Saturday, July 13, 2013

Peluang ke syurga di depan mata!

Salam mahabbah buat semua! 

Alhamdulillah Allah masih memberi pinjam nikmat nyawa sehingga ketemu Ramadhan 1434H. Ramadhan kareem! 

Alhamdulillah sekian lama bercita-cita,  tahun ni Allah Yang Maha Mendengar memberi peluang berpuasa di bumi Nabi Musa. Ditambah pula puasa pertama kali dengan insan istimewa, en Hubby, allahu allah! 

Selesai final exam 27jun haritu, maka i'm officially fulltime houzwife!  only for straight 3months...hehe..masa yg singkat ni yg rasa smuanya nk buat yg da boom!  ;)  da best for him for sake of Him! 

Lain Ramadhan kali ini,  suasana tak semeriah sebelum ini, tiada hiasan meriah di kebanyakan masjid, tiada kemeriahan lampu2 menerangi rumah &  jalan. Mumkin dek kerana 'kejatuhan Dr Mursi',  alam turut merasai kesedihannya.  

Rakyat Mesir masih setia berhimpun secara aman, mereka tekad tidak akn berganjak selagi Dr Mursi tidak kembali menjdi presiden mereka.  Mereka teguh dgn pendirian tidak akan membalas balik walaupun pihak tentera bertindak kejam dgn rakyat di sini.  Syahid impian mereka! 

×××××××××××××××



Bersabar dlm mentaati

Ramadhan pertama sebagai isteri, pasti terbayang ingin ber'booster' dlm ibadah bersama suami.  Menjamu selera berbuka bersama tersayang. 

Namun Allah beri 'jalan cerita'  berbeza dgn apa yg saya bayangkan. 

En zauj penuh jadualnya dengan kelas di bulan ini. Selepas zohor hingga lah selepas maghrib dan berbuka juga bersama guru dn shbat2nya.

3 Ramadhan. Saya cuba menyalutkn perasaan hati dengan meminta izin suami utk ikut bersama ke kelasnya. 

Suami : Abang bukannya tak nk bawa awk bersama, cuma keadaan keselamatan kt luar sna yang tak sesuai. Transport nak ke mudayyifah pun susah. Tambahan kelas abg semuanya ikhwah. 

Saya : Tak per la, abg pegi kelas, sy duduk kt masjid azhar, boleh?  (masih lagi memujuk) 

Suami : Abg faham, syg mesti nak berbuka dgn abg kan? Syg pun faham kan, abg pun nak tambah ilmu, nk didik syg, nak didik anak3,nak didik masyarakat. 

"Sayang sebagai isteri mudah shj, hidup dgn redha suami terus dapat keredhaan Allah. Bukan saje2 Allah tetapkan seorng isteri perlu minta izin suami dlm setiap hal. Tapi disitulah ada redha suami. Kalaupun abang tinggalkan syg kt padang pasir dn syg meninggal kat sna, insyallah syurga buat syg sebab abang dah redha dgn syg. "

" Mudahnya syg ke syurga, dosa2 syg pun abg yg tanggung. Suami pun kne tanggung dosa anak3,ada tanggungjawab dgn mak ayah dn adik3 perempuan yg belum bernikah, "sambungnya dengan penuh hikmah. 

" Redha ni mahal, sebab ia jalan ke syurga yg mahal. Redha bukan utk orang biasa2,syg kan isteri solehah utk abang ^^. Nak dapatkan benda mahal, kena ada sedikit pengorbanan. Berkorban utk bersabar. Dalam susah, perlukan kesabaran. Dalam senang pun, perlukan kesabaran.  Sabar syang dalam mentaati Allah, Rasul dan suami, insyallah dgn rahmat Allah, syurga hadiah buat  sayang. Sabar ye isteri solehah", pujukannya cukup 'mencairkan'  hatiku yg degil. 

Alhamdulillah punya teman yg setia memberi mutiara kata. 
Perempuan itu separuh akalnya kerna emosinya dan separuh agamanya dek kerna 'cuti bulanannya'. Dengan perkahwinan, maka ianya saling melengkapi. 

Pesan en Hubby juga,  "pandanglah sesuatu itu dengan positif.  Think out of the box" 

Orait!  from now, i'm getting well n try to think positive... 
Mmm, so maybe this is a gold opportunity for me to start my true diet... 

Buka puasa dengn susu kurma + roti sikit/apa2 yg ringan2 then solat.  Ade banyak masa lepas maghrib utk tadarus al-Quran. See!  kat situ Allah bg jimatkan masa utk memasak n banyakkn masa berchenta denganNya. 

Then 1 nikmat lgi, menanti kepulangan en Hubby n sama3 solat terawih di masjid!  Then nikmatnya malam yg pendek di musim soifi ini dalam dihidupkan mlm dengan zikir cinta denganNya. Apa2 makanan yg en hubby request dpt lah makan time sahur. alhamdulillah... 

×××××××××××××××

Indahnya TAAT bukan pada nama, 
tapi pada perlaksanaannya. 

