Bismillahirrahmanirrahim......
Alhamdulillah finally i can say sayonara to 4th year as i had finished last final paper on 27th june.....
Once again, Allah takdirkn kami bercuti dlm 'fatrah rusuhan' buat kali ke 2 selepas 25 jan 2011 ari tu.. its ok.. smuanya ada hikmahnya ^^
Dapat arahan dr pimpinan pelajar Mesir serta dri dokturah kami sendiri - -> sediakan stok makanan sekurang2nya utk 2 minggu..
Maka bermulalah perbualan kami:
Saya : Abg, kita nak stok makanan apa lagi yer? (sambil menulis senarai makanan yg nak dibeli)
Suami : YANG PALING PENTING.........
Saya : ape die?
Suami : Apam balik kasi cukup stoknya... hehehe
Saya : -. - " fuuuuh... org tgh kemarut apam balik.. cmni ler
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
APAM BALIK VERSI PERANTAUAN
Bahan A : (digaul semuanya)
- 2 cawan tepung
- 1/4 cawan gula
- 4 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
Bahan B : dikisar
-2 biji telur
- 1 cawan susu cair / susu biasa
- 1 cawan air
- 1/2 cawan minyak masak
Bahan inti apam :
- Kacang tanah yg dikisar
- Jagung
-Marjerin
- Gula / chocolate spread / apa2 jem
Cara-cara membuat bancuhan :
1) Blend kan bahan B, kemudian campurkan dengan bahan A yang telah digaul dahulu. Gaulkan dan bancuhan akan menjadi berketul-ketul.
2) Blend bancuhan. Simpan dalam peti ais selama lebih kurang 3 jam.
Cara memasak :
1) Panaskan non-stick pan (kuali yg tidak melekat).
2) Letakkan marjerin. (tak nak guna pun boleh)
3) Letakkan bancuhan di tengah - tengah kuali dan pusing2kan kuali sehingga bancuhan menjadi bulat. (mengikut ketebalan yg disukai)
4) Apabila sekeliling bulatan apam mula brownish yellow, bolehla taburkan inti yg disukai di 1/2 bulatan apam itu.
(Mula2 sapu chocolate spread/tabur gula / apa2 jem, kemudian taburkan kacang, jagung dan marjerin)
5) Apabila apam sudah tidak melekat, bolehla melipatnya dan angkat.
Siap! Sedia utk di makan panas2!
Selamat Mencuba...
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Stok 3kilo gandum habis licin tak sampai 2 minggu.
Tak ape lah asalkan en hubby gembira.
Doakan juga kegembiraan rakyat Mesir ya!
Dapatkan info2 sahih dri mereka yg berada di Mesir, bukannya percaya bulat2 drp media massa di Malaysia yg memeningkan pemikiran rakyat...
Allahualam......
No comments:
Post a Comment