Saturday, July 17, 2010

adakah kita ingat???

asSalamuaLaikum

subhanallah...walhamdulillah..walailahaillah...allahuakbar...

alhamdulillah
tamat sudah perhitungan hari
kini kutelah berjaya menjejakkan kaki
di bumi kelahiran
alhamdulillah [sudah 4 hari sebenarnya]

perasaan??
gembira..sedih...sayu...takut...
semuanya ada
alhamdulillah...semuanya boleh dikawal lagi

senyuman dan lambaian mak ayah dari jauh
cukup memaksa kaki untuk berlari ke arah sana
nak peluk mereka!!
nak cium mereka!!
meronta-ronta hati nih..sabar la sayang...
rindu betul tangan ni nak peluk mak ayah...
rindu betul bibir ni nak cium tangan dan pipi mereka
segala-galanya kerna R.I.N.D.U
kuat benar kuasa 'rindu'

alhamdulillah
walaupun ramai adik beradik tak dapat ambil cuti pada hari tuh
tapi diri ini tetap bersyukur
segalanya dipermudahkan olehNya....alhamdulillah
rumah menyahut...WELCOME BACK MY DEAR!!!
hue..hue..syukran baiti....*home sweet home*
anak2 kucing yg comel2
seolah2 tenganga..tertanya-tanya dalam kemamai
siapalah budak perempuan baru nih...datang tengah2 malam...
rilex baby...i'm also a member of this bigbig family =)

hampir 10bulan meninggalkan rumah
banyak jugak perubahannya
alhamdulillah..Allah murahkan rezeki
tapi diri ini bagaimana?? apa perubahannya?? ...wallahu'ala'alam...

tanpa diminta
tanpa dirayu
mak menyediakan pelbagai hidangan
semuanya kegemaran diri ini
ya Allah mak..kenapa menyusahkan diri utk semua benda nih??
'tak mengapa...bukan utk org lain jugak,utk anak mak jugak..mesti rindukan?'
gullllpppp!!!

keesokannya,
diri ini masih lagi jetlag
masih lagi 'mata mesir'
orang lain breakfast,kita baru nak tidur malam
hehehe
sedar...sedar....
dah terhidang pelbagai lauk
semuanya yg 'dikempunan' oleh diri ini selama berpisah
rindunya masakan air tgn mak
thanx mak!! ayah!! still ingat kegemaran ananda!!
sayang mak ayah!!

ya Allah..aku dah menyusahkan mereka.
macam2 dorang berdua buat utk anandanya
semuanya yg diri ini suka
terharunya...T.T

perpisahan mengajarku erti menghargai
perpisahan juga mengajar kami erti kesabaran..erti tawakal padaNya
perpisahan cukup memeritkan...
tapi..
aku perlu hayati betapa peritnya penantian ibu ayah pada ananda mereka nan jauh dimata

tiba-tiba aku terlintas

adakah aku ingat makanan kegemaran mereka?

adakah aku ingat warna kegemaran mereka?

adakah aku ingat apa yg mereka suka dan tidak suka?

adakah aku ingat benda2 teristimewa bagi mereka?

sebenarnya...adakah aku TAHU semua itu?
pernahkan aku ambil kisah hal2 sebegini?

bayangkan...
mak ayah yg punya 10 orang anak
mampu untuk mengingati perihal anak2 mereka
tetapi..
mungkinkah anak nan seorang darinya
cukup memahami dan mengingati perihal ibu atau ayah mereka nan seorang???
seorang ibu dan seorang ayah mampu menjaga 10 orang anak
tetapi...
mungkinkah 10 orang anak menjaga ibu dan ayah mereka???

Sungguh kasihan pada mereka yg mempunyai orang tua,tetapi tidak mengendahkan kewujudan mereka.Waktu mereka masih hiduplah peluang bagi si anak untuk menghargai mereka. Sedarlah,keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa..Siapalah kita tanpa mereka??

>>sedikit coretan peringatan buat diri ini yg sering alpa dan lalai.Ya Allah,jauhilah aku dri kecintaan pada duniawi...teguhkan diri ini dalam menghadapi realiti...kau sayangilah ibu bapa ku sebgaimana mereka menyayangi aku semasaku kecil...ameen ya Rabb<<

Saturday, July 10, 2010

ll Yang tertutup itu indah ll

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk sikap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Friday, July 9, 2010

mabruk!~redha dengan natijah!

