Sebagai hamba,kita tidak akan pernah lari dari ujian dari-Nya. Walau sekuat mana kita menghalang,sejauh mana kita menyorok,ujian tetap hadir sebagai pelengkap hidup kita sebagaiHAMBA ALLAH. Alhamdulillah,ujian dariNya adalah tanda sayangNya Dia pada kita. Beruntunglah kepada orang2 yg sedang dalam ujianNya.Hakikatnya,kita tidak pernah dan tidak boleh memilih ujian.Hanya Allah yg mengetahui kemampuan hambaNya.
Dalam proses menerima DUNIA BARU,pelbagai cabaran hadir,pelbagai kedaan perlu dihadapi. Terlalu banyak yg masih belum dipelajari. Ya Allah,kuatkanlah hamba ini. Dalam kesibukan melayani suka duka kehidupan, Allah hadirkan makhlukNya dalam diari hidup ini untuk diambil pengajaran. Sungguh,didikan Allah itu hadir dimana sahaja.Alhamdulillah...
Disaat kaki melangkah ke lapangan terbang,hanya niat untuk menuntut ilmu yg hadir dihati. Menanti sambutan mesra dari bumi anbiaa'. Suka duka bercampur. Bila diri selamat disambut,angin yg mengiringi cukup memberi keyakinan untuk meneruskan niat dihati.Insyallah,segala harapan dan kepercayaan yg diberikan akn dipenuhi semampu yang mungkin. Kaki mengorak langkah dengan nafas yang baru. Sungguh teruja dengan kehebatan Ilahi dgn kewujudan bumi yg penuh sejarah. Insyallah, akn digali segala sejarah yg tersirat dibumi ini sepanjang 6 tahun di sini.
Gelaran bumi Nabi dan Firaun disini cukup memberi makna . Disini segala2 nya boleh berubah dengan mudah...dengan izin Allah. Samaada menjadi pengikut nabi atau pengikut Firaun. Kawan yang rapat mungkin boleh berpisah. Kelakuan yang baik mungkin berubah kepada sebaliknya. Hati yang gagah mungkin boleh mnjadi lemah. Diri yang sentiasa hidup dalam keselesaan mungkin akan berubah kepada sentiasa gelisah dan kesedihan. Unexpected.
Dikira semangat yg dibawa dari tanah tumpahnya darah sudah cukup menghadapi mehnah di sini. Tidak cukup jawapannya. Semangat boleh berkurangan sedikit demi sedikit .Kekuatan diri makin hari makin menjauhkan diri. Ujian berganti ujian hadir. Fitnah silih berganti. Pedih,perit,,perlu dihadapi.Segalanya luar jangkaan fikiran yg kerdil ini. Segala cabaran sekeliling cukup menggoyahkan niat awal ke sini. Cukup mengganggu diri dalam menuntut ilmu. Haru-biruu jadinya. Kadang2 terasa seperti ingin mewujudkan noktah dalam meneruskan pengajian disini.
Mampukah amanah-amanah ini dipenuhi? Dimanakah semangat perlu dicari? Ibu dan ayah jauh nun disana. Siapa yg aku ada? Hanya sahabat. Mampukah aku membina kembali semangat bersama mereka? Ya Allah,diri ini tidak gagah...diri ini sudah letih bersabar dengan segala keperitan disini...aku perlukan kekuatan dan semangat untuk bangun kembali. AKU NAK BALIK MALAYSIA,,aku mahu melepaskan segala keletihan bersama keluarga tersayang,aku amt rindukan kata2 dari mulut mereka yg mampu mengagahkan kembali diri ini, aku mahu mencari kembali semangat yg hilang,aku mahu pulang wahai sahabat ku,kepulangan aku bukan kerna aku 'homesick',,tolonglah!! merekalah pengubat diri ini.
Subhanallah,,inilah rintihan2 yang sentiasa kudengar dari sahabiah disini.Kufikir hanya diriku yg menghadapi masalah sebegini,rupa2 nya,ramai lagi sahabiahku diluar sana yg lebih hebatujiannya dari aku.Alhamdulillah,Allah maha mengetahui kemampuan hambanya. Inilah fenomena normal yg sentiasa berlaku pada pelajar2 disini(Mesir). Tekanan belajar dicampur dengan kekuatan onak duri sepanjang meneruskan kehidupan cukup mencabar diri untuk meneruskan perjuangan.Akhirnya, membuat keputusan untuk berhenti dalam meneruskan bidang yg diambil. Atau ada juga yg ingin mengambil cuti sendiri untuk mencari ketenangan bersama keluarga di msia.
