Friday, January 29, 2010

kisah dari sini

sobahannur!!!

alhamdulillah masih diberi peluang utk meneruskan hidup. Bersyukur keatasNya kerna masih sudi mmberi nikmat islam yg indah..alhamdulillah....

insyallah,,persoalan dari sanak saudara dan sahabat2 akan terjawab saat ini...
apa persoalan mereka???
seperti biasa~mcm mna kehidupan kat sana(Mesir) ?, study ok tak? , suasana kat sana mcmna?
hu~comman question~
~ pintu masuk Korea ~

~ di hadapan Uni. Al-Azhar~

bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah sudah hampir 5 bulan berada di bumi Anbiaa' ini,begitu cepat masa berlalu. Syukur pada Allah kerna sudi memberi nikmat dan ujian sepanjang berada di sini. Lain tempat, lain suasana ,lain jua cabarannya. Mesir, bumi yg telah hampir 1400 tahun menerima islam , menjadikan bi'ah (suasana) islamiah tersebar di serata tempat. Alhamdulillah, disini kami berpeluang untuk menuntut pelbagai ilmu ( dunia & akhirat). Specialnya di sini (yg tak ada kat Mlaysia), kami berpeluang utk menuntut ilmu terus dri sheikh2 dan ulama'. Semuanya atas kerajinan masing2 untuk merebut peluang ini. Bg sy sebagai plajar perubatan , peluang ini betul2 dpt diambil tika cuti panjang sahaja. Kadang2 kami sempat sahaja menghadiri majlis2 ilmu di waktu malam atau pd hari jumaat (hari ni je yg cuti ). Sebab ini jugalah yg mendorong diri ini utk tidak pulang ke Malaysia. Tapi apakan daya, penantian kepulangan diri ini ke sana amatlah dinanti-nantikan. Insyallah, mak,ayah,sy akan pulang ke Malaysia juga (tapi lewat cikit la,jgn marah he3)..insyallah tahun ni sy akn beraya di malaysia..

~ menanti tremco utk ke kuliah~

~ pre-clinical year's student~

~ Adik-beradik seperjuangan~

Another special things yg ada kat sini dan mungkin janggal jika dilakukan di malaysia ; kami dapat baca Al-Quran di mana sahaja. Mulut terkumat kumit berzikir dianggap fenomena biasa disini. Pastu,kat sini kita boleh solat dimana2 shj,di tepi jalan, di taman dll..(kalau di malaysia, apa reaksi org sekeliling? )..Inilah Bia'ah islamiah yg mencuit hati ini...

Satu lagi,disini sy dpt belajar lbih mendalam erti 'DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER'...secomot2 pakaian dan penampilan peminta sedekah atau bawab (penjaga bangunan), mereka sempat lagi menyampaikan 'sesuatu '(peringatan/ilmu) kpd kita. Pernah belaku kat sahabat sy, sedang dia berjalan pulang ke rumah pada hari jumaat, bawab yg sedang membersihkan kereta menyapanya dan berkata 'berzikirlah dgn banyak pada hari ini,moga hidupmu lbih tenang'..subhanallah...inilah salah satu sikap org arab yg boleh di 'tabik spring'. Mereka amat suka utk menyampaikan ilmu yg mereka ada.Disini,jgn disangka pengayuh basikal itu org miskin,kadang2 itulah org yg memiliki pHD dlm sesuatu bidang. Dada mereka cukup penuh dgn ilmu. Pemandu teksi juga kadangkala mulut mereka terkumat-kumit me'muraja'ah' ayat2 Quran yg telah dihafaz sambil memandu.....
~ bersujudlah di mana sahaja~

~ wif study group's member ~

~ negara Cina ~

~ bersama burung unta ~

~ negara Belanda~


alhmdulillah...sy dapat rasakan dunia perubatan ni teramatlah menarik...alhamdulillah,dapat explore banayak ciptaan allah tentang ciptaan manusia...kompleks dan amat menakjubkan,subhanallah. kadang2 timbul persoalan, 'siapa kata medik ni susah??'hu~ belaja medik boleh disinonimkan dgn 'repeatition and hardworking'.Senang je. =)..walaupun kadang2 terasa boring sbb rutin harian yg sama. bangun pagi pergi kuliah,balik study,then pagi esok pergi kuliah dan seterusnya. Tapi, kami cuba sedaya upaya mencari suasana yg berlainan utk menalaah plajaran. kadang2 kami pergi berjalan2 ke taman atau ziarah rumah sahabat2 utk 'release tension'.. Best sgt2...tambahan pula kami disini hanya ada 1 kelas utk org malaysia tahun 1...kami dah anggap semuanya seperti adik beradik sendiri...yg dewasa itulah 'kakak' kami,yg muda itulah 'adik' kami..Terasa bersemangat tika melihat kakak2 kami yg bersemangat menuntut ilmu walaupun mereka sudah memiliki diploma dan sebagainya. Umur bukan ukuran bagi mereka ...ilmu itu lebih penting..walaupun mereka sudah menjangkau 20-an,mereka tetap tidak melepaskan peluang yg disediakan oleh pihak AQ utk belajar perubatan di Azhar...semangat kakak2 menjdi inspirasi kami!!!

sy dan sahabat2 yg lain hidup aman dan bahagia di sini. harap ahli keluarga dan sahabat2 di
Malaysia juga akn mendapat kenikmatan dan rahmat dari Nya. Makin jauh kita berjalan,makin banyak pengalaman yg kita dpt.Insyallah, sy akan membawa pulang Siti Asiah Zaidi yg baru ke Malaysia dan berkongsi sebanyak mana yg mungkin bersama masyarakat diluar sana. Doakan cita2 kita tercapai...

p/s: Doakan moga sy dpt membuatkan mak ayah tersenyum bersyukur kerana melahirkan sy didunia ini sebagai anak mereka....syukran mak! syukran ayah!

-kebanyakan gamba kat atas ni gamba sekitar universiti dan gamba kami di Hadiqah Dauli,Cairo (Taman negara Kaherah)

No comments:

Post a Comment