....aSsalamualaikum....

Alhamdulillah...
huh...sudah bersawang rupanya blog ini..!
kemana lah tuannya..?!

Percutiaan telah menghalang aku mengupdate ruang ini...
ada sahaja yang mahu dikongsi...tetapi akhirnya menjadi
'draft' sahaja...

Hampir sebulan menghabiskan cuti di sini,
banyak benda aku belajar..nak tahu apa??
semestinya
~ kisah kehidupan~....insyallah ada masa kita share pengalaman

Dalam sibuk membeli-belah hadiah buat keluarga dan sahabat disana
Natijah imtihan menyelit dikala kami begumbira
Ya Allah...tersentak...tidak perlu dikhabarkan perasaan tika itu
Pasti hampir sama keadaan saat itu bagi semua yg bergelar pelajar

Debaran....
langkah makin perlahan dalam berseronok
sabar menantinya...sesaat dirasakan begitu lama

Tiba saatnya...
Tidak ramai tholabah(student) di jami'ah (university)
kerna sudah ramai yg sedang berbahagia bersama keluarga di Malaysia...

Langkah penuh tawakal...
pujuk hati yang berkencang :

"kau dah usaha yg terbaik,pastu kau jugak dah tawakal. Dah namanya dah tawakal pd Allah,kau berserah lah kan?pasti kau perlu redha dengan pemberianNya.Yakinlah,Allah akan bagi yg terbaik buat hambaNya...ingat! Allah sayang pada hambanya yg redha!! ''

Tenang sebentar...

Bismillahirrahmanirrahim...
jari meniti diatas board,mencari nama sendiri...belum sempat jumpa..

'Asiah!!! Alhamdulillah! akak dapat jayyid jiddan!!'

pelukan tahniah buat Kak Bella.Keadaan sama diteruskan buat Kak Fizah dan Bie. Tangisan gembira buat kalian. Tapi aku dapat apa??

'Asiah pun sama!!'...sapa Kak Amalina...


Alhamdulillah...alhamdulillah....alhamdulillah
terasa mahu sujud syukur terus tika itu...
Ya Allah...padamu aku bersyukur menggunung

Alfun mabruk (tahniah) buat sahabat2 seperjuangan!!
usaha kalian berbaloi selama ini...
Alhamdulillah..tahun ini pelajar2 perubatan Al-Azhar Banat tahun 1 berjaya mencatat rekod berikut:

Mumtaz-5 orang
Jayyid jiddan - 32 orang
Jayyid-21 orang
Makbul-4 orang
Najah-27 orang
Rasib-6 orang

Mungkin inilah hadiah teristimewa dari aku buat tersayang nun disana...

Mak ayah,
ini sahaja yg ananda mampu berikan,
maaf kerna tidak mampu memberi yg lebih baik,
insyallah,ananda akan cuba perbaiki segala yg lemah utk mendapat yg lebih baik,
terima kasih buat segala usaha bonda dan ayahanda berdoa dan bersujud siang malam buat ananda disini,terima kasih atas segala-galanya!! ~terlalu banyak sumbangan dari kalian~


Ya Allah aku redha dengan keputusan dariMu!!! Alhamdulillah..
Ya Allah,Kau jauhilah hati dan diriku dari perkara2 mungkar dengan natijah (result) ini. Bantulah aku utk menyelongkar disebalik hadiahMu ini ya Rabb! Berilah hidayah dalam setiap langkah ku dibumiMu ini dalam memperbaiki diri ke arah lebih baik!~ameen

Bertafakur...
terlintas kata2 bonda pada suatu tika dahulu:

''Kalau orang lain boleh dapat terbaik,kenapa kamu tidak boleh? Dia manusia,kamu juga sama.Bonda yakin kamu boleh! Kalau 10 orang yg dapat full marks,biar kamu salah seorang antaranya.Jika seorang yg berjaya,biar namamu yg tercatit disana.''

Begitu tinggi pengharapan bonda padaku...terima kasih bonda!!

Ya benar! kenapa aku tak boleh berjaya seperti mereka yang dapat mumtaz. Syukran ya Allah,kau buka peluang untuk aku bermuhasabah.Sudah lama aku tidak berkeadaan spt ini.

