alhamdulillah..alhamdulillah..wa thumma alhamdulillah
Ucapan alhamdulillah mungkin tak setimpal dengan nikmat yg Allah berikan setiap saat pada kita. Alhamdulillah,minggu ni terasa seperti diri ni da mula kembali pada 'zaman dulu'. Iye ke? Firstly, aasif jiddan pada sahabat2 dan ahli keluarga kerana sy telah membuatkan kalian rindu.Diri ini juga rindu pada kalian.Harap kerinduan ini tidak bertepuk sebelah tangan.
Angan2 dapat rehat selepas habis mid-term exam melayang begitu sahaja. Selesai sahaja exam,banyak sgt tugas2 yg ditangguh perlu diselesaikan.Alhamdulillah,semuanya dah settle. Jumaat,satu-satunya hari cuti bagi kami dipenuhi setiap minggu. Hari2 lain yang padat dengan jadual kuliah juga diselit2 juga dengan pelbagai program.Alhamdulillah, Allah bagi peluang dan membuka ruang utk diri ini terus merangkak mencapai matlamat. Pada minggu lepas,pihak Akademi Al-Quran (AQ) telah mengadakan Seminar Kecemerlangan Pelajar bg seluruh pelajar di Mesir especially utk pelajar perubatan dan alhamdulillah diizinkan olehNya utk hadir kesana. Satu seminar yg cukuup memberi makna.Seminar yg bukan sahaja membuka mindaa mahasiswa akan cabaran yg bakal dihadapi dan persediaan menghadapi.Malah..banyak yg dapat dikutip dari panel2 yg hebat pada pndangan kita. Pada saat itulah,dewan itu menjadi saksi bahawa diri ini telah jatuh cinta.Perasaan cinta yg tidak pernah hadir sebelum ini. Terasa tidak mahu lepaskan perasaan ini. Ah,,indah nya CINTA ini!...Senyuman yg terukir cukup menjelaskan kebahagiaan yg terselit dihati. Ya Allah,jgn lah kau pudarkan cinta yg baru berputik dihati ini!. Cinta pada harta,akhirnya habis jua...cinta pada manusia,berpisah juga akhirnya...cinta pada ilmu,ia berkekalan walau sudah tiada...cinta pada Ilahi itulah cinta yg hakiki.
Hari2 diteruskan dgn tugas dan amanah yg diberikan. Permulaan Sem 2 yg agak mencabar apabila jadual yg disediakan amat padat dan alhamdulillah diberikan cuti pada khamis dan Jumaat.Cabaran juga bila cuti dipanjang kan.Banyak waktu kosong. Amat takut bila ia diisi dengan perkara yg melalaikan.Nabi bersabda 'Dua nikmat yg kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang'..nauzubillah kita tergolong dlm golongan org2 yg rugi.
Hari cuti yg lepas,alhamdulillah diizinkan hadir ke Program Love Islam for Eternity (L.I.F.E) under persatuan PERUBATAN Mesir.Program ni mmg khusus utk plajar tahun satu perubatan dan pergigiaan. Alhmdulillah,dapat refresh balik diri ini dlm bab aurat,ikhtilat dan syahadah.Mungkin selama ini kita pandang remeh dengan tajuk2 sebegini dgn menganggap diri sudah cukup faham dengan bab2 ini.Alhamdulillah,Allah buka lagi satu peluang menambah ilmu. Tajuk paling hangat dlm prgram ni adalah "gelora cinta remaja"~tajuk ni dipilih kerana sudah menjadi lumrah pada remaja hari ni utk terlibat dlm dunia cintan cintun...sy nasihatkan..kalau ada sesiapa yg ada keinginan utk terlibat dlm dunia cinta remaja ni,tunggu kejap!..ringan-ringan kan la tangan utk mencapai buku 'AKU TERIMA NIKAHNYA'.khatamkan dulu buku ni...then gunakan akal utk berfikir dan tanyalah hati utk mulakan langkah seterusnya...mulakan langkah dengan bijak dan redha dariNya....
Beberapa hari lepas tu pula, Allah permudahkan pertemuakan kami.Antara diri ini dengan sepupu yg datang ke Mesir utk urusan kerja. Hepi yg tak terkata dpt jumpa ahli keluarga. Ini baru jumpa sepupu,belum lagi jumpa mak ayah dan adik beradik lain. ya Allah...gembiranya diri ini! Alhmdulillah. Pertemuan yg hanya beberapa minit ini cukup mengubat 'sakit' diri ini. Syukran Abg Jijie sudi jenguk2 k.yah disini. Insyllh,kata2 Abg Jijie ( small matter jer tu,tak payah susah2 bgi barang,kejayaan dari kyah itu yg paling penting) akn ku usahakan..
