Thursday, November 4, 2010

H.O.P.E.

In The Name of Allah

Alhamdulillah.....

Tengah syok belaja psycho dalam kelas td,tetiba tengok ramai orang melayu lelaki berkot kat luar. “Adus! Pegawai kedutaan ke? Kantoi la..dah la tak ramai aini..gulp!...ready!”

Dr. Umaimah (penyelaran batch kitorg) masuk dulu.Then baru la ‘org2 melayu tu masuk’..

“aik,ramainya...tak pernah tengok pulak muka2 ni”

“Ni mak ayah student under Y2G la”

Tetiba Prof kitorang terkejut tengok perubahan airmuka kitorang.hihihi.

Baru saya tau yg persatuan ibubapa,IMTIYAZ, under yayasan wilayah persekutuan berpakat sesama dorang mai melawat anak2 kat Mesir. Ya Allah besarnya usaha dorang!

Tak terkata ape....walaupun mak ayah orang lain,tetap terasa juga...we’re in 1 FAMILY!

Dorang datang nak melawat dan pantau keadaan ‘anak-anak’ belajar kat sini. Nak tahu ape masalah kitorang kat sini.Speechless....otak melayang ke Malaysia...bibir mengukir senyuman lebar...bagaikan dihempap satu muatan semangat yg sgt banyak..alhamdulillah!

Masalah yg sempat kami kongsi adalah masalah dengan subjek agama cam tafsir,adab,balaghah dan al-quran.Semuanya diajar dalam bahasa arab fushah,kadang-kadang dalam bahasa pasar ‘ammiyah. Jadi,subjek ni jadi satu bebanan bagi pelajar yg tak ade basic bahasa arab. Kelas sejam/ 2 jam bg setiap subjek dirasakan seperti layang-layang putus berterbangan di udara.kesian kat dorang.So,kitorang mintak pihak universiti sediakan dokturah (lecturer) yg pandai cakap english.Sikit pun jadi la.

Pihak mak ayah yg hadir tu akan bincangkan hal ni.Hopefully,Allah permudahkan urusan ni. Plus,subjek2 ni dikira dlm markah utk naik tahun. Kesian la kat yg tak mampu nk kuasai subjek ni.Tambah2 kalau dorang ada keinginan nak dalami ilmu2 ni.

Setakat ni,apa yg kitorang mampu buat hanyalah jd translator tuk kawan2 yg tak faham.Tp ,tengok doctur la,ade yg bagi kita bercakap time lecture,ade yg suruh kita focus smpai buku pun tak leh buka...bukan ape sebenarnya,orang arab ni memang betul2 jaga adab menuntut ilmu sbb nak dapatkan keberkatan dalam menuntut ilmu tu.

Then,ade sorang wakil ibubapa,ayah kepada K.fatimah dan Adila (dorang adik bradik). Ayah dia bg short talk,tp amat bermakna bagi kami anak perantauan ni. Ringkas je....

[ jangan biarkan impian mereka terpadam dengan tangan2 kita sendiri ]

“Belajar bersungguh-sungguh ya. Lihatlah muka mak ayah kamu kat depan ni,kehadiran kami disini nak tengok anak-anak dan keadaan kat sini,sebab kami nak cuba berikan yg terbaik buat anak-anak. Harapan kami hanyalah nak tengok anak-anak jadi muslimah doktor. Janganlah kecewakan mak ayah ya!”

Merah mata ayah Adila....suara makin perlahan..sebak mungkin....

Manik-manik putih pun dah membasahi pipi Adila. Ya Allah !

Ni la antara kata-kata harapan seorang ayah.Dengan yakin saya katakan, harapan ni jua tersemat dalam hati mak ayah kita nun disana. Harapan mereka dilafazkan tanpa suara,tp dilontarkan melalui arus aura antara anak dan orang tua masing-masing.

Awak......harapan mak ayah besar!!!! Sanggup ke awak nak kecewakan mereka yg dah banyak bersusah payah utk awak??!!

[ inilah wajah-wajah yg tak pernah kenal erti penah lelah dalam usahakan yg terbaik buat anak2]

Satu tamparan hebat hari ini. Seriously,kalaulah mak ayah saya yg ada kat depan tu ,betul2 dalam kelas, benda ni akan jadi GREAT HISTORY dalam diari hidup saya.

Tahun lepas,alhamdulillah, Allah izin mak ayah saya singgah kat Ardul kinanah. Walaupun dorang transit selama 3 hari,tapi itulah saat yg paling berharga bagi saya. Setelah berbulan saya tidak mencium tangan dan pipi mereka di pagi hari sebelum keluar rumah,akhirnya dapat juga saya rasai nikmat tu.

Alhamdulillah,kebetulan pula masa tu dorang datang time saya dalam fatrah imtihan,final exam pulak tu. Free2 dapat semangat. Cumanya,rasa tak paus hati sebab tak dapat bagi layanan sepenuh nya sebab buku dan masa asyik jeles je dengan saya.pastu mood juga nak tumpang jeles. Hue3..psychological disorder! Hahaha...

Pesanan percuma buat ibubapa yg teringin nak fly ke tempat belajar anak2 mereka,pastikan anak-anak kalian tidak dalam fatrah imtihan (musim exam) utk dapatkan perkhidmatan terbaik dari mereka ya.harap maklum.Terima kasih!

Lepas mak ayah keluar dari kelas,doctor terus cakap.

“u all looks like babies”

Kenapa?? Apa tak nye,muka terus berubah ceria bile tengok muka mak ayah.Doc kata muka kitorang bagaikan anak yg mahukan belaian,pelukan dan kasih sayang...uwaaaa! kacau la doc ni...