Alhamdulillah, keadaan sahabiah yg sebegini cukup mengajar diri ini tentang 'expect the unexpected'dan 1001 pengajaran. Segala 2nya telah dirancang oleh allah. Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Walau sesuatu itu pada zahirnya pahit untuk ditelan,namun pada hakikatnya ia penuh dengan kemanisan . Kemanisan itu perlu diselongkari,bukan dirunguti. Allah itu Maha Adil. Segala yang hadir pada diri kita ,itulah yg sepadan dengan kemampuan diri kita. Percayalah sahabat! dirimu mampu menghadapinya! Dirimu sangat kuat sebenarnya! jangan biarkan perasaan lemah menguasai diri! jangan biarkan syaitanirrajim lompat kegembiraan dalam menjatuhkan semangat mu!
Sahabat,bukan diri ini ingin menghalang dari sahabat mencari ketenangan di Msia,tetapi,kerna diri ini amat menyayangi mu,diri ini cuba lakukan yg terbaik buat mu sahabat. Sama2 kita ingat kembali perjalanan kita sebelum mendapat peluang menuntut ilmu di Ardul Kinanah ini? Bukan semudah yang disangka kan? sanggupkah sahabat melepaskan peluang menjadi mahasiswa mesir dengan begitu sahaja? sanggupkah sahabat mengecewakan harapan mereka di msia dgn keputus asaan sahabat? sanggupkah sahabat meninggalkan cita2 yg diimpikan sejak kecil dgn begitu sahaja? Bangun kembali sahabat ku yang gagah! Aku yakin,kau mampu hadapi segalanya,kuatkan keyakinan dirimu,Allah sentiasa bersama mu!
Mungkin ujian hari ini akan memberikan kebahagian padamu pada hari esok. Mungkin keperitan hari ini akan memberi kemanisan padamu pada hari akan mendatang. Mungkin ujian2 hari ini mampu menjadikanmu seorg yg gagah perkasa utk menghadapi hari2 yg mendatang.Buang perkataan GIVE UP dari dirimu.Ia mampu menghalang kekuatan untuk berdiri kembali.Ayuhh!
Namun,hakikatnya diri kita sendiri yang tahu potensi dan kemampuan diri. Kita sudah besar. Anugerah akal dari Allah janganlah disia-siakan. Muhasabahlah diri selalu. Pinta petunjuk dari Maha Mengetahui dalam membuat sesuatu keputusan .Moga setiap langkah kita dibumiNya ini diiringi hidayah dan keredhaanNya. Segala2 nya hadir dari Allah dan kembalilah kepadaNya . Diam diri ini bukan bermakna menjauhkan diri,tetapi,biarlah Allah menjadi tempat pertama untuk kau mengadu dan berharap.Aku hanyalah insan biasa sepertimu jua~hamba allah~
note: Alhamdulillah Allah hadirkan sahabiah sebegini dalam hidup ku. sama2 kita belajar dari pengalaman hidup orang lain.Ya Allah jauhkanlah diri ini dari perasaan "nak balik"...cukuplah ku mendengar luahan ini dari sahabat2...
salam 'alaik...
ReplyDeletesedih wei bla baca...tapi aku tau dan yakin,ko cukup kuat untuk mengharungi semua itu.."la yukallifullahu nafsan illa wus-'aha"..sekiling kita ada ramai manusia..ada yang lemah dan ada yang kuat..jadilah sahabat yang dapat menguatkan yang lemah,bukannya melemahkan yang kuat...sabar itu pahit pada permulaan tetapi tersangat manis pada pengakhiran sehingga kadang-kadang sampai kita terlupa betapa pahitnya permulaan dulu..
wa'alaikumsalam...
ReplyDeletealhmdulillah...dalam kesedihan ada kegembiraan...kegembiraan tu hadir tanpa kita sedar. Bila kita pandang sesuatu tu pada hakikatnya,pasti segalanya manis dan indah...keredhaan allah yg kita cari pasti tercapai.