Wednesday, July 10, 2013

' Seri Pengantin Baru ' sepanjang hayat bersama



:: Bismillah wal hamdulillah ::

*****
Pesan mak :

“Jadi pengantin baru bukan sehari. Hidupkan aura ‘seri pengatin baru’ sepanjang hayat !”

*****

Begitulah pesanan mak sementara saya sibuk menulis alamat sahabat² di sampul surat untuk mengutuskan kad jemputan.

Malu² kucing itu perlu

Malu baja percambahan tunas-tunas cinta
Terhenti jari saya, mengambil tenaga lebih untuk berfikir dengan kata² mak. Cukup mendalam kata² mak yang sudah hamper 30 tahun menjalani bahtera perkahwinan. 

Cuba untuk mendalaminya,tapi ternyata pertanyaan kunci jawapannya.

Saya : mak, kenapa mak kata ‘seri pengantin baru’ bukan sehari? Maknanya kene buat majlis walimah ,berhias dan kene hias bilik tidur macam hari kahwin, hari² ke mak?
~~ade sedikit nada mengusik mak..hee~~

Mak : Kalau macam tu,seronok la orang lain,hari² dapat makan free…
         (pandai  mak balas..aish..)
           Ape yang kak yah faham dengan ‘seri pengantin’?

Saya : (erk..kene Tanya balik )…emmm, muka berseri-seri, hati suami isteri gembira,tenang, mood happy on 24jam, malu²,romatis²….

Sampuk mak “..suasana macamana?keadaan rumah?”

“Mestilah kemas mak, malu la ngan si dia …mesti masa tu rasa nak serve yang terbaik dan tercantik di matanya…serba serbi nak terbaik la mak..ish tak reti lah nak bayang banyak²..hehe..biasa la mak,awal² kawen…malu² kucing la”

Mak : Itu lah maksud mak. Malu. Ingat, malu bukan hanya di awal perkahwinan aja, tapi sepanjang hidup bersama. Kita kena pandai² ‘jual mahal’,barulah si dia kreatif nak tackle kita. Kat situ makin bercambah romantisnya.

“Kalau keluar rumah,kenapa orang pakat berhias lawa²?”

“Sebab malu kat orang la mak. Semua orang pandang.”

Sambung mak ,” samalah dalam rumah tangga ,bila ade rasa malu dengan si dia,pasti kita sentiasa nak menampilkan diri yang tercantik. Tak kisah lah suami atau isteri,masing² perlu ade rasa malu.Tanpa rasa malu,mesti kita pakai pakaian selekeh,tindak tanduk dah tak sopan. Tapi  dengan malu, kita akan terus bersopan santun,berhias, akan rasa rendah diri dan mudah meminta maaf.”

“ Ingat, kak yah kene sentiasa minta maaf dengan suami,terutama sekali 3 tempat,sebelum tidur,sebelum suami keluar rumah dan selepas solat berjemaah. Ringankan lidah, rendahkan ego… dengan maaf kita dapat sedikit demi sedikit ‘tangkap’ hati suami” tegas mak dalam menasihati.

Sudah biasa dengan mak,ada tempat lembut,ade tempat dia bertegas. Tanda ianya sangat penting.

“kalau kita tengok kes-kes cerai yang berlaku,kebanyakannya sebab tak jalankan tanggungjawab,suami atau isteri tak mainkan peranan. Kalau MALU tersemai dalam diri, pasti peranan diri didahulukan, pasti tak timbul masalah curang sebab malu dengan pasangan yang dah banyak berkorban itu ini demi kebahagiaan keluarga,tanpa adanya malu dlm diri,hilang penghormatan isteri kepada suami….kisah mereka kita jadikan teladan”

“ malu² kucing pun bia la bertempat, jangan sampai dia frust dengan awak..itu tak boleh,ini tak boleh sebab malu..kesian la dia..hehe..” gurau mak.

“pastu mak,kalau suasana,macamana pulak ?”tanyaku yang masih dalam kesamaran.

“kan mak dah cakap tadi,bila malu mesti kita nak tampil dengan cantik. Maknanya bukan sekadar awak sentiasa berhias diri sahaja, awak kene jaga rumah especially kebersihan rumah. Bilik tidur kene ceriakan seperti hari perkahwinan,kasi wangi,kemas bersih. Muka kene sentiasa tersenyum. Kain baju suami kene jaga,sama juga makan minum dia. Dahulukan keperluan suami.Kalau posisi seorang suami pun sama, kena jaga penampilan, kena rajin bantu isteri dalam hal mengurus rumah. Banyakkan memberi sebab setiap yang memberi akan lebih bahagia.”

“Mungkin sekarang awak tak rasa,belum cuba belum tau nikmatnya…hehe..semua jadi indah bila hati sayangkan pasangan kerana Allah”, mak memang supporting. 

Tambah² dengan mak membahasakan diri ‘saya-awak’ bila berbicara dengan anak²,terasa seperti berborak dengan sahabat². Rasa dekat.

*****
Alhamdulillah,kini saya sempat merasa nikmat melayari bahtera rumahtangga.Benar,kadangkala dilanda ombak,kadangkala di belai angin yg tenang. 

Segalanya pelajaran kehidupan.Sungguh indah!

Baru saya faham, kalau kecil² dulu mak ayah selalu ajar, kebersihan itu sebahagian drp iman, sabar,malu juga sebahagian drp keimanan. Benarlah hadith kekasih Allah ,”bila kamu tiada rasa malu,lakukanlah apa sahaja”…bagi wanita,sifat malu itu adalah pendinding diri jua perhiasan wanita solehah.

Nukilan ini moga menjadi peringatan dihari² akan datang,
1.31am
1 Ramadhan 1434H
Hayyu Sabie’,Madinat Nasr,Egypt


Kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna…
Meningkatkan prestasi ketaqwaan kepadaNya
Jua menambahbaik status seorang isteri…
Hajat doa dari sahabat pembaca ^^
< Zaujah _Harith >

3 comments: