Wednesday, June 16, 2010

bernafas dalam debu Mesir


aSsaLamuaLaikum

Alhamdulillah..akhirnya.....

Alfun aasif jiddan (ma'lish awi3) buat adik2 yg menantikan perkhabaran dari Ardul Kinanah..Once again,sorry!!! [janji time fatrah imtihan,mmg tak bleh nk focus langsung la]

kepada adik2 yang telah berjaya mendapat tawaran utk belajar, alfun mabruk 'alaikum!! [congrate!]. Tak kira kat mana kita belajar,bidang apa yg kita ambil,semuanya aturan terbaik dariNya,kutiplah seberapa banyak ilmu2 Nya selagi kita diberi peluang.Alhamdulillah.

Tak lupa jugak khas buat adik2 dan sahabat2 yg bakal menemani kami berjuang di bumi Azhar,mabruk..mabruk!!! pasti antum tgh tak sabar2 nak tahu pasal kehidupan kat Mesir ni kan?? sabar..sabar ..ye! Insyallah, sy akan cuba utk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sepanjang 7 bulan berada disini.

*****
Bismillahirrahmanirrahim....

PENGINAPAN

Alhamdulillah,semasa tiba disini, bukan senior2 sahaja yang menyambut kita,tapi kehangatan angin dan debu2 Mesir juga turut gembira menyambut kedatangan kita.Sungguh mesra.Minggu orentasi berlangsung selama 3 hari. Time ni la kita diperkenalkan dengan beberapa tempat di Mesir dan kita diajar basic utk berkomunikasi dengan org Arab especially time urusan jual beli dan time menggunakan kenderaan awam.

Rumah??? Kat sini kita ada 2 pilihan ,sama ada nak duduk rumah sewa ataupun rumah BKAN (badan kebajikan anak negeri *klu xsilap*). Biasanya student under Akademi Al-Quran (AQ) akan ditempatkan di rumah2 sewa.Kalau ikutkan tahun ni,sewa rumah diselaraskan. L.E250=RM150 sekepala sebulan.Rumah2 under AQ dijaga dibawah syarikat MENHAS,milik AQ.Segala urusan rumah dibawah tanggungannya. Rumah macamna?? hu3....jangan mimpi ada rumah atas tanah.so,atas angin?? tak....mostly rumah kat sini rumah flat/pangsa. Semua warna cokelat. Pure colour.Rumah2 kat cini biasanya dah lengkap ngn perabut2 asas like katil,almari ,sofa, tv (rumah yg bertuah je la),peti ais n so on. Rumah pom ada macam2 taraf.

~antara imarah (bangunan rumah) di Hayyul Asyir~

Student medic n dentistry diasingkan.Kalau nak cmpur pun boleh,tp berisiko time nk wat study group.Medic n dentistry totally different. Tahun kami,housemate a.k.a 'ahlil beet' ditentukan oleh senior.Tapi kalau ada sebarang halangan,kita boleh deal ngn senior yg handle bab perumahan.Biasanya 1 rumah ada dalam 5-7 org.

Ada jugak sesetengah student AQ yg mungkin nak save budget,dorang akan pilih utk duduk kat rumah BKAN a.k.a rumah negeri.But,mostly duk umah sewa sbb senior dah sediakan rumah utk kita. Kos byaran bulanan tinggal kat situ tak sampai L.E 100 sebulan. Jimat.Kelayakan utk masuk rumah negeri ni depends on negeri asal kita or our parent.

KESELAMATAN

Ada dengar apa2 berita dari sini?? hue3....Setakat ni,alhamdulillah,sistem MUSHRIF masih berjalan. Mushrif mean org yg menjaga.Dalam waqi' (keadaan) disini,mushrif amat2 diperlukan bagi kaum hawa kerna kita menjadi perhatian org arab atas kesopanan n kesusilaan kemelayuan kita. Dengan keprihatinan ini,kaum Adam akan mengambil langkah utk sama2 mengawasi keselamatan kaum Hawa.So,don't worry,kat sini ramai yg gentleman.hu3.

