Sunday, July 31, 2011

Mengunci mulut itu lebih baik

بسم الله الرحمن الرحيم


Keringat memenuhi lapisan luar kulit. Kehangatan musim panas di bumi Anbiaa sangat berbeda dengan di Malaysia. Terik pancaran mentari di tambah pula dengan bahang angin yang bertiup menjadikan seluruh anggota sentiasa bermandikan peluh.Peluhnya air sahaja tanpa sodium chloride dek kerna cuaca dan kelembapannya yang lebih kering berbanding di tanah air sana.

Sering sahaja bibir ini ringan melafazkan “panasnya...panasnya...tak suka panas”.Astaghfirullah ! Lupa sudah pada kebaikan panas pada kita bila yang perit lagi di lihat. Tanpa kepanasan,masakan baju di jemuran boleh kering,tanaman dapat hidup subur, badan dapat mengawal kadar air dalam badan,cahaya mentari menjadi penyuluh dalam kemudahan melakukan kerja di siang hari dan pelbagai macam manfaatnya. Tiada satu pun ciptaan Allah itu sia-sia. Hanya penerima nikmatnya yang sering lupa menyebut ‘alhamdulillah’.

Sedang berjalan pulang ke rumah dari Pasaraya Regab Son, gelagat pemuda Arab di satu sudut hujung jalan mencuri pandangan saya. Pemuda berbadan sasa 30-an itu dengan lantang bersuara dengan pak cik tua sambil menuding-nuding jarinya ke arah pak cik tua itu. Dengan tidak semenaya,pak cik itu gagah bangun dari kerusi dan berbalah mulut dengan pemuda itu. Orang disekeliling cuba menenangkan mereka. Terdengar lantang suara pemuda yang cuba merenggangkan perbalahan itu dengan berkata “sollu ‘ala nabi !” ..

Mashallah ! Orang arab memang sinonim dengan panas baran tetapi mereka cepat ‘sejuk’ kembali. Kejadian itu benar-benar mengingatkan saya pada kisah di zaman Rasulallah yang dikongsi oleh sahabat saya melalui emel yang cukup besar ibrahnya untuk di hayati dan di tanam dalam diri.

[Diam atau berkata baik]


Sa'eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu `anhu hingga menyebabkan Abu Bakr `sakit' mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam bangun.


Abu Bakr radhiyallaahu `anhu bertanya,” apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah?”


Baginda menjawab,” Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ." [Hadith riwayat Abu Dawud]





****
Diam bukan mengalah.

Ia cara mencari Rahmah.

Mendekatkan diri kepada Allah

Imam Abu 'Ali Ad-Daqqaq pernah mengatakan:
"Orang yang berbicara dengan kebatilan adalah syaitan yang berbicara, sedangkan orang yang diam dari kebenaran adalah syaitan yang bisu."

Gara-gara lidah, seseorang terjebak masuk ke neraka. Menjadi hamba yang rugi, sebab pahala orang yang berdosa kerana kerosakan lidah akan dihadiahkan kepada orang yang dizalimi. Gara-gara lidah yang jahat kita boleh menjadi hamba yang muflis .

Sabda Rasulullah S.A.W lagi(ertinya) :
"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di akhirat nanti adalah orang yang paling jelek akhlaknya, orang yang banyak bicara, orang yang bercakap dengan mulut yang dibuat-buat (mereka-reka cerita) dan orang yang sombong . "(Jami 'al-Shaghir).


Akhir kalam, berhati-hatilah wahai saudara-saudari seIslamku, semoga Allah selamatkan lidah dan jari jemari kita daripada segala fitnah di luar sana. Kata-kata itu lambang peribadi seseorang.Ambillah peluang di bulan Ramadhan ini sebagai medan melatih diri menahan nafsu amarah dan menggantikannya dengan sifat husnuzon dan berlapang dada dengan sesuatu yang berlaku. hanya keredhaanNya yang kita harapkan. Selamat mencuba!

kumenantimu..setahun sekali

بسم الله الرحمن الرحيم

Yang dicintai pasti ada tempat di hati

Yang dikasihi pasti dirindui

Yang disenangi pasti dinanti-nantikan

Kau lah yang kunantikan

Setahun hanya sekali

RAMADHAN KAREEM

Tetamu yang bakal dirai.



UNIVERSITY OF RAMADHAN

Tarikh Pendaftaran
1-30 Ramadhan 1432 H / 1-30 Ogos 2011

Tempat
Diseluruh dunia.

