Monday, March 22, 2010

bertambah 1 angka!

aSsaLaMuaLaikum!!!

alhamdulillah.....

Pada 21 mac 1991 aku dilahirkan pada waktu subuh....dan kini sudah 21 Mac 2010,sudah genap 19 tahun aku hidup dimuka bumi Yang Esa....Alhamdulillah....syukran kathira mak!!! mak sanggup bertarung nyawa melahirkan kami dua beradik yang telah tinggal bersama di dalam rahimmu selama 9 bulan....akhirnya,dpt jua kami mengenali duniaNya yg fana' ini....walaupn aku hanya sempat hidup bersamamu selama 36 hari di bumi nyata,tetapi tempoh pengenalan yg singkat itu cukup bermakna buat diri ku dan mak!!! moga kau menjadi anak yg menunggu mak dipintu syurga ya Maryam!

Alhamdulillah....

Syukran kathira pada ahli keluarga dan sahabat2 atas hadiah INGATAN & UCAPAN....hanya Allah sahaja yg berkuasa membalas kebaikan kalian...
Hadiah PERSAUDARAAN dari kalian sudah cukup menggembirakan hati ini....
ya Allah,aku bersyukur atas kehadiran hamba2 mu disekeliling aku,hamba2mu yg amat menghargai nikmat ukhuwah fillah!

Alhmdulillah....
Pengalaman pertama bagi seorang anak perantauan,,yg selama ini telah terbiasa menyambut hari kegembiraan bersama keluarga...bersuka ria bersama keluarga...kini Allah menggantikan ahli keluarga nun disana dengan 'keluarga baru' disini.alhmdulillah....Indahnya bila kita bersaudara kerana Allah....

Tahun ini,hari ulang tahun disambut bersama 'keluarga' juga...ahli 'keluarga' yg cukup unik bagiku...surprise party yg dirancangkan adalah diluar jangkaan ku. Apa tak nya...esok kami ada supporting exam anatomy,abdomen and pelvis lak tuh! tak mungkin 'mereka' nak smbut my besday...mesti 'mereka' nak persiapkan diri utk 'berperang' esok....inilah yang kufikirkan.Aku sendiri pun mestilah sibuk utk bersiap....[busy sgt la konon]

Rupa2 nya,perancangan 'mereka' berjalan lancar,,line clear!!


~suapan icecream-cheese cake!! yummy!!~



~wif akak2 yg hepi-go-lucky 24jam~

~kegumbiraan bersama yg xkan dilupakan~

alhamdulillah....
thanx alot akak2 ~[k.bella,,k.fiza,,k.zaty,,k.lisma,,k.amalina,,k.mimie]
susah2 je korang celebrate...
hu3...mmg respect la kt korang...sempat agi luangkn masa study tuk adek Asiah..he3...
papepun.....syukran kathira akak2...thanx terima adik sbg sbahagian dari keluarga ni. Adik da banyak belajar dari korang sume..yg paling penting,,SENYUM SOKMO!hu3
.moga Allah memberkati hidup akak2 dan mumtaz dalam semua perkara didunia dn akhirat...
moga ikatan kekeluargaan kita diberkati Allah...

Buat Asiah...sempena menyambut kehadiran angka 19 dalam diri...ada hadiah cerita buatmu Asiah...

Suatu hari Abu Syuraih berjalan lalu menangis. Dia ditanya, "Mengapa engkau menangis?" Dia menjawab,"Aku memikirkan hilangnya umurku,sedikitnya amalku dan telah dekatnya ajalku." Abu Sulaiman berkata,"Biasakan matamu menangis dan hatimu merenung." Dia berkata lg, "Memikirkan dunia merupakan hijab Akhirat memikirkan akhirat membuahkan hikmah dan menghidupkan hati."

walau ringkas,jangan pandang remeh ya Asiah...sentiasalah mohon hati yg baru dari allah...sentiasalah pohon hidayah dariNya ya Asiah....Asiah! teruskanlah langkahmu di hari yg mendatang dgn penuh keyakinanMu pada Allah..perjalananmu masih jauh....