Bagi yang tinggal di rumah sewa,espclly student AQ,Persatuan SISWA AQ akan list nama2 student yg layak n volunteer utk menjadi mushrif dan menjadi simpanan bagi setiap rumah.So,kalau nak berjalan jauh atau keluar pada waktu malam,boleh la kita contact dengan mushrif yg bertugas pada hari tersebut.*uhuks,jangan salah guna peluang ni pulak ye.[pesanan penaja]..Manakala yang tinggal dirumah BKAN,mereka juga turut disediakan khidmat yg sama juga dan mungkin terdapat beberapa rules yg perlu dipatuhi.

Walau kat mana kita berada,sama2 la kita saling menjaga keselamatan diri sendri dan sahabat2 kita.Kita disini semuanya seperti 1 keluarga besar.


[Anatomy Lab] Bergurau senda bersama mayat (cadaver)



PEMBELAJARAN

Setelah puas berorentasi mengenali Mesir,tibalah masa yg ditunggu2. Study time!! Yippi!!. Apa yg korang bayangkan tentang Azhar?? Sebuah U yang tersergam indah?? Bangunan2 yg besar dan cantik seperti di Msia? Dipenuhi dengan orang2 yg hebat? Nantikan....*bayangkan mesir ni spt 10 tahun kebelakang Malaysia

First time menjejakkan kaki di bumi Azhar,terasa keindahan keberkatannya,yang telah banyak melahirkan para ulama'. Kuliah sains kesihatan (medic n dentistry) terletak di Madinatun Nasr. Bukan yg berdekatan dengan Pasar al-Khalili tu.Kedua-dua kuliah diasingkan. Pelajar lelaki dan perempuan juga diasingkan .[Best!!].

1st day sampai sana,kami disambut oleh sorakan student2 arab yg teruja dengan kehadiran Malaysian student. [rasa cam org famous jap]. Begini lah org arab. Docturah2 (panggilan bgi lecturer) juga gumbira menyambut kami. The first sentence from them :" we're ur mother and u all are our daughter". Touching n soothing. [we have mother here!]

Bagi kuliyyatil banat,semuanya lecturer perempuan.Kalau yg banin,wallahu'alam. Semua docturah kat sini layan kami spt anak mereka sendiri.mereka ikhlas menjaga n mendidik kita. Minta apa sahaja yg kita mahu,especially ilmu,insyallah dorang akan berusaha utk beri yang terbaik buat kita.English language sbg bahasa perantaraan.American English.

1st week belajar,mungkin ramai yg tak dapat catch up aper yg docturah perkatakan.Kenapa??
sebab english dorang ala2 arab.So,kita kene faham sleng dorang dulu.Insyallah tak makan masa yg lama utk sesuai dengan bahasa dorang.Kadang2 tu,kalau docturah terlalu asyik duk mengajar,terkeluar jugak bahasa arab 'Ammi dia time duk mengajar.Kami gelak je la.Tak faham.

1 thing yg docturah sgt2 suka,dorang suka sangat bila student banyak bertanya. Bagi docturah,student yg banyak bertanya=excellent student.Here,no gaps between student and docturah or even our dean.We're like mom n daughter.Memang mudah nak deal ngn dorang.

Memang sifat orang arab,suka sgt memuji.Kadang2 dengan pujian yg docturah bagi,memberi semangat untuk kita belajar bersungguh2 dan mereka suka mendoakan kebaikan utk pelajar2.Doa guru,insyallah termakbul. Enjoy study!!

Student AQ akan ditempatkan dalam 1 kelas khas.Kelas MOU.Khas untuk pelajar2 melayu sahaja.Tak bercampur langsung dengan pelajar arab.So,macamna nak kawan dengan student arab?? don't worry,kelas kita akan sentiasa dikunjungi student2 arab yg ade keinginan utk berkawan dengan Malaysian student.Kadang2 tu ada yg siap duduk atas kerusi dihadapan kelas.Bila disoal "Leeh?? 'ezzah eiih?'' (kenapa ni? awak nak apa)..jawab mereka :"ahabbu malizi...soghayyar,gamilah...''(sya suka org Malaysia,kecik2,cantik2)..he3...macam2 la orang arab ni.

