Thursday, August 12, 2010

Perubatan summer camp~berkenalan~

aSsaLamuaLaikum

6 OGOS 2010

alhamdulillah..alhamdulillah..alfun syukran 3ala Allah...

Setelah sekian lama saya tak menyertai mana2 program pengisian rohani, alhamdulillah Allah izin saya berada di Nur Lembah Pangsun eco-resort tika ini utk menjadi salah seorang peserta Perubatan Summer Camp / Yahoo@ Pangsun.Ucapan alhamdulillah tidak mencukupi utk melambangkan kesyukuran pada Ilahi,,terlalu besar nikmatNya pada saya.Saya amat merindui saat2 ditarbiyah dan dibelai dgn belaian ilmu Allah Yang maha Luas.Subhanallah!!

Saya dan Husna [Uda] hadir agak awal untuk mendaftarkan diri.Terima kasih walid [ayah Uda] kerna sudi luangkn masa utk menghantar kami ke camp-site ini. Lihat di hujung sudut ruangan pendaftaran,ada seorang peserta rupanya yg datang awal dri kami. Salsabila namanya,pelajar tahun 1 Universiti Tanta.salam ukhwah ya ukhti...Sementara menanti peserta lain yang hadir dengan bas yg disediakan , kami sempat bertukar maklumat tentang sistem pembelajaran di Uni. Tanta & Uni. al-Azhar.Perkongsian yg ringkas tapi seronok kerna perbualan kami seperti sudah lama berkenalan.Menarik.


Selesai mendaftar,semua pelajar berkumpul di dalam dewan. Agak terkejut juga dengan kehadiran ikhwah.hue3..rilex..rilex...We are the cream of the cream..Allah dah pilih kita antara yg terpilih. Alhamdulillah.Ada sedikit taklimat dari pengarah program , Dr Ibrahim (pelajar Cairo Uni.) dan Ajk Protokol ,Dr Saifuddin (Pudin,pelajar Cairo Uni.)...Sempoi...Ini merupakan Summer camp yg julung2 kalinya diadakan di Malaysia oleh Persatuan PERUBATAN Malaysia-Mesir..Alhamdulillah,we are the first batch !

ICE-BREAKING

Hue..hue..tetiba teringat zaman2 muda di sekolah dahulu. Time ice-breaking biasanya akn dibuat dgn pembahagian kumpulan dengan mengikut beberapa kriteria spt tarikh kelahiran,jenama kereta n so on. Tak pun,pihak program akn membahagikan dgn cara tersendiri. Best kenangan dulu!

Alhamdulillah,pihak Ajk sudah membahagikan kami kpd 6 kumpulan ; 2 kumpulan ikhwah dan 4 kumpulan akhawat yg masing2 terdiri dari peserta yg berlainan universiti. Once again, i'll meet new frens!! ^__^...tibalah sesi taaruf. Saya nantikan ,apa pula corak taaruf bg program ni. Tambah2 ni lah da 1st camping / tamrin di alam mahasiswa yg saya sertai.




Kami semua dipinta utk berkenalan dengan semua ahli,hanya nama & tempat tinggal yg diperlukan.Ahamdulillah,'jodoh' saya dengan Husna kuat.kami dalam 1 group yg sama. Kemudian , kene pilih salah satu dari group's members utk di ta'aruf dgn sedetail-detailnya.Serbu dan tanyalah apa2 soalan kat 'buddy' tu. Alhamdulillah,dorang pilih saya sbg 'buddy' tu.Hue3. Dah lama tak duduk depan audiences n pegang 'ice-cream'[microphone]. Macam2 soalan saya jawab.Terasa macam diserbu wartawan yg amat dahagakan maklumat 'artis' terkini...hihihi

Tibalah kami [buddy] untuk berkumpul dihadapan,tugas kami hanyalah untuk menceritakan ahli kumpulan [nama & tempat tinggal]..Unexpected, Kak Ain [AJK] memberikan sehelai kertas kpd kami yg di depan ni dan kertas yg sama juga ,sehelai bg setiap kumpulan. Rupa2 'buddy' bagi setiap kumpulan & ahli kumpulan yg len perlu isi borang tuh.Then jawapan kami akn di'matching'kan..

Hah!! soalan2 yg..unexpected la!! ade 20 soalan..waaa kesian kat my members,,bnyak gak la soalan2 yg dorg tak tahu jawapannya...soalan2 yg tak leh blah: i/c ,saiz kasut,tarikh utk kahwin,jenama kereta ayah....n so on...kesian dorg,menggaru kepala yg tidak gatal. Hantam sajalah korang yer!

Salah seorang ahli kumpulan akan keluar dan bacakan jawapan dorang.kah8...kak Syafiah wakil from my group,,yg lawaknya dorg teka jenama jam saya,dorang teka 'Rolex'..Ya Allah,mahal tu!! Geli usus saya mendengar jawapan tuh. Satu lagi,tarikh saya akan kawin , dorang teka :'sampai seru,kahwin la.Iye ker? seingat saya,saya tak jawap pun soalan tuh.hehehe.

Macam2 yg dorang reka .Kreatif & inovatif. Kami terhibur dengan gaya penyampaian bakal2 doktor yang sempoi ni.Memang respect toing..toing la kat group yg banyak tahu pasal 'buddy' dorang dalam masa yg singkat. Kebanyakan antara kami telah kenal lama. barulah kami sedar sejauh mana kami kenal sahabat sendiri.Layakkah si dia diterima sebagai 'kawan' atau "teman' atau 'sahabat'??

Kemesraan antara kami sangat mudah terbina,Mungkin sebab kami sudah terbiasa dengan prinsip 'berkeluarga' di negara orang. Di Mesir, yang tua itulah 'abang'dan 'kakak' kami manakala yg muda itulah 'adik2' kami. Di sana kami berjauhan dengan ibu ayah dan keluarga masing2. So,tidak hairan lah kalau hubungan kami serapat keluarga sendiri.



To be continued...

3 comments:

  1. salam.nice post about ur experience there.semoga anda mendapat manfaat daripada program2 sebegini.

    gamba time camp yg u request kat blog summercamp tu nnt i upload kat summercamp nye blog k.sorry sbb buat anda tertunggu2.just give me time k.

    owh,btw.saya ajk yg amik2 gamba tu.hehe

    ReplyDelete
  2. Best2x...satu hari je ke program tu?/
    slain awk ngan husna, siapa lg wakil dr Azhar Banat???

    ReplyDelete
  3. to cairoboy > thanx alot..really happening dis prgram....urm,,nk sgt2 gmba ai tu..sweet memories~
    klau rjin...nk anta to my email pom..xkesah...

    thanx alot 4 everythings~


    to Dila> Dilaaa!!! huheuhue...besh banget siihhh!! alhmdllh dpt join....prgrm 3 hari,,bnyak nk share,,tp mood blogging tu lost sopmo...

    hehehe...4 org jew wakil Azhar...nntikan gmba kami yer~~~

    ReplyDelete