Senangnya taat bukan pada sebutannya, 
tapi pada keSABARan dalam mentaati. 

Mudahnya menjadi ISTERI SOLEHAH, 
Dengan menghargai peluang ke syurga di depan mata! 

# Sebelum berkahwin, redha Allah pda redha ibubapa. Maka taati &  hormatilah mereka di waktu hidup dan mati mereka! Syurga d bawah telapak kaki ibu! 

# Sudah berkahwin, redha isteri pada redha suaminya.  Maka bersabarlah dalam mentaatinya dan tiada pula ketaatan pada perkara maksiat.  Rebutlah peluang ke syurga di depan mata dengan mentaati suami! 

Allahu'alam

Wednesday, July 10, 2013

Suatu Malam yg Sedih Lagi Menyedihkan

:: Bismillah wal hamdulillah ::


Baru sahaja si suami membuka pintu rumah pulang dari menunaikan solat isyak, isterinya menyambut,

"Abg dah balik...abang,tengaok la cerita nih, sedih sangat...sanggup dia tinggalkan mak dia tepi jalan lepas tu suruh orang hantar mak die ke rumah orang-orang tua. Sob...sob...tak de perasaan ke anak dia ni".Penuh tisu di atas meja di ruang tv.

"Abang lagi lagi la sedih", sampuk suami nya.

"Erk...kenapa abang? abang penah tengok dah ke movie ni?",terkejut si isteri dengan respon suaminya.

"Sedihnya abang kalau sayang mati tak sempat nak tunaikan solat isyak. Apa abang nak jawab dengan Allah nanti."

Isteri : (Tumpang lalu )

************************************

Seni dalam mendidik

Hadirnya cinta dengan tanggungjawab. Bila sudah di lafazkan 'i love u' kepada yang halal, bermakna 'aku akan bertanggungjawab ke atas kamu'.

Sudah kita maaruf, dengan janji Allah dalam kitab sucinya, "lelaki lebih kuat drp wanita", ia membawa makna lelaki itu pemimpin bagi wanita.

Selesai saat lafaz "Aku terima nikahnya.....",maka pada saat dan detik itu,setiap dosa kesalahan isteri adalah dibawah tanggungjawab suami. Kesalahan yang tidak diteguri & dinasihati.

Mendidik manusia bukanlah suatu yg mudah.Tapi memerlukan kesenian.Mendidik anak kecil lebih mudah daripada mendidik isteri.

Mencorakkan pada kain putih suci bersih lagi mudah dibandingkan mahu melukis di kain yg sudah tersedia bercorak. Ada yang perlu di padam, ada yang perlu di tambah corakkan utk menjadi lebih indah.

Sebab itulah islam menggariskan pemilihan isteri permaisuri hidup adalah pada agamanya. Apabila baik agamanya, maka ia lebih baik drp dunia dan seisinya.

Wahai kaum Adam,
Kenalilah fitrah wanita ,didiknya dengan kelembutan dan kasih sayang. Kenali sifatnya sebelum mendidik. Pendirian terbukamu membuatkan wanita mudah dibimbing. Usah gunakan 'kuasa veto' sebagai 'paksaan' dalam ketaatan.

Wahai kaum Hawa,
Indahnya taat bukan pada perkataannya,
Tapi pada indahnya taat pada perlaksanaanya,
Hargailah peluangmu ke syurga di hadapan mata.


' Seri Pengantin Baru ' sepanjang hayat bersama



:: Bismillah wal hamdulillah ::

*****
Pesan mak :

“Jadi pengantin baru bukan sehari. Hidupkan aura ‘seri pengatin baru’ sepanjang hayat !”

*****

Begitulah pesanan mak sementara saya sibuk menulis alamat sahabat² di sampul surat untuk mengutuskan kad jemputan.

Malu² kucing itu perlu

Malu baja percambahan tunas-tunas cinta
Terhenti jari saya, mengambil tenaga lebih untuk berfikir dengan kata² mak. Cukup mendalam kata² mak yang sudah hamper 30 tahun menjalani bahtera perkahwinan. 

Cuba untuk mendalaminya,tapi ternyata pertanyaan kunci jawapannya.

Saya : mak, kenapa mak kata ‘seri pengantin baru’ bukan sehari? Maknanya kene buat majlis walimah ,berhias dan kene hias bilik tidur macam hari kahwin, hari² ke mak?
~~ade sedikit nada mengusik mak..hee~~

Mak : Kalau macam tu,seronok la orang lain,hari² dapat makan free…
         (pandai  mak balas..aish..)
           Ape yang kak yah faham dengan ‘seri pengantin’?

Saya : (erk..kene Tanya balik )…emmm, muka berseri-seri, hati suami isteri gembira,tenang, mood happy on 24jam, malu²,romatis²….

Sampuk mak “..suasana macamana?keadaan rumah?”

