Sunday, December 18, 2011

Khairul Bariyah For The Next PERUBATAN's Leader !

:: BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ::

Bahang pilihanraya Persatuan PERUBATAN Malaysia-Mesir kian terasa. Hanya beberapa hari lagi,kita akan melihat wajah-wajah baru yang akan naik bagi mendokong dan menggerakkan persatuan ini. Dan semestinya , tangan-tangan ahli memainkan peranan yang sangat besar dan penting dalam menentukan siapakah bakal meneraju dan mengisi kerusi-kerusi yang bertanding.
Insyallah ,pilihanraya yang akan berlangsung pada 30 Disember 2011 di Dewan Malaysia Abbasiah kaherah (DMAK) atau dengan nama lain,ARMA, menuntut kehadiran sahabat-sahabat sekalian bagi menunaikan tanggungjawab kita sebagai ahli bagi sama-sama membunag undi. Di sini, secara peribadi, saya memohon sahabat-sahabat terutama dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi perubatan Universiti Al-Azhar untuk turun dan mengundi sahabat kita yang dicalonkan.Satu undian anda,menjamin masa depan PERUBATAN yang cerah.

Tak kenal,maka nak undi siapa?

Alhamdulillah, Universiti Al-Azhar tidak melepaskan peluang untuk menghantar wakil bagi pilihanraya tahun ini. Dalam diam, sebenarnya ada seorang puteri Azhar yang sangat berkaliber dalam kepimpinannya , telah menyahut cabaran untuk menjadi calon AJKT PERUBATAN 2012/2013.

Saudari Khairul Bariyah Abd Latib,bukan calang-calang puteri Azhar. Jom kenalinya dengan lebih rapat...




Anak kelahiran Kuala Kangsar ini ,dengan pencapaian jayyid Jiddan 2 tahun berturut-turut menjayakannya berada di tahun tiga dalam pengajian perubatan di Universiti Al-Azhar sekarang. Sifatnya yang rajin menelaah ilmu menjadikannya rakan karib kepada buku-buku tidak kira buku pelajaran mahupun buku ilmiah yang lain.

Saudari Khairul Bariyah sudah dilatih menjalankan amanah sejak di bangku sekolah lagi dengan penglibatannya dalam Majlis Tertinggi Asrama bahagian Dakwah serta merupakan seorang pengawas yang cukup berdisiplin di Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah. Beliau sudah terbiasa dengan liku-liku dalam gerak kerja fisabilillah ini dan cukup berpengalaman dalam mengendalikan sebarang program.

kemahiran dan pengalaman yang diperolehinya tidak terhenti di zaman persekolahan sahaja, beliau terus menggilap sifat bertanggungjawab dan amanah dalam dirinya dengan aktif melibatkan diri menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam program-program yang tersedia di bumi Kinanah ini. Antaranya adalah :

• Timbalan Pengarah AQSA 2011
• Duta Perubatan BKAN Perak,Azhar.
• AJK Makanan MTK 1
• Mentor Smart circle
• Fasilitator PSMP 10/11
• ADHOC Disiplin MAT KPIPM 10/11
Keramahannya dengan semua orang memudahkan lagi beliau untuk lebih bergiat dalam menyumbangkan idea dan tenaga fizikal.Kesibukan dalam gerak kerja tidak pernah menghalang beliau untuk mengabaikan hak-hak sahabat disekeliling.Sungguh,beliau seorag yang sangat penyanyang dan sentiasa mengambil berat hal sahabiahnya.
Kenapa perlu mengundi Khairul Bariyah?

Seperti sahabat-sahabat ketahui, usia setahun jagung penglibatan pelajar Azhar dalam persatuan PERUBATAN ,tidak ramai ahli kita yang berkecimpung dalam persatuan ini apatah lagi memegang tapuk Majlis Tertinggi persatuan PERUBATAN. Maka, dengan adanya wakil dari Azhar,insyallah akan memudahkan urusan-urusan yang sukar dilaksanakan seperti lambat penyampaian sebarang maklumat, jadual aktiviti persatuan tidak seiring dengan Al-Azhar, cadangan dan komen tidak dapat disampaikan kepada pihak atasan dan lain-lain lagi.

Insyallah , manifesto yang akan direalisasikan oleh beliau adalah:

“Menjadikan PERUBATAN sebagai medium intelektualism , aktivisme dan idealisme untuk seluruh ahli PERUBATAN”

Ya ! memang perlu ,memilih Khairul Bariyah kerna:

Intelektualisme- Mengukuhkan lagi PERUBATAN sebagai telaga thaqafah buat ahli PERUBATAN yang cintakan ilmu dunia dan akhirat disamping dapat melahirkan bakal muslim/muslimah doktor yg berpengetahuan

Aktivisme – Mejadikan persatuan PERUBATAN medan merapatkan ikatan persaudaraan dikalangan ahli dan mengasah bakat-bakat ahli serta melahirkan ahli yang aktif dalam semua perkara . Doktor serba boleh,insyallah !

Idealisme- membuka ruang dan peluang kepada semua ahli untuk berkongsi dan menyumbang idea-idea yang bernas untuk kebaikan semua ahli. Sifat keterbukaan persatuan PERUBATAN
dapat mewujudkan ahli yang berfikiran luas.

Kenapa perlu turun mengundi?

Sekiranya di Malaysia kini sedang sibuk membuat persiapan bagi pilihanraya ke-14 (PRU 14),kita pula sibuk menyusun atur pilihanraya pERUBATAN. Kesamaan bagi kedua-dua pilihanraya (PR) ini adalah masing-masing menggunakan sistem demokrasi bagi menetukan siapakah yang akan dipilih untuk memegang tapuk pemerintahan ataupun majlis tertinggi. Kedua-dua PR ini membawa gambaran yang sama iaitu kepekaan terhadap keadaan sekeliling dan menuju ke arah matlamat yang tertentu. Besarnya pengaruh PR ialah mereka memberi impak yang maximum yakni dengan cara boleh mngubah sesuatu mengikut keadaan majoriti.
Umur bukan pengukur sebagai pengundi, asalkan sudah setahun berada di dalam persatuan layak untuk turun mengundi.




Penggerak dan penyokong calon-calon adalah KITA...
Ayuh kita turun padang pada 30 Disember 2011, berikan semangat dan sokongan...
Undilah KHAIRUL BARIYAH ABD LATIB untuk masa depan PERUBATAN yang lebih cerah !

1 comment:

  1. salam'alaik~

    jalan2 ziarah blog asiah~
    nice blog..

    Alhamdulillah, masih ada sahabat kita yang sudi tampil memikul amanah.

    moga ALlah takdirkn yang terbaik untuk pemilihan qiadah PERUBATAN kali ini =)

    ReplyDelete