Bismillahirrahmanirrahim…
Turun rumah penuh semangat. Mana tidaknye,hari ini first
time gi hospital awal ^^,v…Alhamdulillah ade improvement. Sampai je kat lif
dalam hospital,terdengar mama mama arab duk cakap2 pasal Malaysian student.Allah
….rasa bagai otot2 urat saraf ,daging tulang badan di gigit-gigit,di kunyah2. Allah….patutlah
mengumpat itu dilarang sangat2 dlm Islam dan diumpamakan memakan darah daging
saudara sendiri.Nauzubillah…
Dengan sebab kami kurang mahir bahasa pasar mereka,dengan
mudah2 mereka nak mengata,,terpukul dengan diri. Orang Arab pun tak faham
bahasa melayu,dengan semudah ini kite pun katakan yang bukan-bukan pada mereka?
Kita dan mereka sama kan? Allahummaghfirlii…
Kesan dan respon
Adam & Hawa terhadap kata-kata
negatif
Sungguh kata2 negatif melemahkan diri. Entah kenapa hati ni
yang biasanya pandai ignore dengan benda2 begini,touching lelebih pulak ari
ni..Sabar..sabar Asiah ! Selawat banyak2…hilang jap focus dalam kelas..
Fitrah wanita,bilamana permulaan hidupnya dipagihari
terganggu atau bad mood, kemungkinan besar keseluruhan hari nya akan suram aje.
Cerah mentari bagaikan terlindung dengan awan yg sarat dengan air hujan. Kenapa
ya??
Subhanallah…
Allah ciptakan keunikan wanita bilamana menghadapi kesulitan,darah akan berkumpul dalam otak di bahagian ‘cerebrum’ yg mana menyebabkan mereka terus menerus memikirkan kesulitan itu walaupun sekecil biji sawi. Fikir punya fikir sampai kadang2 tidak jumpe jalan keluar dan menangis mampu melegakan mereka. Wahai suami2 soleh,abang adik yg baik…sediakanlah bahu kalian untuk si hawa meluahkan apa yg memenuhi fikiran mereka.Menangis tanda mereka percayakan kalian dan ketenangan bagi mereka.
Berlainan dengan kaum Adam, bila masalah datang,darah akan
berkumpul dalam otak pada bahagian cerebellum. Mereka hanya fikirkan 2 perkara
sama ada mereka lari dari masalah ataupun mereka hadapi dengan rasional. Fahamilah
wahai isteri2,kakak2…berikan peluang untuk mereka bersendirian,jangan pula
memaksa mereka untuk bercerita masalah mereka. Lelaki susah untuk bercerita ketika rasional
menyelubungi pemikirannya. Yakinlah, akhirnya abang atau suami akan bercerita
juga masalahnya bila mereka bersedia.
Release ur stress
: Do What U Love !!!
**'Tepung,marjerin garam gula ubat ketenangan dikala stress. Setiap makanan punya kisahnya tersendiri. Yang pasti,semua makanan adalah hasil buat kali pertama (menjadi).....zaman bujang asyik makan bende sama aje...kalau nak,bleh request ngan mak...hehe**
Allah…sehingga kaki bertapak ke rumah,hati masing tak mampu
nak senyum seikhlasnya. Hanya mampu berlakon senyum aje. Sebelum Mr Hubby
balik,I have to do something..
*wink*wink* (dapat ilham…dapat ilham)..heheeee..( jangan
lupe….alhamdulillah)
Hah…biasanya tepung dan majerin lah jadi mangsa ‘stress’.Masak
apa2 yg takpernah masak.Okeh set! Semalam dah buat doh nya,tapi tak menjadi. Keras
, takleh nak membentuk. Intinya pulak masin tahap air laut merah…erk -.-“..dah takdir..
Argh! Kalau gagal sekali tak bermakna gagal buat percubaan
akan datang. Memang kita tak mampu nak ubah TAKDIR, tapi kita boleh ubah RESPON
terhadap takdir.
Karipap ‘kelim’an kasih sayang
Sambil-sambil buat inti karipap….bakar ayam dalam oven….’Ting
tong….ting tong’
Erk…Allah….tak ready pape nak sambut Mr Hubby balik…sempat
sembur perfume aje...nasib baik tak tetuka ngan sheildtox…huhuu…Asiah! Senyum…senyum…
Hadoi,memang tak leh jadi pelakon la…senyuman kambing dapat
dikesan jugak…
“Kenapa ni? Masam2 je ni…” “emm,, tak de pape pun”…tak
pasal-pasal si dia rasa bersalah. Alhamdulillah dia faham yg saya tak de lagi nak bercerita. Dia cuba
hidupkan suasana.
Nota Mahligai
Bahagia : Perlukan tangga dalam membina kasih sayang.
