Thursday, August 5, 2010

macam mana nak berjaya?

aSsalamualaikum

alhamdulillah...alhamdulillah....

'kalau nak cari ilmu atau pengalaman atau buat kebaikan berseorangan tak mengapa,tapi kalau nak berjaya jangan sorang2'

Kata2 mak inilah penguat diri.Alhamdulillah mak ayah izinkn aku ke luar negeri sorang2 untuk memenuhi 'target utk summer break 2010'.

Sudah lama aku tak naik bas utk ke mana2 negeri di malaysia.Terasa janggal la pulak.Perjalananku dari Kota Bharu ke Kajang penuh dgn kesunyian dan bersendirian.inilah peluang untuk aku bertafakur dan check diri.Peluang keemasan.Doa musafir itu makbul.

Dalam pukul 1.30ptg,kami berhenti rehat di kedai makan di Gua Musang.Selesai makan,aku naik bas dan mencampakkan pandanganku keluar tingkap.

'Laluan masuk kedai disambut dengan tong sampah!! Rosak pandangan orang terhadap kebersihan kedai ni.'...diriku mengomel.

Dari kejauhan,ku terlihat seekor kucing sedang berjalan kesana kemari mencari sesuatu.Agaknya mencari sesuatu untuk memenuhi permintaan perutnya.Dia melihat keadaan sekeliling.Melihat.Dan terus melihat.

LINE CLEAR!!!
Kucing itu terus menyerbu tong sampah itu. Cepat2 menghidu sampah2.Kot kot ada rezeki.Hah,dapat pun 1 plastik berbau tulang ikan.Bawa lari!

Tak sempat nak bawa lari,ade seorang pak cik lalu disebelahnya.Si kucing yg lari lintang pukang.Takut sungguh barangkali.Sekali lagi line clear,dia terus menuju ke 'makanan' itu.Baru sempat mengoyakkan plastik, seorang anak muda pula lalu disebelahnya.Apa lagi,lari la.Huh!! Letihnya untuk mendapatkan sedikit santapan.

Geli hati kumelihat kucing itu.Mungkin ini senario biasa yg kita lihat.Kucuba hayati.letakkan manusia pada tempat kucing itu.Pelik ke?? tak kan??

Kucing itu sama dengan manusia.Dia ada target tersendiri. Bila sudah ada TARGET, dia mula menyusun STRATEGI sebagai USAHA utk dapatkan apa yg dia mahukan.Sama kan keadaanya dengan manusia?? tapi KUCING LAGI HEBAT!

KENAPA??

Tang target dan strategi,ramai manusia mampu sampai ketahap ni.Lebih hebat dari seekor kucing yg tidak berakal.Tapi bila sampai tahap untuk usaha,ramai yg kecundang di pertengahan jalan.Angan-angan melebihi segala2 nya.

BERANIKAH ANDA???

Alhamdulillah kita punya nikmat akal yg membezakan kita dengan haiwan.Strategi yg dirangka memang hebat tiada tandingan.Permulaan langkah pertama perlukan kekuatan.Adakah kita sudah cukup kuat??

Seringkali kita meletakkan pandangan manusia dihadapan.belum buat apa2 sudah kita fikirkan apa yg akan diperkatakan oleh orang disekeliling...PENGECUT!!!..

Seperti kucing td,manusia hanya lalu disebelahnya.Dia terus lari kerna takutkan manusia menghalaunya.Mind settingnya sudah begitu.Tetapi disebalik perasaan takutnya itu,dia berani mencuba sekali lagi.Tidak putus asa.

Ada persamaannya.Bila kita sudah set dlm fikiran sesuatu yg negatif akan berlaku sekiranya kita membuat tindakan tersebut,sudah pasti peratusan untuk kita capai cita2 makin menurun...belum cuba,sudah takut! Atau mungkin kita tak akan bertindak langsung,,meninggalkan harapan dengan begitu sahaja.

Fikiran kita mudah tertipu.
Bilamana kita katakan .....
''luka ni sikit je.tak sakit pun'',dengan sendiri kita akan dapat menahan kesakitan tu...ataupun...

''masalah ni kecil je,pasti ade penyelesaian'',pasti dengan mudahnya kita mampu berfikir dengan rasional utk menguruskan masalah tersebut...ataupun....

''takutlah nak buat ni,nanti orang kata apa pulak''pandangan manusia menjadi keutamaan,dimanakah letaknya pandangan Allah pada perbuatan kamu?

Siapalah kita untuk menjangkakan APA YG AKAN BERLAKU di esok hari???

MIND SETTING...kita akan bertindak mengikut apa yang kita fikirkan.Kadang-kadang pabila kita terlalu pandang NEGATIF terhadap apa yang AKAN berlaku,usaha kita akan terbantut.Perasaan "takut mencuba'' menguasai diri.Sayang sekali!!

Sekali lagi. 1 movie hindustan berjaya mencuit hati ini yang tidak suka pada movie.
movie "3 IDIOTS" banyak mengajar ERTI KEJAYAAN sebenar.Kejayaan dalam menuntut ilmu,persahabatan,perhubungan,dan dalam kerjaya.

Tidak rugi kalau anda luangkan masa menontonnya!.mungkin ada beberapa bahagian didalam cerita ini tidak baik,tapi ambillah yg baik sebagai teladan.Insyallah,ada mutiara indah disebalik cerita ini!

KEYAKINAN yang rendah terhadap potensi diri sendiri akan menghapuskan semangat diri untuk berjaya.Sikap PENGECUT yang dibina sendiri dalam diri juga membantut usaha untuk berjaya.

Hanya kita sendiri yg memiliki 'remote control' untuk mengawal pemikiran kita.


2 comments:

  1. salam 'alaik

    wah,diam-diam berisi..bila 'org mesir' mula berkata-kata,terdiam 'org malaysia'..moga perjalanan untuk mengisi kekosongan hati diredhaiNya..gunakan sebaik mungkin pemberian Dia yang Maha Memberi,buka mata,buka hati,buka minda..

    "....Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?..." [QS 35:37]

    dan,jangan lupa teruskan berkongsi apa yang awak dapat nanti d^^,b

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam

    alhamdulillah..alhamdulillah...
    allah bg peluang befikir n berkongsi..alhamdulillah...

    syukran 'org masia' sejati,ats pringtn ayt Allah tuh..doa2kan 'musafir mesir' ni dpt rjin2 n terluang masa tuk share pngalamn ...

    syukran 'org masia'...kamoo bg 'musafir' ini semngat!!!

    ReplyDelete