:: Bismillah wal hamdulillah ::
"Abg dah balik...abang,tengaok la cerita nih, sedih sangat...sanggup dia tinggalkan mak dia tepi jalan lepas tu suruh orang hantar mak die ke rumah orang-orang tua. Sob...sob...tak de perasaan ke anak dia ni".Penuh tisu di atas meja di ruang tv.
"Abang lagi lagi la sedih", sampuk suami nya.
"Erk...kenapa abang? abang penah tengok dah ke movie ni?",terkejut si isteri dengan respon suaminya.
"Sedihnya abang kalau sayang mati tak sempat nak tunaikan solat isyak. Apa abang nak jawab dengan Allah nanti."
Isteri : (Tumpang lalu )
************************************
Seni dalam mendidik
Hadirnya cinta dengan tanggungjawab. Bila sudah di lafazkan 'i love u' kepada yang halal, bermakna 'aku akan bertanggungjawab ke atas kamu'.
Sudah kita maaruf, dengan janji Allah dalam kitab sucinya, "lelaki lebih kuat drp wanita", ia membawa makna lelaki itu pemimpin bagi wanita.
Selesai saat lafaz "Aku terima nikahnya.....",maka pada saat dan detik itu,setiap dosa kesalahan isteri adalah dibawah tanggungjawab suami. Kesalahan yang tidak diteguri & dinasihati.
Mendidik manusia bukanlah suatu yg mudah.Tapi memerlukan kesenian.Mendidik anak kecil lebih mudah daripada mendidik isteri.
Mencorakkan pada kain putih suci bersih lagi mudah dibandingkan mahu melukis di kain yg sudah tersedia bercorak. Ada yang perlu di padam, ada yang perlu di tambah corakkan utk menjadi lebih indah.
Sebab itulah islam menggariskan pemilihan isteri permaisuri hidup adalah pada agamanya. Apabila baik agamanya, maka ia lebih baik drp dunia dan seisinya.
Wahai kaum Adam,
Kenalilah fitrah wanita ,didiknya dengan kelembutan dan kasih sayang. Kenali sifatnya sebelum mendidik. Pendirian terbukamu membuatkan wanita mudah dibimbing. Usah gunakan 'kuasa veto' sebagai 'paksaan' dalam ketaatan.
Wahai kaum Hawa,
Indahnya taat bukan pada perkataannya,
Tapi pada indahnya taat pada perlaksanaanya,
Hargailah peluangmu ke syurga di hadapan mata.
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
ReplyDelete