PIRAMID,GIZA
Piramid seperti yang kita tahu telah dibina pada zaman Firaun. Firaun ialah gelaran bagi seseorg raja yg memerintah kerajaan mesir suatu masa dahulu. Kerajaan ini lebih dikenali sebagai Dinasti. Firaun yang memerintah pada zaman Nabi Musa telah dikenal pasti oleh ahli sejarah sebagai Ramses 2. Piramid yg terawal dibina terletak di Sahara dan terdapat hampir 80 buah piramid di seluruh Mesir. Antara piramid yg terdapat di Giza :
1) Piramid Khufu:
Ianya merupakan piramid terbesar yang telah dihentikan sementara akibat banjir. Ia juga dikenali sabagai kubur Raja Khufu. Batu-batu yang dipotong dibawa dari Aswan yang jauhnya 1000km di selatan mesir. Batu-batu itu dibawa dengan menggunakan tongkang yang diperbuat daripada papyrus dan dihantar ke giza melalui Sungai Nil. Jumlah batu-batu yg terdapat pada piramid mencecah hampir 1.9billion.
2) P
~dihadapan ketiga-tiga piramid~
piramid Khafah :
Merupakan piramid kedua terbesar selepas piramid Khufu. Ia dibina sekitar tahun oleh anak lelaki Raja Khufu disebelah timur Piramid Khufu. Dibina sekitar tahun 2640SM. Pengunjung yg ingin memasuki piramid terpaksa membongkok untuk untuk menuju ke tempat dimana letaknya kubur King Cheopra (kesannya sahaja)[tak masuk pun,kena bayar LE100 = RM60 sekali masuk]. Suhu didalamnya panas walaupun pada musim sejuk.
3) Piramid Menkura :
Piramid ini terletak ditepi sekali antara ketiga-tiga piramid tersebut. Dibina oleh anak lelaki Raja Khafah pada tahun 2640SM dengan ketinggian 68 meter sahaja.
Maklumat terbaru mengatakan ada arkeologi mengkaji dan mengatakan bahawa piramid bukanlah dibina oleh hamba2 firaun tetapi dibina oleh sahabat-sahabat firaun itu sendiri. Pada zaman dahulu, org Jerman telah berusaha untuk memecah rekod membina piramid. Malangnya, mereka tidak berjaya membinanya dengan sempurna .Inilah hasilnya :
SPINX (ABU HOUL),GIZA
Binaan Spinx berbentuk badan singa dan berkepala manusia yang dikatakan menyerupai kepala Raja Khafah juga merupakan destinasi yg sering dikunjungi. Ia melambangkan kekuasaan dan kegagahan . ketinggiannya mencapai 20meter dan lebarnya seluas 60 meter.
QAL’AH (KUBU) SALAHUDDIN AL-AYYUBI
Kubu ini telah dibina oleh Panglima Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1183M untuk mempertahankan Kaherah dari serangan-serangan luar khususnya semasa Perang Salib. Di sebelah utara benteng pula terdapat masjid Al-marmari yang dipenuhi batu marmar dan granit dan kini ia dikenali sebagai Masjid Muhammad Ali.
Selain itu,didalam kubu ini juga terdapat beberapa buah muzium iaitu muzium Permata (Qasrul jawharah) yang terdapat perhiasan-perhiasan raja Mesir seperti singgahsana Raja Farouq. Muzium Polis (Mathaf As-Syutbah ) yang terdiri daripada 6 bahagian. Diantaranya ruang yg pernah digunakan oleh polis Mesir sepanjang sejarahnya, dan ruangan dokumen penting sejak pemerintahan Muhammad Ali Basya hingga kini.
Di kawasan kubu ini juga terdapat Muzium Kesenian Islam (Mathaf al-Fan al-Islami) [tak sempat masuk] yang pada mulanya berada di daerah bab el-Khalaq iaitu berhadapan gedung Mudiriah Amnil Qahirah dan menyimpan dalam lingkungan 50 ribu alat yang melambangkan kesenian Islam sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W
Destinasi terakhir....
SUNGAI NIIL,TAHRIR.
[buat kali kedua]
"DAN JANGANLAH KAMU BERJALAN DI MUKA BUMI ALLAH DENGAN SOMBONG KERANA SESUNGGUHNYA KAMU SEKALI-KALI TIDAK AKAN DAPAT MENEMBUSI BUMI DAN SEKALI-KALI JUGA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI SETINGGI GUNUNG''