Sahabat-sahabat tersayang,
bersyukurlah atas pemberianNya,
janganlah kalian mudah berpuas hati dengan apa yg kalian peroleh,
kemenangan dan kegagalan kalian milik kita bersama,
aku yakin...pasti ada sesuatu yg Allah nak ajar kita disebaliknya,


Buat sahabat2 yg gagal,
kalian tidak gagal sebenarnya,
kalianlah orang2 yg paling beruntung,
gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya,
usahlah bermandikan air mata setiap saat,
ia tidak mampu mengubah apa2,
melainkan kalian bangun bangkit semula.

Sahabat,
alhamdulillah,kalian diberi peluang utk repeat paper! tidak perlu repeat tahun
Inilah peluang kalian tebus semula kesilapan lalu,
ini hadiah kedua buat kalian,
istimewa dari Allah khas buat kalian,
buat kalian yg terpilih dalam kalangan yg terpilih,
alhamdulillah..beruntungnya kalian,
hanya orang yang hebat akan diuji dengan ujian yg hebat,
keredhaan kalian dengan ujianNya pasti dinilai olehNya.

Sahabat,
Peluang dan masa hadir hanya sekali sahaja,
gunalah ia dengan sebaik mungkin,
usaha dan setiap titik peluh kalian,
ikhlas kerna Ilahi...pasti ada ganjaran baginya.

Usah kecewa dengan kegagalan hari ini sehingga lupa kebahagiaan hari esok,
kerna mungkin esok Allah swt akan menyediakan sebuah kebahagiaan untukmu sebagai ketabahan hari ini.

Pasti ada yg berkata:

"kau tak hadapi,boleh la kau kata sabar dan kata macam2.Aku yg gagal,aku yang sedih"

Sahabat,
inilah indahnya Islam,
Yang kuat menguatkan yg lemah,
Yang gagah membangunkan kembali yang jatuh,
kalau semua gagal,siapa nak bagi semangat,
Allah maha adil,
hidup saling menasihati..itu yang terbaik.

Alhamdulillah,
dimasa terluang..aku isi dengan menonton movie...
aneh...jarang sungguh mood movie menerpa diri
urmm..mmg dari kecil lagi begini...never mind

movie Gifted Hand of Ben Carson
seorang yg melabelkan diri sebagai 'seorang yg paling bodoh'
dengan sikap fikiran positif serta optimis ibunya
mampu mngubah segala-galanya
dan akhirnya menjadi orang yg terhebat!
movie yg betul2 dapat membangunkan semangat diri...^^,

Luangkan masa rehat bersama movie+pop corn...kemudian....

BAGAIMANAKAH AKU??

Bagaimana aku usaha selama ini?

berapa banyak beza peratus antara study dengan movie?

bagaimana aku dengan sahabat2?

bagaimana aku dengan Sang Pencipta?

Bagaimana dengan kehadiran aku ke kelas?

bagaimana akhlak aku dengan penyampai ilmu?

bagaimana hubungan aku dengan mak ayah? ahli keluarga lain?

bagaimana dengan amanah2 aku sebagai hamba Allah?

sejauh mana usaha dan tawakal aku padaNya?

rebahkan kepala,letak tangan didahi,ketuk pintu hati,perah otak mengenang perbuatan lepas.....moga PERANCANGAN RAPI DAN USAHA BERSUNGGUH menyusul selepasnya.

Demi mendapatkan makanan,seekor semut akan berusaha beribu-ribu kali,seekor leba akan terus pergi dan pergi jauh,seekor serigala rela meninggalkan kesenangannya.
Indahnya hikmah disebalik makhluk yang Allah ciptakan.Siapalah kita jika berputus asa tanpa usaha yang berterusan.

Jutaan terima kasih buat mak ayah,adik beradik,sahabat2 yang berada diserata dunia dan buat semua. Berkat doa kalian,allah berikan terbaik buat kami disini. Terima kasih atas segala sokongan,pertolongan,bantuan,kemudahan dan segala2 nya. Hanya Allah berkuasa membalas segala jasa baik kalian.Doakan diri ini sentiasa tabah di medan ta'lim dan kehidupan di dunia fana'...hajat doa dari kalian.

notakaki: sekadar perkongsian bersama.maaf jika ada yg terasa dengan kata2 diri ini.Teguran hikmah amat diharapkan.