Asap. Bau hangit.
Allah….ayam bakar…memang terbakau betoi lew !
Allah… kesiannya my hubby nak makan ayam ni…*rasa bersalah yg menggunung*
Allah… kesiannya my hubby nak makan ayam ni…*rasa bersalah yg menggunung*
Dengan selumber,” bang,maaf ayam bako terbakar sungguh2…tp
insyallah isinya ok”
“eh takpe…ok je ni…best nyer bau…jom makan”…Allah…dia sangat
hargai usaha aku memasak :’)
Seusai dinner,ayam hangit mencuit neuron dikepala, kenapa
ayam boleh jadi hangit? Niat tak betul ke mase masak tadi? Cemana keadaan aku
mase masak tadi? Emmm…cas negative dari diri terpercik ke dalam masakan…astaghfirullah
!
Okeh ! percubaan buat karipap kali ke 3 kene ade
perubahan,,okeh sebelum baca bismillah,senyum dan tenangkn fikiran Asiah!! Let’s
enjoy!................................................alhamdulillah,doh
dan inti menjadi :)
Mr hubby sibuk dengan kameranya..Tahu benar dia saya suka
merakam kenangan sesuatu yg bahagia…inilah hasilnya….
** Setelah kali ke 3 percubaan,alhamdulillah,ar tangan steri khas buat si dia terchenta **
“Nak tau kenapa?”
“mestilah ! “
“Nak tau hari ni ke ,esok”
“Abang niiiiii”
“Heheeee….macamni,kite tengok, macamna hubungan die dengan
ipar nya,ok ke tak.. Mesti ade kaitan”
“Ermm..si fulan tak rapat sangat dengan abg ipar dia.Eh apa
kaitannya abang? Tu abang ipar,ni dengan anak dia la abg,dia tak rasa sayang
kat anak saudaranya”,saya mula konfius.
“Hati kita bila tak de sayang pada si A, pasti susah untuk
sayang orang-orang yg ada kaitan dengan si A. kalau sayang pun,bukan
sepenuhnya, mesti rasa macam ada gap atau barrier yg menghalang..macam buat
karipap,kalau doh jadi,inti sedap,dan seronok dah,tapi bentuk dan kelim tepi
karipap tak cantik mane,seronok tak nak buat karipap?? Makan pun pejam mata
je,sebab nak rasa yang sedapnye”
Tambahnya lagi,” Nak bina kasih sayang antara kita perlukan
pengorbanan. Pengorbanan gelak tawa,senyuman,ceria. Mula2 buatlah
gembira,senyum, untuk orang rasa selesa dengan kita.Bila dah sayang,orang akan
mula ade rasa rindu,bila teringat kat kite,senang aje hatinya.Orang pun selesa
nak share pape ngan kite. Nak jadi seseorang yg mudah disenangi,yang dirasa
kewujudannya bukan mudah. Perlukan tangga. Step by step. Kita mulakan langkah
dulu,jangan harapkan orang mulakan.”
Rancak my hubby berbicara,”Bila masuk suasana baru,keluarga
baru, kelas baru,dapat ahli bait baru,apa2 je la yang baru,orang tak kenal kita
dan kita tak kenal orang2 tu macammna.Makanya, hidupkanlah suasana,bg mereka
selesa dengan kita. Benda ni bukan jadi sehari dua,take a along time. Sediakan diri
untuk menerima cara org lain dan jangan static dengan cara sendiri. Barulah dapat
rasa nikmat sayang menyayangi bila kita memberi kan sayang J “
Berbunga-bunga hati.Alhamdulillah pengisian yang simple tapi
sangat berguna. Dalam konteks,pernikahan….’Aku Terima Nikahnya’ bukan bermakna
kita hanya bernikah dengan si fulan,tetapi kita berkahwin dengan keseluruhan
ahli keluarganya. Kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai peringkat umur
sangat2 dperlukan. Bukan 1 hati sahaja yg perlu djaga,bila bergabung 2 keluarga
makin bertambah hati2 yg perlu d jaga.
Jangan risau kalau diri tak mahir memasak,tapi risaulah anda
diri menggunung berangan ingin berkahwn tapi tiada persediaan untuk menjadi
permaisuri di hati bakal suami.Tiada persediaan menjadi ‘pulau’ di dalam
keluarga baru. Biasakan diri bergaul dengan pelbagai manusia,bukan hanya dengan
housemate sendri. Keluarlah ke dunia luar! Berjalan dan nilailah.
Alhamdulillah…
Suasana rumah kembali ceria bagai bulan malam mencerahi
rumah kami.Karipap siap 10 biji utk breakfast esok.Hari Jumaat hari raya kami.
So,makanan kene la lain dari hari lain ^^,v