Thursday, March 18, 2010

Rindu + C.I.N.T.A

Salam seuntai mahabbah buat semua....

alhamdulillah..alhamdulillah..wa thumma alhamdulillah

Ucapan alhamdulillah mungkin tak setimpal dengan nikmat yg Allah berikan setiap saat pada kita. Alhamdulillah,minggu ni terasa seperti diri ni da mula kembali pada 'zaman dulu'. Iye ke? Firstly, aasif jiddan pada sahabat2 dan ahli keluarga kerana sy telah membuatkan kalian rindu.Diri ini juga rindu pada kalian.Harap kerinduan ini tidak bertepuk sebelah tangan.

Angan2 dapat rehat selepas habis mid-term exam melayang begitu sahaja. Selesai sahaja exam,banyak sgt tugas2 yg ditangguh perlu diselesaikan.Alhamdulillah,semuanya dah settle. Jumaat,satu-satunya hari cuti bagi kami dipenuhi setiap minggu. Hari2 lain yang padat dengan jadual kuliah juga diselit2 juga dengan pelbagai program.Alhamdulillah, Allah bagi peluang dan membuka ruang utk diri ini terus merangkak mencapai matlamat. Pada minggu lepas,pihak Akademi Al-Quran (AQ) telah mengadakan Seminar Kecemerlangan Pelajar bg seluruh pelajar di Mesir especially utk pelajar perubatan dan alhamdulillah diizinkan olehNya utk hadir kesana. Satu seminar yg cukuup memberi makna.Seminar yg bukan sahaja membuka mindaa mahasiswa akan cabaran yg bakal dihadapi dan persediaan menghadapi.Malah..banyak yg dapat dikutip dari panel2 yg hebat pada pndangan kita. Pada saat itulah,dewan itu menjadi saksi bahawa diri ini telah jatuh cinta.Perasaan cinta yg tidak pernah hadir sebelum ini. Terasa tidak mahu lepaskan perasaan ini. Ah,,indah nya CINTA ini!...Senyuman yg terukir cukup menjelaskan kebahagiaan yg terselit dihati. Ya Allah,jgn lah kau pudarkan cinta yg baru berputik dihati ini!. Cinta pada harta,akhirnya habis jua...cinta pada manusia,berpisah juga akhirnya...cinta pada ilmu,ia berkekalan walau sudah tiada...cinta pada Ilahi itulah cinta yg hakiki.

Hari2 diteruskan dgn tugas dan amanah yg diberikan. Permulaan Sem 2 yg agak mencabar apabila jadual yg disediakan amat padat dan alhamdulillah diberikan cuti pada khamis dan Jumaat.Cabaran juga bila cuti dipanjang kan.Banyak waktu kosong. Amat takut bila ia diisi dengan perkara yg melalaikan.Nabi bersabda 'Dua nikmat yg kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang'..nauzubillah kita tergolong dlm golongan org2 yg rugi.

Hari cuti yg lepas,alhamdulillah diizinkan hadir ke Program Love Islam for Eternity (L.I.F.E) under persatuan PERUBATAN Mesir.Program ni mmg khusus utk plajar tahun satu perubatan dan pergigiaan. Alhmdulillah,dapat refresh balik diri ini dlm bab aurat,ikhtilat dan syahadah.Mungkin selama ini kita pandang remeh dengan tajuk2 sebegini dgn menganggap diri sudah cukup faham dengan bab2 ini.Alhamdulillah,Allah buka lagi satu peluang menambah ilmu. Tajuk paling hangat dlm prgram ni adalah "gelora cinta remaja"~tajuk ni dipilih kerana sudah menjadi lumrah pada remaja hari ni utk terlibat dlm dunia cintan cintun...sy nasihatkan..kalau ada sesiapa yg ada keinginan utk terlibat dlm dunia cinta remaja ni,tunggu kejap!..ringan-ringan kan la tangan utk mencapai buku 'AKU TERIMA NIKAHNYA'.khatamkan dulu buku ni...then gunakan akal utk berfikir dan tanyalah hati utk mulakan langkah seterusnya...mulakan langkah dengan bijak dan redha dariNya....

