Monday, June 21, 2010

belum diizinkan kahwin: Adam menjadi 'gay'...Hawa menjadi 'lesbian'

SEORANG PEREMPUAN….

Seorang perempuan yang tidak bermanja dengan ibubapa dan rakan-rakan perempuannya akan cenderung BERMANJA dengan insan bernama lelaki.

Seorang perempuan yang tidak mengadu dengan ibubapa dan rakan-rakan perempuannya akan cenderung MENGADU pada insan bernama lelaki.

Seorang perempuan yang tidak rapat dengan kawan-kawan perempuan akan cenderung berasa SUNYI dan INGIN DISAYANGI oleh insan bernama lelaki.

Seorang perempuan yang ‘kuat dalaman’nya juga akan tersentuh hati dan jiwanya jika yang mengambil berat tentang dirinya adalah insan bernama lelaki.

Seorang perempuan yang ‘kuat dalaman’nya juga mempunyai naluri untuk dilindungi dan disayangi insan bernama lelaki.

Jika perempuan tidak melepaskan fitrahnya (bermanja, mengadu, bercerita dan berkongsi masalah) kepada sesama kawan-kawan perempuannya, dia akan cenderung di’tackle’ oleh insan bernama lelaki.

Wahai kaum Hawa, bermanjalah dengan ibubapa dan sesama Hawa. Jangan dihirau orang berkata-kata.

Wahai kaum Hawa, mengadulah cerita pada sesama Hawa. Jangan malu untuk menangis dan berkongsi tawa.

Wahai kaum Hawa, jagalah dirimu sebelum lelaki menindas perasaan dan jiwa.

Serahkan segalanya pada insan bernama SUAMI sahaja…..

ADA PERBEZAAN KETARA ANTARA HUBUNGAN ADAM-ADAM DAN HAWA-HAWA.

Jika Adam-Adam bermesra dan rapat berkongsi cerita, mereka dianggap ‘tidak normal’ dan gila. Atau mungkin istilah yang lebih tepat, “GAY” dan sebagainya.

Jika Hawa-Hawa bermesra dan berpeluk tawa, mereka dianggap adik-beradik yang bahagia.

Jika Adam-Adam berjalan berdua ke sini dan ke sana, mereka dianggap ‘tidak normal’, ‘GAY’ dan sebagainya.

Jika Hawa-Hawa berkepit berdua ke sini dan ke sana, mereka dianggap ‘sweet’, comel dan sebagainya.

Jika Hawa-Hawa boleh gembira tanpa lelaki di sisi mereka, kenapa Adam-Adam tidak boleh ‘santai sahaja’ tanpa perempuan di sisi mereka?

KENAPA????

Anda telah memaksa Adam mencari Hawa!!! Bosan dengan Hawa pertama, Adam cari Hawa yang seterusnya!!!

Anda telah memaksa Adam mencari pasangannya, walaupun Adam belum mahu berkahwin dan berumahtangga!!!

Anda telah memaksa Adam korbankan masa lelakinya, kerana dia terpaksa MELAYAN dan MEMBERI MASA kepada si Hawa!!!

[kredit to :http://drrazi.wordpress.com/]

Thursday, June 17, 2010

belajar ape 1st year??

.: aSsaLamualaiKum :.

alhamdulillah..alhamdulillah...

Entry kali ni khas nak cerita pasal subjek2 yang dipelajari sepanjang tahun pertama dalam bidang perubatan (Faculty of Medicine for Girls,Al-Azhar Uni.). Mungkin entry ni boleh menjadi bahan rujukan bagi sesiapa yg sedang survey atau bakal memasuki faculty of medicine in Azhar uni. or maybe boleh compare dengan universiti2 lain di seluruh dunia.

Silibus yg dipelajari sama dengan fakulti banin (boys),cuma buku yang berlainan. Buku memang akan didapati dari department sendiri dan tidak dibeli dari luar.



~bersama beberapa Docturah yang supporting & caring~

4 subjects only for pre-clinical year + 2 additional subjects [special for Azhariaan only]

<1> PHYSIOLOGY

Belajar ape ek?? Pyhsiology ni belajar pasal sistem2 yg ada dalam badan. Sekecik-kecik benda dalam badan kita akan belajar.Seronok!! Subjek yg memerlukan kefahaman yang tinggi. Kita dapat explore tentang ciptaan Allah yang hebat yang terdapat dalam diri kita .Its so complex n great!!!


