**Bismillahirrahmanirrahim**
Kosong. Entah kenapa sehari dua ini terasa bagaikan tiada arah tuju.Bangun pagi pergi kuliah,balik rehat,pagi esok pergi kuliah.Buat sahaja rutin ini tanpa rasa kemanisan mengejar cita.Hilang semngat mungkin.Hendak buka buku pun sudah tiada ‘rasa’...ya Allah...
Nak call mak,tapi nak cerita apa? Tak tahu punca masalah diri ini.Plus,sudah boleh agak jawapan dari mak. “Segalanya terbaik buat kamu dari Allah,mak yakin dengan kesungguhan kamu”..tak pun mak akan jawab “Jangan duk ikut sangat ‘che mamood’ tu “..Huhuhu..
Sememangnya mak sangat tidak suka memanjakan anak2 nya dengan ‘suka merungut’ bila kesusahan menyinggah. Tapi tidak bermakna kami tidak berkongsi suka duka..Yer la,kalau asyik duk merungut,kadang-kadang sampai kita terlupa dengan nikmat yang pernah kita kecapi sebelum ni dan hingga kabur mata dari melihat segalanya datang dari Allah. Tak pun,dengan rungutan si mulut ini boleh melenyapkan ganjaran amalan2 kebaikan yang lepas...Nauzubillah.
Call ayah?? Mmm,dah tau dah,mesti dia akan cuba sedaya upaya untuk membuatkan puterinya ini tergelak dengan gayanya yg ‘unpredictable’. Teringat kat dia pun dah buatkan diri ini tersenyum..
Pastu,nak cari siapa lagi??entah lah,rasa cam nak bersendirian.Seperti ada yang tak kena dengan diri ini. Puas pujuk diri setiap pagi,’Yea! Hari ni nak pi belaja ilmu baru ! Ya Allah bukakanlah segala pintu2 ilmuMu’...tetapi tetap sama.Kuterus kaku dalam dunia diri sendiri mencari punca sebenar.
Ok Asiah! Be cool! Step by step ya my dear!
Pagi ini kupaksa diri melangkah ke dewan kuliah.Takkanku biarkan syaitan mengawal emosiku yang sememangnya sudah k.o..Tajdid niat ,kupohon agar Kau berikanku hati yang baru Ya Rabb...
Senyum dalam paksaan,akhirnya sampai jua ke medan ulum. Melihat beberapa sahabat yang sudah tiba di awal pagi sedang khusyuk menghafaz kalamullah. Terdengar bacaan Al-Ma’thurat dari sahabat disebelah.Tenang hati dengan iklim kelas pagi ni.
Mataku teralih ke satu sudut,amat tertarik dengan buku kecil hijau ditangan Farhana. Tanpaku pinta,Allah izin Farhana meletakkan buku kecil itu disebelah ku. Ya Allah,mudahnya Kau alihkan rasa sayangku pada buku kecil itu.
nak satu!!
Kubelek buku itu dengan izin Farhana,menarik sungguh susunannya.Kecilnya bukan sebarangan.Padat,didalamnya terdapat Surah2 dari juz 30,28 dan 29,Hadis 40 dan Al-ma’thurat.Mudah dibawa ke mana sahaja. Nak buku ni satu!!
Tercuit hatiku pabila terbaca tajuk ‘Hidup bersama Allah’...salah satu daripada Hadis Arbai’in tu,mafhumnya ;
“Jagalah Allah,nescaya kau akan mendapatkanNya dihadapanmu. Kenalilah Allah di waktu senang,nescaya Dia akan mengenalimu di waktu musibah. Ketahuilah bahawa apa yang ditetapkan luput darimu takkan menimpa dirimu. Ketahuilah bahawa kemengan itu bersama kesabaran & kemudahan itu bersama kesulitan & bersama kesulitan ada kemudahan”
^__________^ ALHAMDULILLAH YA RABBUL IZZATI !! ^________^
Terus melonjak semangat diri ini .Tak pasal2 jadi hyperactive dalam kelas Anatomy tadi..hue3..
Ya Rabb ,Maha Berkuasa Kau, masih sudi mendengar isi hatiku,
Ya Rabb,Maha Penyayang Kau,tidak membiarkan diriku terus lalai dari kebenaran,
Ya Rabb, Maha Bijaksana Kau,memujukku dengan penuh kasih sayang...
Tiada Tuhan melainkan Kau Ya Allah ^^,v
Kadang kala diam itu lebih baik dari berkata-kata. Berkata-kata itu ada pada zahir dan ada pada batin.Diamku bukanlah kerna melarikan diri darimu,tetapi biarlah Allah menjadi tempat pertama kumengadu....
Tiada masalah yg tiada penyelesaian.Senangkan bila kita terus mencari jalan dari si Pemberi masalah kerna skema jawapan telah tersedia ada padanya.Insyallah..pasti ada jalannya!
Masihkah Kau sudi mendengar rintihanku yg sudah jauh dariMu? << Allah Maha Mendengar & Maha Pengampun>>
No comments:
Post a Comment