Antara sahabat2 seperjuangan dalam kelas [AQ batch 2]

Biasanya jadual kuliah bagi winter dan summer akan berubah.Tahun ni,time winter kelas stat pukul 9a.m-4p.m dan time summer 8a.m-3p.m. Kelas terbahagi kepada lecture class dan practical class.Sebelah pagi lecture class,selama 4 atau 5 jam dan selepas rehat selama 1/2jam atau sejam,terus proceed to practical class.Hari Jumaat adalah satu2 nya hari cuti.[mungkin akan berubah apabila hampir tiba dengan exam day]

Semua buku akan dibeli dari gamaah.Docturah lebih suka kalau kita study from department book.Buku2 rujukan mungkin sebagai ilmu tambahan bagi kita. Setiap tahun,Mesir akan adakan Ma'rad Kutub (pameran buku) besar-besaran. 6hari round pun tak pasti boleh habis pusing ke tak.Sangat besar! Ramai student2 dari negara lain akan mai ke pameran ni. Buku2 medical sgt murah kat sini berbanding di Malaysia.

MUSIM

Di Mesir ada 3 musim,musim panas,sejuk dan bunga.Musim panas bermula dalam bulan 4-10 dan musim sejuk n bunga dalam bulan 11-3. (penetapan bulan tak menentu).Setakat ni kalau musim sejuk,boleh mencapai sampai tahap 9 degree.Sejuk!! time ni,memang ada beberapa rules yg kene ikut utk jaga kesihatan diri.Insyallah,bila sampai sini,korang akan tahu sedikit demi sedikit.Insyallah,setiap student AQ akan dibekalkan 1 saratoga (selimut tebal)per person.Time ni,waktu siang pendek,waktu malam panjang.Jenuh menunggu pagi! Memang best study time nih!yer la sangat

Time ni la waktu mujahadah yg hebat.Ujian winter yg dahsyat. Perebutan kasih sayang antara buku dengan saratoga akan berlaku.Kuatkan keimanan diri dalam membuat pilihan! [awal2 lagi pesan].Nantikan perubahan pada diri dlm menyesuaikan diri dengan suhu.Segala sistem dalam badan akan bertindak.Banyak juga keperluan yg perlu disediakan seperti winter coat,sweater,tight inner,boot,moisturizer,lip bum,body losyen,sock n so on.Barang2 ni memang banyak kat sini.Tahun ni,kami dibawa ke Port Sa'id (luar dari Cairo) utk membeli winter coat yg murah2. Better semua barang2 ni beli kat Mesir aja,murah.

Setelah habis musim sejuk,muncullah musim bunga.Cahaya matahari mula memancar,tapi angin tetap dengan mood sejuk2 manja.Cool.Musim bunga kat sini macam kat europe ke?? ade bunga tulip? hu3...berpada2 la dalam membuat andaian ya! Ini Mesir,bukan London!~musim ni kejap je,kadang2 tu tak terasa pun kewujudannya,kesian~

Sekarang kami tengah meredah bahang musim panas(faslu soiefi).'Panas dunia' setakat ni,kat sini boleh capai sehingga 40++ degree. Bayangkan?? [tak perlu kot,kene rasa sendiri]..Time ni pula,siangnya panjang bangat,malamnya pendek.So,kene pandai2 tukar biological time sendiri.Musim ni mood pemakaian dan tingkah laku org arab pun dah berubah.Macammana tu?Buah yg tengah hangat dijual sekarang adalah buah anggur,ceri,mangga,tembikai susu dan macam2 lagi.


Cuti-Cuti Mesir!

PEMAKAIAN

Pihak gamaah (asal:jami'ah=universiti,,tapi ini bahasa 'ammi) tak menetapkan sebarang syarat dalam hal pemakaian.Kita sendiri telah terkenal dengan kesopanan dalam pemakaian,jadi tutup la aurat dengan pemakaian yg telah ditetapkan oleh syara'.For girls,sebaik-baiknya,pemakaian kita adalah pakaian untuk solat.Kat sini dorang tak guna telekung.Plus,kehidupan kat sini mengajar kita utk jaga wudhu' setiap masa.Mungkin kekok pada permulaan.Insyallah,alah bisa tegal biasa.Jadilah model muslim dan muslimah Melayu yang boleh dicontohi.