Physio has 6 branches. 1 sem 3 branches. They r :

Blood and body fluids
Cell, nerves and muscles (CNM)
Autonomic Nervous System (ANS)
Respiration
Gastrointestinaltract (GIT)
Cardiovascular system (CVS)

~Physiology lab with Dr. Basma ~

<2> ANATOMY

Ingin bermain bersama cadaver?? Inilah masanya. Satu-satunya subjek yg paling seronok time practical class. We will learn about muscles,organs,nerve,arteries and veins in body. Interesting!! Time ni la kita boleh tahu,stomach tu duk belah kanan ke kiri....liver ade berapa dlm badan..he3...Bones tu dah jadi peneman setia ketika study..kat sini supplier utk bones banyak.So,boleh la dapatkan 1 set of body bones per house...mudah nk study.


Anat ader 5 cabang :

Introduction of Anatomy
Lower Limb
Upper Limb
Embryology
Abdomen

~peneman setia dikala menuntut ilmu~

~cuit-cuit cadaver~


<3> HISTOLOGY



Histo berkait rapat dengan cells and tissues in our body. Kita akan rasa rilex je time practical class.Why?? hu3...we just need to determine the cell that we observe under microscope n draw it.Just it!! Easy rite?? Sehalus-halus cell yg ada dlm badan kita,kita akan belajar tentang ciri2nya dan nama2 nya.Insyallah..may Allah help us in understanding this knowledge....ameen...

~belajar melukis & mewarna...macam kat tadika doulu2 ~

<4> BIOCHEMISTRY

Anda minat chemistry yg belajar time SPM?? Bagus..bagus...Kita masih akan belajar kimia,tapi tak akan sama dengan SPM..itu semestinya..Dalam Biochem,kita akan belajar tentang vitamins,lipid,carbohydrate,DNA, and so on. Dan ia akan dikaitkan dengan perubatan. Contohnya,deficiency of vitamin D will lead to.......??? begitulah....





Kita akan 'bermesra' dengan pelbagai stucture formula merangkap soklan paling famous dalam exam. hu3..don't worry...its easy!How bout da lab?? Dlm lab,kita akan buat experiment untuk tentukan apakah solution yg diberikan....insyllah~seronak!!!


~biochem lab...sempoi~

<5> BAHASA ARAB

Mesti berasa rugi kalau meninggalkan bahasa syurga yg kita pelajari sejak bangku sekolah kan?? Alhamdulillah jika anda ditempatkan di bumi Azhar,anda tidak akn rugi malah beruntung kerna dapat meneruskan lagi untuk mendalami ilmu bahasa ini.


Susah ke bahasa arab kat sini?? hu3...Dalam kelas kami terdapat ramai pelajar dari pelbagai latar belakang. So,kita akan ikut majoriti. sekiranya majoriti tak ada basic bhsa Arab, so kita akan start from basic.Tapi kalau dah ramai yg ada basic,mungkin Doctor akan mengajar pada level yg seterusnya.

<6> AL-QURAN

Inilah satu-satunya kelainan menuntut ilmu di Azhar. Walau setinggi mana kita belajar,Al-Quran tetap dihati. Alhamdulillah...moga pelajar2 nya juga berakhlak mulia dan termasuk golongan hamalatul Quran..insyallah ^_^


Sukatan bagi tahun 1 ( MOU class) diwajibkan untuk menghafal 1 juzu' setahun-juzu 30 [juzu 'amma]. Bagi tahun 2-juzu 29..begitulah seterusnya....(kalau kuliah banin tak pasti macam mana)

*********************************************************************************

EXAM.....EXAM.....EXAM.....EXAM

Saat yang paling dinanti-nantikan..betul ke?? ada sesetengah student Arab, dorang kata exam is better than lecture.I like exams...why?? nanti try tanya dorang ye kenapa....hu3
Camne tu?


Ok.Perasan tak setiap subjek pasti ada cabangnya? So,setiap kali kita tamat belajar 1 cabang (equal to 1 book for physio and anat) atau 1 topic (for histo and biochem),kita akan exam .Simple exam.Just wanna to test our level of understanding on that topic. Special for anat, ada supporting exam=practical exam. Kalau subjek2 lain,juz ada written or MCQ (multiple choice question) queation aja. *so,sapa2 yg berhajat pada MUMTAZ,score la minor exam ni dari awal2 lagi ye!insyallah...

Major exam ada 2 sahaja. Mid-term and final exam.Tahun ni,mid-term berlangsung selepas winter break .*kitorg tak dapat bercuti pun T_T...Mid-term hanya ada MCQ and written.

