Angin yang kencang dan sejuk menyelinap setiap sudut. Inilah suasana yg cukup mencabar diri.Saratoga sentiasa memanggil dan menggoda diri untuk dipeluki.Ketaran seluruh tubuh mencabar diri untuk bergerak kesana kemari (menaip pun sambil menggigil) . Jiwa sentiasa keliru dengan peperangan antara buku dan saratoga. Yang mana satu patut ku pilih???
Alhamdulillah...Allah masih sudi memberi peluang pada hambanya menghadapi faslu syitak (musim sejuk) dengan penuh kesabaran dan kekuatan dalam melayani pelbagai dugaan yg tiba. Badan masih dalam proses untuk immune dgn kesejukan pada tahap 9'c-12'c . Makin hari,makin 'berkembang' badan (it is a normal condition) bg menampung kesejukan dan mengawal suhu badan. Subhanallah,prosesnya amat menakjubkan (rujuk buku physiology).
Inilah pengalaman pertama bercuti pada waktu yg 'kritikal'.Kebiasaannya kita bercuti untuk merehatkan segala2nya. Tetapi kali ini lain pula ceritanya. Kebanyakan pelajar2 perubatan di universiti tempatan (di Mesir) telah menduduki mid-term exam sebelum winter break dan berlainan dengan kami (pelajar2 Uni. Al-Azhar Banat). Insyallah, exam ni akan berlangsung setelah tamat winter break seperti berikut :
21 Feb - Physiology
23 Feb - Histology
27 Feb - Biochemistry
2 Mac - Anatomy
Alhamdulillah,jadual exam tak padat dan hanya soalan MCQ (multiple choice question) dan essay je (je?? hu~soalan2 Azhar tak pernah senang).huhuhu...amat menggerunkan. Inilah kali pertama kami akan betul2 serius menghadapi exam (sebelum ni supporting exam bgi setiap branch main2..hu3). Mid-term exam akan menyumbang 20% kepada final exam yg dikatakan teramat lah susah utk score mumtaz...gulp!...(insyallah,boleh nye..kalau kakak2 laen boleh dpt mumtaz,aku pun boleh...aku pun manusia mcm dorang jugak :p)
Winter break kali ni (macam la da banyak kali winter break) akan bertukar menjdi study week. Maknanya kami tidak berpeluang utk bersuka-ria seperti sahabat2 yg lain . Diorg semua boleh bergembira bersiar2 menerokai bumi anbiaa' ini serta bergelak ketawa bersama rakan2.. tetapi..ia tidak bermakna kami disini tidak boleh langsung bergembira..hu3..kami juga tetap akan mencari peluang untuk menggumbirakan hati .
Study week selama 2 mingu ni cukup mencabar kesungguhan dan kewibawaan diri. Pelbagai 'perkara' disekeliling menggoda dan melambai2 mengajak diri kami yg lemah untuk lari dari dakapan buku..saratoga(selimut tebal) dan katil melambai,internet mencuit,movie tersenyum menggoda,makanan mengenyit....Arghhh!!! amat susah utk melawan 'mereka' ni...semangat!semangat!..bangkitlah kamu....jangan mudah kalah dengan godaan 'mereka'...
pesanan buat diri sendiri dan sahabat2:
'bersusahlah pd hari ini utk mendapat kesenangan hari esok...inginkah kamu menghadapi penyesalan hari esok yg berpunca dari kesenangan hari ini? ingat! kita dihantar oleh mak ayah tersayang ke sini dengan penuh kepercayaan mereka kpd kita untuk membawa amanah menuntut ilmu disini. Bangkitlah dari saratoga, tidur dgn penuh kenikmatan pda hari ini tidak membantu untuk kita tersenyum pada hari esok....tutuplah movie,ia tak mampu membantu kita menggumbirakan ibubapa kita diMalaysia....lawan sgala cubaan musim sejuk ini....bantulah diri untuk menjdi lebih kuat..segala-galanya bergantung PADA DIRI SENDIRI...kita yg menentukan masa depan kita....BIAR KITA YG MENGUASAI KEADAAN,BUKAN KEADAAN MENGUASAI DIRI KITA....
wasalam
Salam 'alaik...
ReplyDeleteAlhamdulillah..terupdate gak blog...nyway, teruskan perjuangan..jgn malas2..org kt m'sia smua nk tgk org kt mesir bjaya..so,keep fighting!!!
insyallah.....allah sentiasa bg semangat pd org cini melalui sahabat2 dn org sekeliling...syukran kathira wa jazakallah....
ReplyDelete