Saturday, April 9, 2011

destinasi cinta




Anda pernah bercinta?
Tidak pernah?


Tidak salah untuk bercinta, kerana cinta merupakan fitrah manusia. Bersyukurlah dengan perasaan ini kerana ia adalah anugerah. Ia membuktikan yang kita adalah manusia yang normal.
Tetapi awas! Cinta yang fitrah ini boleh bertukar menjadi cinta fitnah sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Pernah dengar tak kisah puteri Rasulullah , Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali?
Pada malam pertama mereka disatukan, Fatimah memberitahu Saidina Ali bahawa ada seorang lelaki yang sangat beliau minati sebelum beliau berkahwin dengan Saidina Ali. Dengan rasa yang sangat cemburu, Saidina Ali bertanya; "siapakah lelaki itu?" Fatimah menjawab; "lelaki itu adalah engkau,wahai suamiku "

Walaupun Fatimah sudah lama meminati Ali, tetapi dia tidak pernah menunjukkannya. Begitu juga dengan Ali. Yang sebenarnya Saidina Ali juga ada memendam perasaan terhadap Fatimah. Tetapi perasaan ini dipendamkan. Beliau menghormati sahabat-sahabat nabi yang lain, yang turut ingin melamar Fatimah ketika itu. Diantara sahabat nabi yang turut ingin melamar Fatimah ketika itu adalah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar b Khatab. Saidina Ali berasa sangat rendah diri untuk bersaing dengan mereka yang nyata lebih hebat.

Pointnya disini, Fatimah dan Ali juga merupakan manusia yang normal yang mempunyai perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Tetapi cinta antara mereka tidak melampaui cinta mereka kepada Allah. Fatimah redha dan menerima siapa sahaja yang ayahanda tercinta pilih untuk dijadikan suaminya. Ali juga begitu. Beliau masuk meminang tetapi pada masa yang sama, beliau menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah. Dengan izin Allah, Rasulullah S.A.W memilih Ali untuk dijadikan menantu kerana baginda tidak mahu semua puterinya dimadukan.

Cinta yang seperti inilah yang harus kita contohi. Cinta yang tidak sampai menandingi cinta kepada pencipta, kerana dunia hanya sementara, akhirat jualah yang kekal.

كَلّا إِذا بَلَغَتِ التَّراقِىَ


Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong.
(surah al-qiamah, ayat 26)


Mari kita mengenali apa itu cinta...

Dr. Abdullah Nasih Ulwan mendefinasikan cinta sebagai perasaan cinta dan gejolak hati yang mendorong seseorang untuk mencintai kekasihnya dengan penuh gairah, lembut, dan kasih sayang. Cinta adalah fitrah yang murni, yang tak dapat dipisahkan dengan kehidupannya.

Ibnul Qayyim pula menyenaraikan ciri-ciri cinta dalam buku karangan beliau Raudhatul Muhibbin. Ada 60 semuanya tetapi yang saya senaraikan disini cuma 6. Jika mahu tahu selebihnya, bolehlah dapatkan buku ini;


Pertama,cinta mendorong seseorang untuk berhubung dengan si dia(al-alaqah). Samada melalui pertemuan, call, sms, atau chat.


Kedua, kecenderungan seks. Perkara ini sememangnya menjadi masalah yang semakin membarah di kalangan anak muda masa kini. Mereka bukan sahaja berani mengahantar gambar bogel melalui MMS, tetapi juga tergamak melakukan seks luar nikah. Kesannya, lihat sahaja kes-kes buang bayi yang semakin meningkat. Sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 hingga Januari tahun ini,2011.


Ketiga, cinta akan membuatkan seseorang sanggup berbuat apa sahaja yang berkaitan dengan si dia supaya dapat mendekati si dia (assabwah). Sanggup buat assignment dia, masak makanan kegemarannya, ambil tahu tentang keluarga dia...apa sahaja untuk si dia.

Keempat, cinta merelakan seseorang untuk melakukan pengorbanan (at-tatayum). Kerana cinta, seseorang boleh jadi sanggup meninggalkan keluarga untuk bersama si dia walaupun terpaksa hidup susah. Contoh, macam dalam cerita Ibu Mertuaku. Sanggup tinggalkan kesenangan untuk bersama kekasih hati.

Kelima, cinta boleh membuai seseorang di dalam keasyikan (al-ishk). Bak kata orang, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Lagi, senyum sorang-sorang...


Dan yang keenam, cinta boleh memukau (al-junun). Kadang-kadang kita susah mahu faham kenapa orang ini tergila-gilakan sangat orang itu. Cinta bermati-matian. Ada berlaku anak gadis kita yang tergilakan pendatang asing daripada Bangladesh, Indonesia. Bukannya ada harta, rupa pun tidak ada..pelik sangat. Tapi itulah cinta.

