asSalamuaLaikum
subhanallah...walhamdulillah..walailahaillah...allahuakbar...
alhamdulillah
tamat sudah perhitungan hari
kini kutelah berjaya menjejakkan kaki
di bumi kelahiran
alhamdulillah [sudah 4 hari sebenarnya]
perasaan??
gembira..sedih...sayu...takut...
semuanya ada
alhamdulillah...semuanya boleh dikawal lagi
senyuman dan lambaian mak ayah dari jauh
cukup memaksa kaki untuk berlari ke arah sana
nak peluk mereka!!
nak cium mereka!!
meronta-ronta hati nih..sabar la sayang...
rindu betul tangan ni nak peluk mak ayah...
rindu betul bibir ni nak cium tangan dan pipi mereka
segala-galanya kerna R.I.N.D.U
kuat benar kuasa 'rindu'
alhamdulillah
walaupun ramai adik beradik tak dapat ambil cuti pada hari tuh
tapi diri ini tetap bersyukur
segalanya dipermudahkan olehNya....alhamdulillah
rumah menyahut...WELCOME BACK MY DEAR!!!
hue..hue..syukran baiti....*home sweet home*
anak2 kucing yg comel2
seolah2 tenganga..tertanya-tanya dalam kemamai
siapalah budak perempuan baru nih...datang tengah2 malam...
rilex baby...i'm also a member of this bigbig family =)
hampir 10bulan meninggalkan rumah
banyak jugak perubahannya
alhamdulillah..Allah murahkan rezeki
tapi diri ini bagaimana?? apa perubahannya?? ...wallahu'ala'alam...
tanpa diminta
tanpa dirayu
mak menyediakan pelbagai hidangan
semuanya kegemaran diri ini
ya Allah mak..kenapa menyusahkan diri utk semua benda nih??
'tak mengapa...bukan utk org lain jugak,utk anak mak jugak..mesti rindukan?'
gullllpppp!!!
keesokannya,
diri ini masih lagi jetlag
masih lagi 'mata mesir'
orang lain breakfast,kita baru nak tidur malam
hehehe
sedar...sedar....
dah terhidang pelbagai lauk
semuanya yg 'dikempunan' oleh diri ini selama berpisah
rindunya masakan air tgn mak
thanx mak!! ayah!! still ingat kegemaran ananda!!
sayang mak ayah!!
ya Allah..aku dah menyusahkan mereka.
macam2 dorang berdua buat utk anandanya
semuanya yg diri ini suka
terharunya...T.T
perpisahan mengajarku erti menghargai
perpisahan juga mengajar kami erti kesabaran..erti tawakal padaNya
perpisahan cukup memeritkan...
tapi..
aku perlu hayati betapa peritnya penantian ibu ayah pada ananda mereka nan jauh dimata
tiba-tiba aku terlintas
adakah aku ingat makanan kegemaran mereka?
adakah aku ingat warna kegemaran mereka?
adakah aku ingat apa yg mereka suka dan tidak suka?
adakah aku ingat benda2 teristimewa bagi mereka?
sebenarnya...adakah aku TAHU semua itu?
pernahkan aku ambil kisah hal2 sebegini?
bayangkan...
mak ayah yg punya 10 orang anak
mampu untuk mengingati perihal anak2 mereka
tetapi..
mungkinkah anak nan seorang darinya
cukup memahami dan mengingati perihal ibu atau ayah mereka nan seorang???
seorang ibu dan seorang ayah mampu menjaga 10 orang anak
tetapi...
mungkinkah 10 orang anak menjaga ibu dan ayah mereka???
Sungguh kasihan pada mereka yg mempunyai orang tua,tetapi tidak mengendahkan kewujudan mereka.Waktu mereka masih hiduplah peluang bagi si anak untuk menghargai mereka. Sedarlah,keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa..Siapalah kita tanpa mereka??
>>sedikit coretan peringatan buat diri ini yg sering alpa dan lalai.Ya Allah,jauhilah aku dri kecintaan pada duniawi...teguhkan diri ini dalam menghadapi realiti...kau sayangilah ibu bapa ku sebgaimana mereka menyayangi aku semasaku kecil...ameen ya Rabb<<
No comments:
Post a Comment