Beberapa hari lepas tu pula, Allah permudahkan pertemuakan kami.Antara diri ini dengan sepupu yg datang ke Mesir utk urusan kerja. Hepi yg tak terkata dpt jumpa ahli keluarga. Ini baru jumpa sepupu,belum lagi jumpa mak ayah dan adik beradik lain. ya Allah...gembiranya diri ini! Alhmdulillah. Pertemuan yg hanya beberapa minit ini cukup mengubat 'sakit' diri ini. Syukran Abg Jijie sudi jenguk2 k.yah disini. Insyllh,kata2 Abg Jijie ( small matter jer tu,tak payah susah2 bgi barang,kejayaan dari kyah itu yg paling penting) akn ku usahakan..

Dalam minggu ini juga, docturah sediakan pelbagai supporting exam. Ya Allah,memang tak der makna nya utk 'rehat'. Terkejar nak cver tuk exam + cover yg bru belajar. Masa cukup cemburu. Memandangkan keadaan ni, diri ini wat keputusan utk kurangkan masa utk mengadap laptop.Setakat ni hanya mampu menahan diri dari dunia IT selama sehari sahaja.Susah juga bila hati ni sudah melekat pada sesuatu tu...Hanya melalui dunia ni sahaja diri ni dapat berhubung dengan sahabat2 dan keluarga disana...selalu sahaja berperang dalam membuat keputusan antara buku atau internet?? kalau buku,diri ini sahaja dpt kebaikannya,kalau internet,kadang2 kebaikan diri sendiri..kadang2 kebaikan utk org lain jugak.keliru!! kuat betul kuasa keliling dlm menggoyah pendirian diri ini.Amat lemah!

Konklusinya,kuterasa seperti 'kedengkian'ku telah terbalas. Sudah setahun lebih kutinggalkan dunia 'sibuk' begini. Walau tak sesibuk dulu,tapi sekurang-kurangnya waktu terluang terisi jugak dengan benda2 yg dpt menyibukkan diri. Sebelum ni sentiasa dengar cerita dari sahabat2 yg sentiasa sibuk hadir ke program sana sini,ditambah dengan tamrin nya dan juga usrah. Ah ! jelesnya ! Sudah lama kutinggalkan semua itu.

Ditambah lagi dengan cerita dari ibuku,..masa nya sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Gelaran 'YB' dari kami adik beradik utk ibu amatlah sesuai.YB=Yang Busy.Kubangga dengan ibu . Dia tidak pernah kenal erti jemu dan letih dalam usahanya menegakkan kalimat Allah. Cabaran dan fitnah yg hadir satu per satu tidak pernah mampu menggoyahkan semangatnya dlm berjuang sejak remaja lagi.Hebatnya ibu! Walau sibuk dalam menjadi penegak agama suci,dia tidak pernah lupa akn tugasnya sebagai ibu dan isteri.
Pesan ibu: "jangan sia2kan waktu remaja tu.time ni la kita berpeluang buat 'semua' tu" general nya~ aper 'semua' tu??? fikir2kan lah Asiah!

Jelesnya aku pada kamu semua!!! Benarlah kata2 senior di zaman sekolah dulu..'kita tak kan maju kalau hidup dengan buku je'...Rindunya diri ini pada suasana aktiviti beramai-ramai,sahabat yg saling menasihati dan menegur,sahabat2 yg sentiasa mengingatkan diri pada Pencipta ,suasana berkongsi suka dan duka bersama,suasana beramah mesra beramai2,,,rindu juga pada suasana ditarbiah...Ya Allah ! kuatnya rinduku pada semua ini.kau ubatilah kerinduanku ini...aku hambaMu yg lemah...aku mohon bantuanMu ya Allah...kau bukakanlah pintu2 peluang utk aku meneruskan 'tugas'ku yg telah lama ditinggalkan....

Tidak pernah terlintas di hati ini 'kerinduan' sebegini hinggap dihati. Tidak pernah terfikir yg diri ni akn ditinggalkan dgn dunia tarbiah seperti di maahad dulu bila Mesir menjadi tempat mencari ilmu. Semuanya kuasa Allah.KetentuanNya yg penuh hikmah. Diri ni akan cuba utk merangkak kembali dan bangun semula. Sungguh! segala2nya perlukan usaha. Sudah terbiasa 'disuap',,bukan mudah utk belajar 'mencari sendiri'...kesungguhan diri amat membantu dlm mmberi komitmen sepenuhnya. ayuh! belajarlah 'mencari'!!