Final exam pula , semestinya setelah tamat tempoh pembelajaran (about 7 months). Alhamdulillah..diberi 2 minggu study weeks. Setiap subjek ada gaps yg lama . Biasanya 4 atau 5 hari.Insyallah..sempat nak cover. Final exam-ada written,practical and oral exam.

Berlainan dengan U lain di mesir, Azhar sahaja yg masih mengekalkan 'exam sekaligus' . Eiih dii?? (apa ni?) Maksudnya, selepas habis written exam,,, practical and oral exam akan menyusul pada keesokan hari atau sehari dua selepas tu.

Kebanyakan U di sini mengasingkan ketiga-tiga ( written , practical and oral ) exam dan menyebabkan tempoh final exam mereka hampir 2 bulan. Dorang akan start dengan practical exam bagi semua subjek,then proceed to oral exam and lastly written exam.(lebih kurang macam ni la).

~macam ni ke suasana exam kat Mesir??? urmmmmm.....~

Dari segi pemarkahan,semua markah yg diperolehi dari minor exam akan dicampur dengan major exam + kehadiran =final mark. Inilah yang akan menentukan kita akan dapat mumtaz,jayyid jiddan ,jayyid atau rasib. [moga yg terbaik buat kita semua!]

Suasana exam juga berbeza. Dari segi bentuk soalan,pengawalan hari exam,suasana sekeliling,budi bicara docturah dan macam2 lagi.Jauh berbeza dari kebiasaan di Malaysia.Mungkin di Malaysia kita akan rasa berdebar sekiranya Prof berhenti bersebelahan dengan kita ketika menjawab soalan,,tapi di sini lain perasaan nya!..Senang kata, exam kat sini sempoi je la. Secara keseluruhannya, Azhar Uni. and Mansurah Uni. masyhur dengan soalan2 yang susah dan mencabar. [kata Dr. OB ]..try baru tau!

alhamdulillah...

setakat ini sahaja dulu.sebarang kesilapan bahasa ,susun kata dan maklumat..harap ditegur dan diperbetulkan. Insyallah dengan sedikit perkongsian,harap dapat memberi manfaat yg sewajarnya..biiznillah

notakaki: Alhamdulillah..tahun ni kami diberi peluang utk menghadiri extra class for anatomy with Dr. Omar Baraqa (Dr. OB). Kelas yang bagi kami,, dapat memantapkan lagi kefahaman dan kejelasan tentang dunia anatomy dan memudahkan kami utk mengetahui cara2 belajar dan cara utk menghafal segala urat saraf n so on dengan mudah.Tafaddal pada sesiapa yg mampu utk join dis class...insyllah ,anatomy akan terpahat dihati!






Wednesday, June 16, 2010

bernafas dalam debu Mesir


aSsaLamuaLaikum

Alhamdulillah..akhirnya.....

Alfun aasif jiddan (ma'lish awi3) buat adik2 yg menantikan perkhabaran dari Ardul Kinanah..Once again,sorry!!! [janji time fatrah imtihan,mmg tak bleh nk focus langsung la]

kepada adik2 yang telah berjaya mendapat tawaran utk belajar, alfun mabruk 'alaikum!! [congrate!]. Tak kira kat mana kita belajar,bidang apa yg kita ambil,semuanya aturan terbaik dariNya,kutiplah seberapa banyak ilmu2 Nya selagi kita diberi peluang.Alhamdulillah.

Tak lupa jugak khas buat adik2 dan sahabat2 yg bakal menemani kami berjuang di bumi Azhar,mabruk..mabruk!!! pasti antum tgh tak sabar2 nak tahu pasal kehidupan kat Mesir ni kan?? sabar..sabar ..ye! Insyallah, sy akan cuba utk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sepanjang 7 bulan berada disini.

*****
Bismillahirrahmanirrahim....

PENGINAPAN

Alhamdulillah,semasa tiba disini, bukan senior2 sahaja yang menyambut kita,tapi kehangatan angin dan debu2 Mesir juga turut gembira menyambut kedatangan kita.Sungguh mesra.Minggu orentasi berlangsung selama 3 hari. Time ni la kita diperkenalkan dengan beberapa tempat di Mesir dan kita diajar basic utk berkomunikasi dengan org Arab especially time urusan jual beli dan time menggunakan kenderaan awam.