“Mestilah kemas mak, malu la ngan si dia …mesti masa tu rasa nak serve yang terbaik dan tercantik di matanya…serba serbi nak terbaik la mak..ish tak reti lah nak bayang banyak²..hehe..biasa la mak,awal² kawen…malu² kucing la”

Mak : Itu lah maksud mak. Malu. Ingat, malu bukan hanya di awal perkahwinan aja, tapi sepanjang hidup bersama. Kita kena pandai² ‘jual mahal’,barulah si dia kreatif nak tackle kita. Kat situ makin bercambah romantisnya.

“Kalau keluar rumah,kenapa orang pakat berhias lawa²?”

“Sebab malu kat orang la mak. Semua orang pandang.”

Sambung mak ,” samalah dalam rumah tangga ,bila ade rasa malu dengan si dia,pasti kita sentiasa nak menampilkan diri yang tercantik. Tak kisah lah suami atau isteri,masing² perlu ade rasa malu.Tanpa rasa malu,mesti kita pakai pakaian selekeh,tindak tanduk dah tak sopan. Tapi  dengan malu, kita akan terus bersopan santun,berhias, akan rasa rendah diri dan mudah meminta maaf.”

“ Ingat, kak yah kene sentiasa minta maaf dengan suami,terutama sekali 3 tempat,sebelum tidur,sebelum suami keluar rumah dan selepas solat berjemaah. Ringankan lidah, rendahkan ego… dengan maaf kita dapat sedikit demi sedikit ‘tangkap’ hati suami” tegas mak dalam menasihati.

Sudah biasa dengan mak,ada tempat lembut,ade tempat dia bertegas. Tanda ianya sangat penting.

“kalau kita tengok kes-kes cerai yang berlaku,kebanyakannya sebab tak jalankan tanggungjawab,suami atau isteri tak mainkan peranan. Kalau MALU tersemai dalam diri, pasti peranan diri didahulukan, pasti tak timbul masalah curang sebab malu dengan pasangan yang dah banyak berkorban itu ini demi kebahagiaan keluarga,tanpa adanya malu dlm diri,hilang penghormatan isteri kepada suami….kisah mereka kita jadikan teladan”

“ malu² kucing pun bia la bertempat, jangan sampai dia frust dengan awak..itu tak boleh,ini tak boleh sebab malu..kesian la dia..hehe..” gurau mak.

“pastu mak,kalau suasana,macamana pulak ?”tanyaku yang masih dalam kesamaran.

“kan mak dah cakap tadi,bila malu mesti kita nak tampil dengan cantik. Maknanya bukan sekadar awak sentiasa berhias diri sahaja, awak kene jaga rumah especially kebersihan rumah. Bilik tidur kene ceriakan seperti hari perkahwinan,kasi wangi,kemas bersih. Muka kene sentiasa tersenyum. Kain baju suami kene jaga,sama juga makan minum dia. Dahulukan keperluan suami.Kalau posisi seorang suami pun sama, kena jaga penampilan, kena rajin bantu isteri dalam hal mengurus rumah. Banyakkan memberi sebab setiap yang memberi akan lebih bahagia.”

“Mungkin sekarang awak tak rasa,belum cuba belum tau nikmatnya…hehe..semua jadi indah bila hati sayangkan pasangan kerana Allah”, mak memang supporting. 

Tambah² dengan mak membahasakan diri ‘saya-awak’ bila berbicara dengan anak²,terasa seperti berborak dengan sahabat². Rasa dekat.

*****
Alhamdulillah,kini saya sempat merasa nikmat melayari bahtera rumahtangga.Benar,kadangkala dilanda ombak,kadangkala di belai angin yg tenang. 

Segalanya pelajaran kehidupan.Sungguh indah!

Baru saya faham, kalau kecil² dulu mak ayah selalu ajar, kebersihan itu sebahagian drp iman, sabar,malu juga sebahagian drp keimanan. Benarlah hadith kekasih Allah ,”bila kamu tiada rasa malu,lakukanlah apa sahaja”…bagi wanita,sifat malu itu adalah pendinding diri jua perhiasan wanita solehah.

Nukilan ini moga menjadi peringatan dihari² akan datang,
1.31am
1 Ramadhan 1434H
Hayyu Sabie’,Madinat Nasr,Egypt


Kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna…
Meningkatkan prestasi ketaqwaan kepadaNya
Jua menambahbaik status seorang isteri…
Hajat doa dari sahabat pembaca ^^
< Zaujah _Harith >

Sunday, July 7, 2013

Apam Balik Perantauan

Bismillahirrahmanirrahim...... 

Alhamdulillah finally i can say sayonara to 4th year as i had finished last final paper on 27th june..... 

Once again, Allah takdirkn kami bercuti dlm 'fatrah rusuhan'  buat kali ke 2 selepas 25 jan 2011 ari tu.. its ok.. smuanya ada hikmahnya ^^

Dapat arahan dr pimpinan pelajar Mesir serta dri dokturah kami sendiri - -> sediakan stok makanan sekurang2nya utk 2 minggu.. 

