Monday, September 27, 2010

Reply open letter

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

P/s 1: Entry ni khas utk balas 'open letter' dari Asmaa Syakirah Sazali a.k.a Kak Ma',bekas pelajar MMP KB & KTD , sekarang bekerja di KTD..dah die wat letter openly,reply pun openly lah!...sempoi orangnya...sy suka!=)

p/s 2: Kalau ada sesapa yg terasa macam entry ni utk dia juga,terimalah seadanya.Ambillah ibrah n pedoman dri entry ni ^^,..entry ni gabungn dgn cikit citer balik cuti musim panas...

p/s 3: Sesiapa yg terasa nausea bila baca entry ni,harap maklum,inilah hakikat ukhuwah sesama akhawat! weee~

[maaf k.ma'...lambat reply dis letter]

Assalamualaikum K.ma'!! =D
terkedu jap baca open letter tu
terharu..tergamam..tak sangka...ter..ter...
macam2 perasaan ada
syukran kathira akak!!

Insyallah,
segala perancangan Allah itu adalah yg terbaik utk kita,hambaNya....
Syukran akak!!!
Teharu Asiah tgok muka akak kt epot semalam....cumil bsama kacamata itooo!

Apa2 pun,
saya gumbira Allah izin saya balik tahun ni
rupa-rupanya banyak benda yg saya tertinggal
sebelum fly ke mesir tahun lepas
[makanan & pakaian jer banyak..huk3]

tak dapat nak nafikan,
mmg banyak barang sy bawa blik dari sana
tapi memang tak ada 'sesuatu' yg sy bawa balik
[sebab tu rancang xmo balik =( ]

misi kepulangan saya kali ni
betoi2 nak 'ambil sesuatu' tu
yg sy terlepas pandang tahun lepas
saya tau,mmg saya 'tak bawa sesuatu ' tu
maaf kalu kehadiran sy tak memberi apa2 makna
dan tak dapat memnuhi expectation korg

alhamdulillah...alhamdulillah...
sepanjang 2 bulan 2 minggu duk kat masia
Banyak allah bg 'sesuatu' tu pada saya
melalui pelbagai cara n pristiwa

bermula dengan saya wat attachment @ elective kat HUSM,
masuk real world,
feel like a real doc!
dapat jumpa mcm2 gelagat manusia...besh3!

next,
join Perubatan summer camp,
da lama xjoin program...sgt gumbira...
maaf k.ma..asiah xsempat nk citer habis...=D

next,
duk rumah sorang2 kesunyian,
walau sunyi,allah hadiahkan sahabat2 penguat semngat...
thanx alot to all
banyak benda asiah blaja especially~carilah kegumbiraan dicelah kesedihan,kalau kita hepi,tenggelamlah yg sedih itu !

then,
ikut mak wat keje2 ziarah armalah,
berpuasa dengan family,
gelak ketawa bersama..

then,
ifthor Jamie AMAL...
buka puasa ramai2 bersama bekas2 pelajar 3 buah skolah Maahad..
hanya Sang Penyayang yg tahu perasaan saya waktu tu,
kejauhan mengajar saya erti kerinduan...
rindu pada pelajar,gerak kerja n bi'ah Maahad sgt3 !
[ jangan jeles k.ma yer!]

yg paling besh!
jumpa kawan2 baru
thanx alot K.ma',kenaikan asiah dengan Rabia yg happening, Kak Hasniah yg penuh misteri, Kak Asma humaira', kak Fatin n ramai lagi kawan2 KTD akak....[tp xsempat jumpa k.suhaina]
sampai asiah terasa cm dah jdi sebahagian dri fmly KTD..[boleh ke?]
walau dpt bersua sebentar,
tp,
kata2...gerak geri kalian,
memberi 1001 ibrah dan pedoman buat Asiah,
secara sedar atau tak,korang menjadi sumber inspirasi saya
tuk bagun semula .... syukran!

dapat jumpa geng UBKK pom
satu rahmat besar dari Allah
walau tak sempat nak berkongsi cerita suka duka
tp tenang melihat wajah K.yang,k.qilah,dayah dan mawar
cukup membakar semangat diri
bagai makan biskut tiger yg banyak! =P

n banyak lagi la...
cuti kali ni..cuti yg paling banyak masa
dan peluang Allah bg utk membuka minda
berfikir apa yg tersirat disebalik kejadian,
berfikir tentang kelakuan manusia,
dan macam2 lagi....



segalanya hadiah darinya utk 'bekalan' diri saya
[maaf sbb jarang berkongsi 'bekalan' tu]

urm..banyak cerita la pulak ek

hah!
k.ma! aassif jiddan~
kalu dulu,duk mesir,jarang2 kol..
tak per la kan?
balik msia pom sama...jarang layan handphone tu
huk3..tabiat dari sana susah nk buang
maaf ya!
papepun,'telefon asli' kita sentiasa 'connecting' kan....
berdering di kala windu,teringat,telintas n so on...

