Thursday, April 28, 2011

GAME :Buang Saka !

Bismillahirrahmanirrahim.....

Saka?? Familiar tak dengan perkataan ni?

“ah,persetankan benda-benda setan tu”-kata mereka yang tidak mempercayainya.

“hah!! Saka?!! Kena buang tu. Bahaya disimpan lama-lama. Kena cari tok bomoh yang superb power ni”-kata mereka yang yakin akan nya...

Apa kata anda?? Saka memang terbukti ada dalam diri kamu !

Saya bukanlah alim dalam hal-hal alam ghaib,tetapi kalau sekadar ilmu setipis kulit bawang tu,ada la. Saka bukanlah perkara yang boleh dibuat mainan. Namun,kali ini,saya nak jadikannya sebagai satu mainan yang best! Let’s start the game !

Rilex ya kawan-kawan! Saka disinilah bukanlah seperti yang kamu bayangkan dalam fikiran.Malahan lebih mendalam makna nya .ngeehh ~.~[tak de maknanye!]

Game saka yang kita mainkan ini adalah segala jenis ‘penyakit’ negatif dan masalah yang ada dalam diri kita.Kamu berpenyakit tak? Katakan ‘ya!’..huhu..

Terlalu banyak ‘saka’ yang menumpang dalam diri anda. Perasaan ragu,malas,malu,keliru,letih,murung,sepi,kecewa dan macam-macam lagi.Tanpa disedari,’saka-saka’ inilah yang menjadi benteng penghalang dalam perjalanan kita mencapai sesuatu yang diimpikan. Tak percaya??

Let’s say,anda dah ada semngat untuk buka satu projek,dah buat master plan yang lengkap,kira cantik la semua,Cuma tinggal nak buat je.Tetiba timbul perasaan ragu dalam diri ‘eh,boleh ke aku buat?’.. “eh,nanti kalau rugi,macammana?” dan semua anak beranak ‘saka’ nak join lah.Hah! rasa-rasa nya berjalan tak projek anda tu??

Ok,let’s play the game!

GAME BUANG SAKA

1st round-Kumpulkan ‘saka’ .

1- 1-Cari posisi yang selesa. Duduk ke arah yang tiada siapa yang akan lalu dihadapan kamu. Berada dalam keadaan berwuduk adalah lebih baik.

2- 2-Tutup mata.Tenangkan fikiran. Masukkan mood *alpha*.

3- 3-Dengan bacaan “Bismillah”..buka mata,kemudian buka kertas ‘saka’ itu.TANPA BERFIKIR,TANPA MEMBACA,bulatkan 5 gambar yang anda mahukan sambil nomborkan gambar-gambar tersebut.

4- 4-Senaraikan nama-nama ‘saka’ yang anda bulatkan sebentar tadi mengikut susunan nombor.

5- 5-Perhatikan nama-nama saka tersebut. Cuba anda kaitkan nama-nama itu dengan apa sahaja yang berlaku pada diri anda.Fikirkan dalam-dalam.

6- 6-Bulatkan 1 SAHAJA‘saka’ yang anda rasakan perlu dibuang.

2nd Round- Buang saka!

1- 1- Masuk mood *alpha*.tenangkan fikiran. Pasang niat untuk membuang ‘saka’ itu.[saka=masalah diri]

2- 2-Bayangkan perjalanan masalah itu dalam minda. Fokuskan fikiran pada masalah itu sahaja.

3- 3-Timbulkan beberapa persoalan pada diri tentang masalah yang dihadapi itu sehingga anda dapat merasai kehadiran masalah itu.

4- 4-Disaat masalah jelas terbayang,tarik nafas dalam-dalam melalui hidung,kemudia tarik nafas melalui mulut,sehingga anda rasa loya.

5- 5-‘Muntahkan’ segalanya beberapa kali. [bukan muntahkan isi perut]

6- 6-Ulang cara 2,3,4 sekali lagi dan muntahkan semuanya sehingga anda rasa ringan!

7- Sewaktu diri berasa tenang,pohonlah pada Allah agar membuang segala masalah dalam diri dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.Pohonlah agar segala penyelesaian dibuka luas.

Pada saat tiada perasaan ragu dalam diri kita,insyallah pertolongan Allah akan memayungi kehidupan kita.Seandainya ia belum diperkenankan,sekurang-kurangnya terhakis sedikit demi sedikit bebanan dan keraguan dalam sanubari kita dan dapat lalui kehidupan ini dengan ceria dan gembira.

*alpha*=Kosongkan fikiran.Keadaan dalam separa sedar. ‘Thinking without thinking’ condition.menerima sesuatu tanpa fikirkan baik buruknya.

*kertas saka ada dibawah ini.Jangan tengok selagi anda belum bersedia untuk main game!

~saka-saka dalam diri~


Anda boleh memprogramkan semula pemikiran. Anda boleh memadam pemprograman asal yang negatif dan tidak produktif dan menggantikannya dengan pemprograman baru yang sihat,positif dan produktif. Begitu mudah sekali,padam dan ganti

SELAMAT TINGGAL ‘SAKA’......BYE! BYE!

notahati 1: Game ini bukan rekaan sendirian berhad. Saya sudah rasakan keajaiban game ini di dalam program RESQ. Alhamdulillah,'saka' itu sudah tidak hadir lagi sekarang.

notahati 2 : Pesanan percuma buat semua,harap anda faham bahawa 'saka' disini tiada kaitan dengan perkara2 alam ghaib mahupun 'bomoh2'. game ini sekadar mencetuskan cara kita mengawal 'remote' pemikiran dalam menyelesaikan masalah serta membangkitkan potensi diri yang tersedia ada dalam diri itu.

No comments:

Post a Comment