Jika begitu, bagaimana harus kita menguruskan cinta ini supaya cinta yang fitrah tidak bertukar menjadi cinta fitnah?

Cinta boleh tercemar sekiranya kita berhubung dengan si dia tanpa ada urusan. Apa maksud urusan?
Urusan adalah perkara yang mustahak yang mana, kita yakin, apabila ditanya oleh Allah di akhirat kelak, kita mampu membela diri dengan alasan yang kukuh.
Contoh bukan urusan;
hi..dah makan ke belum?

~Iklan~

Pernah dengar lagu ni? Saya suka sangat dengar lagu ni. Rasa tenang sangat bila dengar lagu ni.


Cuba hayati lirik lagu ini...

Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa


Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


Seseorang yang redha dengan perasaan cinta yang fitrah itu tidak akan menderita, mereka akan membina diri dan menjadi lebih dekat dengan Allah, bukannya lebih jauh. Mereka tidak akan meraung kerana putus cinta, sebab tiada apa pun yang berlaku antara mereka. Jika orang yang dia cintai bernikah dengan orang lain sekalipun, mereka akan pasrah dengan ketentuan Allah itu. Kerana mereka yakin dengan janji Allah. Best kan lirik lagu ni?

Cinta sesama manusia menduduki tingkat terendah dalam tingkatan cinta menurut Islam. Tingkat pertama ialah Allah, kedua ialah Rasul dan ketiga adalah orang-orang disekitar kita yang meliputi ibu bapa dan sahabat handai.Jadi, untuk apa dikejar cinta ini?

Mari kita ambil iktibar kisah cinta Atikah dan Abdullah.
Abdullah merupakan anak kepada Saidina Abu Bakar. Suatu hari, Abu Bakar terdengar Abdullah sedang bercanda dengan isterinya Atikah. Abu Bakar langsung ke masjid tetapi didapati Abdullah langsung tidak ke masjid. Lalu Saidina Abu Bakar menyuruh Abdullah menceraikan Atikah diatas sebab kelalaian mereka. Abdullah akur. Lihatlah, bagaimana sahabat mendisiplinkan diri mereka dalam mencintai Allah. Mereka tidak membenarkan cinta kepada makhluk lain menguasai diri dan mengatasi cinta mereka terhadap Allah dan Rasul. Namun, selepas mereka bercerai, Abdullah sentiasa bersedih. Saidina Abu Bakar yang melihatnya berasa simpati dan membenarkan mereka berkahwin semula. Mereka telah berkahwin semula tetapi kali ini mereka lebih berhati-hati. Mereka meletakkan Allah melebihi segala-galanya.

Dalam kisah ini, Abdullah dan Atikah merupakan pasangan suami isteri. Habis, bagaimana pula dengan pasangan kekasih yang tidak halal? Berapa ramai pasangan kekasih yang asyik bergayut di telefon sampaikan lambat mengerjakan solat. Dalam solat pula, siapa yang lebih anda ingat, Allah..atau si dia?

Pernahkah anda mendengar tentang Allah yang bersifat cemburu? Ya. Allah juga memiliki sifat cemburu. Allah cemburu dengan hambaNya yang melebihkan perkara lain berbanding Dia. Apabila Allah cemburu pada hambaNya, Allah tidak lagi peduli akan hambaNya itu.

قُل إِن كانَ ءاباؤُكُم وَأَبناؤُكُم وَإِخوٰنُكُم وَأَزوٰجُكُم وَعَشيرَتُكُم وَأَموٰلٌ اقتَرَفتُموها وَتِجٰرَةٌ تَخشَونَ كَسادَها وَمَسٰكِنُ تَرضَونَها أَحَبَّ إِلَيكُم مِنَ اللَّهِ وَرَسولِهِ وَجِهادٍ فى سَبيلِهِ فَتَرَبَّصوا حَتّىٰ يَأتِىَ اللَّهُ بِأَمرِهِ ۗ وَاللَّهُ لا يَهدِى القَومَ الفٰسِقينَ


Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(Surah At-Taubah ayat 24)

Anda rasakan ianya sukar?

Ya, mungkin sukar, tetapi syurga itu mahal sangat harganya. Syurga hanya berhak untuk dinikmati oleh mereka yang hebat. Mereka yang kuat. Sebab itu kita memerlukan kekuatan untuk berdepan dengan ujian cinta. Ada 5 kekuatan yang perlu kita ada;
Pertama, kefahaman; kedua, keikhlasan; ketiga, menutup pintu fitnah(saddu' zaroi); kekuatan prinsip; kekuatan amal dan istiqamah.

Jika begitu, bagaimana kita boleh mengenali dirinya sebelum berkahwin?