Jika mereka sibuk mencari cinta,
biarlah kita sibuk mencari iman.
Jika mereka sibuk mencari pasangan,
biarlah kita sibuk mencari keredhaan.
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta,
biarlah kita menangis kerna terkenang dosa2 yg semalam.

Jika kita tak sibukkan diri dengan Islam,
diri yg lalai akan sibukkan kita dengan dunia.
Jika kita tidak penuhkan jiwa dengan tarbiah,
jiwa kita akn dipenuhi dengan syubhah.

hijrahkan jiwa menuju kecintaan pada ILMU yg boleh membawa kita menuju
kecintaan kpd Yang Maha Agung


Wednesday, March 3, 2010

nak balik....='(

aSsaLamualaikum.....
Sebagai hamba,kita tidak akan pernah lari dari ujian dari-Nya. Walau sekuat mana kita menghalang,sejauh mana kita menyorok,ujian tetap hadir sebagai pelengkap hidup kita sebagaiHAMBA ALLAH. Alhamdulillah,ujian dariNya adalah tanda sayangNya Dia pada kita. Beruntunglah kepada orang2 yg sedang dalam ujianNya.Hakikatnya,kita tidak pernah dan tidak boleh memilih ujian.Hanya Allah yg mengetahui kemampuan hambaNya.

Dalam proses menerima DUNIA BARU,pelbagai cabaran hadir,pelbagai kedaan perlu dihadapi. Terlalu banyak yg masih belum dipelajari. Ya Allah,kuatkanlah hamba ini. Dalam kesibukan melayani suka duka kehidupan, Allah hadirkan makhlukNya dalam diari hidup ini untuk diambil pengajaran. Sungguh,didikan Allah itu hadir dimana sahaja.Alhamdulillah...

Disaat kaki melangkah ke lapangan terbang,hanya niat untuk menuntut ilmu yg hadir dihati. Menanti sambutan mesra dari bumi anbiaa'. Suka duka bercampur. Bila diri selamat disambut,angin yg mengiringi cukup memberi keyakinan untuk meneruskan niat dihati.Insyallah,segala harapan dan kepercayaan yg diberikan akn dipenuhi semampu yang mungkin. Kaki mengorak langkah dengan nafas yang baru. Sungguh teruja dengan kehebatan Ilahi dgn kewujudan bumi yg penuh sejarah. Insyallah, akn digali segala sejarah yg tersirat dibumi ini sepanjang 6 tahun di sini.

Gelaran bumi Nabi dan Firaun disini cukup memberi makna . Disini segala2 nya boleh berubah dengan mudah...dengan izin Allah. Samaada menjadi pengikut nabi atau pengikut Firaun. Kawan yang rapat mungkin boleh berpisah. Kelakuan yang baik mungkin berubah kepada sebaliknya. Hati yang gagah mungkin boleh mnjadi lemah. Diri yang sentiasa hidup dalam keselesaan mungkin akan berubah kepada sentiasa gelisah dan kesedihan. Unexpected.

Dikira semangat yg dibawa dari tanah tumpahnya darah sudah cukup menghadapi mehnah di sini. Tidak cukup jawapannya. Semangat boleh berkurangan sedikit demi sedikit .Kekuatan diri makin hari makin menjauhkan diri. Ujian berganti ujian hadir. Fitnah silih berganti. Pedih,perit,,perlu dihadapi.Segalanya luar jangkaan fikiran yg kerdil ini. Segala cabaran sekeliling cukup menggoyahkan niat awal ke sini. Cukup mengganggu diri dalam menuntut ilmu. Haru-biruu jadinya. Kadang2 terasa seperti ingin mewujudkan noktah dalam meneruskan pengajian disini.

Mampukah amanah-amanah ini dipenuhi? Dimanakah semangat perlu dicari? Ibu dan ayah jauh nun disana. Siapa yg aku ada? Hanya sahabat. Mampukah aku membina kembali semangat bersama mereka? Ya Allah,diri ini tidak gagah...diri ini sudah letih bersabar dengan segala keperitan disini...aku perlukan kekuatan dan semangat untuk bangun kembali. AKU NAK BALIK MALAYSIA,,aku mahu melepaskan segala keletihan bersama keluarga tersayang,aku amt rindukan kata2 dari mulut mereka yg mampu mengagahkan kembali diri ini, aku mahu mencari kembali semangat yg hilang,aku mahu pulang wahai sahabat ku,kepulangan aku bukan kerna aku 'homesick',,tolonglah!! merekalah pengubat diri ini.

