Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Dan macam mana kasih sayang tersebut nak berkekalan?
Guru : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang dan berjalan atas rumput sambil memandang rumput-rumput tersebut. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali pun. Dah petik rumput yg PALING CANTIK bawa ke kelas.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun yang ada di tangannya.
Guru : Kenapa tiada satu rumput pun yang dipilih?
Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik. Maka saya pun teruslah berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh sedikit pun ke belakang. Tapi, sampai kat hujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap x boleh menoleh ke belakang semula. Jadi, tiadalah rumput yang saya petik.
Guru : Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayangi, janganlah kita mencari lagi yang lebih daripada yang itu. Kita perlu hargai orang yang berada di hadapan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku biarkan berlalu. Semoga yang berlalu tidak berlaku lagi. Dan orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan baik. Mahupun kalau nk ikutkan ramai lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
' INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG '
No comments:
Post a Comment