Tuesday, June 15, 2010

saYonaRa tahun 1!!

Sodaqallahul’azim.Ayat penutup bagi tahun ini. Alhamdulillah,tahun pertama diakhiri dengan exam Al-Quran.Setelah sebulan tidur berbantalkan buku,berselimutkan helaian nota-nota,biological time juga turut terganggu,akhirnya......MERDEKA!!!...[hati kecil berbicara]

Tanpa disedari,masa berlalu begitu pantas.Sayonara tahun 1!! Insyallah,panjang umur kita bertemu dengan Tahun 2 bulan 9 2010 ni ya!

Disebalik kegumbiraan,ada kata-kata yang menyelit:

A: Hepinye dah habis exam! Tak payah duk serabut pikir pasal study. Boleh rilex2 pasni.

B: Wah gumbiranya dia.Tahniah! Exam dah habis,pasti banyak ilmu didada tu kan?yer la,kau tu kan bakal doktor,tak kan nak lupa pulak ngan ilmu2 kau tahun 1 tu.Boleh guna utk clinical year tu.

A : [Gulpp!!]..Ilmu didada??? Urm,not sure la..kalau ditanya time exam boleh la jawab,tapi sekarang ni,wallahu’alam la..hehehe...

B: Kau pasti ke dengan tamat nya tahun 1 ,kau boleh bersenang hati dengan begitu? Macam mana dengan ilmu2 yang kau belajar sepanjang 7 bulan kat U?? Dapatkah kau manfaatkan dan amalkan ilmu yang diamanahkan Allah pada kau??

A: .....[speechless]



Melayang seketika mencari jawapan....

“Belajar untuk mengajar. Belajar bukan untuk peperiksaan atau sekadar mendapat sijil,tetapi kita perlu rasai bahawa belajar itu sebahagian dari tuntutan Allah SWT. Peperiksaan perlu dianggap sebagai medan untuk menguji kemampuan kita menguasai ilmu yang telah dipelajari”

Terkedu.Astaghfirullah,apakah niat aku belajar selama ini??? Teguran dari Allah melalui kata2 yang dipetik dari majalah Haluan sungguh mengusik hati yang lalai.Inilah ungkapan dari seorang pelajar cemerlang yang tidak asing lagi bagi pelajar di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD),Kelantan,Asmaa’ Syakirah Sazali...syukran ya Allah...

Apakah makna kumengejar Mumtaz tanpa beramal dengan ilmu itu?

Apakah makna mumtaz yg belum pasti ku genggam tanpa memberi manfaat pada diri dan orang lain dengannya?

Apakah makna mumtaz jika ilmu 2 itu masih belum terhadam di dalam diri ku?

Apakah yang kau dapat selama ini??

Di mana keberkatan ilmu itu??

Ya Allah,pelbagai persolan menghimpit diriku.Setitik demi setitik penyesalan memenuhi ruang jiwaku. Patutkah ku menyesali setelah nasi menjadi bubur?? Astaghfirullah...T_T

“Anyway,kau patut bersyukur sebab Allah sudi sedarkan kau sebelum kau lebih terleka pada masa akan datang....bersyukurlah wahai diri”

ALHAMDULILLAH...

Bangunlah kembali.Masih belum terlambat lagi. Hati milik Allah. Pohonlah hati yang baru dan pasanglah niat yang baru. Niat keranaNya,itu suatu kepastian.

Kata Asmaa’ Syakirah : “Sekiranya niat belajar untuk menuntut ilmu kerana Allah SWT,maka peperiksaan juga akan dianggap begitu. Keseronokan belajar dan exam akan dirasai apabila matlamat belajar adalah untuk beribadah,menyampaikannya kepada orang lain untuk saham akhirat dan untuk keredaan Allah SWT.”

Sampaikan pada orang lain? Aku tak pandai mengajar.So macam mana? ‘Erti hidup pada memberi’ [saifulislam].

Hadis Rasulallah :’Sampaikanlah walau satu ayat’

Memang tak dapat dinafikan,bagi sesiapa yang sudah terbiasa belajar secara bersendirian akan berasa kekok untuk belajar secara berkumpulan atau secara beramai-ramai. Tapi ia tak bermakna belajar bersendirian tidak dapat memberi manfaat pada orang lain.Macam mana pulak tu?

Sebagai contoh,bagi seseorang yang tinggal di asrama atau rumah sewa atau tinggal beramai2 bersama sahabat2 seperjuangan, ajaklah diri untuk bertanya khabar tentang perkembangan sahabat2 dalam pelajaran.Mungkin dalam diam mereka ada masalah dengan pelajaran.Inilah peluang untuk diri kita berkongsi ilmu dan kefahaman yang Allah beri pada kita.Sharing is caring right?

Dan bermacam-macam cara lagi kita boleh buat sebenarnya. Alhamdulillah,beruntung manusia diberi akal fikiran.Ayuh selongkari bakat serta kelebihan diri untuk kebaikan bersama. Tidak rugi kita mengkreatifkan lagi diri kita...berfikir sesaat lebih baik dari termenung kosong berjam2.

“Bukan senang nak ubah cara study (atau apa2 gaya hidup) kpd cara yang baru!! Susah!!”

Benar firman Allah,mafhumnya: “Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubahnya”

Ya,perubahan mengambil masa yang lama.

Kalau kita tak mampu mengubah segalanya,sekurang-kurangnya ada sedikit perubahan yg berjaya kita buat.Bukan NATIJAH (hasil) yang dipersoalkanNya,tapi USAHA kita untuk mencapainya.

Tepuk dada,tanya iman,tanya diri! Anda mahu atau tidak??? Jangan jadikan kata2 yg lemah dalam diri sebagai penghalang untuk kita melompat ke dunia yang baru.

Notakaki1:Moga tahun pertama (tahun adaptation) dapat memberi manfaat dan pengajaran besar buat diri untuk hadapi hari2 yang akan mendatang.....Insyallah~

Notakaki2: Pesanan mesra buat diri sendiri ,adik2 serta sahabat2 yang bakal dan sedang menuntut ilmu,lengkapkan diri dengan NIAT yg betul dan ikhlas sebelum menerima ilmu. Permulaan yang baik pasti berakhir dengan baik.Masa depan kita adalah apa yang kita niatkan sekarang.Allah Maha Mendengar dan Mengetahui.

4 comments:

  1. Salam 'alaik...
    hei kamu,kot ye pun sharing is caring,jgn le dok sbut2 nma org len..tsedak org kt cni tau..g pun nnti de la yg jeles tuh..hihihihi...bru stahun,ade 5 thn lg kan..so,kutip le bebyak mutiara ilmu kt sne tu ek..pstu jgn lupa kongsi dgn org2 kt cni tau...moga Allah redha..

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam...
    yer awak..sy tau org tu xfames,sebab itu sy sebut nama si dia...hu3..ader lg ker yg nak jeles..i dont think so...hu3..insyllh,ilmu allah ada kat mana2..doain gue ya!

    ReplyDelete
  3. ha8..wallahu a'alam..serony u punya housemate smuanya org m'sia,guane bulih kuar bhasa indon lak nih..ish3..insya Allah...he3,sbb tu k u sbut2 nma dia??bukan sbb rindu k??lalalalala~~

    ReplyDelete
  4. huehue...cni makan mknan arab + indon....% mkn mknn indon agi tinggi la....ader ke sebut2??? kene muhasabah balik tuh....hak3....

    ReplyDelete