Alhamdulillah wa syukran lillah.Masih diberi peluang merasai nikmat Ramadhan di Bumi Anbiaa yang sungguh menakjubkan rasanya.
Di sini,orang-orang Arab tak suka dengan lafaz ‘Ramadhan Al-Mubarak’ tetapi mereka lebih selesa dengan ‘Ramadhan Kareem’. Satu lagi,di sini juga terdapat Kurma Medan Tahrir..hihiihi~ini semula penangan hari bersejarah revolusi 25 Jan 2011 aritu =)
Nak balik ke ke tak?
Dari tahun lepas lagi,persoalan ini pasti muncul saat final exam makin hampir.Tapi lain pula pada tahun ni. Free2 dapat cuti balik Malaysia ketika Mesir sedang havoc dengan kebangkitan suara rakyat.
Baru je balik ari tu,nak balik lagi ke lepas final? Baru je 6 bulan tinggalkan family...mmm.
Seminggu sebelum bertolak ke Mesir ari tu,ade juga usik2 mak ,”kak yah tak nak balik la tahun ni.Nak puasa dan raya kat sana,boleh tak mak?”
“Kalu tak balik Ramadhan ni,bila pulak cuti?”
“Tahun depan nun la mak. Akhir 2012.=)”
“Betul ke tak nak balik?’’..huhuhu~persoalan ni ditanya hari-hari sehingga la kat airport pada hari akhir di Kelantan.Iye ke setakat tu??huhu..tidak...sampailah saya tiba di Mesir,soalan ini tetap diluahkannya...mak..mak...
‘aii..nak balik Malaysia pun susah nak buat keputusan?’..tanya sahabat2.
Bila diceritakan hasrat bonda untuk saya tetap pulang cuti kali ini kepada sahabat2,inilah antara respon2 mereka...;
~Asiah,balik la..sementara mak ada,ikutlah kata mak.
~Selagi ade peluang pulang ke pangkuan keluarga,pulanglah Asiah. Nanti waktu dah bekerja,busy memanjang kat hospital dan keluarga sendiri,belum tentu kita ada masa untuk mak ayah.
~balik la Asiah walau sekejap.Tak rugi pun gembirakan hati mak ayah.
Syukran sahabat2.Perkara2 nilah yang menghantui diri saya. Dilema dalam memilih kehendak diri dan kehendak orang lain. Apa tidak nya,hanya dalam cuti Faslu soifie (musim panas) ni sahajalah satu-satunya peluang untuk kami disini,terutamanya pelajar2 Sains Kesihatan untuk mencari gali ilmu2 selain dari yang ada di kuliah. Bila difikirkan peluang,sungguh! Sayang nak lepaskan. Enggak ketahuan lagi kapan ia akan hadir.
Rindu?? Tipu besar la kalau saya katakan saya tak rindu keluarga tersayang.Tapi inilah realiti,menuntut ilmu dirantau orang cukup memerlukan pengorbanan perasaan pabila terpaksa berpisah pandangan.
Satu hal lagi,alang2 final exam habis sehari dua sebelum Ramadhan,nak juga merasa puasa di Ardul Kinanah yang dikatakan ‘tersangat seronok’..kalau tahun2 lain,belum tentu cuti musim panas hampir dengan bulan mulia ini.[tahun ni kebetulan ‘cuti free’ aritu menyebabkan semuanya berubah]
Keputusan muktamad!
Ape yang nak dipening-penigkan Asiah oiii! Istikharah & musyawarah. Simple solution yg dah ditetapkn,tunggu kamu buat aja !:p..hihi
Alhamdulillah,Allah kurniakan saya ayah bonda yang cukup memahami dan supportive. Dorang dengar segala hasrat yang terpendam ini. Alhamdulillah jua dengan bantuan Allah,mimpi sedang berbincang hal pembelian tiket pulang menguatkan lagi keyakinan saya untuk pulang. Akhirnya,keputusan muktamad telah ditetapkan....11/8/2011 menjadi pilihan untuk pulang.Moga Allah permudahkan segalanya.
Pada asalnya ingin berpuasa di sini selama 2 minggu,hanya 11 hari sahaja diberi peluang. Alhamdulillah..kalau tak jadi pulang,mahu sahaja beraya di Jordan,tapi Allah beri juga saya ke sana walau sebentar untuk transit selama 3 jam..
