Thursday, May 14, 2009

~rAhsiA tUlisAn~

 assalamualaikum

Dr Fadzilah Kamsah 
Kenal pribadi melalui Graphology (Kajian) 
Grapho ertinya tulisan 
Logy ertinya bidang ilmu 


Pertama
Tekanan 
i. Tekanan yang kuat 
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.  Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif 

ii. Tekanan yang ringan 
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. 
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit 


Kedua 
Bentuk Tulisan 
i. Tulisan yang bulat-bulat 
Semua huruf ditulis dengan bulat 
 Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif) 

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper 
Tulisan yang angular dan sharp 
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical) 
Ketiga 


Ketiga
Kecondongan 
i. Condong ke kanan 
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri 
 Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak 
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur 
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam oarng perempuan datang bulan (maaf) 

Keempat 
Kerapatan 
i. Jarang-jarang 
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros. 

ii. Rapat-rapat 
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut 

Kelima 
Pada huruf J, G, Y, Z 
i. Ada ekor 
a) Besar, panjang dan sempurna 
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan 

b) Kecil, pendek dan tak sempurna 
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri 

Keenam 
Pada palang huruf kecil T (t) 
i. Tinggi Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah 
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah 

iii. Tengah-tengah 
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana 

Rumusan 
Tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup






No comments:

Post a Comment