1 more thing!
pasai 'hutang' tu
assif aidhon..Allah tak izin utk saya langsaikan
terkilan gak..
tp tak pa...jauh dimata dekat di hati
'hutang' ni tak halang ikatan kita kan?
tak menjarakkan kita kan?
[p/s: bkn hutang duit ek!]

kehadiran akak bnyak membuka mata saya
banyak yg saya kene blajar balik n belaja lagi
tuk cari asiah yg dulu n mnjadi asiah yg lg baik..
[baik la sgt]
syukran kathira atas sume nasihat2,teguran2 akak...
~apa guna kita besahabat kalau tak sudi tuk saling menegur,memberi n menerima ~

semngt akak kadang2 tu bejangkit kat saya,
saya curi dalam diam 'charger' semngat tu..=)
Seriously,saya betoi2 dahagakan 'semangat'

teruskan perjuangan akak
bersyukur akak dipilih olehNya tuk bina
bi'ah taman islamiah kat KTD [hopefully,kat mana2 akak berada]
respect toing..toing dengan semngat akak yg tak mudah tuk ditangkis

akak!
akak tak keseorangan,
ramai orang kat keliling yg sayangkan akak,
yang bagi support kat akak,
semua nya 'tools' yg allah bg tuk memudahkan
keje2 dakwah akak

maaf,surat ni dikarang time mood: tak de perasaan
tau kan??
so so sorry!!

syukran 'ala kulli hal
aasif jiddan aidhon 'ala kullu shaaiik
uhibbuki fillah abdan abada!!

~orang yg membawa tasawuf dalam dirinya,seperti kapas putih yang melayang dibawa angin~

Doha,
11.43am
29 Sept 2010.

Sunday, September 26, 2010

In The name of Allah 'Azza wa Jalla

masih belum terlambat...
ku ukir lafaz Salam Aidilfitri buat semua umat Islam walau dimana berada...
Salam perantauan buat kalian di negara orang nun jauh dari tanah air....
Kususun sepuluh jari,pohon ampun & kemaafan atas segala kekilafan diri ini,
hamba Allah abadan abada.....
***
"Allahu akbar...allahu akbar...allahu akbar........." takbir bergema...

"Tahun lepas, mak langsung tak boleh dengar takbir dan lagu raya. Senang sangat meleleh", mak bersuara.

Ku jawab dengar senyuman penuh sebak.

Hati berbisik," kak yah pun sama mak, hanya Allah yg tahu"

***

Alhamdulillah.Keriuhan di pagi Syawal dapat kurasai kembali.Lain dari 2 tahun lepas. Kegembiraan terserlah di wajah ahli keluarga ku.Syukran ya ilahi !

Seusai solat hari raya, kami sama2 beraya di rumah sanak saudara belah ayah yang tinggal bhampiran dengan masjid. Rindu bersua penawarnya. Hati melonjak keriangan dapat bertemu sepupu sepapat dan sedara mara yg jauh. Setahun sekali aja ni!. Masing2 sudah berubah. Ke arah kebaikan.insyallah! Subhanallah! Besar juga keluargaku ya!

Tahun ni kkitorg tak masak pape. Semuanya masak kat kedai aja. Ayah takut kenangan 2008 kembali..hue3...

Rumahku,buat open house ke,tak buat open house ke,,sama aja. Hamba Allah datang beraya tak putus2.Dari pagi hingga malam.Pukul 12mlm baru boleh tutup pintu...=)...Sahabat handai,sahabat lama,sepupu sepapat,jiran tetangga....semuanya dapat bersua muka.

Ya Allah,besarnya rahmatMu!! Dikerah seluruh keringat melayan mereka dengan penuh kelapangan.Syukran kathira sudi bertandang di pondok kami ! Tetamu pembawa rahmat.

