Naik turun. Panas sejuk. Tenang serabut.Susah senang.Semuanya berpasangan.
Hampir separuh kawan-kawan tak pi kelas. Bukan ponteng,tapi urusan ujian darah. Makin sedikit orang,makin berkurang kemeriahannya.
Boleh dibilang jari tangan berapa kerat je yang ada dalam lab anatomy.Ah,tak kisah la,yang penting kene study gak! Saya amek posisi ‘terbaik’ hari ini. Duduk sebelah dukturah.betul-betul rapat,siap boleh berlaga tangan lagi. ^^,. Ilmu zuup direct masuk.
Boleh dibilang jari tangan berapa kerat je yang ada dalam lab anatomy.Ah,tak kisah la,yang penting kene study gak! Saya amek posisi ‘terbaik’ hari ini. Duduk sebelah dukturah.betul-betul rapat,siap boleh berlaga tangan lagi. ^^,. Ilmu zuup direct masuk.
Hari ni belajar sikit je,pasal hemisphere of cerebrum. The rest of time,kitorang wat revision skull and vertebrae. Dan selebihnya kami berborak dengan dukturah.
Mulanya begini,saya saje nak hidupkan suasana,kononya la,buat-buat aktif tanya soalan. Terkejut juga pada mulanya bila dukturah pegang bahu saya dengan mesra sambil jawab soalan. Lama-lama soalan itu berubah menjadi perbualan. Saya dan rakan-rakan lain berbual mesra mengenai isu-isu revolusi di Mesir,budaya dan pelbagai cerita dikongsi. Dicelah perbualan itu, diselit kasih sayang entah dirasakan atau tidak oleh mereka yang lain.
Sentuhan tangan ke tangan antara saya dan dukturan dirasakan seperti berlaku pertukaran elektromagnetik yang sangat halus. Bagaikan dibelai dan diusap oleh si bonda.Terasa bagaikan kemeraraan kami sudah lama terjalin. Tiada sempadan antara kami,guru dengan pelajar.Hati mekar dengan kondisi ni.
Dengan tidak sengaja,fikiran melayang,terbang ke tanah air. Teringat dikala terasa hubungan makin renggang dengan bonda,Allah cantumkan perasaan kami bersama. Memberi kekuatan kepada kami,mewujudkan suasana harmoni. Dengan izinNya,dihilangkan rasa kepenatan,diluangkan masa,dapatlah kami bersama berkongsi suka duka. Walau pada akalnya,memang tidak logik,dek kesibukan antara kami membolehkan kami duduk sebentar bersemuka,bermanja-manja bersama.
Inilah bonda saya. Hebatnya Allah, mengubat ikatan kami hanya dengan sentuhan antara kami. Seronoknya bila dapat berada dalam pelukan bonda.Bondalah satu-satunya sahabat yang sentiasa ada ketika susah dan senang.
Hanya dengan sentuhan!
Patutlah bila direnung kembali,jika dibandingkan antara rakan-rakan yang sudah biasa bertepuk tampar lagi rapat hubungannya berbanding dengan rakan-rakan yang hanya bertemu muka dan bertegur sapa sekali sekali.
Bertemu wajah,bertukar nuur. Bersentuhan tangan,bertukar elektron menjadi lebih energetik.subhanallah!
Kata sahabat Nabi “ Sahabat yang benar-benar sahabat adalah yang boleh tidur sebantal dengannya”
No comments:
Post a Comment