Saturday, November 14, 2009

5 nisbah 5

seuntai salam kasih buat semua,,


di petang hari yg sgt dingin ni,,
allah izinkan untuk ana untuk updte blog ni..
kebetulan plak hari ini klas habis awal..
sebab ader perlawanan bola sepak kt sini
so semua balik awl
kat mesir,dorg sgt fanatik dgn bola
kalau musim2 mcm ni,mmg terlalu rmai yg jual bendera mesir,,
ala2 nak merdeka kt msia,,meriah jual bendera...
betol2 meriah la...

urm...sebenarnya nk share something
dpt dri klas hari jumaat kt sini
agak menarik utk dikongsi...

mungkin semua dah biasa dengar hadis nabi pasal igt 5 perkara sblm 5 perkara
siap ader lagu lagi utk hadis ni...oleh kumpulan raihan

mafhum hadis nabi : "Perhatikan 5 perkara sebelum 5 perkara iaitu muda sblum tua,sihat sebelum sakit,lapang sebelum sempit,kaya sebelum miskin,hidup sebelum mati"

terasa macam nk nyanyi jew...
tp kalau nyanyi tanpa menghayati
tak syok jugak
jom kita selongkar disebalik hadis ni....

:: Muda sebelum tua ::

Kenapa Nabi menyuruh kita merebut masa muda sebelum tua? Masa muda adalah satu tempoh dimana seseorang manusia itu melalui suatu proses pembesaran dan pada waktu inilah kita para pemuda dan pemudi masih gagah fizikal dan cerdas minda. Pada waktu ini jugalah kita menghadapi pelbagai dugaan , cabaran dan ujian dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam menempuh pelbagai liku2 kehidupan,banyak perkara yg dapat kita pelajari. Para remaja disinonimkan dengan satu tempoh berseronok adalah tidak wajar,,kita akan menempuh waktu remaja yg indah ini sekali dlm seumur hidup. Amalan yang kita sudah terbiasa dan istiqamah ketika waktu muda ini ,insyaallah akan berterusan hingga waktu ‘separa muda’ dan tua. Tiada siapa yang mengetahui tarikh kematian masing2,,oleh itu,bersiap sedialah kita sekarang,. ‘beramallah kamu pada hari ini seolah2 kamu akan mati di esok hari’.Ayuh para shababu mukmin!! Mari kita sama2 berusaha mencari sinar Islam dan menegakkan agama Allah!

:: Sihat sebelum sakit ::

Sihat bukan sahaja sihat dari segi fizikal, malah nikmat kecerdasan akal juga merupakan satu nikmat besar dri allah . Alhamdulillah. Cuba kita Tanya kepada sesiapa yang sakit,adakah mereka gembira?sudah tentu tidak kerana banyak perkara yang mereka tidak dapat lakukan walaupun mereka gembira kerana Allah masih member peluang kepada mereka untuk diberi ujian sakit. Hargailah waktu sihat kita dengan amalan2 kebajikan. Kita mulakan dari semudah2 amalan baik untuk dijadikan ia sebahagian dari kehidupan kita. Allah berfirman ,mafhumnya,: Aku menyukai hambaKu yg melakukan amalan tetapi istiqamah dlm amalan nya. Mungkin kadang2 kita tak mampu untuk bersedakah dgn harta,maka kita boleh bersedekah dgn senyuman dan menyenangkan hati orang disekeliling kita. Islam itu mudah dan syumul.

:: Lapang sebelum sempit ::

Sudah menjadi lumrah bahawa manusia yg sibuk pasti menantikan waktu lapang untuk berehat. Waktu lapang amatlah disukai oleh para syaitan laknatullah. Mereka akan sama2 berusaha untuk membisik kpd manusia untuk melakukan perkara2 yg tidak berfaedah di waktu kosong. Nabi Muhammad telah member peringatan mengenai waktu lapang sejak 1400 tahun yg lalu keran a banginda tahu bahawa manusia akan dilalaikan pada waktu kosong. Disaat kita beribadat pun syaitan mengganggu kita,inikan pula waktu senggang.”Waktu rehat hanyalah di syurga sana”

“Jika mereka sibuk mencari cinta,biarlah kita sibuk mencari iman,. Jika mereka sibuk mencari duniawi,biarlah kita sibuk mencari bekalan akhirat. Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan Allah.”

:: Kaya sebelum miskin ::

Di sini,kekayaan bukan sahaja harta benda. Waktu yg banyak,kesabaran dalam diri , makanan , kebahagian dan lain2 juga dikira sebagai kekayaan kurniaan dari allah.

Pada suatu hari, saidina Ali berjalan seorang diri melalui tanah perkuburan. Setelah member salam kepada para ahli kubur, dia berdialog seorang diri.”wahai ahli kubur,mahukah kamu jika aku mahu khabarkan perihal duniamu yang telah kau tinggalkan?aku tahu,kau tentu tidak boleh menjawab. Isteri kamu yg menangis diwaktu hari perkahwinan dan sudah berjanji utk sehidup semati dengan mu,hanya seminggu selepas kematianmu dia sudah mencari pasangan hidupnya yg lain. Anak2 mu yg kamu bangga2kan ,kini sudah melupakanmu. Harta2 yg kamu yg berjutaan nilainya,yang dimegahkanmu dahulu,lihatlah! Tidak ada satu sen pun yg boleh kamu bawa kesini (alam kubur). Lantas, isteri,anak2,harta benda tidak boleh dibawa kesini, maka apakah bekalan yg boleh kamu bawa kea lam kubur?” Saidina Ali menangis dan terduduk lalu berkata “bekalannya adalah TAQWA kepada Allah”

:: Hidup sebelum mati ::

Para cendikiawan telah memberi pelbagai perumpaan kepada kehidupan kita. Ada yg mengatakan kehidupan kita didunia ibarat kapal layar yg berlayar ditengah lautan mencari bekalan dan hanya menunggu waktu utk karam yg tidak diketahui tarikhnya. Cuba kita bayangkan,nenek moyang kita yg hidup selama 60 tahun dan telah meninggal dunia pd tahun 1960 dan kini sudah 2009. Sudah berapa tahun mereka meninggalkan kita? Sudah hampir 49 tahun mereka menghadapi alam barzakh yg tidak diketahui sama ada mereka menghadapi kenikmatan di dalamnya atau azab di sana. Sekiranya azab yg pedih mereka perlu hadapi, mereka akan melayari azab ini sehingga hari kiamat. Bila kiamat akan berlaku? Sudah tentu kita tidak tahu wa allahua’lam. Mampukah kehidupan mereka selama 60 tahun dapat menjamin kebahagiaan untuk hidup di alam kubur dan kiamat yg kekal? Sudah tentu mampu sekiranya mereka menghargai setiap saat kehidupan didunia dgn mengikut sgala perintah allah dan bertaqwa pada Allah. Kehidupan seharian kita boleh disenergikan utk bertaqwa kpd Allah ,yang penting adalah niat kita. Kita hanya lah memerlukan pandangan dri Allah,bukannya pandangan dri mata manusia.

No comments:

Post a Comment