Winter: Pada musim ni,baju sejuk amat2 diperlukan.Biasanya kami akan mengasingkan antara winter coat or sweater utk pakai didalam rumah dan diluar rumah.[mungkin ini atas perkiraan peribadi]..Ada sesetengah org,sehelai winter coat tidak memadai utk menahan kesejukan.don't worry! Kat sini ada pelbagai bentuk,corak,gaya dan harga yang menarik.Tidak perlu bersusah payah membeli dari Malaysia.Bagi produk penjagaan kulit ,kat sini ada macam2 produk.tetapi bagi sesiapa yg jenis sensitive skin n yg tak boleh tukar2 produk ,bawalah bekalan dari malaysia banyak2. Yang paling penting kene guna adalah moisturizer.Insyallah kulit akan kering dan berubah warna! Selera makan pun akan berubah...he3..

Summer: Pemakaian time ni mungkin seperti biasa.Pemakaian yang menutupi aurat seperti di Malaysia. Setakat ni pakaian yg paling selesa for girls kat sini adalah jubah,baju-T labuh n seluar dan baju kurung.Pilihlah mana2 pakaian yg mudah untuk bergerak di sini.[kat sini kene lasak sikit].Pesanan buat sesiapa yg bersaiz S,mungkin boleh membawa pakaian lebih sedikit (especially jubah) kerna dibimbangi tak ada saiz yg sesuai.1 more thing,pakailah pakaian yg warna dan coraknya tidak begitu menyerlah.[Teruja tok arab melihatnya nanti].Warna putih tidak digalakkan sgt (tak kira baju or beg or apa2 saja) sebab kat sini berdebu.Mungkin susah untuk menjaga kesucian warna putih tuh.

BARANG KEPERLUAN & KOS HIDUP

Kos yang tinggi akan digunakan buat 2 atau 3 bulan pertama.Budget bulanan pun tak menetu lagi.Kita perlu membeli barang keperluan rumah.Alhamdulillah,kat sini ada banyak kedai dan mudah untuk mendapatkan barangan keperluan.Semuanya produk dari sini la. [senarai yg perlu dibawa dari malaysia akn dimuatkan dlm blog akn datang]. Kat sini ada mall,sbg pengubat bagi peminat window shopping dan kaki shopping.

Bila semua keperluan dah stabil,kita boleh la buat budget utk setiap bulan.Kos hidup berbeza setiap orang.Mungkin RM500 =L.E800 memadai untuk sebulan termasuk sewa rumah.Makanan2 dan barang2 kat sini murah2 dan banyak! Penggemar buah,susu,cheese,roti mungkin akan hidup dengan bahagia disini.

Bangunan Kuliyyatil Tibb Lilbanat

CUTI

Kalau sehari dapat cuti umum,akan kami gunakan sepenuh masa untuk berehat.Tahun ni,hari Jumaat adalah hari cuti umum.Sgt jarang dapat cuti peristiwa. Cuti yg paling lama,cuti raya korban=1week,cuti study week for 1st sem=1week,winter break =2weeks,study week 2nd sem=2weeks,summer break=3months .

Tahun ni,cuti student Azhar tak terasa seperti cuti sebab kebiasaannya selepas cuti kami akan menghadapi exam (except for summer break).Student U lain seronok berjalan-jalan,kami (kuliyyatil tibb banat) bertafakkuh dirumah.Berehat bersama sahabat2 sejati (buku2).[inilah yg kita mahukan!betul tak?hu3]

Macam2 boleh buat time cuti.Allah ciptakan banyak tempat2 yg menarik di bumi kelahiran nabi Musa ni.Disamping nak merehatkan diri dari kesibukan belajar,kita boleh menghayati keindahan ciptaan Allah. [terlalu banyak tempak menarik sehingga tak tersenarai].Pihak persatuan PERUBATAN (persatuan utk pelajar2 sains perubatan Mesir) dan beberapa agensi pelancongan termasuk pihak AQ sendiri akan tawarkan pelbagai pakej ronda2 Mesir.Rebutlah peluang ni jika berkemampuan.

