Tuesday, May 24, 2011

sakit itu sweet!

“eh..leceh la demam time2 nak exam ni..kacau line la”,rungut Aida dengan lemah.

sabar ye Aida..sikit je tu,insyallah esok lusa baik la tu. Banyak2 rehat ye”,pujuk Widad.

“Ah..kau tak rasa..bleh la cakap..aku yang tanggung ni tau ! “

Hanya senyuman yang Widad mampu berikan. Faham.

******

Sakit.Pasti perit bukan? Segala yang berlaku di rasakan pahit. Usahlah diambil hati dengan kata-kata mereka yang sakit,kerna separuh akalnya tertumpu pada kesakitan yang dihadapinya. Maka,dapatlah mereka yang menjaga si pesakit belajar akan erti kesabaran dalam menghadapi orang yang tidak stabil emosinya.

Sebut pasal sakit,teringat saya pada kisah saya dahulu yang cukup ‘sweet’ .Kalau dulu,saya pernah terlantar dek kerna patah tulang belakang, mak lah yang melayan karenah saya tika tu. Hampir 3 bulan juga saya tidak stabil emosi. Dalam masa yang sama,saya cuba untuk belajar bersabar dengan ‘perangai-perangai’ yang tetiba hadir.

Bersabar itu senang disebut tapi susah nak buat.Tapi bila terdesak semuanya jadi. Apa tidaknya,tetiba jadi ‘hati kapas’,mudah sangat tersentuh dengan benda-benda kecil. Tabahnya mak ayah membantu saya untuk buat segala urusan harian. Ya Allah,sweet nya time ni,Allah buktikan kasih sayang antara kami adik beradik tika saya dalam kesusahan.

Abang sanggup bangun pepagi hari hantar saya ke sekolah untuk menghadapi peperiksaan SMU. Sanggup qada tidur dalam kereta sepanjang saya berperang di atas kertas. Hampir sebulan.

Abang juga berkoban rehat di waktu malam untuk membawa saya ke rumah Pak Su (rawatan tradisional) jika saya tetiba sakit.Emergency.

Walau adik beradik lain jarang2 balik dari asrama,tapi kasih mereka cukup terpancar dari tindak tanduk mereka.Sweetnye mereka!!

Tak lama selepas itu,saya tidak terlantar keseorangan. Mak menemani saya disisi. See?? Kuat tak jodoh kami?? Kami bersuka duka bersama.^^,.Mak diserang minor stroke. Tiada apa yang kami mampu lakukan melainkan bangun untuk urusan diri dan solat,dan selebihnya rehat di atas katil.

Alhamdulillah,Allah kurniakan kami ayah yang sangat tabah orangnya. Memang muka dia cool,tapi kegelisahan hati dia,hanya Pemiliknya yang tahu. Ayah terpaksa kurangkan jadual outstationnya semata-mata untuk uruskan hal2 kami disini.

Minta apa sahaja,akan diusahakan untuk masak atau beli di kedai untuk saya dan mak. Graf selera kami sama-sama jatuh,ayah pula pantang kalau tengok anak dan isteri dia kurang makan. Dipaksanya kami makan,macam budak-budak kecik kene pujuk je rasa ^____^..sweet!

‘Awak tengok saya,saya tengok awak”..pecah kesunyian rumah dengan gelak tawa lemah kami berdua. Sweet kan mak,dia selalu cakap ayat ni bila kami saling berpandangan.

Walau pada zahirnya kami tampak lemah,tapi kami kuat sebenarnya. Mak lah sumber kekuatan saya. Kalau tanya mak,mesti dia jawab “kak yah lah yang bagi mak kekuatan”...

Hihihi.dua-dua tak nak mengalah. Allah bagi kekuatan kepada kami bila terbayang indahnya nikmat sakit yang Allah berikan.


“Allah rindukan suara kita la kak yah”-kata mak dengan senyuman manis. Chomel!

“Sayangnye Allah kat kita kan kak yah? Sudi lagi Dia nak uji kita. Dia selalu ingat kat kita,tapi kita macammana.”-kata mak dengan penuh kesayuan.Pasti keinsafan menyinggah hatinya.

“Allah bagi kita rehat. Selalu sahaja kita sibuk,sekarang dapatlah mak berkepit ngan anak mak yang sibuk memanjang ni.Kita rehat puas-puas ya. Tapi jangan lupa bersyukur kat Allah”, bersemangat mak berkata-kata bila kami dapat berkongsi cerita bersama. Sama-sama banyak mulut.huhu.Baru perasan,rupa-rupanya dah lama kami tidak berkongsi cerita. Mak memang sweet!!

“ya Allah,pemurahnya Allah. Ramai orang bertandang dirumah.Tetamu membawa rahmat kan kak yah? Rasa cam makin sihat aje mak bila jumpa dengan orang”,kata mak yang sememangnya suka turun padang bemesra bersama hamba-hamba Allah yang lain.

Dan banyak lagi lah kata-kata mak yang tersimpan dalam hippocampus ni. Tak sia-sialah saya bersahabat baik dengan mak.=).Sentiasa ingatkan sapa pada Kekasih kami. Alhamdulillah,terubat sedikit emosi saya tika itu. Apa yang saya sedari,bila kita terlalu berfikiran tidak baik terhadap sesuatu,datanglah apa sahaja,semuanya akan jadi tidak baik juga. Bersangka baik lah Asiah oii!

Mak memang kuat! Semua yang berlaku,mesti mak kata “semuanya yang terbaik dari Allah”..Sehingga kini,mak dan ayah sudah berjaya menanam erti “nikmat itu ujian,ujian itu nikmat” dalam diri kami adik beradik.Walaupun kadangkala ringan sahaja bibir kami ini merungut dengan apa yang berlaku,ada sahaja ‘sweet reminder’ dari mereka. Kasih mak ayah tak berbelah bahagi’.

"Sangat ajaib kelakuan orang yang beriman. Sesungguhnya semua perkara baik baginya dan tak dimiliki perkara itu melainkan orang- orang yang beriman : Apabila diberi kesenangan dia bersyukur maka ia baik baginya. Apabila ditimpa kesusahan dia sabar dan ia juga baik baginya" - Hadith Riwayat Muslim

Bersamalah kami berulang alik dari rumah Pak Su untuk rawatan sepenuhnya.Sepanjang 3 bulan menjalani rawatan air zam zam,pelbagai keajaiban yang Allah tunjukkan. Alhamdulillah,yang sweetnya time tu,Allah tunjukkan pada kami ubat yang terbaik untuk semua penyakit kecuali mati. Guest what?? Madu dan habbatussauda’.

Dan kini,walau jauh beribu batu,tiada satu pun yang boleh menghalang keserasian kami dengan izinNya. Mak sedang belajar untuk berdiam diri di rumah sana dan saya belajar untuk bersabar disini.Kami sakit bersama sekali lagi! Yang sweet nye,ade penambahan geng,kakak saya pun join sekali...hihi.Alhamdulillah,banyak benda baru yang saya belajar. Romantiknya didikan Allah!

“Jaga pemakanan tu.Makan bukan sekadar kenyang,tapi untuk menyihatkan badan. Biar habis duit tu,jangan sayang duit,sayang diri awak tu dulu.Nabi pun dah cakapkan,segalanya punca penyakit dari perut.”

“Ape yang kak yah suka tu? Kibas? Huhu (kibdah la mak!~hati lembu~). Makan la banyak2 kalau makanan tu membantu blood level tu. Minum air banyak2,kat sana kan musim panas”

Huhue.^____________^~seronoknye dengar mak ‘membebel’ di pagi hari. Kata-kata mak tak pernah kosong.Ni yang suka bergayut dengan mak ni.hihi.

“jaga diri awak tu,gi urut kaki tu sampai sihat.Jauh lagi perjalanan awak Doktor Asiah”

~hah! Amek kau Asiah!

“baik mak!mekasih mak!!”

Walau 2 benua memisahkan kami,jambatan hati kami tetap teguh terbina.naluri ibu sungguh tiada tandingannya! Mom is a multitask person..

Aik,doktor pun boleh sakit?! Kak yah kan doktor,jaga diri leklok”

Huhuhue.^_____^.sweet nye ayah! Ayat sesimple ni memang dah memadai untuk puterinya ini. Sudah masak dengan feel saya.hihi.

Kak Khadijah, " Akak boleh tolong physically je la,klu yang untuk repair internally tu,try adik amalkan makan madu dan pil baraka (pil habbarussauda)". Dush! Dah lama saya tinggalkan makanan kegemaran nabi ni.

Jeles jugak bila tengok orang lain dapat berjalan kesana kemari dengan sempurna,dapat duduk dan baring dengan selesa.Oh ya Allah,aku lupa untuk bersyukur tika kaki dan badanku sihat dahulu.Ighfirli ya rabb!

Tidak lupa juga,waktu inilah saya dapat mengenali mana kawan yang boleh dikatakan kawan tika susah dan senang.Alhamdulillah!


La tahzan,innallahama’ana.Sakit bukanlah saat untuk kita bersedih,bersangka yang bukan-bukan dengan ketentuan Allah. Sakit itu adalah satu peringatan berharga bagi mereka yang berakal.Kini,baru saya faham kenapa para ulama’ amat sedih dan gelisah bila Allah tidak menguji mereka dalam sehari.

Mm,tak ade orang ziarah bila kamu sakit?? Pernah tak kamu ziarah orang sakit?? Kita akan dapat ape yang pernah kita berikan pada orang lain. What goes around,comes around.

“Orang yang pernah sakit sahaja akan pernah rasa nikmat sihat”~kata Saiful Apek.

Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau) Riwayat Abu Dawud, Ahmad.

Ya Allah,ajarkanlah aku untuk berfikir dengan setiap sesuatu yang berlaku.Kurniakanlah nikmat kesihatan pada mak ayah dan ahli keluargaku!ameen

Notahati 1: Ada perbualan antara saya dan mak menggunakan ‘saya’ ‘awak’.Inilah kemesraan kami yang mungkin ramai tidak bersetuju dengannya.Inilah cara mak saya ‘bersahabat’ dengan anak-anaknya.

Notahati 2 : Alfun syukran buat semua yang bagi semangat dan bantuan kepada saya termasuk sahabat2 sekalian. Hanya Allah yang berhak membalas jasa baik kalian!

2 comments:

  1. Shukran YA Habibti.
    Shukra kulla ha3a,

    Terima kasih ingatkan saya perasaan manisnya sakit,=)

    Semoga awk, kakak awak, ibu awak cepat sembuh dalam keadaan diredhai dan dirahmati Allah~Amin.

    nota tangan : bitawfiq wa najah fil imtihan, mumtaz insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. syukranlillah ya ukhti ^^,v
    ahlan..ahlan...

    semuanya yang manis dari Allah...
    cuma gaya penerimaan kita yg akn membentuk ssuatu itu rasa manis atau masam atau pahit...

    syukran sudi berkongsi kata2..

    tiadalah suatupun milikku mlainkan dengan izinNya...sama2lah kita mncari keredhaanNya..

    ReplyDelete