Wednesday, August 3, 2011

Ifthar bersama 'keluarga baru'

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah wa syukranlillah ! ^__^..Termakbul juga doa untuk bertemu Ramadhan tahun ini di perantauan. Salam Ramadhan Kareem buat keluarga di Malaysia dan sahabat2 saudara seislam di seluruh negara. Sama-sama kita berlumba mengejar Ijazah Ketaqwaan 1st Class di sisi Allah untuk sesi Ramadhan kali ini..Insyallah.

Inilah kali pertama menyambut 1 Ramadhan di Mesir. Sungguh jauh berbeda dengan sambutan Ramadhan di Malaysia. Disini bagaikan menyambut hari raya dengan kemeriahan lampu2,bunyian mercun di sana sini, alunan aya-ayat Al-Quran yang tidak henti2 diperdengarkan di masjid-masjid dan keramahan orang Arab dengan mengucapkan “Kullu sanah wentum bikheer” kepada orang2 Islam. Alhamdulillah...


Kembara di hari puasa

Alhamdulillah,dengan penuh berbesar hati kami menerima jemputan iftar bersama Dr. Asyraf di halamannya di Mounira.

Dalam jam 1 petang,kami mulakan langkah ke Ramsis menuju ke Metro. Pasukan kami diketuai oleh Bie, moderator kelas tuisyen bersama Dr. Asyraf. Kami sama-sama tidak biasa dengan Metro ,makanya ‘termakan langsat’ lah kami hari ini. [puasa tau!]..Tersesat ke kawasan kereta api pulak!

Dari stesen Metro di As- Shouhadaa (nama asal sebelum revolusi~Mubarak) ke El Muzallat memakan masa 15 minit.Kehangatan di dalam Metro mengalahkan angin di luar sana. Lemas rasanya~

Bagaimana lah Dr. Asyraf boleh lalui hari-harinya untuk mengajar di Kulliyah Tibb Banin dengan perjalanan yang agak jauh ni.Ni baru sedikit,baru sampai di Metro,macamna entah perjalanan ke rumahnya ya? Jom,teruskan meredah kepanasan!

Sesampai di Stesen El Muzallat,dari jauh kelihatan senyuman comel pakar paediatrik ini yang kami rindui. Sifat mesra nya terasa bagaikan tiada ‘gaps’ antara kami sebagai pelajarnya. Kadangkala terasa seperti sahabatnya pula. Tak pasal-pasal terimbau kata-katanya di dalam kelas sebelum ini,

“If I make a class for you,only to get money.Sorry,I have a lot of money. I want all of you be a good doctor,not juz pass in exam. You are my children, I want the best from my children”..[Dr. Asyraf]

Keikhlasannya dalam mengajar tergambar dalam ketabahannya memberi kefahaman kepada kami dengan penuh kesungguhan dan sentiasa mengambil berat perihal pelajaran kami terutamanya subjek Physiology. Melaluinya saya telah jatuh chenta sama Physio ! =)

Ok,sambung balik cerita asal.Sampai di El Muzallat, Doc bawa kami ke tepi jalan untuk menunggu tremco ataupun mini bus. Doc biarkan kami di bawah pohon untuk berteduh sedangkan dia rela menunggu kenderaan awam di bawah kehangatan cahaya mentari di seberang jalan. Kasihnya Doc pada kami seperti seorang ayah.Terharu. =’)


~Doc berkacamata hitam~

Keletihan mula menggigit diri kami sepanjang perjalanan menuju Qanatir di dalam bas. Begini rasanya puasa di musim panas,panas yang tak terperi.Ada juga yang dibuai mimpi sepanjang 45 minit di dalam bas.

Doc sempat menunjukkan kliniknya di pekan Qanatir itu.Kliniknya beroperasi pada waktu malam dari jam 8-11 malam. Huh! Begitu padat jadual hariannya dengan mengajar di Uni,kelas2 tuisyen ,bekerja di klinik dan bersama family. Hebat orangnya dapat mengatur masa dengan sebaiknya.

Sampai di Qanatir,kami berjalan menuju jeti di tepi sungai.Waah ! Jalan2 menaiki bot di sekitar sungai tu.Tenang rasanya melihat air sungai dan suasana kampung di sekitarnya. Ada kanak-kanak yang bermandi manda,ibu2 yang membasuh pakaian di tepian,orang2 dewasa memancing. Sempat juga kami bersiar ke cabang sungai Nil ini.Di satu hujung sungai ini terpanpang pemandangan indah yang dihiasi jambatan yang berumur 200 tahun . Sangat cantik!!