Ya,itulah kami,manusia yg amat memerlukan kasih sayang utk membesar menjadi manusia yg optimis,positif dan hebat!! ~pandanglah manusia dengan penuh kasih sayang,,pasti bahagia~

sweet'heart'

Salam titan kasih buat hamba2 Allah sekalian!

Alhamdulillah , semalam hari akhir khatamkan buku thorax.huh,sebulan dah habis satu buku.Ingat tak nama2 tulang,jantung,paru-paru and so on??! Insyaallah...

Tetiba teringat kata2 Dr OB kat tuisyen, “when u want to say ‘heart’,u must stand up and said it proudly”..Tegelak bile teringat gurauan doc ni,siap dengan gaya dia yg bersungguh.

Urm ,kenapa ya doc cakap cmtu?? Klu ikut bdang perubatan,jantung ni adalah raja dalam diri. Jantung memang hebat. Kecil-kecil cili padi. Cuba genggam sebelah tangan. Besar ke kecik? Hah! Itulah saiz jantung kita. [lebih kurang la]..Boleh ke yg kecil jd hebat?

Jantung ni hebat sebab ia diamanahkan utk mengepam darah ke seluruh badan. Bukan senang tu,ruangan yg kecil dalam jantung perlu bekerja keras utk pam darah yg banyak ke seluruh badan yg besar kapasitinya. Subhanallah! Bayangkan kalau jantung tak ikut arahan Allah, atau buat remeh temeh dengan tugas dari Allah ni? Sah-sah badan kita lemah sebab tak dapat bekalan oxygen yg cukup kan.

Hah ,satu lagi,jantung ni dililit oleh saraf terpenting dalam badan kita. Saraf ape ye?? Right and left phrenic nerve*-inilah saraf yg diberi tugas utk kawal pergerakan diaphgram* dalam badan kita ni. Diaphgram ni terletak di bawah jantung dan organ yg terpenting dalam pernafasan. Ia lah salah satu pemegang amanah yg utk mengatur keluar masuk udara dalam paru-paru kita ni pd setiap saat kita bernafas.

Hebatnya Allah,dengan adanya heart * dan phrenic nerve* ni,kita dapat bernafas dan hidup dengan penuh nikmat keselesaan.Alhamdulillah...

Perasan tak saiz kedua2 organ ni? Jantung sebesar genggaman tangan,saraf pulas sehalus tali kasut...tapi mampu bawa tugas dengan disiplin dan teratur semata2 utk stabilkan sistem dalam badan kita yg complex ni. Sama seperti kita,kadang2 kita terasa rendah diri sangat2. Bodohnya aku dalam kalangan org2 pandai. Sikitnya ilmu aku dibandingkn orang2 berilmu.

Ya! mmg benar,kita kena merendah diri,Allah suka sikap ni TAPI janganlah dengan kerendahan diri kita tu sampai tahap menenggelamkan semangat diri. Bila semangat diri jatuh,kita akan sentiasa jatuh sebelum kita CUBA utk bangun.

Jadilah kita seperti jantung yg kecil itu..bekerja keras 24 jam tanpa berhenti semata utk mengekalkan status ‘hebat’.Hebatnya bukan utk di gahkan,tetapi utk manfaat kepada tuan punya badan itu. Tidak pernah cuba utk berhenti,malah akan bertungkus lumus dengan lagi kuat bila badan memerlukan darah. See! Jantung pun Allah didik supaya tidak berputus asa,inikan kita manusia yg berakal! [wlau mcmana pun ,ia akan berhenti dengan kehadiran malaikat maut]

Jantung pam darah ke seleuruh badan..mean? kehadiran organ sekecilnya itu,mampu bagi manfaat kepada komuniti 1 badan.Subhanallah! husnul amthal (contoh yg baik)..kita,manusia yg diciptakan sebagai khalifah dimuka bumi ni,contohilah ia. Walau kat mana Allah campak kita,jadilah kita sebagai PENGUBAH keadaan ke arah kebaikan,dan bukan sebagai PENGIKUT arus situasi itu. Insyallah,kita mampu!

Jadilah kita seperti phrenic nerve,walau dirinya halus memanjang ,mampu mengawal organ besar (diaphgram) semata2 utk memberi peluang manusia menghirup udara dlm meneruskan kehidupan. Phrenic nerve taat dengan arahan Allah,kenapa kita tidak? Besar atau kecil bukan ukurannya. Sehebat mana pun orang itu pada pandangan kita, mereka juga kerdil di sisi Allah. Jadi,tiada alasan utk kita kata ‘aku tak mampu nak jadi sebaik / sepandai/sehebat orang itu’...awak dan si dia ,sama2 manusia..betul?




Semakin hari,semakin betambah butir2 tasbih cinta saya dengan medic ni. Sayang saya pada tunang sy makin bertambah nampaknya! Buku-buku,kalianlah tunangan saya yg terchenta!!

Note 1: makin banyak ilmu yg kita explore,makin banyak benda yg kita tak tahu sebenarnya.

Note 2 : tak kira apa bidang ilmu sekalipun yg kita dalami ,kaitkanlah ilmu itu dengan kehidupan kita. Kerna hakikat semua ilmu itu adalah nuur (cahaya ) dan dari Sang Maha Mengetahui.

Note 3 : bagi perkataan bertanda * sila rujuk dalam gambar ya,utk kenal structure hebat ni ^^,V

FASTABIQUL KHAIRAAT !