Maka bermulalah perbualan kami:

Saya : Abg, kita nak stok makanan apa lagi yer?  (sambil menulis senarai makanan yg nak dibeli) 

Suami : YANG PALING PENTING......... 

Saya : ape die? 

Suami : Apam balik kasi cukup stoknya... hehehe

Saya : -. - " fuuuuh... org tgh kemarut apam balik.. cmni ler



                  °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

                  APAM BALIK VERSI PERANTAUAN

Bahan A : (digaul semuanya) 

- 2 cawan tepung
- 1/4 cawan gula
- 4 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam

Bahan B : dikisar

-2 biji telur
- 1 cawan susu cair / susu biasa
- 1 cawan air
- 1/2 cawan minyak masak

Bahan inti apam :

- Kacang tanah yg dikisar 
- Jagung
-Marjerin
- Gula / chocolate spread / apa2 jem

Cara-cara membuat bancuhan :

1) Blend kan bahan B,  kemudian campurkan dengan bahan A yang telah digaul dahulu. Gaulkan dan bancuhan akan menjadi berketul-ketul. 

2) Blend bancuhan.  Simpan dalam peti ais selama lebih kurang 3 jam. 

Cara memasak :

1) Panaskan non-stick pan (kuali yg tidak melekat). 
2) Letakkan marjerin.  (tak nak guna pun boleh) 
3) Letakkan bancuhan di tengah - tengah kuali dan pusing2kan kuali sehingga bancuhan menjadi bulat.  (mengikut ketebalan yg disukai) 
4) Apabila sekeliling bulatan apam mula brownish yellow, bolehla taburkan inti yg disukai di 1/2 bulatan apam itu. 
(Mula2 sapu chocolate spread/tabur gula / apa2 jem, kemudian taburkan kacang, jagung dan marjerin) 
5) Apabila apam sudah tidak melekat, bolehla melipatnya dan angkat. 

Siap! Sedia utk di makan panas2!

Selamat Mencuba... 

                                   °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Stok 3kilo gandum habis licin tak sampai 2 minggu. 
Tak ape lah asalkan en hubby gembira. 

Doakan juga kegembiraan rakyat Mesir ya! 
Dapatkan info2 sahih dri mereka yg berada di Mesir, bukannya percaya bulat2 drp media massa di Malaysia yg memeningkan pemikiran rakyat... 

Allahualam...... 

Thursday, July 4, 2013

Ithar : Zaman Aku² Kau² semakin pudar


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….

*****
Dan tiap-tiap jenis,kami ciptakan berpasangan supaya kalian mengingati kekuasaan Kami.
[Az-Zariaat : 49]

*****
Alhamdulillah…
Zaman ‘single’  dan zaman ‘berdua’ cukup jauh berbeza.
Bukan hanya warna warni dan pahit manis yg ada dalam kehidupan selepas sah diijabkabul,
tetapi ade hadiah ‘perubahan-give & take’ di dalam nya..Subahanallah!

Kalau dulu tika bujang,
bangun pagi,pegang perut…kalau lapar,lekas bangun menuju ke dapur,
kalau di rumah, jarang utk fikirkan lelahnya ibu berpagian memasak, asalkan perut sendiri kenyang..
kalau di rumah sewa, kalau kena dengan turn masak, mesti masak cepat2, asalkan masak dan sambung tidur…
takpun marah sgt2 kalau roommate tak masak tanpa usul periksa kenapa si dia miss masak pagi tu.

Kalau zaman single dulu,
kalau dalam kesusahan , banyak cari penyelesaian utk diri sendiri,
dengan prinsip teguh ‘asal aku selamat’, ‘asalkan barang2 aku ok’…
then baru nak fikirkan keadaan orang lain…ataupun terus pegi tanpa menghiraukan orang sekeliling..

Kalau dulu zaman ‘muda’,
Pantang kalau orang lewat bila temujanji..
kalau diri sendiri yang buat ada aja alasannya..
kurang sabar dalam menunggu orang lain siap makan atau siap shopping dll..

Di zaman ‘sorang2’,
berlenggang ke sana kemari,
boleh decide nak ke mana2 ikut suka hati,
dan percaya pada diri boleh jaga diri sendiri dan tidak fikirkan kerisauan mak ayah di rumah..

Dengan kata mudah,
banyak fikirkan hal diri, kurang fikirkan orang lain…
syok dengan dunia sendiri..

Belajar ithar dalam alam perkahwinan

Alhamdulillah….

