Friday, April 12, 2013

Karipap ‘kelim’an kasih sayang



Bismillahirrahmanirrahim…

Turun rumah penuh semangat. Mana tidaknye,hari ini first time gi hospital awal ^^,v…Alhamdulillah ade improvement. Sampai je kat lif dalam hospital,terdengar mama mama arab duk cakap2 pasal Malaysian student.Allah ….rasa bagai otot2 urat saraf ,daging tulang  badan di gigit-gigit,di kunyah2. Allah….patutlah mengumpat itu dilarang sangat2 dlm Islam dan diumpamakan memakan darah daging saudara sendiri.Nauzubillah…

Dengan sebab kami kurang mahir bahasa pasar mereka,dengan mudah2 mereka nak mengata,,terpukul dengan diri. Orang Arab pun tak faham bahasa melayu,dengan semudah ini kite pun katakan yang bukan-bukan pada mereka? Kita dan mereka sama kan? Allahummaghfirlii…

Kesan dan respon Adam & Hawa  terhadap kata-kata negatif

Sungguh kata2 negatif melemahkan diri. Entah kenapa hati ni yang biasanya pandai ignore dengan benda2 begini,touching lelebih pulak ari ni..Sabar..sabar Asiah ! Selawat banyak2…hilang jap focus dalam kelas..
Fitrah wanita,bilamana permulaan hidupnya dipagihari terganggu atau bad mood, kemungkinan besar keseluruhan hari nya akan suram aje. Cerah mentari bagaikan terlindung dengan awan yg sarat dengan air hujan. Kenapa ya??

Subhanallah…

Allah ciptakan keunikan wanita bilamana menghadapi kesulitan,darah akan berkumpul dalam otak di bahagian ‘cerebrum’ yg mana menyebabkan mereka terus menerus memikirkan kesulitan itu walaupun sekecil biji sawi. Fikir punya fikir sampai kadang2 tidak jumpe jalan keluar dan menangis mampu melegakan mereka. Wahai suami2 soleh,abang adik yg baik…sediakanlah bahu kalian untuk si hawa meluahkan apa yg memenuhi fikiran mereka.Menangis tanda mereka percayakan kalian dan ketenangan bagi mereka.

Berlainan dengan kaum Adam, bila masalah datang,darah akan berkumpul dalam otak pada bahagian cerebellum. Mereka hanya fikirkan 2 perkara sama ada mereka lari dari masalah ataupun mereka hadapi dengan rasional. Fahamilah wahai isteri2,kakak2…berikan peluang untuk mereka bersendirian,jangan pula memaksa mereka untuk bercerita masalah mereka. Lelaki  susah untuk bercerita ketika rasional menyelubungi pemikirannya. Yakinlah, akhirnya abang atau suami akan bercerita juga masalahnya bila mereka bersedia.

Release ur stress : Do What U Love !!!


**'Tepung,marjerin garam gula ubat ketenangan dikala stress. Setiap makanan punya kisahnya tersendiri. Yang pasti,semua makanan adalah hasil buat kali pertama (menjadi).....zaman bujang asyik makan bende sama aje...kalau nak,bleh request ngan mak...hehe**

Tak boleh jadi ni,kalau bermasam muka dari kelas,mumkin terbawa-bawa ke rumah. Kesian pulak kat my housemate(no ‘s’) tengok kite bercuka aje. What should I do??

Allah…sehingga kaki bertapak ke rumah,hati masing tak mampu nak senyum seikhlasnya. Hanya mampu berlakon senyum aje. Sebelum Mr Hubby balik,I have to do something..

*wink*wink* (dapat ilham…dapat ilham)..heheeee..( jangan lupe….alhamdulillah)

Hah…biasanya tepung dan majerin lah jadi mangsa ‘stress’.Masak apa2 yg takpernah masak.Okeh set! Semalam dah buat doh nya,tapi tak menjadi. Keras , takleh nak membentuk. Intinya pulak masin tahap air laut merah…erk   -.-“..dah takdir..

Argh! Kalau gagal sekali tak bermakna gagal buat percubaan akan datang. Memang kita tak mampu nak ubah TAKDIR, tapi kita boleh ubah RESPON terhadap takdir.

Karipap ‘kelim’an kasih sayang

Sambil-sambil buat inti karipap….bakar ayam dalam oven….’Ting tong….ting tong’

Erk…Allah….tak ready pape nak sambut Mr Hubby balik…sempat sembur perfume aje...nasib baik tak tetuka ngan sheildtox…huhuu…Asiah! Senyum…senyum…

Hadoi,memang tak leh jadi pelakon la…senyuman kambing dapat dikesan jugak…

“Kenapa ni? Masam2 je ni…” “emm,, tak de pape pun”…tak pasal-pasal si dia rasa bersalah. Alhamdulillah dia faham  yg saya tak de lagi nak bercerita. Dia cuba hidupkan suasana.

Nota Mahligai Bahagia : Perlukan tangga dalam membina kasih sayang.

Asap. Bau hangit.

