Saturday, February 6, 2010

...penantian...

bismillahirrahmanirrahim.....

''Asiah,jom lunch!'',ajak K.Bell.Hanya senyuman yg mampu ku balas. ''Urm...adik tu da kenyang dgn internet dah...dari pagi lagi duk mengadap''. 'betul tu K.Fiza',bisik hatiku....urm...aku still dalam dunia sendiri...menanti...menunggu...tiada balas langsung...kerinduan dah meliputi seluruh jasad...sehingga menukar mood cuti hari ni...

huh..tak boleh jadi ni...penantian tanpa berbuat sesuatu ,rugi diri sendiri pulak. Ok la.letak ketepi laptop dan capai buku anatomy yg terbuka dari pagi tdi lagi...ya Allah...lemahnya diri ku,tak mampu menolak perasaan...
"akak tgok dari tadi lagi Asiah dok menatap duodenum(bab usus kecil) tu ,rase nyer topic tu sikit je''...sapaan K.Bell mengejutkan aku dri lamunan..hu3..betul kata K.Bell,baru aku sedar ...tak berganjak sedikit pun dari pagi tadi...

hurm...mane korang semua pergi....still busy lg ker kat 'sana'. Org kat sini study pun tak masuk, makan tak lalu, ..Ya Allah,kuatkanlah hatiku....jgan biarkan aku menuruti kata2 syaitanirrajim yg sentiasa membisik di qalbuku....

tanpaku sedari,aku menutup buku dan terus lagi online,aku tak boleh give up utk berharap...aura utk menatap laptop lagi kuat drp menalaah plajaraan..sorry buku...
hah! ada org chat dlm facebook..harap2 la 'mereka'...alhamdulillah, Allah izinkan kata hatiku benar..alhamdulillah...chat dri Majidah Zaidi 'jap ek,nak download,tunggu jap'...
hah??? nk download aper??urm...buat je la apa yg patut...janji org disini dpt lepaskan rinduu...
sambung chat lagi.'apa id skype k.yah?bukak skype skarang =)'...
hah! betul ke dorang nak skype..urm,aku tak mahu 'pengharapan' lepas melayang lagi buat kali ni...jari ni terus clik ke skype dan.....

dapat panggilan dari 'dia'..Suara yg mula2 ku dengar hanya lah 'jeritan' ala2 sayu kegembiraan dan bising dengan suara org lain...kenapa ramai sgt...tak kisah la...
"dapat tengok muka K.yah!!!!'' hah! tergamam sebentar..tiba2 muncul wajah2 yg kurindui selama ni...ya allah...

'Mak!!!! K.yah rindu nak tengok mak!!!'

akhirnya.....,selama 5 bulan berada di Mesir, dapat juga ku melihat wajah ibu dan adik beradik tersayang..hampir menitis air yg bertakung dikelopak mata...mereka disana gelak kegembiraan...gembira yg tak dapat ditafsirkan melalui kata2....

alhamdulillah...alhamdulillah....jazakallah

'K.yah nampak lain da sekarang...makin cubby la anak mak ni'...
he3...biase la tu mak, dah namanya Mesir, makanan murah,banyak pulak tuh...tambah2 anak mak ni makan tak memilih...

Kami berbual panjang petang tu.Bergelak ketawa bersama. Tenang hati dapat tengok wajah ibu.Macam2 cerita keluar.Akak sempat juga bawa laptop round satu rumah kat sana.Hu3..rindu jugak kat rumah....Ayah dan adik pun ade...hurm..penantian suatu penyiksaan,tetapi disebalik penyiksaan pasti ada kebahagiaan....bahagia dpt skype dengan korang.... Riinnduu semua...

Ayah macam biasa la..maintain macho...senyum jew...tak kata apa2...hu3...tak mengapa,senyuman ayah cukup memberi 1000 makna buat diriku..itulah cara ayah...
urm..kenapalah akak aku tak bagitau yg dia nk skype dari rumah awal2...urm..unexpected ...selama ni sekadar dengar suara sahaja ,call mlalui SmartVoip....gambar2 kenangan lah yg menjadi pengubat hati...

syukran kathira dengan kewujudan skype...betapa lemah nye diri ni bila dikenang kembali. Ayah dan sahabt2 nya ,yang dahulunya belajar di UK dan serata dunia,tidak dapat berhubung langsung dengan ahli keluarga melainkan melalui telegram atau surat,yg mungkin janggal dilakukan zaman kini.Tabahnya ayah!Alhamdulillah,dgn kecerdikan yg Allah berikan kpd manusia hari ni dalam memajukan teknologi,dpt merapatkan hubungan sesama manusia..alhamdulillah...

Hati ni terasa amat bahagia tika dapat memberi peluang kpd mata utk melihat wajah suci ibu.^_^..kekuatan aura seorg ibu itu ada di mana shaja...apabila kita dpt mendengar suaranya sahaja, sudah cukup utk menaikkan kembali semangat diri...inikan pula menatap wajah nya...
ibu itu hebat!!

Terkenang kembali saat2 dahulu,setiap hari aku dpt dengar suara mak,cium tangan dan dahi mak sebelum keluar rumah,tatap wajah mak yg 'cumil',meluahkan isi hati dengan mak, mendapat motivasi dan nasihat dari mak,berkongsi suka duka dengan mak....YOU ARE MY BEST FRIEND,MOM!!!

Tika kita berjauhan ,baru kita mula belajar untuk menghargai (1st time berjauhan). Kurniaan seorg ibu dan ayah dalam hidup kita merupakan satu rahmat yg tidak ternilai harganya dalam hidup seorang anak. Betapa malangnya kita jika kita tidak melayani ibubapa dengan sebaik nya. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa kita. Berbaktilah kepada mereka tika mereka hidup dan selepas meninggal.

Teringat pada sms yg kuterima dlm perjalanan ke Mesir, sms dari mak :

'salam,kami doakan kyah selamat.Bawa azam dan cita2 kyah ke sana.Jgan lupa berzikir setiap masa.Mak bangga ada anak seperti K.yah .Terima kasih K.yah.luv u always'

Ya Allah...hatiku tersentak membaca mesej ringkas ni...layakkah aku menerima 'terima kasih ' dari seorang ibu??? sepatutnya aku yg terdahulu mengucapkannya...mak dan ayah telah banyak berkorban utk anak2nya,pengorbanannya bermula dari saat percantuman sperm and ovum,dimana pada saat itu,Allah telah mengamanahkan pasangan suami isteri untuk menjaga seorang hambanya menjadi khalifah di dunia...sungguh besar amanah ni...syukran kathira mak ayah kerana sudi menerima amanah besar ini...syukran aidhan kerana sudi melahirkan diri ini ke dunia dan memberi peluang diri ini mengenal dunia fana yang penuh dengan onak duri dalam mencapai cita2 yang kekal...moga segala suka duka dan penat lelah kalian dalam mendidik dan membesarkan kami dibalas dengan kebaikan olehNya.....insyallah,kami anak2 akan cuba lakukan yg terbaik agar kita sama2 dapat hidup kekal di syurga abadi di sana bersama...

~Diri disini sentiasa merindui sentuhan dan dakapan ibu~

p/s: kepada anak2 pasangan Zaidi Deris dan Norma Abu Bakar..jaga mak n ayah baik2 tau..jgn nakal2..jgn kecikkan hati dorg...let's be da best!

kepada sahabat2 dan saudara mara,rajin2kanlah diri utk download skype..boleh juga diri ini mengubat kerinduan dgn 'free'..hu..:p
http://www.skype.com
id sy: aiesha^yusra

No comments:

Post a Comment