Kau + Aku = Sinergi Perubahan 
Bila sudah masuk alam bahtera,
lapar atau masih kenyang,
pasti lekas siapkan sarapan.. kerna bimbang si dia lapar,
sanggup diri dikurangkan jumlah makanan asalkan si dia kenyang,
serta tahu betapa pentingnya sarapan dalam perkembangan otak,
ingin benar melihat si dia hidup sihat sejahtera,
di tambah pula dengan mendapat title ‘doktor di rumah’,
YA, isteri adalah permaisuri di dapur dan dial ah yang dapat mengawal apa yang di makan ahli rumahnya, seronoknya menjadi isteri !
Alhamdulillah ^^

Bila ada peneman di sisi,
Untuk ke sana ke mari, mesti di pasti setiap perjalanan pergi dan pulang dalam keadaan selamat,
sepanjang perjalanan di pastikan si dia gembira & berpuas hati,
biar diri terkorban asal si dia selamat..
subhanallah, itulah janji Allah di dalam kitab suci,
“Lelaki itu lebih kuat drp wanita”
lelaki adalah ‘protector’ bagi perempuan,
suami adalah protector bg si isteri,
Alhamdulillah^^

**walaubagaimanapun perlu di pasak di hati,Allah jualah sebaik2 pelindung dan suami hanyalah wasilahNya**

Bila sudah punya pasangan,
urusan masa menjadi perhatian,
faham benar fitrah wanita yang lemah lembut dan sukakan kekemasan dan kecantikan,
faham benar fitrah lelaki yang sukakan perkara simple dan mudah,
hal tunggu menunggu tidak menjadi isu ‘peperangan lidah’,
malah sabar menyulami hati dalam menanti,
indahnya pabila masing2 memahami fitrah diri ciptaan Allah,
Alhamdulillah ^^

Tika hidup ada peneman,
diri rela dikorbankan di saat susah ,duka dan sakit si dia,
sanggup diri letih,kurang tidur…demi si dia
kesusahan diri sebagai hadiah kebahagiaan si dia..subhanallah!
Alhamdulillah ^^
*****
Subhanallah!

Hidup berpasangan itu benar2 memberi peluang hambaNya berfikir tentang kekuasaanNya yang tiada bandingan….

Hebatnya penangan BERKASIH SAYANG yang mampu merubah diri daripada ‘selfish’/pentingkan diri kepada ‘ithar’/mementingkan orang lain…

Sungguh,
Hidup berpasangan suatu nikmat yg tak terhingga, yang banyak mengajar untuk lebih mengenali fitrah diri sendiri dan fitrah jantina yang berlainan…membuka mata seluas-luasnya!

Indahnya dalam memberi, semakin banyak memberi, semakin hatibahagia melihat si dia bahagia…dengan syarat tidak mengharapkan balasan…

Tidak menafikan ,dalam persahabatan sejantina juga mengajar erti ithar,
tetapi sahabat2 akan dapat merasakan perbezaan ithar dalam marhalah perkahwinan…subhanallah!
***
# Alhamdulillah…Allah beri peluang kahwin di usia muda, di mana saat ini masih di kelilingi dengan sahabat2 yg masih melalui zaman single sebagai cermin diri di suatu ketika dahulu..moga Allah membuka lagi jalan2 utk diriku berubah …hajat doa dari sahabat2 #

NotaHati 1 : Buat sahabat2 yg masih single…enjoy ur single life…sebab apa? Sebab sementara single ini kalian boleh membentuk karakter dn memilih karakter sebagai ‘bakal suami’ atau ‘bakal isteri’….sungguh tidak sedikit pun merugikan sahabat2 walau hati masih tidak terbuka utk berkahwin…jodoh is unexpected! Juz get ready!...kurangkan bebanan dalm berfikir 'siapa bakal imamku?' 'siapa bakal makmumku?'...persiapkan dirimu,segalanya sudah dipersiapkan utk mu peneman menuju Yang maha Esa.

NotaHati 2 : Contoh2 yang saya ceritakan di atas ini tidak ada kaitan dengan siapa2, Cuma contoh umum yg salah lihat di sekeliling sebagai ibrah. Terkadang kita perlu pandang ke belakang utk menjadi bahan pembinaan track perjalanan ke hadapan yg lebih baik.

NotaHati 3 : Kisah di atas banyak kepada pasangan yang baru hidup berdua dan belum lagi bertiga berempat....utk belajar ithar selepas menjadi ibu dan ayah bakal menyusul suatu hari nanti




Friday, June 21, 2013

Pilih Kasih : Medic vs Agama

Bismillahirrahmanirrahim^^

Segala puji bagi Allah atas segala nikmat3Nya di setiap saat....

Sedang neuron - neuron di dalam kepala menghubungkan segala maklumat2 forensik dan toxicology,  head of department  (HOD)  of forensic berdiri tegap di hadapan dewan...

" You will have to sit for practical &  oral exam by tomorrow at 8.30am"

Erk! tomorrow? bukroh?  How come docturoh??
Kecoh 1 dewan.  Last minute jadual exam berubah, diperceptkan pulak tu..

Bila disoalkan kenapa... katanya kemungkinan akan berlaku rusuhan pada 30 jun.
Bukan sahaja subjek forensic di awalkan, subjek al quran juga di awalkan.. Diawalkan 5 hari!  Allah... makin bepeluh menerima 2 berita ini..

2 berita yang menyebabkn brain tiba2 'stuck'  mencari idea utk menjawab exam.
 

