Thursday, November 4, 2010

H.O.P.E.

In The Name of Allah

Alhamdulillah.....

Tengah syok belaja psycho dalam kelas td,tetiba tengok ramai orang melayu lelaki berkot kat luar. “Adus! Pegawai kedutaan ke? Kantoi la..dah la tak ramai aini..gulp!...ready!”

Dr. Umaimah (penyelaran batch kitorg) masuk dulu.Then baru la ‘org2 melayu tu masuk’..

“aik,ramainya...tak pernah tengok pulak muka2 ni”

“Ni mak ayah student under Y2G la”

Tetiba Prof kitorang terkejut tengok perubahan airmuka kitorang.hihihi.

Baru saya tau yg persatuan ibubapa,IMTIYAZ, under yayasan wilayah persekutuan berpakat sesama dorang mai melawat anak2 kat Mesir. Ya Allah besarnya usaha dorang!

Tak terkata ape....walaupun mak ayah orang lain,tetap terasa juga...we’re in 1 FAMILY!

Dorang datang nak melawat dan pantau keadaan ‘anak-anak’ belajar kat sini. Nak tahu ape masalah kitorang kat sini.Speechless....otak melayang ke Malaysia...bibir mengukir senyuman lebar...bagaikan dihempap satu muatan semangat yg sgt banyak..alhamdulillah!

Masalah yg sempat kami kongsi adalah masalah dengan subjek agama cam tafsir,adab,balaghah dan al-quran.Semuanya diajar dalam bahasa arab fushah,kadang-kadang dalam bahasa pasar ‘ammiyah. Jadi,subjek ni jadi satu bebanan bagi pelajar yg tak ade basic bahasa arab. Kelas sejam/ 2 jam bg setiap subjek dirasakan seperti layang-layang putus berterbangan di udara.kesian kat dorang.So,kitorang mintak pihak universiti sediakan dokturah (lecturer) yg pandai cakap english.Sikit pun jadi la.

Pihak mak ayah yg hadir tu akan bincangkan hal ni.Hopefully,Allah permudahkan urusan ni. Plus,subjek2 ni dikira dlm markah utk naik tahun. Kesian la kat yg tak mampu nk kuasai subjek ni.Tambah2 kalau dorang ada keinginan nak dalami ilmu2 ni.

Setakat ni,apa yg kitorang mampu buat hanyalah jd translator tuk kawan2 yg tak faham.Tp ,tengok doctur la,ade yg bagi kita bercakap time lecture,ade yg suruh kita focus smpai buku pun tak leh buka...bukan ape sebenarnya,orang arab ni memang betul2 jaga adab menuntut ilmu sbb nak dapatkan keberkatan dalam menuntut ilmu tu.

Then,ade sorang wakil ibubapa,ayah kepada K.fatimah dan Adila (dorang adik bradik). Ayah dia bg short talk,tp amat bermakna bagi kami anak perantauan ni. Ringkas je....

[ jangan biarkan impian mereka terpadam dengan tangan2 kita sendiri ]

“Belajar bersungguh-sungguh ya. Lihatlah muka mak ayah kamu kat depan ni,kehadiran kami disini nak tengok anak-anak dan keadaan kat sini,sebab kami nak cuba berikan yg terbaik buat anak-anak. Harapan kami hanyalah nak tengok anak-anak jadi muslimah doktor. Janganlah kecewakan mak ayah ya!”

Merah mata ayah Adila....suara makin perlahan..sebak mungkin....

Manik-manik putih pun dah membasahi pipi Adila. Ya Allah !

Ni la antara kata-kata harapan seorang ayah.Dengan yakin saya katakan, harapan ni jua tersemat dalam hati mak ayah kita nun disana. Harapan mereka dilafazkan tanpa suara,tp dilontarkan melalui arus aura antara anak dan orang tua masing-masing.

Awak......harapan mak ayah besar!!!! Sanggup ke awak nak kecewakan mereka yg dah banyak bersusah payah utk awak??!!

[ inilah wajah-wajah yg tak pernah kenal erti penah lelah dalam usahakan yg terbaik buat anak2]

Satu tamparan hebat hari ini. Seriously,kalaulah mak ayah saya yg ada kat depan tu ,betul2 dalam kelas, benda ni akan jadi GREAT HISTORY dalam diari hidup saya.

Tahun lepas,alhamdulillah, Allah izin mak ayah saya singgah kat Ardul kinanah. Walaupun dorang transit selama 3 hari,tapi itulah saat yg paling berharga bagi saya. Setelah berbulan saya tidak mencium tangan dan pipi mereka di pagi hari sebelum keluar rumah,akhirnya dapat juga saya rasai nikmat tu.

Alhamdulillah,kebetulan pula masa tu dorang datang time saya dalam fatrah imtihan,final exam pulak tu. Free2 dapat semangat. Cumanya,rasa tak paus hati sebab tak dapat bagi layanan sepenuh nya sebab buku dan masa asyik jeles je dengan saya.pastu mood juga nak tumpang jeles. Hue3..psychological disorder! Hahaha...

Pesanan percuma buat ibubapa yg teringin nak fly ke tempat belajar anak2 mereka,pastikan anak-anak kalian tidak dalam fatrah imtihan (musim exam) utk dapatkan perkhidmatan terbaik dari mereka ya.harap maklum.Terima kasih!

Lepas mak ayah keluar dari kelas,doctor terus cakap.

“u all looks like babies”

Kenapa?? Apa tak nye,muka terus berubah ceria bile tengok muka mak ayah.Doc kata muka kitorang bagaikan anak yg mahukan belaian,pelukan dan kasih sayang...uwaaaa! kacau la doc ni...

Ya,itulah kami,manusia yg amat memerlukan kasih sayang utk membesar menjadi manusia yg optimis,positif dan hebat!! ~pandanglah manusia dengan penuh kasih sayang,,pasti bahagia~

2 comments:

  1. babies?? muahaha~ quite interesting^^
    keep fighting =) gunakan smangat yg ada tu sbaik mgkin..moga Allah bantu kalian..

    ReplyDelete
  2. bergenang air mata sy baca post ni. thanks asiah
    sedih sgt waktu ibubapa imtiyaz tu dtg jenguk kuliyah kitorang. yup you are so right asiah. eventho mrk parents org lain, but as malaysian we are all as 1 (bukan 1 malaysia ye)
    sgt tersentuh dgn kata2 ayah adila halwa & ayah suha. bernada tegas tapi penuh makna
    semoga kita terus kuatkan asiah!
    kitorang dh imtiaz not y2g lagi. nnt kite story ok

    ReplyDelete