Hampir 1 jam berseronok dengan ketenangan di sungai,kami berjalan kaki sepanjang tepian sungai itu menuju ke mahattah tremco di hujung jambatan itu. Sedang asyik berjalan sambil berbual dengan rakan sebelah,tetiba kedengarann suara wanita meraung dari arah sungai. Kelihatan ramai orang menghurung di tepi sungai di seberang sana dan seorang wanita tua berpakaian serba hitam meraung sambil mencampakkan pepasir di sekitarnya.

Kata Doc,memang sudah biasa dengan anak-anak muda mati lemas di sungai itu setiap tahun,terutama di bulan Ramadhan.[musim panas memang seronok main air,,tapi ni kan bulan puasa ?mm]...Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun...



~jambatan tertua~

Hampir semua orang Doc tegur dan di tegur.Ramah benar Doc ya.urm,fikir kami,mumkin sebab dia seorang doc di pekan itu. Tremco membawa kami ke kawasan pedalaman. Benar2 kampung lah!

Dengan keldai nya di sana sini,unta pun ada,rumah2 yang tidak lengkap,tut-tut ada di mana-mana,di belah kanan sawah dan di belah kiri anak sungai. Kampung betul la!

Bila di campur tolak bahagi,hampir 2 jam perjalanan dari Cairo. Doc melalui hari-harinya sebegini semata-mata untuk berkongsi ilmu dengan pelajar2nya.Sungguh! Dia tidak kenal penat jerih nya dalam menyampaikan ilmu. Ya Rabb ,kau rahmatilah guruku ini.Guru memang sanggup membakar dirinya demi anak bangsa..Salute la Doc !!

Kami di sambut mesra oleh ahli keluarganya dan di bawanya ke rumahnya di dalam imarah itu. Imarah(bangunan) setinggi 4 tingkat itu (kalau x silap),milik keluarganya.Yang tinggal di situ bersamanya adalah,ibu dan ayahnya,bapa saudaranya dan adiknya.

Letih rasanya seperti kain buruk.Terlentok kehausan dan kelesuan. Menanti 2 jam lagi berbuka dengan merehatkan diri dan masing2 sudah tidak bertenaga untuk bergerak ke sana ke mari.

Sempat juga 30 minit sebelum berbuka,Doc ajak berbual bersamanya.Terasa kekok juga kerna sudah lama tidak duduk di hadapannya,berborak mesra.Namun sikap penyayangnya menyenangkan kami.Di tambah pula dengan anak-anak2nya ,Nour,Youssef dan Lu’lu’ yang comel dan hensem2 memeriahkan suasana. Bersembang dan berkongsi cerita suasana dan adat resam puasa dan hari raya di Malaysia-Mesir. Bagi mereka,Ramadhan adalah bulan perayaan yang dinanti-nantikan.Sudah menjadi adat mereka untuk berkumpul seluruh ahli keluarga untuk berbuka puasa bersama. Lauk ayam,daging,ikan menjadi hidangan hari-hari di bulan Kerahmatan ini berbanding hari-hari biasa,hanya 2 3 hari dalam seminggu sahaja mereka menjamu selera sebegitu.Di malam hari pula dihidupkan dengan Qiamullail bersama dan terus sambung dengan sahur.

Katanya,jika kami tiba lebih awal di rumahnya,kami boleh ‘join venture’ bersama isteri dan adik2 nya untuk menyediakan juadah ifthar hari ini. [teringin juga!]



Ifthar bersama Dr. Asyraf

Alhamdulillah!! Mahsyi yang sudah lama diidamkan terhidang di depan mata. Firakh mashwi (ayam bakar),mulakhayyah,bamia memenuhi meja makan. Wah ! Hidangan untuk orang Arab ni. Banyak sungguh ! kalau di masjid-masjid,ifthar bersama di panggil Maidatu Rahman. [belum cuba lagi ni]

Air sejuk juga menjadi rebutan kami.huhu..



~menanti waktu berbuka~

[nasi~mulakhayyah (sup sayur) ~ bamia (sayur bendi) ~ mahshi (nasi di salut daun) ~ ayam bakar ~ saltah )

Alhamdulillah..nikmatnya dapat berkongsi kegembiraan berpuasa dan ifthar bersama orang Arab. Rugilah sape yang tak cuba untuk merasa suasana bersama orang arab alang2 tinggal di negara Arab :p..[rugi la sape2 yg balik malaysia awal..hihihi]



Walau belum genap setahun perkenalan kami dengan Dr. Asyraf,perasaan kekeluargaan dengan nya sudah mula membenih di hati . Terima kasih banyak2 kerna sudi menerima kami,tahun depan jemputlah lagi :P

Walau Ramadhan tahun ni tanpa family tersayang,saya ada ‘keluarga baru’ disini.hehehe...=)

No comments:

Post a Comment