Thursday, November 4, 2010

sweet'heart'

Salam titan kasih buat hamba2 Allah sekalian!

Alhamdulillah , semalam hari akhir khatamkan buku thorax.huh,sebulan dah habis satu buku.Ingat tak nama2 tulang,jantung,paru-paru and so on??! Insyaallah...

Tetiba teringat kata2 Dr OB kat tuisyen, “when u want to say ‘heart’,u must stand up and said it proudly”..Tegelak bile teringat gurauan doc ni,siap dengan gaya dia yg bersungguh.

Urm ,kenapa ya doc cakap cmtu?? Klu ikut bdang perubatan,jantung ni adalah raja dalam diri. Jantung memang hebat. Kecil-kecil cili padi. Cuba genggam sebelah tangan. Besar ke kecik? Hah! Itulah saiz jantung kita. [lebih kurang la]..Boleh ke yg kecil jd hebat?

Jantung ni hebat sebab ia diamanahkan utk mengepam darah ke seluruh badan. Bukan senang tu,ruangan yg kecil dalam jantung perlu bekerja keras utk pam darah yg banyak ke seluruh badan yg besar kapasitinya. Subhanallah! Bayangkan kalau jantung tak ikut arahan Allah, atau buat remeh temeh dengan tugas dari Allah ni? Sah-sah badan kita lemah sebab tak dapat bekalan oxygen yg cukup kan.

Hah ,satu lagi,jantung ni dililit oleh saraf terpenting dalam badan kita. Saraf ape ye?? Right and left phrenic nerve*-inilah saraf yg diberi tugas utk kawal pergerakan diaphgram* dalam badan kita ni. Diaphgram ni terletak di bawah jantung dan organ yg terpenting dalam pernafasan. Ia lah salah satu pemegang amanah yg utk mengatur keluar masuk udara dalam paru-paru kita ni pd setiap saat kita bernafas.

Hebatnya Allah,dengan adanya heart * dan phrenic nerve* ni,kita dapat bernafas dan hidup dengan penuh nikmat keselesaan.Alhamdulillah...

Perasan tak saiz kedua2 organ ni? Jantung sebesar genggaman tangan,saraf pulas sehalus tali kasut...tapi mampu bawa tugas dengan disiplin dan teratur semata2 utk stabilkan sistem dalam badan kita yg complex ni. Sama seperti kita,kadang2 kita terasa rendah diri sangat2. Bodohnya aku dalam kalangan org2 pandai. Sikitnya ilmu aku dibandingkn orang2 berilmu.

Ya! mmg benar,kita kena merendah diri,Allah suka sikap ni TAPI janganlah dengan kerendahan diri kita tu sampai tahap menenggelamkan semangat diri. Bila semangat diri jatuh,kita akan sentiasa jatuh sebelum kita CUBA utk bangun.

Jadilah kita seperti jantung yg kecil itu..bekerja keras 24 jam tanpa berhenti semata utk mengekalkan status ‘hebat’.Hebatnya bukan utk di gahkan,tetapi utk manfaat kepada tuan punya badan itu. Tidak pernah cuba utk berhenti,malah akan bertungkus lumus dengan lagi kuat bila badan memerlukan darah. See! Jantung pun Allah didik supaya tidak berputus asa,inikan kita manusia yg berakal! [wlau mcmana pun ,ia akan berhenti dengan kehadiran malaikat maut]

Jantung pam darah ke seleuruh badan..mean? kehadiran organ sekecilnya itu,mampu bagi manfaat kepada komuniti 1 badan.Subhanallah! husnul amthal (contoh yg baik)..kita,manusia yg diciptakan sebagai khalifah dimuka bumi ni,contohilah ia. Walau kat mana Allah campak kita,jadilah kita sebagai PENGUBAH keadaan ke arah kebaikan,dan bukan sebagai PENGIKUT arus situasi itu. Insyallah,kita mampu!

Jadilah kita seperti phrenic nerve,walau dirinya halus memanjang ,mampu mengawal organ besar (diaphgram) semata2 utk memberi peluang manusia menghirup udara dlm meneruskan kehidupan. Phrenic nerve taat dengan arahan Allah,kenapa kita tidak? Besar atau kecil bukan ukurannya. Sehebat mana pun orang itu pada pandangan kita, mereka juga kerdil di sisi Allah. Jadi,tiada alasan utk kita kata ‘aku tak mampu nak jadi sebaik / sepandai/sehebat orang itu’...awak dan si dia ,sama2 manusia..betul?




Semakin hari,semakin betambah butir2 tasbih cinta saya dengan medic ni. Sayang saya pada tunang sy makin bertambah nampaknya! Buku-buku,kalianlah tunangan saya yg terchenta!!

Note 1: makin banyak ilmu yg kita explore,makin banyak benda yg kita tak tahu sebenarnya.

Note 2 : tak kira apa bidang ilmu sekalipun yg kita dalami ,kaitkanlah ilmu itu dengan kehidupan kita. Kerna hakikat semua ilmu itu adalah nuur (cahaya ) dan dari Sang Maha Mengetahui.

Note 3 : bagi perkataan bertanda * sila rujuk dalam gambar ya,utk kenal structure hebat ni ^^,V

FASTABIQUL KHAIRAAT !

2 comments:

  1. Salam 'alaik

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
    [HR Bukhari dan Muslim]

    Rohani dan jasmani, 'heart' adalah raja dalam diri. Tapi tak bermakna bila jantung tak sihat, qalb pun tak sihat. Begitu juga sebaliknya.

    Seperti jantung, qalb juga perlu mengepam darah bersih berteraskan Iman ke seluruh anggota badan utk mmastikan anggota badan kita sihat [tunduk patuh pada perintahNya]. Andai qalb kita sakit, gagal untuk berfungsi dengan baik, maka anggota badan kita pun akan sakit [lalai, leka, berbuat maksiat dll].

    wallahu a'alam~

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam ....

    ahsanti ya ukhti!!!

    dalam medic,xjmpe agi organ 'qalbun' tu..huhu3...
    kalau hati=liver..hu3..lain dengan qalbun..

    rahsia antara kita dengan allah~

    ReplyDelete