Rumah??? Kat sini kita ada 2 pilihan ,sama ada nak duduk rumah sewa ataupun rumah BKAN (badan kebajikan anak negeri *klu xsilap*). Biasanya student under Akademi Al-Quran (AQ) akan ditempatkan di rumah2 sewa.Kalau ikutkan tahun ni,sewa rumah diselaraskan. L.E250=RM150 sekepala sebulan.Rumah2 under AQ dijaga dibawah syarikat MENHAS,milik AQ.Segala urusan rumah dibawah tanggungannya. Rumah macamna?? hu3....jangan mimpi ada rumah atas tanah.so,atas angin?? tak....mostly rumah kat sini rumah flat/pangsa. Semua warna cokelat. Pure colour.Rumah2 kat cini biasanya dah lengkap ngn perabut2 asas like katil,almari ,sofa, tv (rumah yg bertuah je la),peti ais n so on. Rumah pom ada macam2 taraf.

~antara imarah (bangunan rumah) di Hayyul Asyir~

Student medic n dentistry diasingkan.Kalau nak cmpur pun boleh,tp berisiko time nk wat study group.Medic n dentistry totally different. Tahun kami,housemate a.k.a 'ahlil beet' ditentukan oleh senior.Tapi kalau ada sebarang halangan,kita boleh deal ngn senior yg handle bab perumahan.Biasanya 1 rumah ada dalam 5-7 org.

Ada jugak sesetengah student AQ yg mungkin nak save budget,dorang akan pilih utk duduk kat rumah BKAN a.k.a rumah negeri.But,mostly duk umah sewa sbb senior dah sediakan rumah utk kita. Kos byaran bulanan tinggal kat situ tak sampai L.E 100 sebulan. Jimat.Kelayakan utk masuk rumah negeri ni depends on negeri asal kita or our parent.

KESELAMATAN

Ada dengar apa2 berita dari sini?? hue3....Setakat ni,alhamdulillah,sistem MUSHRIF masih berjalan. Mushrif mean org yg menjaga.Dalam waqi' (keadaan) disini,mushrif amat2 diperlukan bagi kaum hawa kerna kita menjadi perhatian org arab atas kesopanan n kesusilaan kemelayuan kita. Dengan keprihatinan ini,kaum Adam akan mengambil langkah utk sama2 mengawasi keselamatan kaum Hawa.So,don't worry,kat sini ramai yg gentleman.hu3.

Bagi yang tinggal di rumah sewa,espclly student AQ,Persatuan SISWA AQ akan list nama2 student yg layak n volunteer utk menjadi mushrif dan menjadi simpanan bagi setiap rumah.So,kalau nak berjalan jauh atau keluar pada waktu malam,boleh la kita contact dengan mushrif yg bertugas pada hari tersebut.*uhuks,jangan salah guna peluang ni pulak ye.[pesanan penaja]..Manakala yang tinggal dirumah BKAN,mereka juga turut disediakan khidmat yg sama juga dan mungkin terdapat beberapa rules yg perlu dipatuhi.

Walau kat mana kita berada,sama2 la kita saling menjaga keselamatan diri sendri dan sahabat2 kita.Kita disini semuanya seperti 1 keluarga besar.


[Anatomy Lab] Bergurau senda bersama mayat (cadaver)



PEMBELAJARAN

Setelah puas berorentasi mengenali Mesir,tibalah masa yg ditunggu2. Study time!! Yippi!!. Apa yg korang bayangkan tentang Azhar?? Sebuah U yang tersergam indah?? Bangunan2 yg besar dan cantik seperti di Msia? Dipenuhi dengan orang2 yg hebat? Nantikan....*bayangkan mesir ni spt 10 tahun kebelakang Malaysia

First time menjejakkan kaki di bumi Azhar,terasa keindahan keberkatannya,yang telah banyak melahirkan para ulama'. Kuliah sains kesihatan (medic n dentistry) terletak di Madinatun Nasr. Bukan yg berdekatan dengan Pasar al-Khalili tu.Kedua-dua kuliah diasingkan. Pelajar lelaki dan perempuan juga diasingkan .[Best!!].

1st day sampai sana,kami disambut oleh sorakan student2 arab yg teruja dengan kehadiran Malaysian student. [rasa cam org famous jap]. Begini lah org arab. Docturah2 (panggilan bgi lecturer) juga gumbira menyambut kami. The first sentence from them :" we're ur mother and u all are our daughter". Touching n soothing. [we have mother here!]

Bagi kuliyyatil banat,semuanya lecturer perempuan.Kalau yg banin,wallahu'alam. Semua docturah kat sini layan kami spt anak mereka sendiri.mereka ikhlas menjaga n mendidik kita. Minta apa sahaja yg kita mahu,especially ilmu,insyallah dorang akan berusaha utk beri yang terbaik buat kita.English language sbg bahasa perantaraan.American English.

