Wednesday, May 11, 2011

Salah siapa ? salah gigi?


“Please take ur bed”

Kuberjalan menuju ke treatment room tanpa perasaan.Nikmatnya bila badan mencecah dental bed. Kalaulah itu katil kat rumah...zZzZ..Owh,badanku letih rupanya.

Terdengar sayu-sayu suara Fiqah dari luar menyebut “Asiah”. Mumkin doktor mahu merujuk buku rekod fikirku. Ermm,selalu aja namaku disebut tanpa “Siti”. Kadang2 bagaikan tak wujud perkataan tu..hue3.

“Do u want to sleep for awhile? U look so tired”

“It’s ok doctor.I’m ok”~menggagahkan diri la kononya.

Doktor menyiapkan peralatan untuk rawatan sedangkan aku hanyut dalam dunia sendiri. Sungguh! Terasa mahu sahaja tidur waktu tu.

“ Why ur teeth looks greenish??”

Adoi kantoi ! Tadi aku makan gula-gula Hudson’s hijau sebab tetiba tremors (ketar2). Hypoglycemic (rendah kandungan gula dalam darah)mumkin sebabnya petang tadi aku kena diarrhea. Banyak metabolites loss. Asyik duk berulang alik ke toilet,tak sempat nak makan sangat tadi.Dah bila glucose tak cukup dalam badan ,laparla otak ,so, kurang la tenaga otak untuk bekerja.

Doktor start dengan remove the carries. Aik?? Rasanya appoinment hari ni untuk filling (tampal gigi),kenapa dia scaling (cuci gigi) pulak? Biarkan je la.Aku betul-betul tak larat nak bercakap. Dia pun tak banyak cakap,mumkin faham aku kepenatan.

Tak sampai 30 minit,selesai doktor buat kerja. Kemas dan cermat dia buat kerja sampai aku terlelap dua tiga kali.=)..Kugagahkan diri,tanya doktor,sempat tak nak filling 2 molars within 30 minutes sebab lepas ni ade kelas Tafsir. Terus berkerut dahi dia. Hairan. Plus,memang tak sempat pun. Tak per la.next time la.

Aku keluar ke ruang pejabat .Doktor terus keluarkan buku rekod sambil merenungku dengan muka penuh tanda tanya.

“is it yours?”

“ No ! It’s belong to my friend”

Apa tak nya..tertulis nama 'Asiah Rosedi' kat buku rekod tu....Terus doktor cari buku rekod “Siti Asiah”. Lama betul doktor merenung buku tu. Kenapa ya??

“ u are supposely to fill ur molars today”

“She’s sleepy and tired. She didn’t tell me the true”,adu doktor tu pada Fiqah.

“I’m sorry doctor”..Tak pasal-pasal Fiqah rasa bersalah sebab dia yang bagitau nama aku “Asiah” tadi.

Pecah kesunyian klinik dengan gelak tawa kami bertiga.Doktor Asyraf rasa bersalah sangat2 dan tak benarkan aku bayar rawatan kali ni. Tapi,aku pun rasa bersalah sebab tak tegur dia. Lepas deal ngan dia,lastly dia tolak sikit harga bayaran tu.Plus,memang kalau ikut treament planning nya,scaling dibuat lepas settle filling my molars. Dah takdir,scaling dulu. Huehue =)

"Insyallah, next time, I want to see u, SITI Asiah"

Kumengagguk sambil tertawa dengan peringatan doktor ni.hihihi..

Asiah...Asiah...

Nasihat percuma buat semua :

Kalau anda mengalami tanda-tanda seperti terketar2, kepala terasa melayang-layang,letih...kemungkinan kandungan gula dalam darah rendah(hypoglycemia). Jadi,saya nasihatkan anda standby siap2 gula-gula atau apa sahaja makanan manis dan tinggi kandungan gula dalam beg atau poket. Keadaan ini boleh menyebabkan anda rebah pengsan dan sangat bahaya.

Keadaan ni mungkin akan berlaku pabila anda mengalami cirit-birit,muntah yang teruk,heavy menstruation dan mungkin juga anda mengalami Diabetes mellitus type 2 (tinggi kandungan insulin)..Pastikan anda menjaga pemakanan(balance diet) dan rehat secukupnya.

Ada kenyataan yang mengatakan “ Doktor tak patut buat kesalahan dalam kerja”. Ya ,memang setuju sebab doktor akan deal dengan nyawa manusia. Tapi kita manusia,memang tak boleh berpisah dengan kesalahan. Dalam cerita saya ni,salah siapa sebenarnya?? Hue3...Salah takkan timbul dari sebelah pihak sahaja kan? Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan *tak pasal*

Kerjasama dari pesakit sangat membantu tugas doktor sebenarnya terutama dalam memberitahu tentang maklumat diri dan kondisi diri. Kejujuran pesakit akan membantu doktor untuk mengatur prosedur rawatan dengan betul. Hanya yang terbaik akan diberikan pada pesakit =)

Dari pihak doktor pula,keramahan akan mewujudkan kemesraan dan suasana ceria sepanjang pertemuan dan proses rawatan. Kondisi yang sihat ini boleh juga membantu pesakit berasa selesa dan serba sedikit membantu dalam meningkatkan taraf kesihatannya.

Pandangan saya as a doc-to-be,kebanyakan doktor pendiam.Saya masih lagi tercari-cari jawapan,kenapa doktor itu pendiam...betul ke kenyataan ni wahai doktor sekalian??kalau boleh,saya tak mahu termasuk dalam golongan ni.

“Gigi ni,makin lama kita simpan tanpa penjagaan,makin ‘mahal’ nilainya”~ kata Dr. Asyraf..

Ziarahlah klinik gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali ^^,v..Gigi pun mahukan belaian mesra juga !


Notahati 1: Kepada pembaca yang bergelar ‘doktor’ atau ‘doc-to’be’ atau sesiapa sahaja memiliki ilmu perubatan,teguran dan pendapat antum amatlah dialu-alukan . Saya budak baru belajar men’diagnose’ penyakit dan masih mentah dalam dunia perubatan. ^___^...Moga Allah memberkati ilmu dan menambahkan lagi ilmu buat antum !

2 comments:

  1. kuikuikui~sonok naa~
    aish..windu la plak nk pi klinik tu
    xsabo nk pi 4 da nxt appnmnt~~lalalla

    ReplyDelete