Dari sinar wajah nya,terungkap kekentalannya.Kudrat yang masih ada digunakan sepenuhnya.Tiada sesuatu pun yang boleh mematahkan semangatnya.Walau sudah tiga kali cuba untuk tiba di Gua Hiraa’,tiada sedikit pun keluhan mahupun kata putus asa darinya.Sekali lagi Allah mengizinkan kakinya memijak tanah suci itu. Dibawa keazaman yang tinggi,akhirnya,harapannya berakhir dengan kejayaan. Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraannya pabila berjaya berada di tempat nabi Muhammad pernah bertapa pada suatu zaman dahulu.
Dikosongkan minda.Hanya pada Allah sahaja ada dalam pemikirannya. Cuba untuk merasai nikmat taqarrub bersama Pencipta. Sunyi sepi.Hanya nafasnya yang didengari. Pak Cik Mat cuba untuk mendalami suasana.cuba mencari ilham atau ‘sesuatu’ yang memberi kesan padanya. Tiada apa. Turunnya ke bawah dengan tanda tanya.”Apa yang aku dapat sebenarnya?? Hanya nafasku yang ku dengari”..Pulangnya ke tanah air tanpa jawapan.
Biiznillah,dijodohkannya bertemu mata dengan seorang ahli sufi.Ketenangan wajah dan perilaku ahli sufi itu menyenangkan Pak Cik Mat merapatinya dan meluahkan persoalan yang sentiasa bermain di kotak fikirannya.
Mudah soalannya ,” Ya Ustaz,apa sebenarnya yang kita belajar dalam hidup ni?”
Kata ahli sufi itu ,”Hidup ini ,kita berlatih untuk bernafas”. Sempoi sahaja jawapannya,namun memberi impak maksimum pada neuron-neuron dalam otak Pak Cik Mat.
Perbualan mereka diteruskan sehinggalah Pak Cik Mat teringat akan kisahnya ketika berada di dalam Gua Hiraa’ pada suatu ketika dahulu. “Hanya nafasku yang kudengari”.
Ia ada,tapi seperti tiada. Malangnya kita kerna tidak sedar akan kehadiran dari satu nafas ke nafas yang seterusnya. Bernafas setiap saat tanpa henti. Pernahkah kita sedar akan nafas pertama yang dihembus sutau ketika dahulu?? Apatah lagi nafas terakhir?? Anda pernah merasai nafas terakhir???huhu~kalau pernah,hati2 dengan diri sendiri....=P
Kita sentiasa akan sedar adanya nafas ini bila dalam kegelisahan,ketakutan,kesusahan.
“ Argh! Ya Allah,Exam nak dekat dah....nota!..nota!”
“Ya Allah,susahnya ujian ini..beratnya..beratnya”.........[berdebar-debar]
Tika nafas laju dihembus,barulah kita ingat pada Maha Pemberi. Tidak pernah kita beri penghargaan bila ianya dihembus dalam ketenangan.
Tidak dapat lari lagi,inilah yang sentiasa berlaku bila keadaan dihimbun kegelapan,
“susahnya..susahnya..susahnya”
“letihnya...letihnya..letihnya”
Laju sahaja bibir ini ber’wirid’ dengan lafaz-lafaz ini dan begitu susah ia diganti dengan kalimah indah “alhamdulillah”...
“Sedar tak,bila kita merungut,sebenarnya ianya seolah-olah kita tidak merasa Maha Pemurahnya Allah.Kenapa?? Kerna kita seperti melawan fitrah dan taqdir yang ditetapkannya.”~kata Dr Muhammad Jantan..Cuba kita sama-sama berfikir.....
Notahati : Alhamdulillah,saya dapat cerita ini live dari Dr. Muhammad Jantan,dari slot RESQ [Repositioning emotional and Spiritual Quotient]dalam Seminar Motivasi Kerjaya anjuran AQ semalam. Beliau seorang yang hebat. Terlalu banyak ilmu tentang potensi diri yang dikongsi bersama semalam . Moga ia menjadi pedoman buat kita semua!!
No comments:
Post a Comment