[sambungan dari Perubatan Summer Camp]
aSsalamuaLaikum
Setelah selesai solat isyak, kami dihidangkan dengan sesi tazkirah. Tazkirah sesama kami ahli kumpulan atas tajuk ,hot issue “Kes pembuangan bayi”...Sungguh, terkilan kami melihat muka2 akhbar pada hari ini. Tidak sepi dari kes pembuangan insan yg tidak bersalah. Sesi kali ini membuka mata kami agar lebih cakna dengan isu2 semasa yg berlaku di malaysia walau kami berada di perantauan .Kami juga turut memerah otak memikirkan punca2 dan jalan penyelesaian terhadap kes ini.
Tidak lain dan tidak bukan, HILANG AGAMA DLM DIRI adalah punca dan tempat kembali bagi menyudahkan kisah pahit hari ini. Ya, Islam kini hanya nama yang tertakhta dlm diri seseorang muslim tetapi bukannya sebagai pegangan hidup sebagai hambaNya. Ringkasnya, episod ketidakperikemanusiaan ini bermula dari makhluk2 Allah yg tidak memahami makna amaran tegas Allah ;
“janganlah mendekati zina”
Bukan MELAKUKAN zina ,tetapi jangan MENDEKATI zina...Tegas ! Tetapi manusia kini ambil mudah tentang hal ini. Allah maha mengetahui akan apa yg akan berlaku sekiranya hambanya tidak menuruti arahannya ini. Astaghfirullah!! Seganas2 harimau yg suka membaham haiwan lain, masih ada sifat KASIH SAYANGnya pada anak nya sendiri. Tetapi ke mana hilangnya sifat mulia itu dalam diri manusia yg berakal???
Bersetubuh itu zina??
Inilah sempitnya fikiran masyarakat melayu kita.Hanya perkara2 yg jelas sebegini baru dianggap zina.Bercintan-cintun di anggap suatu yg biasa.Berpegang-pegangan di anggap romantis. Bercumbuan dibanggakan kerna itu trend. Berdua-duaan dalam kegelapan itu manis.Tiada rasa bersalah bagi mereka. Inilah PINTU ke arah neraka dunia !!
Mungkin kini pasangan kekasih yg sedang hangat bercintan cintun amat sensitif dengan isu pembuangan bayi dan turut memberi respon kekesalan dengan tindakan manusia2 itu. Tetapi tidak mungkin juga pasangan itu juga akan dihina dan dikutuk sebagaimana mereka mengata kepada mereka2 yg terlibat dengan hot issue ini. Pi mai,pi mai,tang tu !Ibu-ibu,ayah-ayah,guru-guru,adik ,kakak,abang.......ketahuilah....
Hal ini bukan sahaja berlaku pada orang dewasa,tapi jua pada si kecil yg tidak reti membezakan baik dan buruk. Kepuasan nafsu manusia memusnahkan keturunan manusia lain. Puas dengan diri sendiri, dibiarkan nasib ‘mangsa’nya....manusia akhir zaman~~
Kembalilah kepada asal. Setinggi manapun ilmu,pangkat dan kemuliaan kita pada pandangan manusia,kita tetap HAMBA Allah. “Hamba”,bukannya "kuli" yg mendapat gaji setiap bulan.Hamba yg mana tugasnya tiada pengakhiran waktu dan tidak berhak untuk membantah perintah Tuannya. Kitalah HAMBA itu.
“Kegemilangan sesebuah negara itu ada pada kehebatan pemuda pemudi nya”
Bagaimana pemuda pemudi kita hari ini? Kita sibuk menuding jari ke arah anak orang lain sedangkan anak sendiri bagaimana? Mulut sedap menghina orang yg tiada belas kasihan dlm diri mereka,apa yg kita dapat? Kalau hinaan itu ditukar pada doa mohon hidayah bagi mereka2 itu ada baiknya jua.
“Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah,maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa disesatkan allah,maka merekalah orang2 yg rugi” [al-A’raf:178]
Pemuda sekarang gambaran negara kita akan datang. Teruskan bergoyang kaki jika inginkan negara dipimpin oleh mereka2 yg tidak menjadikan Islam sebagai landasan hidup.
Buat barisan pendidik,para guru,doktor,pemimpin dan kaunselor yg banyak berhubungan rapat dengan masyarakat , rebutlah peluang keemasan ini. Tugas kita besar dalam menyemai nilai keislaman dalam diri masyarakat yang dahagakan ilmu dan tunjuk ajar. Gunakanlah setiap waktu dan ruang utk memenuhi keperluan hambaNya yg mengucapkan dua kalimah syahadah. Tiada sedikit pun yg rugi.Disamping poket penuh,neraca kanan kita disana juga dapat diberatkan,Insyallah ^___^
“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata:’ Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan dan diazab Allah dengan azab yang keras?’ Mereka menjawab:’Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggngjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa” [Al-A’raf:164]
Ruangan discussion kali ni betul2 mengetuk pintu hati saya,, betapa selama ni saya tak cakna dengan isu2 semasa ...bersenang hati dengan kehidupan sebagai pelajar oversea..tidak endah pada isu2 di negara kelahiran sendiri...astaghfirullah!!
~ alhamdulillah Allah sudi bagi peluang utk sy berfikir disamping berzikir..insyallah~
to be continued...
No comments:
Post a Comment