°°°°°°°°°°

Beginilah adatnya di Mesir.  Memang sangat2 sesuai dgn quote  "EXPECT THE UNEXPECTED".... GET READY SOKMO LAH!

Allah.. Allah....
Cuba menarik balik fokus menjawab exam. Ini forensic ok, bukan pathology or ENT or pape yg boleh merekacipta jawapan bdasarkan ilmu2 yg penah tahu.. .. forensic-setiap point adalah fakta, bukan mechanism yg kita boleh reka cipta.

°°°°°°°°°°

Selesai 3 jam exam, kecoh di luar dewan...

 "Macamna ni wehhh,,  tak hafal langsung pun lagi juz 27 ni.. ade masa 4 hari je.. semuanya 7 surah... argh!!  serabutnya!... dah la esok exam praktikal, beratus-ratus jar nak kene revise, kenapa lah dorang ubah jadual last minute!  tension!"

Masing3  dah tak tentu hala. Ada yang balik tidur dlu,  ade yang hantar mesej  minta kata2 taujihat,  saya?  mcm biasa, bila tension, tepung marjerin jadi mangsa!  Siap chocolate - cheesecake   petang tu.. then baru dapat buka buku balik..

°°°°°°°°°°

Pujuk hati,
utk praktikal esok, mudah aje Asiah... kan awal tahun aritu dh penah study smuanya.. dah pe ah faham... sekarang ni cuma tinggal nak revise aje!  (cuba utk tidak melayan perasaan 'susah kot bile dh lama sgt tinggal').. teruskan husnuzon...
moga Allah pimpin dlm setiap tindakan..

Terdetik di hati, untuk subjek agama especially alQuran... sedih juga bila terdengar sahabat2 menghafalnya last minute, honestly, saya sendiri tidak menghafalnya scara keseluruhan lagi... tapi sekurang2nya ada juga surah yg di hafal sepanjang tahun...
Al quran bukanlah' subjek' yg boleh di hafal last minute... sbb ia akn hilang after a minute...

Saya bersyukur Al Quran di masukkan dalam sillibus Al Azhar. Sebab apa?  sekurang2nya dalam fatrah imtihan, saya lebih semangat menghafal setiap kali sebelum start study. Bukan nak show off, cuma nak share bahawa hari3 kuliah biasa, tiada masa untuk saya focus 100% utk menghafal. Kadang2 1 surah mengambil masa 2 3 bulan.. hehee

Bila keadaan ini berlaku, hakikatnya memang kami pelajar melayu tak mampu nak menghafal subjek agama dalam bahasa Arab dalam masa 2 3 hari gap..
Cuma 1 pengajaran yang dapat saya simpulkan, sebenarnya tidak perlu ada pilih kasih atara subjek agama dengan subjek medic.

Maksudnya, kalau kita sanggup korbankan tenaga dan masa utk subjek medic, kenapa tidak utk subjek agama spt akidah, sirah tafsir dn sebagainya?
Kalau kita sanggup pergi tuisyen subjek medic, kenapa tidak utk subjek agama?

Bukanlah saya mahu membebel, cuma, mungkin masih kurang tahap kesedaran dlm diri kita terutamanya saya sendir tentang pentingnya subjek agama, bukan utk lulus exam shj, tp bg add value dalam diri.. diri yg bakal membawa nama 'Al Azhar'  ke seluruh dubiasuatu hari nanti... patutkah keluaran Azhar memiliki sikap begini terhadap ilmu?

Bagi saya, tidak seimbang sekiranya kita sanggup hadir ke kuliah subjek medik selama  5 6 jam tetapi sanggup skip kelas agama yg hanya 2 jam.. Sekurang kurangnya kita hadirlah it k mendengar walau kita tak faham bahasa Arab demi menjaga hati guru yg mengajar dan demi keberkatan ilmu dari guru. Walau saya sendiri ada basic arab, honestly saya sendiri terkapai2 dlm kelas tapi saya cuba cari jalan lain... hadir ke klas tambahan pula..

Di sini boleh dinilai tahap mana caknanya kita dengan subjek agama....

cukuplah 2 berita ini memberi pengajaran besar buat diri saya khususnya... ilmu Allah itu luas dan pohonlah padaNya agar dibukakan segalpintu2 rahsia ilmuNya....

Walau pada zahir namapak manusia yg mengubah jadual, tapi hakikatnya Allah yg mengatur 'kadual'  kehidupan kita... manusia hanyalah wasilah/perantaraannya... tiada sesuatu pun yg Allah susun itu, sia-sia...

*minta maaf atas bahasa dan gaya penyampaian yg mungkin mengguris hati sesetengah pihak... saya sekadar ingin memberi pencerahan melalui penulisan yg susah utk disampaikan melalui lisan... saya mohon beribu kemaafan*

p/# : post kali ini adalah pencerahan khusus bagi adik kakak  sahabat2 pelajar2 saiins kesihatan Al Azhar, medic &  dentistry...... tiada niat utk menjatuhkan sesiapa ataupun memegahkan diri.. saya hanyalah insan kerdil di sisi Allah..
Allahu 'ala' alam....