Dalam minggu ini juga, docturah sediakan pelbagai supporting exam. Ya Allah,memang tak der makna nya utk 'rehat'. Terkejar nak cver tuk exam + cover yg bru belajar. Masa cukup cemburu. Memandangkan keadaan ni, diri ini wat keputusan utk kurangkan masa utk mengadap laptop.Setakat ni hanya mampu menahan diri dari dunia IT selama sehari sahaja.Susah juga bila hati ni sudah melekat pada sesuatu tu...Hanya melalui dunia ni sahaja diri ni dapat berhubung dengan sahabat2 dan keluarga disana...selalu sahaja berperang dalam membuat keputusan antara buku atau internet?? kalau buku,diri ini sahaja dpt kebaikannya,kalau internet,kadang2 kebaikan diri sendiri..kadang2 kebaikan utk org lain jugak.keliru!! kuat betul kuasa keliling dlm menggoyah pendirian diri ini.Amat lemah!
Konklusinya,kuterasa seperti 'kedengkian'ku telah terbalas. Sudah setahun lebih kutinggalkan dunia 'sibuk' begini. Walau tak sesibuk dulu,tapi sekurang-kurangnya waktu terluang terisi jugak dengan benda2 yg dpt menyibukkan diri. Sebelum ni sentiasa dengar cerita dari sahabat2 yg sentiasa sibuk hadir ke program sana sini,ditambah dengan tamrin nya dan juga usrah. Ah ! jelesnya ! Sudah lama kutinggalkan semua itu.
Ditambah lagi dengan cerita dari ibuku,..masa nya sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Gelaran 'YB' dari kami adik beradik utk ibu amatlah sesuai.YB=Yang Busy.Kubangga dengan ibu . Dia tidak pernah kenal erti jemu dan letih dalam usahanya menegakkan kalimat Allah. Cabaran dan fitnah yg hadir satu per satu tidak pernah mampu menggoyahkan semangatnya dlm berjuang sejak remaja lagi.Hebatnya ibu! Walau sibuk dalam menjadi penegak agama suci,dia tidak pernah lupa akn tugasnya sebagai ibu dan isteri.
Pesan ibu: "jangan sia2kan waktu remaja tu.time ni la kita berpeluang buat 'semua' tu" general nya~ aper 'semua' tu??? fikir2kan lah Asiah!
Jelesnya aku pada kamu semua!!! Benarlah kata2 senior di zaman sekolah dulu..'kita tak kan maju kalau hidup dengan buku je'...Rindunya diri ini pada suasana aktiviti beramai-ramai,sahabat yg saling menasihati dan menegur,sahabat2 yg sentiasa mengingatkan diri pada Pencipta ,suasana berkongsi suka dan duka bersama,suasana beramah mesra beramai2,,,rindu juga pada suasana ditarbiah...Ya Allah ! kuatnya rinduku pada semua ini.kau ubatilah kerinduanku ini...aku hambaMu yg lemah...aku mohon bantuanMu ya Allah...kau bukakanlah pintu2 peluang utk aku meneruskan 'tugas'ku yg telah lama ditinggalkan....
Tidak pernah terlintas di hati ini 'kerinduan' sebegini hinggap dihati. Tidak pernah terfikir yg diri ni akn ditinggalkan dgn dunia tarbiah seperti di maahad dulu bila Mesir menjadi tempat mencari ilmu. Semuanya kuasa Allah.KetentuanNya yg penuh hikmah. Diri ni akan cuba utk merangkak kembali dan bangun semula. Sungguh! segala2nya perlukan usaha. Sudah terbiasa 'disuap',,bukan mudah utk belajar 'mencari sendiri'...kesungguhan diri amat membantu dlm mmberi komitmen sepenuhnya. ayuh! belajarlah 'mencari'!!
Jika mereka sibuk mencari cinta,
biarlah kita sibuk mencari iman.
Jika mereka sibuk mencari pasangan,
biarlah kita sibuk mencari keredhaan.
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta,
biarlah kita menangis kerna terkenang dosa2 yg semalam.
Jika kita tak sibukkan diri dengan Islam,
diri yg lalai akan sibukkan kita dengan dunia.
Jika kita tidak penuhkan jiwa dengan tarbiah,
jiwa kita akn dipenuhi dengan syubhah.
hijrahkan jiwa menuju kecintaan pada ILMU yg boleh membawa kita menuju
kecintaan kpd Yang Maha Agung
akhirnya..'terupdate' gak.. even dgnggu oleh seorg makhluk.. hehe.. Teruskn bjuang.. Setitis darah djalan Allah, amat2 bnilai!=)*pndai la lak bkata2*
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeleteurm bukan senang tau nk bleh mengadap 'benda 4 segi' ni...hu3...alhmdllh..asiah akn cuba tuk gunakan masa sebaik mungkin...masih dlm proses pmbaikan diri..doakan ek...syukran ~