Sunday, January 16, 2011

tremors

......Assalamualaikum....

Salam mesra sahabat !

Tremors.Bukan sebab Parkinsonism.Shaking.Bukan jua sebab hypoglycemia. Tapi,debaran detik peperangan makin hampir. Tachycardia mula berjinak menapak di dalam diri.

Esok first paper for mid year exam a.k.a final exam for 1st sem. Pressure,psychological change, membuatkan jiwa,raga n diri menggeletar.Cuaca yg bersilih ganti sekitar 9 degree to 15 degree menambahkan lagi tremors ni.Seram sejuk dibuatnya...

Gelagat ahli beet dan sahabat2 lain mencuit hati kecilku. Chumill sungguh mereka ni! Semuanya sedang berjuang ‘berchenta’ dan pulun segala ilmu yg ada. Macam2 ragam.

***symptoms during study week***

Ada yg study dalam saratoga bersama lampu suluh.Tak tahan sejuk di dalam rumah. Ada yg pakai winter coat. Terasa cam ala2 org eskimo pulak . he3 . Yang ada difayah (heater), steady jea study..

Godaan movie dan novel pun turut serta. Puas mengadap helaian kertas,break,tatap lappy pulak. Contact dengan dunia luar kejap.Tidak kurang juga yg meja studynya penuh dengan buku2,kertas2 dan makanan. Hue3. Dah namanya winter, our body needs more fat as insulator from lipogenesis. Otak pun nak energy gak.

So,glucose dari makanan tu banyak tugasnya, antaranya utk glycolysis (pemecahan glucose utk bg energy) tht supply energy to red blood cell,muscle n whole body,next glucose for gluconeogenesis (proses penghasilan glucose ) yg teramat diperlukan oleh otak dan tisu2 lain..



Ada lagi~tetiba rasa nak masak macam2, buat kek,nak try masakan baru dan macam2 lagi...

Pentingnye makanan waktu ni. Otak banyak guna tenaga.So,kekurangan glucose. Badan kesejukan,so,perlukan fat.Alhamdulillah Allah murahkan rezeki .....(mane tak makin tembamnye,asyik makan je)..inilah ujian exam time winter...

***Sana sini buku***

Pandang kanan kiri,study....depan belakang ,ade orang study..Hue3...Ade yg rasa stress,ade yg rasa ter’motivate’..Awak bagaimana?? Saya? Alhamdulillah,inilah sumber motivasi dan perangsang tuk saya lebih akrab berta’aruf bersama buku2.

Awak,kalau rasa down bila tengok org lain lbih rajin dari kita,lebih cepat catch up dri kita,lebih mudah ingat dari kita,dan lebih la berbanding kita....ingat balik,Allah ciptakan semuanya berlainan. Kalau semua pandai ,tak ade lah istilah ‘pengajar’ dan ‘pelajar’....nak jadi 'lebih' ,usaha pun kene lebih la kan ^^,

Si dia expert tang tu,kita pulak pakar tang lain. Sama2 ada kelebihan dan kekurangan...

Banyak nikmat yg Allah berikan pada kita,tp sedikit yg mensyukurinya.Jom! kita masuk dalam golongan yg sedikit !

***mood ting-tong***

Deal dengan orang tak sama dengan komputer yg boleh di'adjust' sesuka hati pd bila2 masa. Mood mudah aja goyah during study week..hue3..betoi2 tercabar..Rilex ya! masa nilah nak latih diri ni deal dengan pelbagai emotional state. nanti kalau dah terjun bersama masyarakat luar,hari2 jumpa orang yg bermacam fe3el.Tambah2 kat hospital~mmmm...bayangkan je la ye~

Jadi,bila dah 'ter'kalis dengan selok belok ragam manusia,insyallah, rasional akn berdiri dihadapan bila masalah menerjah hidup kita.

Bila sedih,lihatlah pada nikmat2 yg telah Allah berikan..paling kurang pun,pandanglah kuku ,,ada 20 bentuk kuku yg berlainan dan unik..padanya ada tanda-tanda keagungan-Nya bagi orang2 yg berakal....syukran lillah~

“dan janganlah kamu iri hati terhadap karunia yg telah dilebihkan Allah kepada sebahagian yg lain. (kerna) bagi lelaki ada bahagian bagi apa yg diusahakan, dan bagi perempuan ada bahagian dari apa yg diusahakan. Mohonlah pada Allah sebahagian dari karunia-Nya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”.....[An-Nisa’:32]

***U know yoursef well !***

Hah! 1 lagi, lain org lain cara study nya. Awak suka study sambil syarah sorang2 dan study lepas kelas. Si dia ni pula suka study senyap2 kat tempat tersorok. So,bg saya, study tiada cara yg specific,Cuma sekadar guider utk study sahaja. Apa yg penting, kita sendiri lebih kenal potensi diri . Lakukan sesuatu berdasarkan kemampuan diri, bukannya ikut orang lain. Mana perginya pendirian diri kalau semua benda nak ikut orang kan. Guna lah cara tersendiri yg flexible. Kreatifkan minda dalam bertindak !


***Mid-year exam ***

Buat sahabat2 seperjuangan, AFMG 2nd year, senior dan junior...best of luck to all of u ! Just do da best dan Allah will take care of the rest...jangan lupa tajdidkan niat tu ya..

Buat adik2 junior, sbg ‘akak’, ade sedikit perkongsian percuma buat adik2. Adik2 n sahabat2 pulun la sungguh2 utk exam kali ni. Kenapa ya? Sebabnya ia akan memudahkan kita time final exam nanti. Final exam 3 bulan lebih je lagi. Lepas ni memang masa utk kejar sillibus Sem 2,so mungkin sedikit sahaja masa utk mengulang subjek Sem 1 yg akan di’carry’ juga ke final exam. Plus,markah tuk exam kali adalah carry mark sampai final.Pe lagi!! Bersungguh2 la ye semua !

AHAD -16/1/2011--> Biochemistry

RABU-19/1/2011--> Anatomy

AHAD-23/1/2011-->Pyhsiology

RABU-26/1/2011-->Histology

~next----->oliday ! cuti2 mesir ! (tak sabarnye...!)

Note : hypoglycemia: kekurangan glucose dalam darah.

Tremors=shaking: menggigil.

Tachycardia : Degupan jantung yg sangat laju (berdebar2)

Insulator : heater (pemanas)

Lipogenesis : proses penghasilan lemak

Note 2: Entry kali ni banyak istilah2 dari biochemistry dek kerna penangannya.hue3..esok 1st paper~ biochem...

....medic bukan untuk org cerdik pandai sahaja tp untuk org yg RAJIN,,,sebab medic=repeatition,comprehension....

~hajat doa dari sahabat2..syukran.....doa tersembunyi itu mudah dimakbulkan~

No comments:

Post a Comment