1st week belajar,mungkin ramai yg tak dapat catch up aper yg docturah perkatakan.Kenapa??
sebab english dorang ala2 arab.So,kita kene faham sleng dorang dulu.Insyallah tak makan masa yg lama utk sesuai dengan bahasa dorang.Kadang2 tu,kalau docturah terlalu asyik duk mengajar,terkeluar jugak bahasa arab 'Ammi dia time duk mengajar.Kami gelak je la.Tak faham.

1 thing yg docturah sgt2 suka,dorang suka sangat bila student banyak bertanya. Bagi docturah,student yg banyak bertanya=excellent student.Here,no gaps between student and docturah or even our dean.We're like mom n daughter.Memang mudah nak deal ngn dorang.

Memang sifat orang arab,suka sgt memuji.Kadang2 dengan pujian yg docturah bagi,memberi semangat untuk kita belajar bersungguh2 dan mereka suka mendoakan kebaikan utk pelajar2.Doa guru,insyallah termakbul. Enjoy study!!

Student AQ akan ditempatkan dalam 1 kelas khas.Kelas MOU.Khas untuk pelajar2 melayu sahaja.Tak bercampur langsung dengan pelajar arab.So,macamna nak kawan dengan student arab?? don't worry,kelas kita akan sentiasa dikunjungi student2 arab yg ade keinginan utk berkawan dengan Malaysian student.Kadang2 tu ada yg siap duduk atas kerusi dihadapan kelas.Bila disoal "Leeh?? 'ezzah eiih?'' (kenapa ni? awak nak apa)..jawab mereka :"ahabbu malizi...soghayyar,gamilah...''(sya suka org Malaysia,kecik2,cantik2)..he3...macam2 la orang arab ni.

Antara sahabat2 seperjuangan dalam kelas [AQ batch 2]

Biasanya jadual kuliah bagi winter dan summer akan berubah.Tahun ni,time winter kelas stat pukul 9a.m-4p.m dan time summer 8a.m-3p.m. Kelas terbahagi kepada lecture class dan practical class.Sebelah pagi lecture class,selama 4 atau 5 jam dan selepas rehat selama 1/2jam atau sejam,terus proceed to practical class.Hari Jumaat adalah satu2 nya hari cuti.[mungkin akan berubah apabila hampir tiba dengan exam day]

Semua buku akan dibeli dari gamaah.Docturah lebih suka kalau kita study from department book.Buku2 rujukan mungkin sebagai ilmu tambahan bagi kita. Setiap tahun,Mesir akan adakan Ma'rad Kutub (pameran buku) besar-besaran. 6hari round pun tak pasti boleh habis pusing ke tak.Sangat besar! Ramai student2 dari negara lain akan mai ke pameran ni. Buku2 medical sgt murah kat sini berbanding di Malaysia.

MUSIM

Di Mesir ada 3 musim,musim panas,sejuk dan bunga.Musim panas bermula dalam bulan 4-10 dan musim sejuk n bunga dalam bulan 11-3. (penetapan bulan tak menentu).Setakat ni kalau musim sejuk,boleh mencapai sampai tahap 9 degree.Sejuk!! time ni,memang ada beberapa rules yg kene ikut utk jaga kesihatan diri.Insyallah,bila sampai sini,korang akan tahu sedikit demi sedikit.Insyallah,setiap student AQ akan dibekalkan 1 saratoga (selimut tebal)per person.Time ni,waktu siang pendek,waktu malam panjang.Jenuh menunggu pagi! Memang best study time nih!yer la sangat

Time ni la waktu mujahadah yg hebat.Ujian winter yg dahsyat. Perebutan kasih sayang antara buku dengan saratoga akan berlaku.Kuatkan keimanan diri dalam membuat pilihan! [awal2 lagi pesan].Nantikan perubahan pada diri dlm menyesuaikan diri dengan suhu.Segala sistem dalam badan akan bertindak.Banyak juga keperluan yg perlu disediakan seperti winter coat,sweater,tight inner,boot,moisturizer,lip bum,body losyen,sock n so on.Barang2 ni memang banyak kat sini.Tahun ni,kami dibawa ke Port Sa'id (luar dari Cairo) utk membeli winter coat yg murah2. Better semua barang2 ni beli kat Mesir aja,murah.