Allah….ayam bakar…memang terbakau betoi lew !
Allah… kesiannya my hubby nak makan ayam ni…*rasa bersalah yg menggunung*

Dengan selumber,” bang,maaf ayam bako terbakar sungguh2…tp insyallah isinya ok”

“eh takpe…ok je ni…best nyer bau…jom makan”…Allah…dia sangat hargai usaha aku memasak :’)

Seusai dinner,ayam hangit mencuit neuron dikepala, kenapa ayam boleh jadi hangit? Niat tak betul ke mase masak tadi? Cemana keadaan aku mase masak tadi? Emmm…cas negative dari diri terpercik ke dalam masakan…astaghfirullah !

Okeh ! percubaan buat karipap kali ke 3 kene ade perubahan,,okeh sebelum baca bismillah,senyum dan tenangkn fikiran Asiah!! Let’s enjoy!................................................alhamdulillah,doh dan inti menjadi :)

Mr hubby sibuk dengan kameranya..Tahu benar dia saya suka merakam kenangan sesuatu yg bahagia…inilah hasilnya….


** Setelah kali ke 3 percubaan,alhamdulillah,ar tangan steri khas buat si dia terchenta **

“Abang,kenapa ya, si fulan ni kan,dia tak rasa bahagia pun nak balik kampung halaman,padahal dia baru dapat anak sedara sulung. Masa mula2 dapat je dia happy,lama2 tak rasa pape…nape ek?”

“Nak tau kenapa?”

“mestilah ! “

“Nak tau hari ni ke ,esok”

“Abang niiiiii”

“Heheeee….macamni,kite tengok, macamna hubungan die dengan ipar nya,ok ke tak.. Mesti ade kaitan”

“Ermm..si fulan tak rapat sangat dengan abg ipar dia.Eh apa kaitannya abang? Tu abang ipar,ni dengan anak dia la abg,dia tak rasa sayang kat anak saudaranya”,saya mula konfius.

“Hati kita bila tak de sayang pada si A, pasti susah untuk sayang orang-orang yg ada kaitan dengan si A. kalau sayang pun,bukan sepenuhnya, mesti rasa macam ada gap atau barrier yg menghalang..macam buat karipap,kalau doh jadi,inti sedap,dan seronok dah,tapi bentuk dan kelim tepi karipap tak cantik mane,seronok tak nak buat karipap?? Makan pun pejam mata je,sebab nak rasa yang sedapnye”

Tambahnya lagi,” Nak bina kasih sayang antara kita perlukan pengorbanan. Pengorbanan gelak tawa,senyuman,ceria. Mula2 buatlah gembira,senyum, untuk orang rasa selesa dengan kita.Bila dah sayang,orang akan mula ade rasa rindu,bila teringat kat kite,senang aje hatinya.Orang pun selesa nak share pape ngan kite. Nak jadi seseorang yg mudah disenangi,yang dirasa kewujudannya bukan mudah. Perlukan tangga. Step by step. Kita mulakan langkah dulu,jangan harapkan orang mulakan.”

Rancak my hubby berbicara,”Bila masuk suasana baru,keluarga baru, kelas baru,dapat ahli bait baru,apa2 je la yang baru,orang tak kenal kita dan kita tak kenal orang2 tu macammna.Makanya, hidupkanlah suasana,bg mereka selesa dengan kita. Benda ni bukan jadi sehari dua,take a along time. Sediakan diri untuk menerima cara org lain dan jangan static dengan cara sendiri. Barulah dapat rasa nikmat sayang menyayangi bila kita memberi kan sayang J “

Berbunga-bunga hati.Alhamdulillah pengisian yang simple tapi sangat berguna. Dalam konteks,pernikahan….’Aku Terima Nikahnya’ bukan bermakna kita hanya bernikah dengan si fulan,tetapi kita berkahwin dengan keseluruhan ahli keluarganya. Kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai peringkat umur sangat2 dperlukan. Bukan 1 hati sahaja yg perlu djaga,bila bergabung 2 keluarga makin bertambah hati2 yg perlu d jaga.

Jangan risau kalau diri tak mahir memasak,tapi risaulah anda diri menggunung berangan ingin berkahwn tapi tiada persediaan untuk menjadi permaisuri di hati bakal suami.Tiada persediaan menjadi ‘pulau’ di dalam keluarga baru. Biasakan diri bergaul dengan pelbagai manusia,bukan hanya dengan housemate sendri. Keluarlah ke dunia luar! Berjalan dan nilailah.

Alhamdulillah…

Suasana rumah kembali ceria bagai bulan malam mencerahi rumah kami.Karipap siap 10 biji utk breakfast esok.Hari Jumaat hari raya kami. So,makanan kene la lain dari hari lain ^^,v

3 comments:

  1. Wallaaaa... tmbh order lg bile blik cni, karipap! Ari tu bluebery cheese doh..huhuu

    ReplyDelete
  2. Oppps...heheee....u maghi la umh i raya nnt..insyllh available...taun Ni rayo d kl dlu...hee...ngn fmly baru....weee....insyllh pas smnggu i Ado kt kelate...i wat special for u...heee....

    ReplyDelete
  3. Pas sminggu br kelik klate??? Wuwuuu..almtnye meme tak merasa la kripapnye.. i cuti smggu jah ciah.. xaci u request kek ng i, i pn nk request kek jgkk...ok, choc cheese cake vs bluebery cheesecke okeh?? Tp cheseecke tu kna combo nga kripap skali okehhh...hahaha

    ReplyDelete