بسم الله الرحمن الحيم
Kelibat gadis kecil itu mencuri pandanganku. Ke hulur hilir berjalan. Sedari tadi aku tiba,tak ditegur pun. Sibuk dengan hal penting mungkin.
Tak sedap duduk pula bila ziarah rumah sahabat tapi tak kenal semua ahli baitnya. Kuringankan mulut merisik khabar perihal gadis comel ini bersama Hajar.
“Oh,ni adik Zainab. Pelajar Bu’uth”,ringkas Hajar perkenalkannya.
“Oh adik...umur berapa?”
Dengan manis muka,adik Zainab menghampiriku untuk berjabat tangan.
“Baru 11 tahun “
‘kecil-kecil lagi dah merantau’bisik hatiku.
Dalam pada mereka yang lain sibuk menyiapkan diri untuk menyambut seruan kekasih sejati,sempat juga aku ‘menemuramah’ adik cute ni. Terasa sedikit ‘excited’ bila benda real ade depan mata. Apa yang real nya?? Hue3..sebelum ni hanya dengar cerita sahaja yang ramai adik-adik kecil meneruskan pengajian disini.
Alhamdulillah,hari ni Allah izin bertemu dengan adik Zainab Al-Ghazali bt .......Nama wanita hebat dalam sejarah Islam disandarkan pada adik kecil ini. Insyallah,bakal menjadi Zainab Al-Ghazali yang teguh iman pada Islam yang kedua suatu hari nanti.Sempat lagi kuberharap..=)
Rancak kami berbual walau sempat hanya beberapa minit. Katanya,dia bukan keseorangan di Mesir,2 orang adiknya ada bersama. Adiknya?? Dia sendiri baru 11 tahun,adiknya??
Adiknya,Hassan Al-Banna,7 tahun dan .[lupa nama dia],8tahun. Subhanallah ! Di saat kanak-kanak lain asyik bermanja dalam pelukan ayah bonda tika usia ini,mereka sudah belajar erti pengorbanan berjauhan yang amat dituntut dalam mencari ilmu.
Kata adik Zainab,langkahnya kaki mereka ke bumi Anbiaa ini dengan izin Allah atas permintaan ayah bonda mereka beserta kerelaan mereka. Tiada relapaksa. Masyallah ! entah bagaimanalah ayah bonda mereka mencorakkan mereka sehingga menjadi si kecil yang tabah dan kuat.
Mereka takkan dibenarkan pulang ke tanah air selagi tidak berjaya menghabiskan pengajian dengan cemerlang disini~khabar adik Zainab dengan tenang.
Ya Allah,aku yang 'semuda' 20 tahun ini pun,setiap tahun akan join dalam isu 'beli tiket pulang',inikan pula adik yang masih mentah dengan perihal dunia luar.Kecil mereka,sekecil cili padi.Sememangnya mereka 3 beradik dilabelkan pelajar cemerlang. Kedua-dua adik lelakinya yang berada dalam jagaan orang indonesia di Alexandria telah lulus dengan mumtaz dalam imtihan yang lepas. Alhamdulillah!
Anak kepada pensyarah Bahasa Arab ini fasih dalam berbahasa Arab walau baru sahaja 6 bulan di sini. Kata Hajar,setiap minggu adik Zainab akan ke rumah orang Arab,sahabat lama ayahnya dahulu,untuk mengenali apa itu perjuangan Islam. Masyallah ! Dengan hati yang masih suci bersih,sudah dicorakkan dengan pengenalan keindahan Islam dengan terperinci. Diri mereka telah ditanam semangat jihad fisabilillah seawal usia kanak-kanak yang sedang seronok dengan dunia bermain-main.
Bila terdengar sahaja nama 3 beradik yang cekal ini,aku sudah terbayang betapa hebatnya matlamat mahligai yang dibina oleh ayah bonda mereka. Nama2 ulama hebat di sandarkan pada anak-anak,yang mumkin dengan izin Allah bakal menggantikan para syuhada’ yang terdahulu. Besar sungguh harapan mereka !
Pencantuman cinta 2 hati bukanlah target utama dalam melafaz akad nikah bagi mereka. Tetapi kesatuan antara 2 fikrah yang sama ini bukan sahaja akan membina keluarga bahagia ,tetapi membina ummah yang sejahtera. Manakan tidak, bukan sekadar kudrat diri sendiri yang disumbangkan dalam Islam,tetapi anak-anak mereka turut di wakafkan buat Islam agama Allah.
Subhanallah ! kumengerti,bukan mudah bagi ayah bonda untuk melepaskan anak-anak mereka dalam perhatian mereka. Tetapi demi kebaikan anak,segala susah perit sanggup mereka redahi. Segalanya kerna Yang Maha Satu .
Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan cara didikan sebegini,tidaklah saya katakan ianya betul atau salah.Cuma apa yang saya cuba highlight kan dari kisah adik ini adalah perancangan rapi ayah bondanya dalam membina rumahtangga.
“nak kahwin,jangan fikir sampai pelamin sahaja,fikirlah sampai lampin”~kata Saiful Islam.
Lampin disini mumkin memberi makna lampin anak-anak kita atau mumkin juga lampin yang bakal dipakai kan oleh anak-anak pada kita.
Demi untuk zuriat yang bakal lahir, setiap pemuda dan pemudi wajib merancang dengan baik dalam mencari bakal ibu dan bapa kepada anak-anak (sila klik). Jika gagal, tidak mustahil anak-anak nanti menjadi rosak dan akhirnya menjadi derhaka kepada ibu dan ayah.
No comments:
Post a Comment