Friday, April 1, 2011

Turut merasainya =')

*assalamualaikum*

Sedang tangan asyik membelek buku Rekreasi Hati 101,telinga lunak mendengar alunan azan Asar,terasa seperti ade yang bermain dengan sofa di ruang tamu. Kelihatan teman disebelah nyenyak dalam alam fantasi. -.-"

"eh kenapa bergegar ni ?! "...

Satu rumah menyuarakan keadaan yang dirasakan sebentar tadi. Masyallah ! Apa yang terjadi ni? Sunyi dipecahkan dengan kekalutan. Beberapaa saat yang mencemaskan itu turut menggetarkan hati.

"dah bersediakah aku utk menghadapi suatu 'kepastian' itu?"....Allah...

Laman sosial FB telah heboh dengan berita ini. Mesir bergegar.Macam2 respon mereka yang merasainya.Tiada apa yang terkorban.Alhamdulillah.

Bagaikan kucing berpaling ke atas setelah kepalanya diketuk(rekaan sdn bhd). Inilah peringatanNya bagi orang2 yang berakal.Tiada suatu pun yang dijadikannya tanpa tujuan kecuali bagi mereka yg tidak menghargai nikmat akal.

Sahabat2, ambilah kejadian ni sbg satu momentum bagi diri utk membelek diari hidup yang lepas utk diperelokkan. Tiada yang mustahil bagi Yang Maha Berkuasa.

kuun fayakuun~See...! gegaran dari Greek Island nun disana berjaya dirasai oleh penduduk di Mesir..hari Jumaat...1 April 2011..azan Asar (di Mesir)...hanya Allah yang tahu apa yang akan berlaku seterusnya.Segalanya dalam rahsiaNya...fatawakkal 'alallah ! (maka bertawakallah kepada Allah)

Bayangkan jika saat berlakunya apa2 bencana kita sedang bersuka ria dengan perkara yang dilarangNya? bagaimana pengakhiran hembusan kita di dunia fana' ini?? Mahukah kita 'dijemput' ke alam kekal dalam keadaan yg lalai dari mengingati Pencipta...nauzubillah.....moga hidup dan mati kita dalam iman dan husnul khatimah (pengakhiran yg baik).

Alhamdulillah...saya berpeluang merasainya =')...

"Ya Rabbul 'Izzati,lembutkan lidahku utk sentiasa zikir padaMu,ringankan anggotaku utk sentiasa beribadat padaMu,hatiku sentiasa bersyukur dengan nikmatMu dan jauhkannya dari lalai mengingatiMu...Ameen ya Rabbal 'alamin"

laila hailla anta..subhanaka inni kuntu minazzolimin.... astaghfirullahal 'azim....
[tiada Tuhan melainkan Engkau,segala puji bagiMu,sesungguhnya aku org2 yang zalim....kumemohon keampunan driMu Yang Maha Agung]

No comments:

Post a Comment