah Izzah. Wajah itu pasti akan membuat aku jadi sayu.. "Ala, aku lelaki kot!! Sorok je la perasaan tu, buat muka biasa-biasa je!", pujuk aku dalam hati.

Keesokannya, kami bertemu. Dia datang bersama adik bongsunya. Mungkin dirasakannya adiknya takkan mengerti apa yang akan kami bincangkan.. Sekadar menemani. Dan memang betul, Husna nakkan kepastian tentang pendirian aku.

"Betul awak nak tunggu Angah (nama panggilan Izzah) sampai bila-bila?", tanya Husna. Pertanyaan yang aku dah agak.

"Em..", jawab aku ringkas.

"Tapi dia kan dah mati!", tiba-tiba Husna kelihatan emo.

"Aku tak rasa dia dah mati..", balas aku.

"Betul ke memang tiada orang mampu ganti Angah? Ape lebihnya Angah??", pertanyaan susulan Husna yang juga sudah aku duga.

"Tak tahu.. Aku tak tahu kenapa aku cintakan dia. Dan tiada orang yang boleh tempat dia!", jawab aku sedikit tegas. Husna sudah pun lama mengalirkan air mata. Tapi aku tak pasti kerana apa. Serba salah lak aku jadinya.

"Kalau pun Angah masih hidup, tapi dia cacat, dah tak cantik, awak masih nakkan dia??", tiba-tiba Husna bertanya lagi.

Namun kali ni aku tak mampu untuk terus menjawab. Soalan itu benar-benar buat aku tersentak. Rasa marah pun ada. Kenapa Husna sanggup tanya sampai camtu sekali? Nafas aku cuba kawal sementelah ia tiba-tiba menjadi pantas. Lidah aku kelu untuk berkata-kata. Bukan masih tiada jawapan, tapi aku betul-betul tak sangka pertanyaan itu akan keluar dari mulut Husna.

"Kenapa kau tanya camtu??", aku tanya balik dengan berbaur agak marah.

"Jawab je la! Kenapa tak jawab?", Husna membentak balik.

"....", aku masih tak mampu redakan perasaan marah bercampur geram..

"Kenapa Husna tanya camtu?", aku bertanya semula solan tadi. Tapi dengan nada lebih perlahan.

"Sebab awak kata, kalau dia tak cantik pun awak tetap cintakan dia, kan?", jawab Husna lemah.

Tanpa sempat aku nak jawab, Husna menyambung kata-katanya. "Husna minta maaf, Husna tanya sebab kecewa.. Husna fikir awak boleh terima Husna sebab wajah seiras ngan Angah. Tapi rupa-rupanya Angah lebih istimewa berbanding wajah dia...", terang Husna. Lalu dia terus berlari meninggalkan aku, tanpa menunggu jawapan kepada soalannya tadi. Kemudian adiknya juga berlalu ke arah Husna.



............

Malam itu, malam terakhir sebelum aku balik semula ke JB. Ketika asyik menyelak 'home' facebook, tiba-tiba aku terlihat akan sebuah gambar, ada 2 orang wanita. Salah seorangnya berkerusi roda. Sekali terpandang aku nampak cam biasa je. Tapi hati aku tiba-tiba berdegup kencang. Aku amati semula gambar tadi, seakan-akan mengenali salah seorang wanita itu. Pada gambar yang tak berapa jelas itu, kelihatan ada kesan parut pada wajahnya.

Tapi yang lebih mengejutkan, orang yang ditag pada gambar itu adalah orang yang selalu comment, beri kata-kata semangat pada aku di facebook. Aku kembali ingat, dia kata dia lumpuh kedua-dua kakinya. Aku buka profilnya, dan aku lihat lokasinya adalah Dublin!! Lebih mengejutkan bila kau terbaca salah satu statusnya;

Maafkan aku tetap akan menunggumu

Walaupun sampai bila aku tak tahu

Walaupun penantianku mungkin sia-sia..

Ungkapan itu sama dengan antara bait-bait surat yang pernah aku hantar pada emel arwah Izzah selepas kematiannya! Mustahil ada orang lain yang membacanya. Aku jadi makin teruja. Aku kembali amati gambar tadi betul-betul, dan aku tersentak lagi bila tersedar pemakaiannya sama saja seperti Husna dan Izzah!

Tuhan sajalah yang tahu perasaan aku waktu itu. Tiada siapa pada masa itu. Lalu tanpa aku sedar, air mata jantan aku menitis. Lagipun sudah lewat malam. Tanpa membuang masa, aku terus comment pada gambar itu. "Maaf, adakah nama awak Izzah?".

Namun agak sekian lama aku tunggu, tiada yang membalas. Sudah hampir jam 4 pagi, tapi aku masih tetap tunggu. Lalu aku terfikir untuk solat sunat hajat pada masa itu jugak. Aku panjatkan doa benar-benar pada Allah - jika itu Izzah dan jika dia masih hidup, berilah aku petunjuk dan pertemuan dengannya. Jika bukan, berikanlah padaku kesabaran dan kekuatan untuk terima semua ini.

Selesai saja solat, aku kembali kepada laptop dan melihat gambar itu semula. Tapi sayang sekali, gambar tersebut sudah tiada! Nampaknya telah dibuangkan.. Ya Allah, adakah ini petunjukmu? Adakah itu bukan Izzah?

Tiba-tiba aku teringatkan Husna, terus saja aku telefon dia.

"Hello, Husna? Betul ke...", dengan terburu-buru aku terus tanya bila Husna menjawab panggilan. Tapi cepat-cepat dia potong percakapan aku.

"Eh, nape ni pepagi buta call Husna?", kata Husna. Terus saja lidah aku kelu. Tak tahu mana nak mula balik.

"Ehm.. Izzah belum mati bukan?", akhirnya aku tanya soalan tu selepas agak lama membisu.

"Hah!!", respon spontan Husna. Nampaknya dia terkejut dengan apa yang aku tanya. Tapi dia tak terus menjawab, sebaliknya hanya berdiam diri.

"Izzah belum mati kan?", aku tanya lagi.

"Ape awak merepek ni?", cepat-cepat Husna menyoal aku balik.

"Aku jumpa gambar dia. Dia berkerusi roda. Ada kesan kemalangan pada muka dia. Tapi aku yakin itu dia!", jawab aku tegas.

"Baik kau terus terang je..", gertak aku. Tapi tak lama, Husna mematikan panggilan tanpa sepatah jawapan pun.

Kenapa dia tak jawab langsung? Nampaknya memang ade sesuatu yang Husna sembunyikan dari aku. Keesokan pagi bila fajar mula kelihatan, aku terus saja bergegas ke rumah pakcik Hashim. Walaupun wajah aku lesu kerana semalaman tak mampu tido, namun hati aku terasa begitu segar, berbunga-bunga.. Bagai mendesak-desak untuk menzahirkan rasa bahagia.

Kelihatannya kedatangan aku memang dijangka mereka sekeluarga. Pakcik Hashim mempelawa aku masuk. Diajaknya bersarapan, seolah-olah tahu aku masih belum makan lagi. Tapi aku menolak dengan baik. Terus saja aku membuka persoalan yang tersimpan sejak awal pagi tadi, tapi persoalan itu bagaikan telah tersimpan begitu lama! Dan aku tak sabar lagi untuk mendengar jawapan dari mulut pakcik Hashim.

Namun seperti diduga, pakcik tak terus menjawab.. Dia bingkas bangun lalu masuk ke dalam. Ingin mengambil sesuatu, sangka aku. Sebentar kemudian pakcik keluar, dengan membawa beberapa keping surat!

"Ini.. Baca ni, bacalah semua...", kata pakcik sambil menghulurkan surat-surat tu pada aku. Aku ambil saja semuanya tanpa menyoal.

"a.izzah89@gmail.com??", itulah yang tertera sebagai alamat pengirim surat-surat tersebut!

Rupanya itu adalah surat-surat yang pernah diemel oleh Izzah kepada keluarganya. Sengaja pakcik print semuanya untuk aku baca. Satu persatu aku belek, aku baca sepenuh hati. Ah! Benar telahan aku selama ni.. Izzah masih hidup! Melihat saja aku selesai membaca surat-surat itu, pakcik Hashim terus membuka cerita.

"Maafkan kami sekeluarga, nak. Kerana rahsiakan semua ini. Tapi itulah permintaan Izzah..", pakcik memulakan cerita.

"Memang benar Izzah terlibat dalam kemalangan jalan raya kat Ireland dulu. Tapi dia tak mati, dia selamat.. Cuma, kedua-dua kaki Izzah lumpuh, dan wajah Izzah pun cedera jugak akibat kemalangan tu. Sekarang hanya parut yang bebekas di sisi wajahnya. Izzah dah tak macam dulu, dah tak secantik dulu. Dia rasa tak layak sangat untuk terus ditunggu kau."

"Jadi dia tekad, dia buat keputusan suruh kami sekeluarga bagitahu kau yang dia telah meninggal dunia. Itu lebih baik bagi Izzah, kerana dia tak mahu menjadi beban kepada kau. Dia harap kau dapat cari pengganti yang lain, sementara dia terus menetap kat kat untuk menjalani rawatan. Lagipun teknologi perubatan di sana lebih baik dan Izzah sendiri pun memerlukan sokongan moral dari sahabatnya di sana, kerana dia sendiri pun bakal menjadi seorang doktor. Alhamduillah, semuanya berubah menjadi lebih baik. Izzah pun semakin pulih dan selalu berhubungan dengan keluarga melalui emel."

"Tapi lepas sekian lama, kau masih tak berubah untuk menunggu dia. Jadi, Izzah meminta kakaknya Husna untuk cuba memenangi hati kau dan menjadi penggantinya. Tapi rupanya kau tetap menolak. Kau masih anggap Izzah akan kembali."

"Adakah sampai saat ini kau masih cintakan Izzah?", tanya pakcik Hashim mengakhiri penjelasannya.

Aku masih buntu sejak tadi, bila mendengar penjelasan tu. Tak tahu cane nak gambarkan perasaan aku waktu tu. Sedih, marah, gembira, bersyukur, semua bercampur. Doa aku selama ni akhirnya Allah makbulkan. Izzah belum mati.. Izzah masih hidup!!

"Izzah kat mana skarang pakcik?", tanya aku tanpa mempedulikan pertanyaan pakcik Hashim tadi. Pakcik Hashim menarik nafasnya panjang-panjang.

Lalu, "Angah! Keluar nak...", panggil pakcik Hashim.

Ya Allah! Aku terkejut mendengar panggilan itu. Angah itu Izzah! Hati aku jadi tak keruan. Aku tak tahu nak cakap ape, nak buat ape.. Sebentar kemudian, kelihatan suatu susuk tubuh manusia keluar dari tirai biliknya, dengan berkerusi roda yang disorong oleh Husna. Ya Allah.. Ayatul Izzah!

Rupanya Izzah baru saja pulang ke tanah air setelah proses pemulihannya selesai di sana. Dia akan terus berehat dan dirawat di sini hingga benar-benar pulih.

Aku tatap wajah Izzah dalam-dalam. Dia masih tertunduk. Lama-kelamaan baru berani mengangkat wajahnya, perlahan-lahan.. Pada wajahnya telah tertumpah air mata. Pada wajahnya juga terlihat akan parut kesan kemalangan. Namun tidaklah seteruk mana bagi aku. Akhirnya terbit juga senyuman diwajahnya. Itulah senyuman yang pernah aku lihat ketika pertama kali bersua dengan Izzah di dalam bas dulu. Tetap sama! Aku hanya mampu tersenyum kembali. Aku bersyukur padaMu, Ya Allah!!


Akhirnya, aku dan Izzah bersatu jua! Kami diijab-kabulkan pada 4 Januari 2014, sebulan selepas pertemuan itu. Pada hari bersejarah itu, masih terngiang-ngiang kata-kata pakcik Hashim (opss, skarang dah jadi ayah);

"Mula-mula dulu, kau yang nak uji Izzah. Kemudian, Izzah pula yang uji kau.. Hahaha".

Kata-kata itu aku sambut dengan gelak ketawa. Tapi Izzah yang berada di sisi aku tak memahami maksud ayahnya. Lagi la membuatkan aku dan ayahnya ketawa besar.

"Kalau kau nak tahu, laki kau sekarang ni dah tak bawak bas dah.. Dia bawak kertas-kertas lukisan lak skarang..", kata ayah yang masih mahu berlapik-lapik.

Izzah masih kelihatan bingung. Rupanya mati-mati dia sangka aku masih seorang driver bas. Pandai betul ayahnya simpan rahsia.. Haha. Kesian plak tengok dia blur-blur, jadi aku pun explain la..;

"Dulu awak bertunang dengan seorang driver bas. Tapi hari ni awak berkahwin dengan seorang arkitek..", terang aku dengan senyuman.

"Kalau awak tak faham gak, nanti malam ni saya citer okeh? Cuma satu saya nak bagitahu awak, terima kasih kerana menerima saya seadanya...", kataku.

.... Inilah jalan cerita hidup aku. Alhamdulillah sekarang kami hidup bahagia sebagai suami isteri.. Saling melengkapi :) End of story.

.......itulah kisah mereka.....


T . A . M . A . T

2 comments:

  1. ^____________^

    itu kisah mereka....anda bgmna??

    huhu~sejarah mumkin berulang........

    ReplyDelete