Setelah habis musim sejuk,muncullah musim bunga.Cahaya matahari mula memancar,tapi angin tetap dengan mood sejuk2 manja.Cool.Musim bunga kat sini macam kat europe ke?? ade bunga tulip? hu3...berpada2 la dalam membuat andaian ya! Ini Mesir,bukan London!~musim ni kejap je,kadang2 tu tak terasa pun kewujudannya,kesian~

Sekarang kami tengah meredah bahang musim panas(faslu soiefi).'Panas dunia' setakat ni,kat sini boleh capai sehingga 40++ degree. Bayangkan?? [tak perlu kot,kene rasa sendiri]..Time ni pula,siangnya panjang bangat,malamnya pendek.So,kene pandai2 tukar biological time sendiri.Musim ni mood pemakaian dan tingkah laku org arab pun dah berubah.Macammana tu?Buah yg tengah hangat dijual sekarang adalah buah anggur,ceri,mangga,tembikai susu dan macam2 lagi.


Cuti-Cuti Mesir!

PEMAKAIAN

Pihak gamaah (asal:jami'ah=universiti,,tapi ini bahasa 'ammi) tak menetapkan sebarang syarat dalam hal pemakaian.Kita sendiri telah terkenal dengan kesopanan dalam pemakaian,jadi tutup la aurat dengan pemakaian yg telah ditetapkan oleh syara'.For girls,sebaik-baiknya,pemakaian kita adalah pakaian untuk solat.Kat sini dorang tak guna telekung.Plus,kehidupan kat sini mengajar kita utk jaga wudhu' setiap masa.Mungkin kekok pada permulaan.Insyallah,alah bisa tegal biasa.Jadilah model muslim dan muslimah Melayu yang boleh dicontohi.

Winter: Pada musim ni,baju sejuk amat2 diperlukan.Biasanya kami akan mengasingkan antara winter coat or sweater utk pakai didalam rumah dan diluar rumah.[mungkin ini atas perkiraan peribadi]..Ada sesetengah org,sehelai winter coat tidak memadai utk menahan kesejukan.don't worry! Kat sini ada pelbagai bentuk,corak,gaya dan harga yang menarik.Tidak perlu bersusah payah membeli dari Malaysia.Bagi produk penjagaan kulit ,kat sini ada macam2 produk.tetapi bagi sesiapa yg jenis sensitive skin n yg tak boleh tukar2 produk ,bawalah bekalan dari malaysia banyak2. Yang paling penting kene guna adalah moisturizer.Insyallah kulit akan kering dan berubah warna! Selera makan pun akan berubah...he3..

Summer: Pemakaian time ni mungkin seperti biasa.Pemakaian yang menutupi aurat seperti di Malaysia. Setakat ni pakaian yg paling selesa for girls kat sini adalah jubah,baju-T labuh n seluar dan baju kurung.Pilihlah mana2 pakaian yg mudah untuk bergerak di sini.[kat sini kene lasak sikit].Pesanan buat sesiapa yg bersaiz S,mungkin boleh membawa pakaian lebih sedikit (especially jubah) kerna dibimbangi tak ada saiz yg sesuai.1 more thing,pakailah pakaian yg warna dan coraknya tidak begitu menyerlah.[Teruja tok arab melihatnya nanti].Warna putih tidak digalakkan sgt (tak kira baju or beg or apa2 saja) sebab kat sini berdebu.Mungkin susah untuk menjaga kesucian warna putih tuh.

BARANG KEPERLUAN & KOS HIDUP

Kos yang tinggi akan digunakan buat 2 atau 3 bulan pertama.Budget bulanan pun tak menetu lagi.Kita perlu membeli barang keperluan rumah.Alhamdulillah,kat sini ada banyak kedai dan mudah untuk mendapatkan barangan keperluan.Semuanya produk dari sini la. [senarai yg perlu dibawa dari malaysia akn dimuatkan dlm blog akn datang]. Kat sini ada mall,sbg pengubat bagi peminat window shopping dan kaki shopping.

Bila semua keperluan dah stabil,kita boleh la buat budget utk setiap bulan.Kos hidup berbeza setiap orang.Mungkin RM500 =L.E800 memadai untuk sebulan termasuk sewa rumah.Makanan2 dan barang2 kat sini murah2 dan banyak! Penggemar buah,susu,cheese,roti mungkin akan hidup dengan bahagia disini.

Bangunan Kuliyyatil Tibb Lilbanat

CUTI

Kalau sehari dapat cuti umum,akan kami gunakan sepenuh masa untuk berehat.Tahun ni,hari Jumaat adalah hari cuti umum.Sgt jarang dapat cuti peristiwa. Cuti yg paling lama,cuti raya korban=1week,cuti study week for 1st sem=1week,winter break =2weeks,study week 2nd sem=2weeks,summer break=3months .