Selalu ditertawakan orang arab kerna ketidakfasihan bahasa Arab?? Time ni la kita boleh improve our 'Ammi and fushah Arabic language. Plus,kita akan gunakan time practical year.Hadirlah mana2 kelas yg disediakan.Pihak rumah2 BKAN juga ada menyediakan pelbagai kelas talaqi bersama sheikh2 dan para ulama.Untungnya kita berada di Mesir,kaya dengan ilmu.Mantapkan ilmu dari sini dan curahkan pada masyarakat kita di Malaysia.Mereka amat memerlukan kita,ProTaz harapan negara!

*****


Ada apa2 persoalan lagi??kalau ada pape,kita bg comment yer adik2 dan sahabat2?

Alhamdulillah,setakat ni sahaja yang mampu dikongsi bersama.Sedikit sahaja pengalaman diri ini kalau nak dibandingkan dengan senior2 lain.Bolehla contact dengan senior2 lain untuk mendapatkan maklumat yg lebih lanjut.kebanyakan perkara yang dikongsi adalah pengalaman sebagai Pelajar Kuliyyatil Tibb lilbanat under AkademiAl-Quran.Klau fasal banin dan dentistry,mungkin boleh dapatkan dari senior2 yg lain.

Segala salah dan silap harap dimaafkan.Moga korang dapat ambil manfaat dari entry ringkas ini.Kalau perlukan apa2,bagitau la,insyallah sy akan cuba usahakan sedaya upaya.

~fikirkan,ini MESIR bukan UK~

Wasalam ^-^

4 comments:

  1. salam 'alaik
    yak,panjangny entry..ltih nk bca smpai k hbis,tp best..bru la dpt byg ckit2 khidupan kt sna...blh buat bku dh ni..he3...

    ReplyDelete
  2. wasalam....
    hu3..yg menaip pom bleh tahan gak nyew..hu3..
    saje nk share ngn org2 lua sana..tambah2 yg nak mai cini..dulu kita yg merasa "cmne la mesir ni''..xdpt jwpan sampailah tiba kat cni sendrik...hak3...cikit jew tuh cite..bnyk agi yg xtercerita

    ReplyDelete
  3. hai, akak pergi under AQ kan? boleh ceriter tak tentang hari orientasi, macam ape aktiviti(bulan puase mase tu), ke ape ke. terima kasih

    ReplyDelete
  4. syukran anonymous~
    ermm,bile fly ke mesir??

    kalau ikutkan,kitorang aitu,sempat puasa seminggu kat sini,alhamdulillah.

    orentasi kat masia seminggu ...
    then 3 ari orentasi kat mesir...

    nak tau orentasi yang mane ni??

    k,akak citer dua2 la...serba sedikit ye

    orentasi kat masia~alhamdulillah...menarik sgt2...seminggu di ILIM,Bangi dipenuhi dgn ilmiah dari panel2 jemputan yg hebat2...banyak sgt2 ilmu yg dapat dikutip esp bab persdiaan sbg mahasiswa,bakal doktor,bakal pelajar keluaran mesir dan berkongsi pengalaman bersama senior2 yg blaja kat sini.....rugi sgt2 la kalau x join! =)

    orentasi kat mesir pulak~dihandle oleh senior2...asing banin n banat...banyak bnda yg perlu diuruskan..esp hal2 penginapan...klu ikut zmn akak dlu,senior2 akak duduk serumh dgn kita dlm 3 ari...hari2 dorg akan bgi tunjuk ajar serba sedikit pasal urusan harian hdup d mesir esp bab2 komunikasi,jual beli,tempat2 penting kat cni,yg pling penting rombongan kenal2 dgn uni Azhar...huehue~adik jgn la mimpikan orentasi spt kat uni. masia...bgai langit ngn bumi bedanya =)....

    pesan akak~betulkan niat sblm fly...cini ardul kinanah..mudah doa n hajat tmakbul...duk cni samada ikut jalan nabi atau jalan firaun..yg penting niat itu!

    ahlan..ahlan ~slamat berkenalan dgn dunia baru...bagi akak tahun 1 adalah 'adaptation year'...sdiakan fizikal,mental n rohani yg kuat...yg lemah pun boleh jdi kuat ble duk cini..biiznillah!!

    wallahu'alam

    ReplyDelete