3 hari berturut-turut rumahku ala-ala open house. Yang 'check in & check out' pun tak putus2.Alhamdulillah,ada hikmah buat banyak bilik kat rumah ni. Atuk dan nenek sudah tiada [kedua2 belah mak dan ayah],rumah kami lah tempat sanak saudara berkumpul...^^,...meriah!!

Sungguh! Kemeriahan sebegini tak kurasa di negara orang.Tahun lepas,alunan takbir dialun bersama2 sahabat seperjuangan. Linangan air mata tersirat kata hati. Kegembiraan tetap terselit disebaliknya dalam menyambut hari kemenangan umat Islam.


Lain tempat,lain cara.hue3...Beraya di negara padang pasir ni lain sedikit.kalau biasanya beraya dengan saudara mara,tahun lepas aku beraya dengan sahabat2 & keluarga2 baru..walau baru berkenalan,kami tetap mesra.Di rantauan,semua orang Malaysia di rasakan saudara.[mmg la,org islam itu kan bersaudara!]...

Kalau di Malaysia,lepas solat pergi ziarah saudara mara, di Mesir aku dan sahabat2 round 1 malaysia. Tak percaya?? Hari ni pergi rumah nergeri Kedah,Perlis dan Perak.Esok pula rumah Terengganu, Wilayah dan Melaka.Lusa pula...............Seminggu jimat duit makan!! he3... Seronok!!

Orang arab macamna?? dorang lepas habis solat,samada terus duk dalam rumah atau pergi zoo atau gi 'ziarah" di zoo atau kuar bersiar2...Lain sakan dengan adat beraya kita orang Melayu!

Paling seronok,kami sama2 rancang buat open house..hik3...masak sama2,hias rumah sama2,sediakan bahan sama2, pakat2 tunjuk skill memasak masing2,....riuh rendah la!! makin utuh ikatan kami...Ibu ayah di kejauhan,sahabat2 la keluarga kami..best jugak yer duk di perantauan! he9.


Raya tahun ni pula, Allah izin bergembira bersama sahabat2 jugak. Sahabat2 lama. ya Allah,walau jauh di mata,kami dekat di hati. Rindu yg tak dapat diungkapkan dengan kata2.Hanya rabithah hati sesama kami yg memahaminya..Bahagia melihat raut wajah mereka.Walau tak sempat berkongsi suka duka sepanjang perpisahan,namun saat pertemuan cukup menenangkan jiwa yg resah & dpt menaikkan semangat diri. Anugerah kemanisan ukhuwah lillahita'ala!

Kalau dulu,tahun 2008 kami beraya dihospital,tahun ini pondok tmpat berteduh kami tempat sambutan aidilfitri...alhamdulillah..

Kalau dulu,tahun 2008 & 2009, kami beraya tidak cukup ahli keluarga...tahun ini cukup korumnya...alhamdulillah...

kalau dulu,sempat kami keluar ziarah ke rumah sanak saudara,tahun ni ramai yg menziarahi kami...alhamdulillah

***

Walau macamna keadaan pun kita menyamput hari kemenangan
Sujud syukur padaNya kita dahulukan
Kerna masih beri peluang merasai kemanisan Syawal,setahun sekali
Ramadhan meninggalkan kita
Hanya Dia Yang Maha Mengetahui
Samada kita masih berpeluang atau tidak utk Ramadhan & Syawal akan datang

Kalau kita handle situasi itu dengan gembira
maka lenyaplah segala dukacita
soal hati,hanya Pemiliknya yg tahu...

SALAM LEBARAN 1431H!!

Wednesday, September 15, 2010

friends vs family

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani

Salam kuntuman muhibbah buat semua !

Sudah hampir 2 bulan bercuti di Malaysia. Pelbagai peristiwa suka duka berlaku. Alhamdulillah,Allah permudahkan segalanya.

" nak jumpa kawan2 lama"- ni adalah salah satu target yg termasuk dlm senarai aktiviti summer break di malaysia.

Subahanallah! masa mula2 sampai sini,sahabat2 lama sudah mengorak langkah ke kampus masing2. Terkapai-kapai di rumah. Rancangan utk keluar bersiar-siar dengan sahabat2 tertangguh.Terima seadanya.