Friday, April 12, 2013

Karipap ‘kelim’an kasih sayang



Bismillahirrahmanirrahim…

Turun rumah penuh semangat. Mana tidaknye,hari ini first time gi hospital awal ^^,v…Alhamdulillah ade improvement. Sampai je kat lif dalam hospital,terdengar mama mama arab duk cakap2 pasal Malaysian student.Allah ….rasa bagai otot2 urat saraf ,daging tulang  badan di gigit-gigit,di kunyah2. Allah….patutlah mengumpat itu dilarang sangat2 dlm Islam dan diumpamakan memakan darah daging saudara sendiri.Nauzubillah…

Dengan sebab kami kurang mahir bahasa pasar mereka,dengan mudah2 mereka nak mengata,,terpukul dengan diri. Orang Arab pun tak faham bahasa melayu,dengan semudah ini kite pun katakan yang bukan-bukan pada mereka? Kita dan mereka sama kan? Allahummaghfirlii…

Kesan dan respon Adam & Hawa  terhadap kata-kata negatif

Sungguh kata2 negatif melemahkan diri. Entah kenapa hati ni yang biasanya pandai ignore dengan benda2 begini,touching lelebih pulak ari ni..Sabar..sabar Asiah ! Selawat banyak2…hilang jap focus dalam kelas..
Fitrah wanita,bilamana permulaan hidupnya dipagihari terganggu atau bad mood, kemungkinan besar keseluruhan hari nya akan suram aje. Cerah mentari bagaikan terlindung dengan awan yg sarat dengan air hujan. Kenapa ya??

Subhanallah…

Allah ciptakan keunikan wanita bilamana menghadapi kesulitan,darah akan berkumpul dalam otak di bahagian ‘cerebrum’ yg mana menyebabkan mereka terus menerus memikirkan kesulitan itu walaupun sekecil biji sawi. Fikir punya fikir sampai kadang2 tidak jumpe jalan keluar dan menangis mampu melegakan mereka. Wahai suami2 soleh,abang adik yg baik…sediakanlah bahu kalian untuk si hawa meluahkan apa yg memenuhi fikiran mereka.Menangis tanda mereka percayakan kalian dan ketenangan bagi mereka.

Berlainan dengan kaum Adam, bila masalah datang,darah akan berkumpul dalam otak pada bahagian cerebellum. Mereka hanya fikirkan 2 perkara sama ada mereka lari dari masalah ataupun mereka hadapi dengan rasional. Fahamilah wahai isteri2,kakak2…berikan peluang untuk mereka bersendirian,jangan pula memaksa mereka untuk bercerita masalah mereka. Lelaki  susah untuk bercerita ketika rasional menyelubungi pemikirannya. Yakinlah, akhirnya abang atau suami akan bercerita juga masalahnya bila mereka bersedia.

Release ur stress : Do What U Love !!!


**'Tepung,marjerin garam gula ubat ketenangan dikala stress. Setiap makanan punya kisahnya tersendiri. Yang pasti,semua makanan adalah hasil buat kali pertama (menjadi).....zaman bujang asyik makan bende sama aje...kalau nak,bleh request ngan mak...hehe**

Tak boleh jadi ni,kalau bermasam muka dari kelas,mumkin terbawa-bawa ke rumah. Kesian pulak kat my housemate(no ‘s’) tengok kite bercuka aje. What should I do??

Allah…sehingga kaki bertapak ke rumah,hati masing tak mampu nak senyum seikhlasnya. Hanya mampu berlakon senyum aje. Sebelum Mr Hubby balik,I have to do something..

*wink*wink* (dapat ilham…dapat ilham)..heheeee..( jangan lupe….alhamdulillah)

Hah…biasanya tepung dan majerin lah jadi mangsa ‘stress’.Masak apa2 yg takpernah masak.Okeh set! Semalam dah buat doh nya,tapi tak menjadi. Keras , takleh nak membentuk. Intinya pulak masin tahap air laut merah…erk   -.-“..dah takdir..

Argh! Kalau gagal sekali tak bermakna gagal buat percubaan akan datang. Memang kita tak mampu nak ubah TAKDIR, tapi kita boleh ubah RESPON terhadap takdir.

Karipap ‘kelim’an kasih sayang

Sambil-sambil buat inti karipap….bakar ayam dalam oven….’Ting tong….ting tong’

Erk…Allah….tak ready pape nak sambut Mr Hubby balik…sempat sembur perfume aje...nasib baik tak tetuka ngan sheildtox…huhuu…Asiah! Senyum…senyum…

Hadoi,memang tak leh jadi pelakon la…senyuman kambing dapat dikesan jugak…

“Kenapa ni? Masam2 je ni…” “emm,, tak de pape pun”…tak pasal-pasal si dia rasa bersalah. Alhamdulillah dia faham  yg saya tak de lagi nak bercerita. Dia cuba hidupkan suasana.

