Tuesday, February 9, 2010

ronda-ronda cairo

aSsaLamuaLaikum....

Alhamdulillah..dengan izin Allah,sy dan sahabat2 berpeluang mengenali dan meng'explore' kehebatan dan rahsia sejarah bumi Anbiaa' ini. Terasa begitu bertuah dicampakkan disini dan rugi rasanya sekiranya tidak dpt berkongsi pengalaman bersama para pembaca. Inilah peluang untuk kami keluar dari dunia 'buku' sebentar dan mengenali bumi mesir dengan lebih mendalam. Subhanallah...begitu banyak rahsia alam dan sejarah2 Islam yg masih belum bermaharajalela dalam pemikiran umat islam sekarang. Segalanya dipandang remeh. bak kata sesetengah pelajar ''buat ape ingat benda2 ni,tak masuk exam pun''..='(...adakah sikap kita sekarang mampu untuk mempertahankan masa depan Islam?? fikir2kan lah....kehebatan sejarah silam mampu menjadi pencetus kepada revolusi masa depan kita...

Kembali kepada kisah sy.....
Alhamdulillah..kami bertolak dari Hayyu Sabie' dalam jam 8.30pagi. Trip ini dikendalikan oleh EAM Services 2010 (http://eamservices.webs.com) . Insyallah , perjalanan yg dimulakan dgn bismillah dan tawakal keatasNya dirahmati dan diredhaiNya...Bermulanya misi kami keluar dari dunia 'hayyu 'asyir wa hayyu sabi' '....

Destinasi yg dituju....

PIRAMID,GIZA

Piramid seperti yang kita tahu telah dibina pada zaman Firaun. Firaun ialah gelaran bagi seseorg raja yg memerintah kerajaan mesir suatu masa dahulu. Kerajaan ini lebih dikenali sebagai Dinasti. Firaun yang memerintah pada zaman Nabi Musa telah dikenal pasti oleh ahli sejarah sebagai Ramses 2. Piramid yg terawal dibina terletak di Sahara dan terdapat hampir 80 buah piramid di seluruh Mesir. Antara piramid yg terdapat di Giza :

1) Piramid Khufu:

Ianya merupakan piramid terbesar yang telah dihentikan sementara akibat banjir. Ia juga dikenali sabagai kubur Raja Khufu. Batu-batu yang dipotong dibawa dari Aswan yang jauhnya 1000km di selatan mesir. Batu-batu itu dibawa dengan menggunakan tongkang yang diperbuat daripada papyrus dan dihantar ke giza melalui Sungai Nil. Jumlah batu-batu yg terdapat pada piramid mencecah hampir 1.9billion.

2) P

~di hadapan Piramid Khufu~

~dihadapan ketiga-tiga piramid~

piramid Khafah :

Merupakan piramid kedua terbesar selepas piramid Khufu. Ia dibina sekitar tahun oleh anak lelaki Raja Khufu disebelah timur Piramid Khufu. Dibina sekitar tahun 2640SM. Pengunjung yg ingin memasuki piramid terpaksa membongkok untuk untuk menuju ke tempat dimana letaknya kubur King Cheopra (kesannya sahaja)[tak masuk pun,kena bayar LE100 = RM60 sekali masuk]. Suhu didalamnya panas walaupun pada musim sejuk.

3) Piramid Menkura :

Piramid ini terletak ditepi sekali antara ketiga-tiga piramid tersebut. Dibina oleh anak lelaki Raja Khafah pada tahun 2640SM dengan ketinggian 68 meter sahaja.

Maklumat terbaru mengatakan ada arkeologi mengkaji dan mengatakan bahawa piramid bukanlah dibina oleh hamba2 firaun tetapi dibina oleh sahabat-sahabat firaun itu sendiri. Pada zaman dahulu, org Jerman telah berusaha untuk memecah rekod membina piramid. Malangnya, mereka tidak berjaya membinanya dengan sempurna .Inilah hasilnya :

~inilah hasilnya~

Seterusnya.....

SPINX (ABU HOUL),GIZA

Binaan Spinx berbentuk badan singa dan berkepala manusia yang dikatakan menyerupai kepala Raja Khafah juga merupakan destinasi yg sering dikunjungi. Ia melambangkan kekuasaan dan kegagahan . ketinggiannya mencapai 20meter dan lebarnya seluas 60 meter.


~di hadapan Sphinx~

QAL’AH (KUBU) SALAHUDDIN AL-AYYUBI

Kubu ini telah dibina oleh Panglima Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1183M untuk mempertahankan Kaherah dari serangan-serangan luar khususnya semasa Perang Salib. Di sebelah utara benteng pula terdapat masjid Al-marmari yang dipenuhi batu marmar dan granit dan kini ia dikenali sebagai Masjid Muhammad Ali.




Selain itu,didalam kubu ini juga terdapat beberapa buah muzium iaitu muzium Permata (Qasrul jawharah) yang terdapat perhiasan-perhiasan raja Mesir seperti singgahsana Raja Farouq. Muzium Polis (Mathaf As-Syutbah ) yang terdiri daripada 6 bahagian. Diantaranya ruang yg pernah digunakan oleh polis Mesir sepanjang sejarahnya, dan ruangan dokumen penting sejak pemerintahan Muhammad Ali Basya hingga kini.

Di kawasan kubu ini juga terdapat Muzium Kesenian Islam (Mathaf al-Fan al-Islami) [tak sempat masuk] yang pada mulanya berada di daerah bab el-Khalaq iaitu berhadapan gedung Mudiriah Amnil Qahirah dan menyimpan dalam lingkungan 50 ribu alat yang melambangkan kesenian Islam sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W

~singgahsana ~

~muzium istana Ali Pasya~

~muzium polis~
~subhanallah~
Meneruskan perjalanan....

MAKAM IMAM AS-SYAFIE’

~tapak kaki Nabi Muhammad~

Destinasi terakhir....

SUNGAI NIIL,TAHRIR.

[buat kali kedua]



~naik boat,ronda2 sungai niil~


"DAN JANGANLAH KAMU BERJALAN DI MUKA BUMI ALLAH DENGAN SOMBONG KERANA SESUNGGUHNYA KAMU SEKALI-KALI TIDAK AKAN DAPAT MENEMBUSI BUMI DAN SEKALI-KALI JUGA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI SETINGGI GUNUNG''


No comments:

Post a Comment