Kos yang di tawarkan
[boleh pilih sebanyak mungkin]

Puasa
Qiamullail
Tafaqquh
Melambatkan sahur
Mengawalkan berbuka puasa
Tadarus
Tarawih
I’tikaf
Jejaki Lailatul Qadar

Anugerah Dekan
Lailatul Qadar

Anugerah Istimewa
Keredhaan Allah
Keampunan Allah
Balasan syurga
Tingkat ketaqwaan

Syarat Kemasukan

Mestilah....
Warganegara Muslim
Mukmin sejati
Ikhlas dan jujur
Ikut peraturan

Janganlah...
Membazir
Tidur yang berpanjangan
Mengumpat dan marah2
Bergaul bebas antara lelaki & perempuan
Memakai pakaian yang mendedah aurat
Melanggar perintah Allah

Ijazah yang ditawarkan
IJAZAH KETAQWAAN KELAS PERTAMA (1st CLASS)

Rebutlah tawaran paling lumayan daripada Allah SWT ini selagi STOK UMUR masih ada !
Berlumbalah untuk menjadi pelajar yang paling BERTAQWA dan menjadikan universiti ini sebagai medan untuk PENYUCIAN HATI & PENAMBAHAN AMALAN agar lebih tinggi martabat di sisi Allah !
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk al-Quran,hadis dan alim ulama berhampiran anda !

Tawaran sah mulai: 1-30 OGOS 2011



Saturday, July 30, 2011

C.U.T.I......sayonara!!

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillah


Sayonara!

Exam Tafsir semalam menutup tirai final exam of 2nd year,2011...alhamdulillah. Usaha semampu mumkin telah dikerah,dan serahkan segalanya pada Allah.Tawakkaltu ‘ala allah. Harapnya semua lulus untuk naik tahun 3,insyallah.Ameen....Merdekaaaaa!!

Gembira,sedih,lega, bercampur baur belaka. Entah ape yang dirasakan sebenarnya.

Sunyi rumah tanpa mereka. Sayonara geng sedulang,Kak Ummu,Husna dan Farizah =’)...Semalam jugak mereka tinggalkan bumi anbiaa ni dengan senyuman lebar. Gumbira kuasa 2 mereka!!

Sebak di hati hanya Allah sahaja yang tahu.Peritnya perpisahan pandangan kali ini. Perginya mereka untuk bergembira bersama keluarga tercinta disana..ya! saya tumpang gumbira..=)...belajar untuk senyum di saat itu. Ada jodoh kita bertemu lagi tahun hadapan...[ 2 bulan je pun ..hehe]

Pantasnya masa berlalu ,tanpa sedar tamatlah sudah al-kisah tahun 2 yang penuh nostalgia hitam putih dan jatuh bangun sebagai pelajar di sini. Alhamdulillah, cuba untuk berfikir dengan setiap yang berlaku.

~bersama Husna & Kak Ummu ..debator hebat Bayt Solehah :p ~

C.U.T.I


Yeah !!! Muncul sudah CUTI yang dinanti-nantikan ...=)

C = Cuti
U = Untuk
T = Tadah
I = ilmu

Jom sahabat-sahabat!

Kita gunakan sebaik mumkin peluang C.U.T.I kali ini dengan meneruskan kembara koreksi ilmu2 Allah dan kembara mengenali manusia di rantau orang ini selagi ada masa yang berbaki....rabbuna yusahhillana..=)

Sudah pasti jadual sahabat2 sudah dipenuhi aktiviti2 yang menarik sepanjang cuti ini kan?? Lepas habis exam,terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan. Bershopping untuk hadiah buat ahli keluarga tersayang,selesaikan urusan persatuan sebelum pulang, uruskan program2 yang bakal di adakan dan pelbagai lagi. Belum lagi di tambah dengan kelas2 thaqafah yang bakal memenuhi hari-hari di bulan Ramadhan Kareem dan jalan2 pusing2 Mesir. [tak sabar menanti Ramadhan ! ^___^]

Setiap saat itu akan dimanfaatkan dengan apa yang diagendakan...khair2 insyallah.Rosaknya air itu kerna tidak mengalir,rosaknya pemuda itu tanpa melakukan apa2 pada masa lapang.

Selamat la belako !

Buat sahabat-sahabat,

Walau dimana pun kalian berada pada cuti kali ini,

Bagi yang pulang ke tanah air, selamat berseronok di samping keluarga terchenta. Berbaktilah sebaik mumkin kepada mereka selagi ada masa. Setahun sekali je peluang ni tau! [tahun ni je 2 kali setahun ]...dan selamat berpuasa bersama tersayang !

Buat yang bakal dan yang telah selamat diijab kabul,barakallahu ‘alaikum ! Moga percantuman 2 hati yang saling mencintai kerna Nya melahirkan lebih ramai mujahid & mujahidah Islam..[tahun ni ramai adik2 (19 tahun) mendirikan rumah tangga. Tidak kurang juga abang2 dan kakak2 senior.Tahniah! =)...]

Dan buat sahabat2 yang teguh berdiri di bumi Kinanah ini,teruskan thabat dalam perjalanan. Masih banyak lagi mutiara-mutiara di celahan pepasir Mesir yang belum di kutip.Inilah masanya! Jom intai2 daurah dan kelas2 yang dapat menambahkan lagi kecintaan kita pada ilmu2 Allah.