Nota Mahligai Bahagia : Perlukan tangga dalam membina kasih sayang.

Asap. Bau hangit.

Allah….ayam bakar…memang terbakau betoi lew !
Allah… kesiannya my hubby nak makan ayam ni…*rasa bersalah yg menggunung*

Dengan selumber,” bang,maaf ayam bako terbakar sungguh2…tp insyallah isinya ok”

“eh takpe…ok je ni…best nyer bau…jom makan”…Allah…dia sangat hargai usaha aku memasak :’)

Seusai dinner,ayam hangit mencuit neuron dikepala, kenapa ayam boleh jadi hangit? Niat tak betul ke mase masak tadi? Cemana keadaan aku mase masak tadi? Emmm…cas negative dari diri terpercik ke dalam masakan…astaghfirullah !

Okeh ! percubaan buat karipap kali ke 3 kene ade perubahan,,okeh sebelum baca bismillah,senyum dan tenangkn fikiran Asiah!! Let’s enjoy!................................................alhamdulillah,doh dan inti menjadi :)

Mr hubby sibuk dengan kameranya..Tahu benar dia saya suka merakam kenangan sesuatu yg bahagia…inilah hasilnya….


** Setelah kali ke 3 percubaan,alhamdulillah,ar tangan steri khas buat si dia terchenta **

“Abang,kenapa ya, si fulan ni kan,dia tak rasa bahagia pun nak balik kampung halaman,padahal dia baru dapat anak sedara sulung. Masa mula2 dapat je dia happy,lama2 tak rasa pape…nape ek?”

“Nak tau kenapa?”

“mestilah ! “

“Nak tau hari ni ke ,esok”

“Abang niiiiii”

“Heheeee….macamni,kite tengok, macamna hubungan die dengan ipar nya,ok ke tak.. Mesti ade kaitan”

“Ermm..si fulan tak rapat sangat dengan abg ipar dia.Eh apa kaitannya abang? Tu abang ipar,ni dengan anak dia la abg,dia tak rasa sayang kat anak saudaranya”,saya mula konfius.

“Hati kita bila tak de sayang pada si A, pasti susah untuk sayang orang-orang yg ada kaitan dengan si A. kalau sayang pun,bukan sepenuhnya, mesti rasa macam ada gap atau barrier yg menghalang..macam buat karipap,kalau doh jadi,inti sedap,dan seronok dah,tapi bentuk dan kelim tepi karipap tak cantik mane,seronok tak nak buat karipap?? Makan pun pejam mata je,sebab nak rasa yang sedapnye”

Tambahnya lagi,” Nak bina kasih sayang antara kita perlukan pengorbanan. Pengorbanan gelak tawa,senyuman,ceria. Mula2 buatlah gembira,senyum, untuk orang rasa selesa dengan kita.Bila dah sayang,orang akan mula ade rasa rindu,bila teringat kat kite,senang aje hatinya.Orang pun selesa nak share pape ngan kite. Nak jadi seseorang yg mudah disenangi,yang dirasa kewujudannya bukan mudah. Perlukan tangga. Step by step. Kita mulakan langkah dulu,jangan harapkan orang mulakan.”

Rancak my hubby berbicara,”Bila masuk suasana baru,keluarga baru, kelas baru,dapat ahli bait baru,apa2 je la yang baru,orang tak kenal kita dan kita tak kenal orang2 tu macammna.Makanya, hidupkanlah suasana,bg mereka selesa dengan kita. Benda ni bukan jadi sehari dua,take a along time. Sediakan diri untuk menerima cara org lain dan jangan static dengan cara sendiri. Barulah dapat rasa nikmat sayang menyayangi bila kita memberi kan sayang J “

Berbunga-bunga hati.Alhamdulillah pengisian yang simple tapi sangat berguna. Dalam konteks,pernikahan….’Aku Terima Nikahnya’ bukan bermakna kita hanya bernikah dengan si fulan,tetapi kita berkahwin dengan keseluruhan ahli keluarganya. Kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai peringkat umur sangat2 dperlukan. Bukan 1 hati sahaja yg perlu djaga,bila bergabung 2 keluarga makin bertambah hati2 yg perlu d jaga.

Jangan risau kalau diri tak mahir memasak,tapi risaulah anda diri menggunung berangan ingin berkahwn tapi tiada persediaan untuk menjadi permaisuri di hati bakal suami.Tiada persediaan menjadi ‘pulau’ di dalam keluarga baru. Biasakan diri bergaul dengan pelbagai manusia,bukan hanya dengan housemate sendri. Keluarlah ke dunia luar! Berjalan dan nilailah.

Alhamdulillah…

Suasana rumah kembali ceria bagai bulan malam mencerahi rumah kami.Karipap siap 10 biji utk breakfast esok.Hari Jumaat hari raya kami. So,makanan kene la lain dari hari lain ^^,v