Risikan
Sebelum berkahwin, mestilah kita mahu tahu banyak perkara tentang dia. Ini memang perlu. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk berdating dengan dia. Kita boleh bertanya kepada orang-orang yang dekat dengan dia.

Saidina Umar pernah ingin merisik latar belakang seseorang. Dia bertanya kepada orang-orang yang mungkin mengenali orang tersebut. Ada seorang pemuda yang mengaku bahawa dia kenal dengan pemuda yang sedang Umar siasat itu. Maka, Umar bertanya kepada pemuda itu; "adakah saudara pernah bermusafir dengan dia?". Pemuda itu menjawab; "tidak". Umar bertanya lagi; "adakah saudara pernah menjadi tetamu di rumahnya?". Jawapannya; "itu pun tidak". Lantas Umar bertanya, "Jadi bagaimana saudara boleh kata yang saudara kenal dengan dia?". Pemuda itu menjawab; "kerana saya selalu bertemunya di masjid ketika ingin menunaikan solat". Lalu Saidina Umar berkata; "Justeru, saudara tidak kenal dengan dia".

Untuk memilih pasangan hidup juga memerlukan risikan yang teliti sebagaimana Saidina Umar lakukan. Tidak guna kalau anda tanya sendiri kepada dia kerana sudah tentu dia akan memberitahu yang baik-baik sahaja.

Istikharah
Selain daripada itu, solatlah istikharah. Jadikanlah ia amalan bermula daripada sekarang.Mudah-mudahan Allah bantu kita ketika ingin membuat keputusan kelak.

Musyawarah
Seterusnya, kita boleh berbincang dengan orang yang lebih tua dan boleh dipercayai(musyawarah).

~Iklan lagi~

My favourite scene in Ketika Cinta Bertasbih






Terima kasih kerana sudi membaca entry ini. Sebagai hadiah, saya berikan beberapa tips untuk mendapat jodoh, yang saya dapat daripada ceramah Ustazah Fatimah Syarha.

Yang pertama, kita mesti mempersiapkan diri untuk menjadi produk yang baik. Kata ustazah, jika kita sibuk bercinta tentu kita tiada masa untuk belajar banyak perkara. Belajar memasak, belajar ilmu agama, belajar jaga anak..huhu..saya cuma sampaikan apa yang ustazah cakap:)

Yang kedua, mesti tegas dengan prinsip kita. Kata Ustazah Fatimah Syarha, perempuan jangan gedik, lelaki sukakan cabaran. Jika mereka benar-benar ikhlas, biarkan mereka berusaha lebih lagi. Lihat, sanggupkah mereka berjumpa dengan ibu ayah kita, mencari orang tengah, bertunang dan lain-lain.

Yang ketiga, duduk di lingkungan orang baik-baik. Siapa tahu, jodoh kita nanti merupakan adiknya, abangnya, atau anaknya. Saya juga ada adik yang soleh...ehem ehem:P

Yang keempat, gunakan orang tengah. Sebaiknya, pilihlah orang yang sudah berkahwin dan boleh dipercayai. Jika boleh dapat Yusuf al-Qardawi lagi bagus! Maksud saya, pilihlah orang tengah yang terbaik.

Dan yang kelima, eh eh..sudah habis. Jika ada tips lain yang anda semua ada boleh lah berkongsi di sini:)

Akhir sekali, jika mahu tahu bagaimana indahnya cinta sejati, ambil analogy orang yang berpuasa. Orang yang berpuasa akan mendapat kenikmatan apabila dia berbuka puasa kerana dia telah menahan diri daripada lapar dan dahaga dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Begitu juga orang yang menahan diri daripada hawa nafsu dan tidak mendekati zina. Orang-orang ini akan beroleh cinta yang sangat indah setelah mereka mendirikan rumah tangga. Itu sahaja. Selamat bermujahadah.

notahati : lewat kebelakangan ini,ramai yg inginkan bantuan dalam hal ini sedangkan saya masih lagi mentah tentang soal cinta.Rentetan itu Allah mmbuka ruang dan peluang utk sy membaca artikel menarik ini dari
http://ainaasakeenah.blogspot.com/2011/03/destinasi-cinta.html...membaca bukan utk 'menggedikkan diri' tetapi cuba mncari jawapan pada persoalan shbt2 yg punya masalah hati terutama berkaitan soal cinta manusia.

nota hati2: pesan mak "jangan biarkan hati disinggah cinta manusia selagi belum tercapai cinta hakiki dari Ilahi"~sempena ulang tahun ke-20~~alhamdulillah,saya semakin faham kenapa ayat2 indah ini dijadikan hadiah pada hari istimewa...terima kasih mak!! sayang mak!!

No comments:

Post a Comment