Resepi turun temurun ~
Bahan untuk 1/2kg cheese cake (A);
500g cheese
250g natural yogurt
4 sudu tepung jagung
2 sudu gandum
2 sudu Jus limau
Gula 180g
60 g butter
Essen vanila 1
4 biji telur
2 whipping cream
Bahan untuk base/ tapak (B);
2 packet biskut marry
Margerin
Topping - Raspberry jam
Cara membuat adunan- campurkan semua bahan (A) dan pukul sehingga sebati.
Base- Masak / cairkan margerin dan gaulkan dengan biskut marry yang telah dihancurkan/ dikisar. Kemudian mampatkannya didalam bekas loyang atau bekas aluminium foil. Tuang adunan kek ke atasnya. Ok! Bersedia untuk dimasukkan ke dalam oven. Nantikan cheese cake selepas 1 jam setengah ^^.
Setelah masak,sejukkan kek di dalam peti sejuk. Kemudian hias kek dengan raspberry jam dan apa sahaja mengikut citarasa masing2 dan siap untuk di hidangkan..
Selamat mencuba !
Mudah-kemas-lazat...
p/s ; jenama cheese yang boleh digunakan - Temma,Greenland, La Venche, Kiri , President dan sebagainya mengikut citarasa anda.
******************************
Alhamdulillah...
For da first time ...buat cheese cake yang betoi2 nampak cake.. sebelum ni?? Mengecewakan..sampai terfikir " tangan aku ni tak de seni buat kek kot"....tapi bila difikirkan semula..rupa2 nya praktikal tidak semudah teori.
Sebelum ni,salin resepi dari kawan2 yang superb hebat buat kek,balik rumah terus buat sendiri..akhirnya tong sampah tempatnya.. rupa-rupanya kene berguru. Benarlah dalam menuntut ilmu perlu berguru. Perlu pada pemerhatian dan penilaian guru. Belajar tanpa guru,syaitanlah gurunya. Bukan hanya dalam bab study sahaja,bab kemahiran pun perlu pada guru. Perlu pada latihan dan kritikan. Alhamdulillah i had got something!!
Plus, final exam tahun ni, tak ada kesempatan langsung nak buat dessert utk kawan2.. yer la,dah namanya study, perut pun sentiasa la mendendangkan lagu yg sayu,merayu meminta ditambahkan glukosa untuk tenaga. Tapi apakan daya,masa yang singkat sangat2 terhad untuk menelaah sillibus yang tersangatlah banyak.
Tak sempat nak praktis " study secara kolektif" dgn spuas hati. Sekadar berkongsi apa yang ada je la.
Study secara kolektif?? Maknanya keadaan kedua- dua pihak mendapat manfaat. Contohnya,semua oramg sibuk study,macam2 keadaan ada, ada yg stress,lapar, tak faham, mengantuk...so bg kita yg Allah kurniakan semangat yg lebih ,tenaga yg lebih,kemahiran yg lebih...gunakan utk membantu sahabat2 ketika study. Especially dalam musim exam. Masakkan sesuatu utk mereka,jenguk2 tanya khabar, ajarkan apa yang tidak difahami dan sebagainya.Maknanya,kita study utk manfaat diri sendiri dan dalam masa yang sama kita beri manfaat pada orang lain.
Saya memang tak pandai menggembirakan diri sendiri. Tapi dengan cara menggembirakan orang lain,itulah kegembiraan buat saya.. alhamdulillah
Benarlah..sesuatu kebaikan yg dilakukan utk org lain adalah utk kebaikan diri sendiri hakikatnya.
GAMBAR ; cheese cake bersiap sedia utk diterbangkan ke beberapa rumah sahabat2. Mesti dorang semua tengah pulun menghafal Tarikh tashrie3 kan?!
Esok exam ! Projek saya tetap berjalan...heheee....sebab gaps utk next 2 paper sangat la singkat..so inilah peluangnya ..sekali datang peluang,entah bila pula akan datang nye kan ;)
Ok! Doakn kejayaan kami..semua paper medic da lepas,hanya ade 3 paper subjek agama untuk ditempuhi sebelum fly to our motherland~~~
Wallahualam.
Kredit kpd sahabat tersayang Fateha Anuar Tan kerna sudi meluangkan masa menjadi sifu bertauliah hari ini. Barakallahu 'alaiki ^^
No comments:
Post a Comment