Say Alhamdulillah Asiah !! Sekurang-kurangnya Allah dah makbulkan keinginan Asiah tahun lepas..mane tahu,tahun depan Allah makbulkan cita2 tahun ni?! =)
Ya,bukan mudah untuk menolak ketepi keinginan sendiri,namun hidup ini bukan hanya untuk diri sendiri.Biarlah kepentingan sendiri di tolak sebentar asalkan kita dapat penuhi hajat orang ramai.Mak ayah dah banyak berkorban demi kebaikan anak2,takkan buat kali ini saya tak boleh korbankan sedikit demi mereka? -_-“
Semuanya sudah terjawab
5 hari lepas,ku tersenyum lebar apabila mendapat panggilan dari Malaysia..hihi..
“Assalamualaikum..kakyah call mak setengah jam lagi boleh? Ada benda mak nak bincangkan”
“Baik mak”...urmm,serious benar suara mak tadi..Kenapa ya? Cuba untuk berfikiran positif dan husnuzon.Bukan mudah berada di saat itu.
“mak nak tanya pendapat kak yah sebagai seorang anak dan sebagai bakal seorang doktor,bla..bla..bla..bla..bla...bla..insyallah 11/8 ni mak nak buat operation”
Gulp ! Rilex Asiah !! Bertahan dalam kepahitan itu perit. Tapi ku terus mencuba!
Terimbau kembali,my aunty pun penah buat operation yang sama dan kini,alhamdulillah dia sihat wal ‘afiat .Sedikit terubat hati ini..
Perbualan kami deteruskan dengan penuh ketenangan dan keredhaan dengan ketentuanNya.Asiah kene kuat,mak pun pasti kuat!!...Insyallah semuanya ok lah mak! =)
Pahit memang susah untuk ditelan.Tapi tak bermakna tak boleh ditelan.Slow2 cuba untuk menelan.’Ala kulli haal,walau mumkin menjadi anak yang terakhir mengetahui berita ini,namun bersyukur sangat2. Biasa lah,yang jauh pasti dapat tahu last2..hihi. Masakan tidak, kalau dapat berita ni time exam ari tu..mau nya merapu je jawab exam...huhu~makan masa juga untuk menerimanya...
Alhamdulillah,sahabat2 sekeliling di sini dan di malaysia sudi memberi semangat. Tidak kurang juga adik beradik,walau nampak aja mereka cool,saya tahu apa yang tersirat di hati mereka. Anak2 En Zaidi pasti kuat2 n cool !!
Terkilan juga tak dapat berada disamping mak sebelum dia masuk ke bilik bedah.Hajat untuk menukar tarikh pulang tak dipersetujui mak ayah.Ku akur.
“Tak pe ,anak2 mak yang lain kan ade kat sini.Kak yah tak de pun,mak cuba bayangkan kak yah ade.Janji,lepas mak sedar,mak nak tengok kak yah ade kat sebelah,teman mak tau”
Hehehe.baik mak..Ayat pujukan mak~
Patutlah sebelum ini ade lintasan yang aku akan menjaga seseorang di hospital bila pulang nanti..Inilah jawapan dari Nya =)...Signal untuk saya bersiap siaga menerima sesuatu di masa akan datang.Alhamdulillah.[plus,saya memang suka duduk di hospital (sbg pelawat ,bkn sbg pesakit:p)]
‘Ala kulli haal,alhamdulillah ya rabb. Setiap yang berlaku tu adalah didikan dari Kau. Dalam situasi mendapat berita yang berat itu,saya belajar untuk berlapang dada dan bertenang sebelum membuat sesuatu keputusan . Bukan mudah nak aplikasikan ape yang hanya terbiasa meniti di bibir. Hanya yang merasa sahaja tahu manis pahit nya.
“Sabar ye Asiah,Insyallah baik-baik sahaja mak kat sana tu. Asiah kuat ya! Allah bagi ujian ini sebab tahu Asiah kuat untuk menerimanya.Ingat Allah banyak2 ya Asiah”....alhamdulillah,pujukan sahabat yang cukup menenangkan.
Alhamdulillah,semuanya berlaku di bulan mulia ini yang diberi peluang akan dimakbulkan doanya. Doa kan kami ya ! Semoga semuanya berjalan lancar biiznillah !
Mak ! i’m ready to be your ‘doctor’ ! hihi
Notahati : kalau orang tua suruh balik tu,balik sahaja lah.Mereka memerlukan kita disampingnya. Pasti ada sesuatu yang berharga bila memenuhi kehendak mereka.Khair insyallah. ^___^
No comments:
Post a Comment