Hanya seminggu sebelum puasa dan seminggu selepas raya mereka bercuti.Kubayangkan mungkin waktu itu kami sama-sama berebut peluang utk luangkan masa bersama keluarga dan sahabat2 lain. Ya! Itulah yg terjadi.

"Asiah,next week saya balik,kita jumpa boleh? Dah lama tak beborak dgn awk."..."insyallah ,boleh"

Tiba hari yg dijanjikan,mak atau ayah pula :

" Temankan mak balik kampung jap,boleh?"

" tolong mak siapkan kerja2 mak ,boleh?"

" Jom kita keluar lunch sekali !"

Serba salah jadinya. Kawan atau keluarga??

Dengan kawan dah berjanji minggu lepas lagi,mak pula hari tu baru mengajak. Mane satu patut aku utamakan?? Bagaimana nak jaga hati dua-dua pihak?? Kawan dapat jumpa setahun sekali je.Mak pula??Selalu aja Allah uji aku dengan keadaan begini.Kupinta petunjukMu ya Rabbul Izzati!

" Family first,Asiah. Awk dah la balik setahun sekali.Insyallah kita jumpa lain kali."

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...

Allah kurniakan aku dengan sahabat2 yg cukup memahami sahabatnya. Tolak ansur dri sahabat adalah pengorbanan besar bagi aku. Terima kasih banyak2 !!

Tidak cukup dengan itu,Allah mahukan aku lebih memahami "Family first",lain pula kisah yg berlaku....

Pada hari raya ke-5,sahabat2 lama tuisyen wat reunion di rumah kawan. Katanya mula pada pukul 11.15pagi. Pagi tu mak ayah ade bgtau yg hari tu nak melawat saudara mara di kampung belah mak dan suruh aku balik sebelum zohor. Aku dah bagitau,tak mungkin balik sebelum zohor sebab nak siap2 kan makanan,nak barbeque lagi..mungkin balik sebelum Asar dan aku mintak izin nk pergi ke rumah saudara mara tu dengan adik.

Seperti yang kujangkakan,majlis reunion siap pukul 4 lebih,hampir waktu Asar. Handphone aku memang sudah penat berdering. Panggilan dari mak ayah yg bertubi-tubi. Akhirnya aku pulang ke rumah pukul 3 lebih,keluar awal dari majlis,di tambah dengan traffic jam,sampai lah kat rumah jam 4 lebih.

Buka sahaja pintu rumah,mataku bertentangan dengan mata mak. Dalam getar kubertanya,

"Mak nak pergi umah ayah ngah sekarang ke? "

"urmm..tak tahu"..jawab mak sambil memalingkan muka.

Sahhhh!! mak merajuk !! ku bermonolog keseorangan. Resah.
Ayah macamna?? Tak berani aku nak tegur.

Sampai ke malam mak tak bercakap dengan aku.Dia tidur awal malam tu. ya Allah,betul2 aku tak ada peluang nak face to face ngn mak,nak mintak maaf. Gelisah dihati tanda aku dah sakitkan hati mak.'Maaf mak' tak terlafaz.

Aku nekad,segala plan aku utk keluar beraya bersama rakan2 esok,aku batalkan.Maaf kawan2! Aku luangkan masa,bagi peluang utk jalan beraya bersama keluarga di rumah saudara mara belah mak.

Mak pun ada saudara mara dan sahabat2 yg ingin dia luangkan masa bersama. Sebelum ni mak ayah selalu memuliakan sahabat2 aku,apa salahnya aku pula memuliakan sahabat2 mereka.

Ya Allah,ckup besar ibrah yg Kau nak beri padaku. Memang benar ! Hanya sekali setahun aku berpeluang bertemu mata dan bersembang dengan sahabat2 dan mak ayah 2 bulan aku berpeluang duduk bersama. Tetapi kerestuan dari mak ayah tak sama dengan semngat yg aku terima pabila bertemu sahabat.

Bila sesuatu yg kita buat,hanya mnggembirakan org lain dan diri sendiri tetapi ibubapa tidak meredhai,kegembiraan itu hanya sementara. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.
Apa guna hudup tanpa redha Allah ?? Itu matlamat kita melayar di dunia nan fana'...

Jangan dikisah hati bersedih tidak dapat memenuhi kehendak,janji keredhaanNya kita peroleh kerna ia bekalan hari kekal...sesuatu kejadian pasti ada hikmahnya yg tak tercapai akal utk menjangkakannya.