Tahun ni,cuti student Azhar tak terasa seperti cuti sebab kebiasaannya selepas cuti kami akan menghadapi exam (except for summer break).Student U lain seronok berjalan-jalan,kami (kuliyyatil tibb banat) bertafakkuh dirumah.Berehat bersama sahabat2 sejati (buku2).[inilah yg kita mahukan!betul tak?hu3]

Macam2 boleh buat time cuti.Allah ciptakan banyak tempat2 yg menarik di bumi kelahiran nabi Musa ni.Disamping nak merehatkan diri dari kesibukan belajar,kita boleh menghayati keindahan ciptaan Allah. [terlalu banyak tempak menarik sehingga tak tersenarai].Pihak persatuan PERUBATAN (persatuan utk pelajar2 sains perubatan Mesir) dan beberapa agensi pelancongan termasuk pihak AQ sendiri akan tawarkan pelbagai pakej ronda2 Mesir.Rebutlah peluang ni jika berkemampuan.

Selalu ditertawakan orang arab kerna ketidakfasihan bahasa Arab?? Time ni la kita boleh improve our 'Ammi and fushah Arabic language. Plus,kita akan gunakan time practical year.Hadirlah mana2 kelas yg disediakan.Pihak rumah2 BKAN juga ada menyediakan pelbagai kelas talaqi bersama sheikh2 dan para ulama.Untungnya kita berada di Mesir,kaya dengan ilmu.Mantapkan ilmu dari sini dan curahkan pada masyarakat kita di Malaysia.Mereka amat memerlukan kita,ProTaz harapan negara!

*****


Ada apa2 persoalan lagi??kalau ada pape,kita bg comment yer adik2 dan sahabat2?

Alhamdulillah,setakat ni sahaja yang mampu dikongsi bersama.Sedikit sahaja pengalaman diri ini kalau nak dibandingkan dengan senior2 lain.Bolehla contact dengan senior2 lain untuk mendapatkan maklumat yg lebih lanjut.kebanyakan perkara yang dikongsi adalah pengalaman sebagai Pelajar Kuliyyatil Tibb lilbanat under AkademiAl-Quran.Klau fasal banin dan dentistry,mungkin boleh dapatkan dari senior2 yg lain.

Segala salah dan silap harap dimaafkan.Moga korang dapat ambil manfaat dari entry ringkas ini.Kalau perlukan apa2,bagitau la,insyallah sy akan cuba usahakan sedaya upaya.

~fikirkan,ini MESIR bukan UK~

Wasalam ^-^

Tuesday, June 15, 2010

saYonaRa tahun 1!!

Sodaqallahul’azim.Ayat penutup bagi tahun ini. Alhamdulillah,tahun pertama diakhiri dengan exam Al-Quran.Setelah sebulan tidur berbantalkan buku,berselimutkan helaian nota-nota,biological time juga turut terganggu,akhirnya......MERDEKA!!!...[hati kecil berbicara]

Tanpa disedari,masa berlalu begitu pantas.Sayonara tahun 1!! Insyallah,panjang umur kita bertemu dengan Tahun 2 bulan 9 2010 ni ya!

Disebalik kegumbiraan,ada kata-kata yang menyelit:

A: Hepinye dah habis exam! Tak payah duk serabut pikir pasal study. Boleh rilex2 pasni.

B: Wah gumbiranya dia.Tahniah! Exam dah habis,pasti banyak ilmu didada tu kan?yer la,kau tu kan bakal doktor,tak kan nak lupa pulak ngan ilmu2 kau tahun 1 tu.Boleh guna utk clinical year tu.

A : [Gulpp!!]..Ilmu didada??? Urm,not sure la..kalau ditanya time exam boleh la jawab,tapi sekarang ni,wallahu’alam la..hehehe...

B: Kau pasti ke dengan tamat nya tahun 1 ,kau boleh bersenang hati dengan begitu? Macam mana dengan ilmu2 yang kau belajar sepanjang 7 bulan kat U?? Dapatkah kau manfaatkan dan amalkan ilmu yang diamanahkan Allah pada kau??

A: .....[speechless]



Melayang seketika mencari jawapan....

“Belajar untuk mengajar. Belajar bukan untuk peperiksaan atau sekadar mendapat sijil,tetapi kita perlu rasai bahawa belajar itu sebahagian dari tuntutan Allah SWT. Peperiksaan perlu dianggap sebagai medan untuk menguji kemampuan kita menguasai ilmu yang telah dipelajari”

Terkedu.Astaghfirullah,apakah niat aku belajar selama ini??? Teguran dari Allah melalui kata2 yang dipetik dari majalah Haluan sungguh mengusik hati yang lalai.Inilah ungkapan dari seorang pelajar cemerlang yang tidak asing lagi bagi pelajar di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD),Kelantan,Asmaa’ Syakirah Sazali...syukran ya Allah...