Subhanallah,,inilah rintihan2 yang sentiasa kudengar dari sahabiah disini.Kufikir hanya diriku yg menghadapi masalah sebegini,rupa2 nya,ramai lagi sahabiahku diluar sana yg lebih hebatujiannya dari aku.Alhamdulillah,Allah maha mengetahui kemampuan hambanya. Inilah fenomena normal yg sentiasa berlaku pada pelajar2 disini(Mesir). Tekanan belajar dicampur dengan kekuatan onak duri sepanjang meneruskan kehidupan cukup mencabar diri untuk meneruskan perjuangan.Akhirnya, membuat keputusan untuk berhenti dalam meneruskan bidang yg diambil. Atau ada juga yg ingin mengambil cuti sendiri untuk mencari ketenangan bersama keluarga di msia.



Alhamdulillah, keadaan sahabiah yg sebegini cukup mengajar diri ini tentang 'expect the unexpected'dan 1001 pengajaran. Segala 2nya telah dirancang oleh allah. Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Walau sesuatu itu pada zahirnya pahit untuk ditelan,namun pada hakikatnya ia penuh dengan kemanisan . Kemanisan itu perlu diselongkari,bukan dirunguti. Allah itu Maha Adil. Segala yang hadir pada diri kita ,itulah yg sepadan dengan kemampuan diri kita. Percayalah sahabat! dirimu mampu menghadapinya! Dirimu sangat kuat sebenarnya! jangan biarkan perasaan lemah menguasai diri! jangan biarkan syaitanirrajim lompat kegembiraan dalam menjatuhkan semangat mu!

Sahabat,bukan diri ini ingin menghalang dari sahabat mencari ketenangan di Msia,tetapi,kerna diri ini amat menyayangi mu,diri ini cuba lakukan yg terbaik buat mu sahabat. Sama2 kita ingat kembali perjalanan kita sebelum mendapat peluang menuntut ilmu di Ardul Kinanah ini? Bukan semudah yang disangka kan? sanggupkah sahabat melepaskan peluang menjadi mahasiswa mesir dengan begitu sahaja? sanggupkah sahabat mengecewakan harapan mereka di msia dgn keputus asaan sahabat? sanggupkah sahabat meninggalkan cita2 yg diimpikan sejak kecil dgn begitu sahaja? Bangun kembali sahabat ku yang gagah! Aku yakin,kau mampu hadapi segalanya,kuatkan keyakinan dirimu,Allah sentiasa bersama mu!

Mungkin ujian hari ini akan memberikan kebahagian padamu pada hari esok. Mungkin keperitan hari ini akan memberi kemanisan padamu pada hari akan mendatang. Mungkin ujian2 hari ini mampu menjadikanmu seorg yg gagah perkasa utk menghadapi hari2 yg mendatang.Buang perkataan GIVE UP dari dirimu.Ia mampu menghalang kekuatan untuk berdiri kembali.Ayuhh!

Namun,hakikatnya diri kita sendiri yang tahu potensi dan kemampuan diri. Kita sudah besar. Anugerah akal dari Allah janganlah disia-siakan. Muhasabahlah diri selalu. Pinta petunjuk dari Maha Mengetahui dalam membuat sesuatu keputusan .Moga setiap langkah kita dibumiNya ini diiringi hidayah dan keredhaanNya. Segala2 nya hadir dari Allah dan kembalilah kepadaNya . Diam diri ini bukan bermakna menjauhkan diri,tetapi,biarlah Allah menjadi tempat pertama untuk kau mengadu dan berharap.Aku hanyalah insan biasa sepertimu jua~hamba allah~

note: Alhamdulillah Allah hadirkan sahabiah sebegini dalam hidup ku. sama2 kita belajar dari pengalaman hidup orang lain.Ya Allah jauhkanlah diri ini dari perasaan "nak balik"...cukuplah ku mendengar luahan ini dari sahabat2...