Peluang itu entah bila akan datang lagi. Makanya ,rebutlah terus tika ia hadir kerna mumkin inilah kali pertama dan terakhir ia hadir. Gunakanlah ia sebaik mumkin!

p/s: Off to Mansoura.

Thursday, July 14, 2011

Bila akhawat jatuh cinta

Akhwat Jatuh Cinta??


Tidak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...


Bukankah cinta adalah fitrah manusia???


Adakah akhwat tidak pantas jatuh cinta???


Mereka juga punya hati dan rasa...


Tapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???


Tidak ada senyum bahagia, tidak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...



Namun sebaliknya...


Ketika Akhwat Jatuh Cinta...


Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...


Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...


Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuah rasa yang tak semestinya…


Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…


Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternoda…


Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah…


Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…


Ketika Akhwat Jatuh Cinta…


Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…


Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…


Yang ada adalah kekhuwatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…


Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…


Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…


Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...


Alangka kasihannya jika akhwat jatuh cinta…


Kerana yang ada adalah penderitaan…



Tapi ukhti…

Bersabarlah…

Jadikan ini ujian dari Rabbmu…

Matikan rasa itu secepatnya…

Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…

Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…

Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…

Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…


Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…

Kerana bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…

Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu,

jika Allah tidak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…


Ukhti…

Bersabarlah…

Biarkan Allah yang mengaturnya...

Maka yakinlah... akan ketentuan Rabb-Mu terhadapmu…

Semua akan indah pada waktunya…



Buat ukhti yang sentiasa mengharapkan sapaan Ilahi,


Sedikit hidangan pengubat hati yang gelisah,

Secebis perkongsian tips menepis cinta yang tak diingini :

1- Tegas dengan prinsip diri.

2- Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.

3- Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.

4- Mengekang hawa nafsu.

5- Mendekati majlis ilmu.

6- Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yang berfaedah.

7- Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.


Wahai kaum Adam yang mengharapkan ratu hati yang solehah,


Janganlah akhi menjadi antara tangan-tangan yang menggugurkan kelopak mawar indah,

Ketahuilah bahawa kelopak itu umpama hati si ratumu,

yang mudah rapuh,mudah gugur hanya dengan kata2 manis mu,

walau biasa bagimu tapi ia berbisa bagi si mawar .


Jika hati sudah berkenan,diri sudah bersedia menjaga si mawar di taman,

petiklah ia dengan izin pemilik taman terjaga itu,

ingatlah bahawa si mawar ada pemilik yang perlu dimuliakan dan dihormati,

jangan sampai tangan akhi yang memetiknya tanpa izin seperti membelakangkan wali si ratu hati,

Permulaan yang rapuh jangan diimpikan akan terus kekal dengan teguh.

Agar taqwa dan cinta kepadaNya menjadi tunggak

binaan masjid akhi dan ukhti.


Ketahuilah bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji, pesanku buat diriku dan buatmu ukhti dan akhi,cintailah Allah,nescaya cinta pasangan soleh turut kau miliki.



“Hanya Soleh Yang Mengenal Solehah”


Notahati: Entry kali hasil pengembaraan di alam nyata dan di alam maya.Alhamdulillah,peringatan dan pesanan terbaik buat diri sendiri dan sahabat2 fillah yang sentiasa mengharapkan redha Ilahi.Tips di atas adalah hasil pena Kak Fatimah Syarha dalam buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul.

Dengan senang hati,bolehlah sahabat2 menitip ilmu tentang cinta yang mula berputik dari sesawang www.myilham.com..Moga sama-sama dapat menjadi mawar berduri yang disaluti akhlak mulia,al-haya’ (sifat malu) dan teguh pendirian.

Wajah kekal berseri

Tips agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik :
1. Cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan jangan lupa berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga' dengan memperbanyakkan solat-solat wajib dan sunat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', doa ketika melihat cermin iaitu, "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s. iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayur-sayuranan, buah-buahan dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan, dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Mudah-mudahan ia menjadi amalan rutin kita sehari-hari, insya Allah


.

Monday, July 11, 2011

should i be proud of......?

Do not be proud of branded clothes, because the last clothes you'll wear is the white shroud.

[gambar hiasan].....pakaian rasmi di hari pertemuan di sana

Do not be proud of that pimped-out car, because the last vehicle you'll ride on is your coffin.

[gambar hiasan]

Do not be proud of that luxurious and comfortable bed, because the last bed you'll rest upon is the ground.

Do not be proud of your lavish homes, because the last home you'll have is your grave.

[gambar hiasan]....membinanya setahun dua,meruntuhkannya sekelip mata..

Do not be proud of your status/position/salutation, because the last status/position/salutation you'll have is "Allahyarham".



May Allah protect us from becoming those who are proud. Amin






May Allah protect us from becoming those who are proud. Amin