Apakah makna kumengejar Mumtaz tanpa beramal dengan ilmu itu?

Apakah makna mumtaz yg belum pasti ku genggam tanpa memberi manfaat pada diri dan orang lain dengannya?

Apakah makna mumtaz jika ilmu 2 itu masih belum terhadam di dalam diri ku?

Apakah yang kau dapat selama ini??

Di mana keberkatan ilmu itu??

Ya Allah,pelbagai persolan menghimpit diriku.Setitik demi setitik penyesalan memenuhi ruang jiwaku. Patutkah ku menyesali setelah nasi menjadi bubur?? Astaghfirullah...T_T

“Anyway,kau patut bersyukur sebab Allah sudi sedarkan kau sebelum kau lebih terleka pada masa akan datang....bersyukurlah wahai diri”

ALHAMDULILLAH...

Bangunlah kembali.Masih belum terlambat lagi. Hati milik Allah. Pohonlah hati yang baru dan pasanglah niat yang baru. Niat keranaNya,itu suatu kepastian.

Kata Asmaa’ Syakirah : “Sekiranya niat belajar untuk menuntut ilmu kerana Allah SWT,maka peperiksaan juga akan dianggap begitu. Keseronokan belajar dan exam akan dirasai apabila matlamat belajar adalah untuk beribadah,menyampaikannya kepada orang lain untuk saham akhirat dan untuk keredaan Allah SWT.”

Sampaikan pada orang lain? Aku tak pandai mengajar.So macam mana? ‘Erti hidup pada memberi’ [saifulislam].

Hadis Rasulallah :’Sampaikanlah walau satu ayat’

Memang tak dapat dinafikan,bagi sesiapa yang sudah terbiasa belajar secara bersendirian akan berasa kekok untuk belajar secara berkumpulan atau secara beramai-ramai. Tapi ia tak bermakna belajar bersendirian tidak dapat memberi manfaat pada orang lain.Macam mana pulak tu?

Sebagai contoh,bagi seseorang yang tinggal di asrama atau rumah sewa atau tinggal beramai2 bersama sahabat2 seperjuangan, ajaklah diri untuk bertanya khabar tentang perkembangan sahabat2 dalam pelajaran.Mungkin dalam diam mereka ada masalah dengan pelajaran.Inilah peluang untuk diri kita berkongsi ilmu dan kefahaman yang Allah beri pada kita.Sharing is caring right?

Dan bermacam-macam cara lagi kita boleh buat sebenarnya. Alhamdulillah,beruntung manusia diberi akal fikiran.Ayuh selongkari bakat serta kelebihan diri untuk kebaikan bersama. Tidak rugi kita mengkreatifkan lagi diri kita...berfikir sesaat lebih baik dari termenung kosong berjam2.

“Bukan senang nak ubah cara study (atau apa2 gaya hidup) kpd cara yang baru!! Susah!!”

Benar firman Allah,mafhumnya: “Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubahnya”

Ya,perubahan mengambil masa yang lama.

Kalau kita tak mampu mengubah segalanya,sekurang-kurangnya ada sedikit perubahan yg berjaya kita buat.Bukan NATIJAH (hasil) yang dipersoalkanNya,tapi USAHA kita untuk mencapainya.

Tepuk dada,tanya iman,tanya diri! Anda mahu atau tidak??? Jangan jadikan kata2 yg lemah dalam diri sebagai penghalang untuk kita melompat ke dunia yang baru.

Notakaki1:Moga tahun pertama (tahun adaptation) dapat memberi manfaat dan pengajaran besar buat diri untuk hadapi hari2 yang akan mendatang.....Insyallah~

Notakaki2: Pesanan mesra buat diri sendiri ,adik2 serta sahabat2 yang bakal dan sedang menuntut ilmu,lengkapkan diri dengan NIAT yg betul dan ikhlas sebelum menerima ilmu. Permulaan yang baik pasti berakhir dengan baik.Masa depan kita adalah apa yang kita niatkan sekarang.Allah Maha Mendengar dan Mengetahui.

Tuesday, June 8, 2010

kenapa mahu jadi Doctor??

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.

Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.

“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

jadidoktor2.jpg

NILAI – HARGA – KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘Begin With the End in Mind. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

jadidoktor3.jpg

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur