Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani
Salam kuntuman muhibbah buat semua !
Sudah hampir 2 bulan bercuti di Malaysia. Pelbagai peristiwa suka duka berlaku. Alhamdulillah,Allah permudahkan segalanya.
" nak jumpa kawan2 lama"- ni adalah salah satu target yg termasuk dlm senarai aktiviti summer break di malaysia.
Subahanallah! masa mula2 sampai sini,sahabat2 lama sudah mengorak langkah ke kampus masing2. Terkapai-kapai di rumah. Rancangan utk keluar bersiar-siar dengan sahabat2 tertangguh.Terima seadanya.
Hanya seminggu sebelum puasa dan seminggu selepas raya mereka bercuti.Kubayangkan mungkin waktu itu kami sama-sama berebut peluang utk luangkan masa bersama keluarga dan sahabat2 lain. Ya! Itulah yg terjadi.
"Asiah,next week saya balik,kita jumpa boleh? Dah lama tak beborak dgn awk."..."insyallah ,boleh"
Tiba hari yg dijanjikan,mak atau ayah pula :
" Temankan mak balik kampung jap,boleh?"
" tolong mak siapkan kerja2 mak ,boleh?"
" Jom kita keluar lunch sekali !"
Serba salah jadinya. Kawan atau keluarga??
Dengan kawan dah berjanji minggu lepas lagi,mak pula hari tu baru mengajak. Mane satu patut aku utamakan?? Bagaimana nak jaga hati dua-dua pihak?? Kawan dapat jumpa setahun sekali je.Mak pula??Selalu aja Allah uji aku dengan keadaan begini.Kupinta petunjukMu ya Rabbul Izzati!
" Family first,Asiah. Awk dah la balik setahun sekali.Insyallah kita jumpa lain kali."
Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...
Allah kurniakan aku dengan sahabat2 yg cukup memahami sahabatnya. Tolak ansur dri sahabat adalah pengorbanan besar bagi aku. Terima kasih banyak2 !!
Tidak cukup dengan itu,Allah mahukan aku lebih memahami "Family first",lain pula kisah yg berlaku....
Pada hari raya ke-5,sahabat2 lama tuisyen wat reunion di rumah kawan. Katanya mula pada pukul 11.15pagi. Pagi tu mak ayah ade bgtau yg hari tu nak melawat saudara mara di kampung belah mak dan suruh aku balik sebelum zohor. Aku dah bagitau,tak mungkin balik sebelum zohor sebab nak siap2 kan makanan,nak barbeque lagi..mungkin balik sebelum Asar dan aku mintak izin nk pergi ke rumah saudara mara tu dengan adik.
Seperti yang kujangkakan,majlis reunion siap pukul 4 lebih,hampir waktu Asar. Handphone aku memang sudah penat berdering. Panggilan dari mak ayah yg bertubi-tubi. Akhirnya aku pulang ke rumah pukul 3 lebih,keluar awal dari majlis,di tambah dengan traffic jam,sampai lah kat rumah jam 4 lebih.
Buka sahaja pintu rumah,mataku bertentangan dengan mata mak. Dalam getar kubertanya,
"Mak nak pergi umah ayah ngah sekarang ke? "
"urmm..tak tahu"..jawab mak sambil memalingkan muka.
Sahhhh!! mak merajuk !! ku bermonolog keseorangan. Resah.
Ayah macamna?? Tak berani aku nak tegur.
Sampai ke malam mak tak bercakap dengan aku.Dia tidur awal malam tu. ya Allah,betul2 aku tak ada peluang nak face to face ngn mak,nak mintak maaf. Gelisah dihati tanda aku dah sakitkan hati mak.'Maaf mak' tak terlafaz.
Aku nekad,segala plan aku utk keluar beraya bersama rakan2 esok,aku batalkan.Maaf kawan2! Aku luangkan masa,bagi peluang utk jalan beraya bersama keluarga di rumah saudara mara belah mak.
Mak pun ada saudara mara dan sahabat2 yg ingin dia luangkan masa bersama. Sebelum ni mak ayah selalu memuliakan sahabat2 aku,apa salahnya aku pula memuliakan sahabat2 mereka.
Ya Allah,ckup besar ibrah yg Kau nak beri padaku. Memang benar ! Hanya sekali setahun aku berpeluang bertemu mata dan bersembang dengan sahabat2 dan mak ayah 2 bulan aku berpeluang duduk bersama. Tetapi kerestuan dari mak ayah tak sama dengan semngat yg aku terima pabila bertemu sahabat.
Bila sesuatu yg kita buat,hanya mnggembirakan org lain dan diri sendiri tetapi ibubapa tidak meredhai,kegembiraan itu hanya sementara. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.
Apa guna hudup tanpa redha Allah ?? Itu matlamat kita melayar di dunia nan fana'...
Jangan dikisah hati bersedih tidak dapat memenuhi kehendak,janji keredhaanNya kita peroleh kerna ia bekalan hari kekal...sesuatu kejadian pasti ada hikmahnya yg tak tercapai akal utk menjangkakannya.
No comments:
Post a Comment